Pages

Tuesday 14 October 2014

EZ SEJARAH - KBAT SPM


KBAT SEJARAH SPM
TINGKATAN 4 (BAB 2)

Apakah kepentingan sistem pemerintahan demokrasi?

H1  -  Melahirkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih
H2  -  Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju / politik Negara
H3  -  Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin
H4  -  Dapat menentukan pemimpin yangberkebolehan dan berkualiti
H5  - Rakyat mempunyai hak untuk bersuara
H6  - Berpolitik dan berpersatuan
H7  - Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat
H8 – Ekonomi Negara akan berkembang maju

* Mana-mana jawapan munasabah
Apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi?

H1 – Rakyat terlibat dalam membentuk kerajaan
H2 – Rakyat boleh bersuara
H3 – Pemimpin tidak berkuasa mutlak
H4 – Menjamin hak asasi rakyat
H5 – Kedaulatan ditangan rakyat
H6 – Menjamin kerajaan yang adil dan stabil

* Mana-mana jawapan munasabah

Nyatakan iktibar daripada falsafah Yunani.

H1 – Meningkatkan ilmu pengetahuan untuk memajukan diri, masyarakat dan Negara
H2 – Menambahkan pelbagai kemahiran
H3 – Meletakkan kepentingan Negara dan masyarakat melebihi kepentingan diri
H4 – Sanggup berkorban untuk bengsa dan Negara
H5 – Bersikap kreatif dan inovatif
H6 – Tidak mudah berputus asa

* Mana-mana jawapan munasabah

Apakah kepentingan undang-undang?

H1 – Negara dapat diperintah dengan lancar
H2 – Suasana kehidupan menjadi teratur
H3 – Rakyat dapat hidup dalam suasana aman
H4 – Ekonomi dapat dimajukan
H5 – Rakyat bebas mengamalkan kepercayaan agama masing-masing berdasarkan peruntukan undang-undang
H6 – Melahirkan rakyat yang setia kepada Negara
H7 – Melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi
H8 – Dapat mengawal tingkahlaku manusia
H9 – menjamin pemerintahan yang adil

* Mana-mana jawapan munasabah

Nyatakan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin yang mengamalkan sistem demokrasi.

H1 – Jujur
H2 – Adil
H3 – Telus
H4 – Ada ilmu mentadbir
H5 – Tidak mengamalkan rasuah
H6 – Bijak mentadbir
H7 – Memiliki kekuatan dan kesihatan fizikal
H8 – Tidak berlaku zalim

* Mana-mana jawapan munasabah

Bukti pentadbiran adil akan mewujudkan kestabilan sesebuah negara / Pada pendapat anda mengapakah pentadbiran yang stabil perlu diwujudkan dalam sesebuah negara.

H1 – Menjamin kesejahteraan rakyat
H2 – Agihan pendapatan yang sama rata
H3 – Menjamin kestabilan politik
H4 – Memajukan ekonomi
H5 – Memastikan perpaduan rakyat
H6 – Menjaga keamanan Negara

* Mana-mana jawapan munasabah

Bagaimanakah cara untuk menarik minat golongan muda menceburi dalam bidang seni bina / Bagaimanakah negara kita mampu menghasilkan seni bina bertaraf dunia.

H1 – Mengadakan kempen di media cetak dan eletronik
H2 – Bantuan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina
H3 – Subjek seni bina mula diajar diperingkat menengah
H4 – Memaparkan keagungan binaan tamadun lampau
H5 – Menerangkan faedah kepada negara
H6 – Rebet cukai kepada ibu bapa yang menanggung anak yang mengambil jurusan seni bina
H7 – Menawarkan lebih banyak kursus seni bina dalam institusi pengajian tinggi
H8 – Memperkasakan bidang sains dan teknologi
H9 – Mengadakan kerjasama dengan kepakaran luar negara
H10 – Mengadakan anugerah inovasi untuk penciptaan baru dalam kejuruteraan seni bina

* Mana-mana jawapan munasabah

Apakah seni bina yang terdapat di negara kita yang menjadi kebanggaan rakyat.

H1 – Istana Seri Menanti
H2 – Menara Condong Teluk Intan
H3 – Menara Berkembar Petronas / KLCC
H4 – Lapangan Antarabangsa KLIA / KLIA 2
H5 – Litar Formula Sepang
H6 – Bangunan Daya Bumi
H7 – Kompleks Kerajaan Putrajaya

* Mana-mana jawapan munasabah

Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan Rom dalam bidang seni bina.

