Wednesday 3 May 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK MUNSHI ABDULLAH KALI KE-43,2017

Kejohanan Merentas Desa Sekolah diadakan pada 13 Januari 2017 iaitu pada hari Jumaat.Kejohanan ini berlangsung tepat pada pukul 7.20 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari. Kejohanan diadakan bagi menyempurnakan aktiviti Unit Kokurikulum sekolah untuk tahun 2017. Kejohanan ini disertai oleh semua murid yang sihat dan tidak mempunyai penyakit yang berbahaya.Semua peserta telah menjalani latihan selama dua minggu sebelum hari kejohanan iaitu latihan pada hari Isnin dan Rabu iaitu pada 9 Januari dan 11 Januari bermula pada pukul 3.00 petang. Kategori yang dipertandingkan ialah Lelaki Kelas 1 yang berlari sejauh 9 kiilometer, Lelaki Kelas 2 dan 3 yang berlari sejauh 7 kilometer sementara Perempuan Kelas 1, 2 dam 3 berlari sejauh 5 kilometer sahaja. Trek larian telah disediakan oleh Jawatankuasa Kejohanan. Guru-guru pula bertugas sebagai penjaga chekpoint dibantu oleh murid. Murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan membantu guru dalam pengelolaan kejohanan contohnya menjadi AJK rawatan kecemasan dan rondaan. Rumah sukan yang menyertai kejohanan ini dibahagikan kepada  4 rumah sukan iaitu Kuning, Merah, Biru dan Hijau.

Pada hari kejohanan, semua murid mendaftar sebagai peserta oleh guru rumah sukan masing-masing. Pemberian nombor telah dilangsungkan sehari lebih awal untuk mengelakkan masalah pada hari kejohanan. Murid-murid dikumpulkan di Dataran Sihat. Selepas pendaftaran, aktiviti memanaskan badan telah diadakan iatu senam robik. Pada masa yang sama, guru-guru yang bertugas di check point bergerak ke tempat masing-masing. Pasukan kecemasan juga bergerak ke cheak point dan stesen masing-masing seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Para peserta dilepaskan mengikut sesuatu kategori melalui trek yang sama iaitu di Jalan Besar Perenggan sebelum memasuki Jalan Dawam Barat. Kemudian, sesuatu kategori itu berlari mengikut trek masing-masing. Pada masa ini, pihak sekolah telah meminta bantuan Pasukan Keselamatan Sekolah untuk mengawal lalu lintas di hadapan pintu pagar utama. Selain itu, pegawai yang bertugas juga telah memaklumkan kepada Balai Polis Sungai Air Tawar dan Klinik Sungai Air Tawar bagi tujuan mendapatkan bantuan jika ada sesuatu masalah yang timbul. Para peserta yang tiba di gsarisan penamat akan menerima kedudukan mereka dan masa yang dicatatkan. Kemenangan sesuatu rumah sukan itu dikira daripada mata yang berjaya dikumpul oleh peserta. Contihnya, pemenang tempat pertama akan memperoleh 30 mata, kedua 28 mata, ketiga 26 mata iaitu penurunan 2 mata  sehinggalah pemenang yang mendapat tempat ke-15 akan memperoleh 2 mata. Seterusnya, setiap peserta kejohanan yang menamatkan larian dalam masa 10 minit selepas peserta yang mendapat tempat ke-10 akan diberi 1 mata. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan di Dewan Munshi.

Kejohanan ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid di samping memupuk semangat perpaduan dan bekerjasama dalam kalangan guru dan murid. Selain itu, kejohanan ini diadakan untuk melahirkan warga SMK Munshi Abdullah yang seimbang fizikal dan mental selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara, iaitu melahirkan murid yang mempunyai otak yang cerdas dan badan yang cergas. Selain itu, temasya diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang larian jarak jauh juga bagi mencari wakil sekolah  daerah, negeri dan kebangsaan. Kejohanan ini juga diadakan adalah untuk mendidik murid-murid mematuhi peraturan kejohanan. Selain itu bagi memenuhikalendar unit kokurikum bagi penyertaan ramai murid dalam sesuatu aktivuiti, Secara tidak langsung akan menaikkan nama sekolah nanti di peringkat daerah dan kebangsaan.Kejohanan ini juga dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli sesuatu rumah sukan.Setiap kali seseorang ahli sesuatu rumah sukan itu mendapat kedudukan yang terbaik pasti akan kedengaran sorakan daripada rakan sepasukan,Setiap peserta juga diasuh agar berjuang untuk memperoleh kemenangan sekali gus mengharumkan nama peserta sendiri dan rumah sukan mereka.

