Friday 2 April 2021

BAB 3 SEJARAH T5 KSSM - RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.

 BAB 3 - Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

3.1 Latar belakang pemerintahan beraja dan demokrasi berparlimen

 -Pemerintahan beraja menjadi teras kewujudan kerajaan Melayu sejak sekian lama. Raja memerintah dengan kuasa penuh dan berdaulat. Walaupun negara dikuasai oleh British dan Jepun,sistem ini tidak terhapus dan sekarang menjadi Raja Berperlembagaan.

a. Pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka- pemerintah yang berwibawa dan berkuasa mutlak dalam pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Pemerintahan berdasarkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diperkukuh oleh konsep Islam. Raja menjadi ketua agama Islam.

b.Sebelum Perang Dunia Kedua - Sistem beraja dianggap sebagai penghalang British melakukan penjajahan. British memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem Penasihat di NNMTB. Campur tangan British dalam pentadbiran dimeterai melalui perjanjian dan surat perisytiharaan daripada RRM.

Sistem beraja dipertahankan dan menjadi ketua negeri yang mengesahkan undang-undang. Perjanjian yang dibuat menjadikan NNM sebagai negeri naungan British sahaja.

c.Semasa Pendudukan Jepun- raja sebagai ketua hal ehwal agama Isman.

d. Selepas Perang Dunia Kedua - Semasa Malayan Union, RRM kehilangan kuasa pemerintahan kerana diambil oleh Raja England dan NNM diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh kerajaan British.Tentangan RRM menyebabkan PTM 1948 ditubuhkan dan kuasa raja dikembalikan semula. Undang-undang Tubuh diguna pakai sehingga sekarang.

e.Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen selepas merdeka- pemerintahan beraja diteruskan selepas merdeka yang disesuaikan dengan konsep demokrasi. Jawatan YDA diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara. Dalam perlembagaan, raja diiktiraf sebagai pemerintah tertinggi negara dan rakyat diberi hak memilih kerajaan melalui wakil mereka dalam pilihan raya.

BAB 2 SEJARAH T5 KSSM

 BAB 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

2.1 Latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan:

-Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara. Selepas kemerdekaan, negara mempunyai perlembagaan yang asalnya raja memerintah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digubal.Semasa British pula, raja diterima sebagai pemerintah berdaulat.


- Asas Pembentukan Perlembagaan:

1. Undang-undang Negeri Melayu - raja sebagai pemerintah dan rakyat memberikan kesetiaan. Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja.Undang-undang yang wujud seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka{zaman Kesultanan Melayu Melaka], Undang-undang Kedah, Undang-undang Johor, Undang-undang 99 Perak dan Hukum Kanun Pahang.

2.Undang-undang Inggeris - British memperkenalkan undang-undang Charter of Justice di Negeri-negeri Selat[NNS] yang diambil daripada undang-undang yang digubal di England. Di Sarawak terdapat The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 dan di Sabah pula ialah Sabah Application of Laws Ordinance 1951.

2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan:

-Sejarah perlembagaan bermula pada 1877 hingga 1957 oleh Parlimen. Di NNS, Charter of Justice melindungi penduduk dan pembentukan undang-undang dimulai oleh Majlis Negeri  Perak.

1. 1877 - Pembentukan undang-undang semasa mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Raja Muda Musa. Menjadi titik tolak kepada pembentukan undang-undang negara.

2.1946- a.NNS - Digubal oleh Majlis Undangan Negeri

             b.NNMB oleh Majlis Persekutuan

             c.NNMTB oleh Majlis Negeri

3. 1948 - Permulaan bagi pembentukan sebuah persekutuan mengandungi semua NNM, Melaka dan Pulau Pinang.Contoh kandungan undang-undang ialah pentadbiran, kuasa Raja Melayu,perundangan dan kewargenagaraan.

4. 1957 - Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu/Suruhanjaya Reid disesuaikan dengan model Westminster di Britain yang menjadi asas perlembagaan sekarang.

2.3 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan:

1.Ciri Tradisional :

   a.Kesultanan/pemerintahan beraja-Sultan sebagai pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh.Pemerintahan beraja diteruskan selepas merdeka dengan konsep Demokrasi Berparlimen dan YDA merupakan pemerintah tertinggi negara yang mempunyai kuasa seperti mengampun dan menangguhkan hukuman yang disabitkan oleh mahkamah. Raja juga tonggak kehormatan dan keadilan negara .Contohnya mengurniakan anugerah dan bintang kehormat.

   b. Agama Islam - Di NNM, agama Islam di bawah kuasa raja dan negeri-negeri tidak beraja dan di Wilayah Persekutuan, agama Islam terletak pada YDA.

c. Bahasa Melayu - Menjadi lingua franca dan bahasa ilmu pada zaman Kesultanan Melaka dan sekarang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

d.Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera - dahulu di bawah kuasa raja dan ketua peribumi tetapi sekarang di bawah kuasa YDA yang memelihara kedudukan istimew orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Saraawak serta kepentingan sah kaum lain.

2.Ciri Moden:

a.Kerajaan Persekutuan - mempunyai kuasa tertentu, begitu juga kerajaan negeri di samping Sabah dan Sarawak diberi kuasa autonomi.

b. Sistem Demokrasi Berparlimen  - melalui pilihan raya sejak 1955 yang memberikan kebebasan kepada rakyat memilih wakil pemimpin dan menubuhkan kerajaan. Suruhanjaya Pilihan Raya[SPR] ditubuhkan untuk menjalankan pilihan raya.

c.Kewarganegaraan - diperkenalkan sejak 1948 melalui Perjanjian PTM. Dua jenis kewarganegaraan sebelum itu iaitu rakyat raja dan kerakyatan British[ di Melaka dan Pulau Pinang].Kini, kewargenegaraan yang sama diberikan kepada rakyat Malaysia.