H1 – Kepimpinan yang berwibawa
H2 – Kejayaan menyatupadukan rakyat
H3 – Mempunyai unsur jati diri dalam kalangan rakyat
H4 – Kepakaran rakyatnya dalam teknologi seni bina
H5 – Penguasaan ilmu yang tinggi
H6 – Berkemampuan dari segi kewangan
H7 – Mempunyai sumber tenaga buruh yang ramai

* Mana-mana jawapan munasabah

Sekiranya anda seorang pemimpin negara, apakah perkara yang perlu dilakukan untuk mengekalkan monumen/bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

H1 – mengadakan undang-undang pelihara dan pulihara bagi mengekalkan menumen
H2 – Mewartakan sebagai harta/khazanah negara
H3 – Memperuntukkan dana untuk memelihara dan memulihara
H4 – Menjadikan sebagai tarikan pelancongan
H5 – Mengadakan kempen / publisiti
H6 – Mengeluarkan dokumen/pekeliling berkaitan kepentingan menjaga menumen

* Mana-mana jawapan munasabah

Berikan cadangan anda untuk meningkatkan industri pertanian negara kita.

H1 – Meningkatkan ilmu pertanian
H2 – Menyertai pelbagai kursus pertanian
H3 – Mengusahakan pertanian secara moden
H4 – Berkongsi kepakaran dengan negara lain
H5 – Menggunakan teknologi moden
H6 – Mengadakan penyelidikan dan pembangunan / R&D
H7 – Meningkatkan strategi pemasaran

* Mana-mana jawapan munasabah
Berikan cara untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara Malaysia.

H1 – Sentiasa menambah baik sistem pendidikan negara
H2 – Pelaksanaan e-education
H3 – Memperluas capaian jaringan jalur lebar
H4 – Meningkatkan prasarana pendidikan
H5 – Mengurangkan kos pendidikan
H6 – Menggalakkan kajian tindakan dalam kalangan warga pendidik
H7 – Mengadakan lawatan penanda aras

* Mana-mana jawapan munasabah

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perubahan yang berlaku di Rom akibat perkembangan dalam bidang pendidikan.

H1 – Banyak infrastruktur dibina
H2 – Masyarakat hidup sejahtera
H3 – Masyarakat berilmu pengetahuan
H4 – Pusat pendidikan berkembang
H5 – Ramai cendiakawan lahir
H6 – Negara semakin maju

* Mana-mana jawapan munasabah

Jelaskan iktibar yang boleh diambil oleh perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

H1 – Sentiasa bersikap inovatif
H2 – Sentiasa berusaha memperbaiki /meningkatkan taraf kehidupan
H3 – mengekalkan keamanan negara
H4 – Pemerintahan berwibawa
H5 – Meningkatkan ilmu
H6 – Meneroka bidang baru
H7 – Pengetahuan agama yang baik / falsafah / sains dan teknologi

* Mana-mana jawapan munasabah

Pada pendapat anda, apakah matlamat seseorang pemerintah menjalankan dasar perluasan pengaruh.

TINGKATAN 4 (BAB 6)
Sekiranya anda seorang pemimpin, bagaimanakah cara kemajuan negara dapat diteruskan?

H1  Memajukan sistem pendidikan
H2  Memantapkan sistem pertahanan negara
H3  Memajukan sistem pertanian
H4  Memastikan rakyat bersatu padu / bekerjasama
H5  Memastikan rakyat bertoleransi
H6  Memastikan rakyat menghormati kebudayaan / agama / masyarakat lain
H7  Menggalakkan kreativiti dan inovasi

( Mana-mana jawapan munasabah )

Apakah yang akan terjadi sekiranya negara mempunyai pemimpin yang lemah?

H1  Negara akan menjadi kucar kacir / tidak aman
H2  Ekonomi negara akan mundur
H3  Rakyat akan hidup dalam kemiskinan
H4  Negara tidak akan maju
H5  Negara akan mudah dijajah
H6  Wawasan 2020 tidak akan tercapai
H7  Rasuah akan berleluasa

( Mana-mana jawapan munasabah )

Mengapakah kaedah pelantikan Khulafa’ al- Rasyidin dilakukan melalui proses syura atau mesyuarat?

