BAB 8 TINGKATAN LIMA SEJARAH 3
1. Jelaskan
latar belakang Pembangunan Ekonomi.
Pembangunan ekonomi di
negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun oleh Kerajaan
Perikatan sejak sebelum merdeka lagi.Permulaannya hanya meliputi kawasan luar
bandar sahaja.Dasar Ekonomi Baru[DEB] pula diperkenalkan untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan
melalui Rancangan Pembangunan Lima tahun iaitu dari tahun 1970 sehingga
1990.Selepas itu diganti oleh Dasar Pembangunan Nasional untuk menyambung
hasrat DEB sehingga tahun 2000. Banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan
diwujudkan secara bersepadu untuk
memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara. Rancangan Pembangunan Lima
Tahun telah dilaksanakan melalui dua tahap iaitu tahap pertama dan tahap
kedua.Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap kedua[1971-1990] adalah juga
dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1[RRJP1] yang dilaksanakan
semasa DEB dilaksanakan.
2. Latar
belakang Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
Rancangan Pembangunan
Lima Tahun mempunyai dua tahap iaitu Tahap Pertama bermula pada tahun 1956
sehinggalah 1970 iaitu Rancangan Malaya Pertama[1956-1960],Rancangan Malaya
Kedua[1961-1965] dan Rancangan Malaysia Pertama[1966-1970].Penukaran nama ini
ekoran pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dengan penyertaan Sabah dan Sarawak
ke dalam Malaysia.
Rancangan Pembangunan
Tahap Kedua dikenali juga sebagai Rangka Jangka Panjang 1[RRJP1] yang
diperkenalkan pada 1971 sehingga 1990 iaitu meliputi Rancangan Malaysia
Kedua[1971-1975],Rancangan Malaysia Ketiga[1976-1980],Rancangan Malaysia
Keempat[1981-1985] dan Rancangan Malaysia Kelima[1986-1990] Rancangan
pembangunan ini dirancang untuk selama lima tahun.
3. Huraikan
peranan agensi berikut
a. FELDA
Peranan Felda adalah untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat luar bandar dan meningkatkan hasil pertanian negara.Selain itu,tanah
negara dibuka secara besar-besaran untuk aktiviti pertanian dan sebagai
petempatan baharu yang dilengkapi kemudahan asas.Penduduk luar bandar yang
miskin dipindahkan ke petempatan ini dan menjadi petani moden.Jenis tanaman
yang diberikan tumpuan ialah tanaman dagangan untuk dieksport iaitu getah dan
kelapa sawit yang juga menjadi komoditi utama negara.
b. MARA
Mara ditubuhkan untuk menggantikan RIDA, yang
ditubuhkan pada 1 Mac 1966 yang bermatlamat untuk membantu bumiputera dalam sektor
perdagangan dan perindustrian.Mara menggunakan beberapa strategi iaitu membantu
usahawan bumiputera dan menambah guna tenaga bumiputera selain meningkatkan
ekuiti bumiputera.Selain itu, Mara menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera
dalam mencapai matlamat Mara.
4. Terangkan
perkembangan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua.
Perkembangan
Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua dimulakan dengan Rancangan Malaysia Kedua
iaitu bermula dari tahun 1971-1975 dan merupakan rancangan lima tahun yang
pertama dalam Dasar Ekonomi Baru[DEB].Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan
masalah ekonomi dan sosial antara kaum,kawasan dan wilayah.Tumpuan diberikan terhadap
usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menambahkan pendapatan dan
menyediakan peluang pekerjaan.Selain itu, merapatkan jurang ekonomi dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Program pembangunan
kawasan luar bandar sebelum ini diteruskan.
Beberapa agensi di
bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan
Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. Agensi lain
ditubuhkan untuk membantu petani, menggalakkan perusahaan perdagangan dan
memajukan bandar. Agensi tersebut adalah seperti LPN tahun 1971 untuk
menstabilkan harga padi dan LKIM juga
ditubuhkan pada tahun 1971 bagi membangunkan dan memodenkan industri perikanan
dan meningkatkan taraf hidup nelayan. UDA ditubuhkan juga pada 1971 untuk
membangunkan bandar. PKEN pula untuk menggalakkan perindustrian dan perdagangan
dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan
kedai.RISDA pula ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu pekebun kecil getah
dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah. LLP [1973] untuk membantu
golongan petani dalam kegiatan koperasi dan akhir sekali Petronas yang
ditubuhkan pada 1974 ditubuhkan adalah untuk memajukan sektor industri dan
perniagaan berkaitan dengan petroleum.
Rancangan Malaysia
Ketiga[RMK3] [1976-1980]
RMK3 merupakan lanjutan
daripada Rancangan Malaysia Kedua. Matlamatnya masih mendokong hasrat DEB dalam
usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Pembangunan pertanian
dan perindustrian diteruskan dengan meningkatkan produktiviti, membuka peluang
pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembukaan tanah secara
besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah seperti
KEJORA,KETENGAH,KESEDAR dan DARA dibuat. Tumpuannya adalah untuk penanaman
getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Agensi pembangunan wilayah
meluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar
baharu.