Diharapkan kejohanan ini akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang dengan lebih meriah lagi. Kerjasama semua pihak dan semangat kesukanan yang ada dalam setiap diri warga SMKMA menjadikan salah satu aktiviti 1 murid 1 Sukan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Tuesday 2 May 2017

Kejohanan Olahraga SMK Munshi Abdullah Kali ke-43, 2017

Kejohanan Olahraga SMK Munshi Abdullah untuk kali ke-43 bagi tahun 2017 telah berlangsung pada 17 Februari 2017. Kejohanan ini telah  berlangsung pada hari Jumaat dari pukul 7.20 pagi sehingga tamat kejohanan iaitu pada pukul 12.30 tengah hari. Kejohanan ini berlangsung di padang sekolah SMK Munshi Abdullah yang dihadiri oleh seluruh warga Munshi Abdullah iaitu murid dan guru tidak ketinggalan kakitangan pejabat dan pekerja swasta.

Objektif kejohanan kali ini adalah untuk memupuk semangat yang padu dalam kalangan guru, murid dan  masyarakat setempat. Selain itu, melahirkan warga SMK Munshi Abdullah yang cergas dan cerdas selain mencungkil bakat larian murid dalam Kejohanan Olahraga MSSD di peringkat daerah, negeri dan seterusnya. Objektif lain adalah mendidik murid untuk mematuhi peraturan kejohanan.

Sejak awal pagi lagi, semua warga Munshi berkumpul di Dataran Sihat. Murid-murid telah mendengar motivasi untuk bertanding dengan bersungguh-sungguh yang disampaikan oleh Setiausaha Sukan iaitu Encik Roslizam dan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Kamaruzaman bin Ahmad.Tidak ketinggalan barisan pentadbir lain seperti Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  juga Penolong Kanan Pendidikan Khas Intergrasi juga semua guru kanan memberikan semangat kepada para peserta untuk bertanding dengan bersungguh-sungguh dan semangat kesukanan.

Acara bermula dengan perbarisan masuk semua ahli rumah sukan didahului oleh pembawa bendera kejohanan, pembaca ikrar kejohanan dan bendera rumah sukan iaitu rumah biru, kuning, hijau dan merah. Yang Dipertua PIBG SMK Munshi Abdullah diiringi oleh Tuan Pengetua telah menerima tabik hormat semua ahli rumah sukan. Walaupun semua persediaan dibuat dalam masa yang singkat namun temasya olahraga kali ini disambut dengan ceria dan meriah.

Sebelum acara kemuncak Kejohanan Olahraga diadakan, acara saringan telah dijalankan selama tiga hari bermula pada hari Isnin sehinggalah hari Rabu. Acara yang dipertandingkan adalah meliputi acara balapan seperti 100 meter, 200 meter, 400 meter,800 meter, 1500 meter, lari 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter semua kategori  iaitu Lelaki Kelas Satu, Lelaki Kelas Dua, Lelaki Kelas Tiga, Perempuan Kelas Satu, Perempuan Kelas Dua dan Perempuan Kelas Tiga. Selain itu juga, acara padang juga dipertandingkan seperti lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, merenjam lembing dan melontar peluru semua kelas. Tidak ketinggalan juga larian 100 meter murid Pendidikan Khas dijalankan. Selain acara 100 meter dan 4  x 100 meter, acara lain yang ditunggu-tunggu ialah acara tarik tali akhir iaitu antara rumah biru dan hijau yang akhirnya dimenangi oleh rumah biru.

Upacara penyampaian hadiah dilangsungkan dari semasa ke semasa iaitu setelah tamat sesuatu acara berlangsung pada hari kejohanan. Upacara kemuncak penyampaian hadiah diadakan pada waktu akhir kejohanan iaitu kemenangan rumah hijau sebagai Johan Rumah Sukan untuk tahun 2017. Semoga Kejohanan Olahraga SMK Munshi Abdulllah akan terus diadakan dan dilangsungkan dengan lebih meriah lagi.