H1  Menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat.
H2  pemilihan pemimpin yang berkelayakan
H3  Pemilihan pemimpin yang berhemah tinggi
H4  Dipersetujui oleh semua masyarakat
H5  Pemilihan pemimpin yang berjiwa rakyat
H6  Pemilihan pemimpin yang tidak pilih kasih
H7  Mengelakkan berlakunya perbalahan

( Mana-mana jawapan munasabah )

Jelaskan kesan sistem pemerintahan Khulafa’ Al- Rasyidin terhadap perkembangan Islam?

H1  Pentadbiran yang luas
H2  Penyebaran Islam tanpa gangguan
H3  Negara aman dan makmur
H4  Perpaduan antara kaum
H5  Hubungan diplomatik dengan negara luar
H6  Peningkatan ekonomi
H7  Tanah jajahan yang luas

( Mana-mana jawapan munasabah )



Pada pendapat anda, jelaskan iktibar yang boleh diambil melalui sistem pemerintahan Khulafa’ Al Rasyidin.

H1  Masyarakat yang tolong menolong
H2  Berusaha bersungguh-sungguh
H3  Berfikiran terbuka
H4  Rajin berusaha
H5  Semangat cintakan negara
H6  Sedia berkorban
H7  Perpaduan kaum
H8  Mentaati pemerintah
H9  Menghormati masyarakat luar
H10  Keadilan kepada setiap masyarakat
H11  Semangat perjuangan menegakkan ajaran Islam
( Mana-mana jawapan munasabah )

Apakah kesan daripada perubahan pemerintahan yang dilaksanakan oleh Khulafa’ al – Rasyidin.

H1  Negara menjadi aman dan kuat
H2  Sistem pentadbiran menjadi lebih sistematik
H3  Rakyat hidup bersatu padu
H4  Ekonomi negara bertambah maju
H5  Perkembangan ilmu menjadi lebih pesat
H6  Rakyat menghormati pemimpin

( Mana-mana jawapan munasabah )

Pada pandangan anda, apakah peranan rakyat dalam menyokong perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini?

H1  Menguasai ICT
H2  Meningkatkan ilmu pengetahuan
H3  Hidup bersatu padu
H4  Menyokong dasar-dasar kerajaan
H5  Bekerjasama
H6  Berintegriti

( Mana-mana jawapan munasabah )





TINGKATAN 4 (BAB 10)
Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan mengapa masyarakat Melayu tradisional lebih tertumpu kepada aktiviti ekonomi sara diri?

H1  Kekurangan modal / Modal kecil
H2  Pengeluaran dilakukan dalam skala yang kecil
H3  Pasaran yang kecil
H4  Kekurangan pengetahuan
H5  Aktiviti ekonomi dilakukan secara bersama oleh ahli keluarga sahaja
H6  Tenaga buruh yang terhad
H7  Menggunakan teknologi yang mudah / peralatan tradisional

( Mana-mana jawapan munasabah )

Bagaimanakah taraf hidup golongan petani di Malaysia dapat dipertingkatkan?

H1  Memberi pendidikan pertanian / kursus pertanian
H2  Memberi subsidi / bantuan kewangan
H3  Mendedahkan kepada petani kaedah / teknik penanaman moden
H4  Mendedahkan kepada petani penggunaan alat pertanian moden / teknologi moden
H5  Membantu petani memasarkan hasil pertanian / peranan FAMA
H6  Memberikan biji benih berkualiti / baja / racun serangga kepada petani
H7  Memberi bantuan khidmat nasihat berterusan kepada petani

( Mana-mana jawapan munasabah )

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi bandar-bandar baru di negara kita?

H1  Pusat pentadbiran
H2  Pusat perniagaan
H3  Pusat penempatan
H4  Pusat tumpuan sistem pengangkutan
H5  Pusat tumpuan sistem perhubungan
H6  Pusat perbankan

( Mana-mana jawapan munasabah )

Pada pendapat anda, mengapakah proses perbandaran lebih pesat di kawasan pantai Barat Tanah Melayu ?

H1  Pantai barat ramai penduduk
H2  Pantai barat menjadi pusat pentadbiran
H3  Pantai barat mempunyai banyak kemudahan awam / infrastruktur
H4  Pantai barat mempunyai sistem perhubungan yang baik
H5  Pantai barat menjadi pusat aktiviti pertanian komersial
H6  Pantau barat terdapat banyak pelabuhan
H7  Terlindung daripada tiupan angin monsun
( Mana-mana jawapan munasabah )

Sebagai seorang pemimpin, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk mengatasi masalah kepadatan penduduk di bandar-bandar utama di Malaysia?