2.4 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965 :

-Asas Perlembagaan Malaysia 1963 ialah Perlembagaan PTM 1957. Pindaan dilakukan untuk menyesuaikan peruntukan negeri baharu tanpa mengubah kedudukan negeri sedia ada.Pindaan utama dilakukan pada 1963 dan 1965 melibatkan struktur Mahkamah Atasan dan pemisahan Singapura.

i-Pindaan Perlembagaan 1963 - Pindaan berlaku apabila Malaysia dibentuk dengan memasukkan klausa baharu iaitu

a.Struktur Mahkamah Atasan iaitu Mahkamah Persekutuan di PTM, Sabah dan Sarawak juga Singapura yang boleh mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuana dan Kerajaan Negeri.

b.Peruntukan Mahkamah Tinggi Borneo berperanan untuk menguruskan soal kehakiman di Sabah dan Sarawak diketuai oleh Ketua Hakim Borneo berpusat di Kuching[1963] dan menjadi Ketua Hakim Sarawak dan Sabah[1994].

c. Jawatan Yang di-Pertuan Negeri - dilantik oleh YDA . YDNegeri dibantu oleh Majlis Tertinggi bagi Sarawak dan Kabinet Negeri bagi Sabah.

ii.Pindaan Perlembagaan 1965/Pindaan Singapura - dibawa oleh PM Malaysia Pertama,Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 7 Ogos 1965. Pindaan ini diluluskan oleh Parlimen dan Singapura keluar dari Malaysia. Dengan itu, semua perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan seperti imigresen, kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan.




  SEJARAH KSSM T5 

BAB 1 : KEDAULATAN NEGARA

    Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan sejak zaman tamadun Yunani lagi.Kedaulatan dimaksudkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas dan mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara. Negara kita jelas mempunyai kedaulatan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka seterusnya kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Maksud kedaulatan;

1.Bahasa Yunani - supernuus/superanus[agung/tertinggi] yang bebas dan merdeka

2. Bahasa Inggeris - sovereignty[mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan]

3. Bahasa Arab - Daulah[kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan]

4.Bahasa Melayu - kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara.


Pandangan tokoh:

1.Aristotle[Yunani] - mempunyai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara yang terikat oleh undang-undang.

2. Ibnu Khaldun - kekuataan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya yang diiringi semangat beragama.

3.Jean Bodin[Peranchis] - kuasa tertinggi dalam sesebuah negara yang bersifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dn melaksanakannya,

4. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj - dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

5. Tun Dr.Mohamed Salleh Abas - asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negara tanpa telunjuk asing.


Jenis Kedaulatan;

1. Kedaulatan tradisional - sistem berkuasa mutlak yang menguasi sepenuhnya segala urusan negara yang wujud sejak tamadun awal manusia. Di Malaysia, kedaulatan berpaksikan pada kedaulatan Raja-raja Melayu.

2.Kedaulatan moden - idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Peranchis yang berkaitan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan.Selepas itu, nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa dan gabungan negeri seperti Persekutuan Tanah Melayu[PTM].

3. Kedaulatan Undang-undang - kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi untuk menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat dan menjadikan negara aman, stabil dan makmur. Badan Kehakiman diwujudkan dan menjadi prinsip keempat Rukun Negara.

4. Kedaulatan Antarabangsa - pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu[PBB] terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.


Ciri negara yang berdaulat:

1.Mempunyai pemerintahan - untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi yang teratur. YDAgung ialah Ketua Utama Negara dan Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri.

2. Mempunyai sempadan - negara berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei yang diakui oelh masyarakat antarabangsa; PBB.

3. Mempunyai Perundangan -asas peraturan negara untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara.

4.Mempunyai Rakyat - rakyat penduduk sesebuah negara yang terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah walaupun mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan adat resam namun disatukan satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara dan identiti nasional yang sama.

Kepentingan Mewujudkan Negara berdaulat:

1. Keberkesanan pentadbiran - negara menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan  pihak luar oleh Jemaah Menteri dan kementerian juga kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

2.Kemakmuran ekonomi - pelbagai usaha dibuat untuk memaju dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan melalui dasar pembangunan ekonomi negara.

3. Kesejahteraan sosial - generasi berilmu dan berkemahiran dilahirkan melalui pendidikan yang membolehkan mereka memberikan sumbangan untuk membangunkan negara di samping memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

4.Kecemerlangan hubungan luar negara - hubungan dibentuk melalui dasar luar negara untuk menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain pada peringkat hubungan serantau dan antarabangsa.

Langkah mempertahankan kedaulatan :

1. Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi- oleh pemerintah dan rakyat dalam pelbagai usaha dan program memajukan ekonomi.

a..Pemerintah - mewujudkan pentadbiran yang cekap dan mengelakkan rasuah. Agihan sumber kekayaan diagihkan secara adil dan melaksanakan undang-undang negara.

b.Rakyat - setia kepada raja dan negara dan menyokong segala usaha dan dasar kerajaan untuk kestabilan politik serta mematuhi undang-undang negara.

2.Mengekalkan perpaduan kaum

3.Memupuk patriotisme

4.Mengukuhkan pertahanan negara