H1  Mewujudkan kawasan perumahan di pinggir bandar
H2  Menyebar luaskan sektor pekerjaan ke kawasan luar bandar
H3  Membangunkan kawasan luar bandar
H4  Meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar
H5  Mewujudkan bandar satelit

( Mana-mana jawapan munasabah )

Apakah persediaan yang perlu ada untuk membolehkan ekonomi negara kita bersaing dengan cabaran di peringkat global?

H1  Modal yang banyak
H2  Penguasaan teknologi
H3  Sikap yang proaktif
H4  Pasaran tempatan yang luas
H5  Berdaya saing
H6  Daya kreativiti yang tinggi
H7  Ilmu pengetahuan yang tinggi

( Mana-mana jawapan munasabah )

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita?

H1  Melalui dasar pembangunan ekonomi
H2  Pelaksanaan rukun negara
H3  Memupuk perpaduan melalui kegiatan sukan
H4 1 Malaysia
H5  Mengadakan gotong royong
H6  Rumah Terbuka

( Mana-mana jawapan munasabah )

Pada pandangan anda, apakah kelebihan memiliki masyarakat berbilang kaum?

H1  Wujud pelbagai kebudayaan
H2  Kepelbagaian cara hidup
H3  Menjadi identiti negara
H4  Masyarakat lebih bertolak ansur
H5  Kepelbagaian sistem pendidikan
H6  Percambahan pendapat
H7  Persaingan sihat dalam bidang ekonomi
( Mana-mana jawapan munasabah )

Andaikan anda seorang pemimpin, bagaimanakah cara untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat?

H1  Meningkatkan R&D / Penyelidikan dan Pembangunan
H2  Mengadakan kempen
H3  Peranan media massa
H4  Menyediakan klinik kesihatan kecil
H5  Mengadakan klinik bergerak
H6  Menggalakkan pengambilan kursus kedoktoran / kejururawatan
H7  Menyediakan bantuan biasiswa

( Mana-mana jawapan munasabah )

Mengapakah Malaysia menjadi destinasi buruh asing?

H1  Sikap rakyat Malaysia yang terbuka
H2  Keadaan negara yang aman
H3  Kemakmuran ekonomi Malaysia
H4  Banyak peluang pekerjaan
H5  Dasar terbuka negara yang menerima kemasukan buruh asing
H6  Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan negara jiran tetangga

( Mana-mana jawapan munasabah )

Bagaimanakah penggunaan tanah dapat dioptimumkan?

H1  Mengusahakan tanah-tanah terbiar
H2  Menyediakan kemudahan infrastruktur untuk memudahkan pengangkutan / pemasaran hasil pertanian
H3  Menyediakan sistem pengairan yang baik
H4  Memberikan khidmat nasihat kepada petani
H5  Memberikan kursus-kursus jangka pendek
H6  Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan pertanian

( Mana-mana jawapan munasabah )

Sumbangan yang perlu anda berikan terhadap bandar di tempat anda?

H1  Menjaga kebersihan
H2  Menjaga kemudahan awam
H3  Tidak melakukan vandalisme
H4  Terlibat dalam aktiviti gotong royong
H5  Penggunaan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan / pencemaran

( Mana-mana jawapan munasabah )
Bagaimanakah keharmonian kaum di Malaysia dapat diwujudkan?

H1  Mengekalkan perpaduan
H2  Saling menghormati
H3  Kunjung mengunjungi antara satu sama lain
H4  Memahami budaya kaum lain
H5  Mempelajari bahasa kaum lain
H6  Menerapkan semangat kejiranan

( Mana-mana jawapan munasabah )

Keistimewaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia?

H1  Wujud pelbagai budaya
H2  Wujud keharmonian kaum
H3  Daya tarikan kepada pelancong luar
H4  Menjadi model kepada negara luar
H5  Masyarakat yang bersatu padu

( Mana-mana jawapan munasabah )

Mengapakah kerajaan memberi tumpuan kepada sistem pendidikan negara?

H1  Bidang pendidikan menentukan masa depan negara
H2  Ke arah melahirkan modal insan
H3  Masyarakat yang berilmu dapat membangunkan negara
H4  Kemajuan fizikal perlu diseimbangkan dengan kemajuan rohani
H5  Kemajuan negara bergantung kepada aset pekerja yang berilmu pengetahuan /  kemahiran

( Mana-mana jawapan munasabah )


TINGKATAN 5 (BAB 4)
Pada pendapat anda, apakah iktibar / pengajaran yang dapat diteladani daripada kejayaan orang Melayu dalam menentang Malayan Union.

H1 – Mengukuhkan perpaduan bangsa
H2 – Mengamalkan sikap kesederhanaan
H3 – Mengutamakan rundingan dalam mencapai matlamat
H4 – Berganding bahu antara pemimpin dan rakyat
H5 – Bijak mengatur strategi perjuangan
H6 – Menolak segala bentuk penjajahan
H7 – Mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa

* Mana-mana jawapan munasabah

Pada pandangan anda, mengapakah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan suatu kejayaan perjuangan orang Malayu.

H1 – Syarat kerakyatan diperketatkan
H2 – British mengiktiraf hak istimewa orang Melayu
H3 – Institusi raja Melayu dikekalkan dalam bidang kuasa tertentu
H4 – British meneruskan dasar perlindungan terhadap orang Melayu
H5 – Status quo negeri-negeri Melayu dilindungi
H6 – British mengiktiraf semula ketuanan Melayu

* Mana-mana jawapan munasabah

Seandainya anda seorang penduduk Sarawak pada tahun 1948, cadangkan cara yang wajar digunakan untuk menjayakan perjuangan gerakan anti penyerahan.

H1 – Menggunakan cara rundingan / tidak menggunakan cara kekerasan
H2 – Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam perjuangan
H3 – Pemimpin perlu bersatu padu
H4 – Penyatuan tenaga antara pemimpin dan rakyat
H5 – Menubuhkan persatuan-persatuan kebangsaan

* Mana-mana jawapan munasabah

Mengapakah British tidak menghadapi masalah untuk mengambil alih pentadbiran Sabah?

H1 – Kesedaran politik di Sabah amat perlahan
H2 – Persatuan yang ditubuhkan hanya bercorak social ekonomi
H3 – Masyarakat tidak bersatu kerana faktor geografi / muka bumi
H4 – Tahap pendidikan yang rendah
H5 – Masalah sistem perhubungan / komunikasi
H6 – Tiada pemimpin berkaliber

* Mana-mana jawapan munasabah

Pada pendapat anda, mengapakah Perlembagaan Rakyat 1947 gagal mendapat sambutan daripada British.

H1 – Menolak konsep kerajaan republik
H2 – Tidak bersetuju penyatuan Singapura dan Tanah Melayu
H3 – Mewujudkan kerjasama antara British, Raja-Raja Melayu dengan UMNO
H4 – Melindungi kepentingan orang Melayu
H5 – Menolak tuntutan golongan radikal
H6 – Perjuangan bercorak perkauman
H7 – British menolak idea Indonesia Raya / Malaysia Raya

* Mana-mana jawapan munasabah

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan hasil daripada semangat perpaduan kaum.

H1 – Mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957
H2 – Menyelesaikan isu kerakyatan negara
H3 – Mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi
H4 – Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
H5 – Perlembagaan melindungi hak semua negara
H6 – Penubuhan Persekutuan Malaysia
H7 – Menamatkan ancaman komunis
H8 – Pembentukan cabinet pelbagai kaum
H9 – Mewujudkan kestabilan politik

* Mana-mana jawapan munasabah

Seandainya anda sebagai pemimpin pada ketika itu, bagaimanakah anda memimpin masyarakat menentang pelaksanaan Malayan Union.

H1 – Mengadakan demonstrasi aman
H2 – Bantahan melalui akhbar seperti Utusan Melayu
H3 – Menghidupkan persatuan-persatuan Melayu
H4 – Menubuhkan United Malay National Organisation (UMNO)
H5 – Mengadakan Kongres Melayu
H6 – Mengadakan rapat umum

* Mana-mana jawapan munasabah

Pada pandangan anda, apakah kesan sekiranya pentadbiran Malayan Union diteruskan oleh British di Tanah Melayu.

H1 – Bangsa Melayu akan terhapus
H2 – Kesultanan / Raja Melayu terhapus
H3 – Adat istiadat / budaya Melayu terhapus
H4 – Orang Melayu akan merempat
H5 – Islam bukan agama rasmi
H6 – Bahasa Melayu bukan bahasa kebangsaan
H7 – Imigran akan menguasai ekonomi

* Mana-mana jawapan munasabah






TINGKATAN 5 (BAB 8)
Pada pandangan anda, mengapakah Rancangan Malaya Pertama memberikan tumpuan kepada kawasan luar bandar?

H1 – Kadar kemiskinan banyak di kawasan luar bandar
H2 – Pembangunan kawasan luar bandar diabaikan semasa penjajahan British
H3 – Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar
H4 – Mengimbangkan pembangunan bandar dengan luar bandar

* Mana-mana jawapan munasabah

Anda sebagai seorang warganegara Malaysia yang bakal memimpin negara ini, cadangkan peranan yang seharusnya dilakukan oleh setiap rakyat demi terus menjamin pembangunan negara.

H1 – Mengekalkan suasana aman negara
H2 – Mengamalkan sikap inovatif dan kreatif
H3 – bersikap pro aktif
H4 – Mengutamakan program pembangunan modal insan
H5 – Menguasai teknologi terkini
H6 – Hidup bersatu padu

* Mana-mana jawapan munasabah

Pada pandangan anda kerajaan melibatkan sektor swasta dalam dasar pembangunan negara.

H1 – Mempercepatkan pembangunan ekonomi dan negara
H2 – Mengeratkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta
H3 – Berkongsi kepakaran sektor swasta
H4 – Menggalakkan pelaburan modal oleh sektor swasta
H5 – Meningkatkan kecekapan pengurusan / kualiti perkhidmatan
H6 – Memahami dasar kerajaan demi kepentingan nasional

* Mana-mana jawapan munasabah

Bagaimanakah kita sebagai warganegara Malaysia boleh mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian?

H1 – Mamatuhi ajaran agama
H2 – Menjadi warganegara yang bertanggungjawab
H3 – Menghormati agama kaum lain
H4 – Memberikan taat setia kepada Raja dan negara
H5 – Mempertahankan Keluhuran Perlembagaan
H6 – Memantapkan kehidupan yang aman damai
H7 – Membina masyarakat yang penyayang dan harmoni

* Mana-mana jawapan munasabah
Pada pandangan anda, bagaimanakah Rukun Negara dapat memperkukuhkan perpaduan masyarakat di negara kita.

H1 – Rakyat yang beragama akan menjadi warganegara yang baik
H2 – Semua rakyat mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara
H3 – Menghormati kebebasan beragama
H4 – Rakyat setia kepada negara
H5 – Semua rakyat bersopan dan bertatasusila
H6 – Semua rakyat diberi jaminan kebebasan dan hak asasi

* Mana-mana jawapan munasabah

Pada pendapat anda, apakah aspek yang perlu diberi penekanan demi menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia.

H1 – Melahirkan insan yang berkemahiran ICT
H2 – Mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat
H3 – Mengutamakan penyelidikan dan pembangunan
H4 – Pengajaran dan pembelajaran berfokuskan pelajar
H5 – Melancarkan transformasi pendidikan
H6 – Menekankan latihan praktikal
H7 – Memperbanyakkan komputer di sekolah

* Mana-mana jawapan munasabah

Pada pendapat anda, apakah kepentingan dasar pendidikan kepada negara kita?

H1 – Meningkatkan kualiti pendidikan
H2 – Menjadi identiti pendidikan negara
H3 – Merangka pendidikan mengikut acuan sendiri
H4 – Memperkembangkan potensi individu
H5 – Melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
H6 – Melahirkan warganegara yang berpengetahuan

* Mana-mana jawapan munasabah

Sebagai seorang pelajar yang patriotik, apakah peranan anda dalam menjayakan matlamat Wawasan 2020?

H1-Memupuk dan mengukuhkan perpaduan rakyat
H2-Memupuk semangat saling memahami dan menghormati
H3-Merealisasikan dasar kerajaan
H4-Melibatkan diri dalam pengisian wawasan
H5-Sentiasa bersikap terbuka
H6-Mengekalkan kemajuan negara
H7-Mempunyai daya kreatif dan inovatif

Pada pendapat anda, apakah kepentingan dasar pendidikan kepada negara kita?

H1-Meningkatkan kualiti pendidikan
H2-Menjadi identiti pendidikan negara
H3-Merangka pendidikan mengikut acuan sendiri
H4-Memperkembangkan potensi individu
H5-Melahirkan insan seimbang
H6-Melahirkan tenaga kerja mahir

(Mana-mana jawapan munasabah)

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat kerajaan melancarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

H1-Menjadi panduan dalam membentuk identiti negara
H2-Menjadi panduan untuk mengekalkan identiti negara
H3-Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
H4-Memelihara keperibadian kebangsaan
H5-Mempertingkat kualiti kehidupan

(Mana-mana jawapan munasabah)

Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan supaya sukan boleh memupuk perpaduan di negara kita?

H1-Mengenepikan ideologi politik dalam kegiatan sukan
H2-Melibatkan semua kaum
H3-Sukan dilaksanakan di semua peringkat
H4-Libatkan semua peringkat umur dalam kegiatan sukan
H5-Kekalkan SUKMA

(Mana-nama jawapan munasabah)

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kebaikan kerajaan memindahkan perkhidmatan dan perusahaan awam kepada sektor swasta?

H1-Mengurangkan beban kerajaan
H2-Membolehkan kerajaan memberi tumpuan terhadap sektor lain
H3-Meningkatkan produktiviti negara
H4-Meningkatan kualiti barangan
H5-Menambahkan kecekapan perkhidmatan
H6-Memajukan ekonomi negara

(Mana-mana jawapan munasabah)



Pada pandangan anda, mengapakah matlamat Dasar Kependudukan memberi kesan positif kepada negara kita?

H1-Meningkatkan jumlah tenaga kerja
H2-Menghasilkan tenaga kerja berkualiti
H3-Meningkatkan produktiviti
H4-Meluaskan pasaran dalam negara
H5-Menjamin keselamatan negara
H6-Meningkatkan kemudahan infrastruktur

(Mana-mana jawapan munasabah)

Jelaskan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam bidang pendidikan.

H1-Konsep Sekolah Wawasan
H2-Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan
H3-Penganjuran sukan di peringkat sekolah/MSSD/MSSM
H4-Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewargenegaraan
H5-Bahasa Melayu menjadi Bahasa pengantar
H6-Aktiviti kokurikulum
H7-Aktiviti RIMUP

(Mana-mana jawapan munasabah)

Sekiranya anda sebagai pemimpin masa depan, bagaimanakah anda mencadangkan satu pendidikan bertaraf dunia?

H1-Kajian semula sistem pendidikan negara
H2-Semakan kurikulum yang memenuhi pasaran kerja
H3-Memperkasa Sekolah Bestari
H4-Membanyakkan Sekolah Wawasan
H5-Memperkasa sekolah sukan
H6-Penguasaan ICT

(Mana-mana jawapan munasabah)



27 comments:

  1. bagus.....boleh masukkan soalan kbat banyak lagi

    ReplyDelete
  2. masa tak banyak...cikgu menjaga adik yang lumpuh dan ibu yang sudah tua....apa2 pun tq

    ReplyDelete
  3. Boleh tak tolong saya jawab soalan ni.Apakah bukti pencapaian Malaysia hari ini kesan kepada kewibawaan pemimpin negara?Saya baru form 1 tapi kena bagi kerja kursus.πŸ˜…

    ReplyDelete
  4. terima kasih,nota ini banyak membantu saya

    ReplyDelete
  5. Thanks for making this blok
    Really help us

    ReplyDelete
  6. Thanks for making this blok
    Really help us

    ReplyDelete
  7. Thank you so much for the valuable notes. Really help us.πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  8. Bagaimanakah cara untuk mengekalkan sistem pentabiran di negara kita,

    ReplyDelete
    Replies
    1. idk:((
      pemimpin yang berwibawa ?
      rakyat yang bersatu padu ?
      saling mempercayai antara pemimpin ?

      Delete
  9. https://www.youtube.com/watch?v=6iByoII206g&feature=youtu.be
    Video ini ada lebih lagi jawapan KBAT!

    ReplyDelete
  10. Mengapakah aspek kesihatan rakyat menjadi keutamaan dalam sesebuah negara?

    ReplyDelete
  11. tolong saya jawab soalan ni . Kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa . buktikan .

    ReplyDelete
  12. エレン・むェーガー

    ReplyDelete
  13. kepentingan kewibawaan pemimpin ?

    ReplyDelete
  14. Hephzirah Trishal5 August 2021 at 10:35

    tq so much cikgu...its very helpful...u will be happy every time and every day cikgu...

    ReplyDelete
  15. help me urgent , sebagai seorang pemimpin bagaimanakah anda dapat memodenkan pentadbira negara supaya seiring dengan perkembangan teknologi





    ReplyDelete