Rancangan Malaysia
Keempat[RMK4] [1981-1985]
RMK4 ditubuhkan masih mendukung
hasrat DEB yang dilancarkan ketika dunia mengalami kelembapan ekonomi. Namun,RMK4
meneruskan program pembangunan ekonomi dalam RMK3 dengan memberikan tumpuan
kepada perkembangan industri berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan
teknologi tinggi dan keperluan tenaga pekerja mahir. Kerajaan menubuhkan
Perbadanan Industri Berat Malaysia[HICOM] pada akhir tahun 1980 bagi mengenal
pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti
yang dikendalikan oleh sektor swasta. Bagi menggiatkan perindustrian dan
menggalakkan pelaburan modal asing, kawasan perusahaan baharu telah dibuka
seperti Skudai di Johor, Senawang di Negeri Sembilan serta Menggatal dan Likas
di Sabah. Zon Perdagangan Bebas juga diwujudkan seperti di Bayan Lepas dan
Sungai Way. Kerajaan juga melancarkan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan
Pelan Induk Perindustrian. Dasar Pengswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia
juga ditubuhkan bagi memajukan lagi perkembangan ekonomi negara. PNB dan ASN
ditubuhkan bagi tujuan menyeimbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian
antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera. Dasar Pertanian
Negara[DPN] turut ditubuhkan untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor
pertanian secara bersepadu. Rancangan pembangunan ini berjaya mencatat
peningkatan dalam KDNK dengan kadar 5.8% setahun dan pendapatan perkapita
meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.
Rancangan Malaysia
Kelima[RMK5] [1986-1990]
RMK5 merupakan
rancangan lima tahun yang terakhir untuk mencapai hasrat DEB yang genap 20
tahun pada tahun 1990 dengan cara meningkatkan sektor perindustrian dengan
melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor
swasta. Selain itu, melonggarkan syarat pelaburan modal asing untuk
meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorentasikan eksport. Kerajaan
berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama
dengan sektor swasta dengan lebih berkesan dengan memberikan perhatian kepada
pembangunan luar bandar. Selain itu,mengutamakan penggunaan tanah dengan lebih
cekap untuk pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakkan industri desa
seperti kraf tangan.Selain itu juga dengan memberikan kemudahan kredit dan
insentif melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan
Amanah Ikhtiar Malaysia.Sektor pelancongan juga menjadi antara perusahaan
penting dengan Perbadanan Pelancongan Malaysia[TDC] ditubuhkan bagi
menggalakkan industri pelancongan.Tahun Melawat Malaysia dilancarkan pada tahun
1990 bagi menjayakan lagi industri pelancongan Malaysia.Selain itu juga, negara
memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan [R&D] untuk meningkatkan
keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti.
5. Dasar
Pembangunan Ekonomi
a. Dasar
Pertanian Negara[DPN]
DPN dilancarkan pada 12 Januari 1984. Dasar ini
ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian
kepada tahap maksimum melalui sumber ekonomi negara yang cekap selain memaksimumkan
pendapatan pekebun kecil dan memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk
dieksport. Antara strategi DPN adalah menggalakkan pembukaan tanah baru oleh
Felda,agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri. Program pembangunan
in-situ diwujudkan untuk memulihkan kawsan yang berproduktiviti rendah dan
merupakan strategi meningkatkan produktiviti
kawasan pertanian yang telah sedia ada. Projek bersepadu di seluruh negara yang
dibuat seperti KEMUBU,Johor Barat, Kelantan Utara dan Selangor Barat. Program
ini dibuat adalah untuk menyediakan khidmat sokongan pertanian dan
pemasaran,kredit, subsidi dan penyelidikan. Pihak swasta juga terlibat dalam program pengswastaan pertanian oleh Kementerian Pertanian.
b. Dasar
Persyarikatan Malaysia[DPM]
Matlamat DPM yang ditubuhkan pada 25 Februari 1983
ini adalah untuk merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan
dalam pembangunan ekonomi.Dasar ini menganggap Malaysia ialah sebuah syarikat
yang dimiliki bersama oleh kerajaan dan pihak swasta. Semua kakitangan kerajaan
dan swasta yang terlibat ialah pemilik saham dan pekerja dipertanggungjawabkan
untuk memajukan syarikat ini iaitu Malaysia.Sebuah panel perunding antara pihak
kerajaan dengan swasta ditubuhkan. Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat
swasta untuk menjalinkan hubungan perkongsian kepakaran. Pihak swasta pula
diperlukan untuk memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan nasional
dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan yang maksimum. Pihak
kerajaan bertindak memberi perkhidmatan sokongan bagi memudahkan operasi pihak
swasta.
c. Dasar
Pengswastaan[DP]
Dasar ini diperkenalkan pada Mac 1983 oleh Perdana
Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahadhir Mohamad. Melalui dasar ini, kerajaan
memindahkan perkhidmatan, perusahaan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor
swasta. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Kesannya, kerajaan boleh mengalihkan
tumpuan untuk membangunkan sektor lain. Tujuan lain adalah untuk meningkatkan produktiviti
dan kualiti perkhidmatan atau barangan. Ini kerana, pihak swasta dianggap kebih
cekap daripada sektor kerajaan untuk menguruskannya. Dasar Pengswastaan ini
diyakini boleh mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal
swasta. Unit Perancang Ekonomi[UPE] bertindak sebagai jawatan kuasa
pengswastaan yang memberi garis panduan kepada
sesebuah kementerian atau jabatan yang
ingin menjalankan Dasar Pengswastaan. Dasar ini
boleh dilaksanakan secara sepenuhnya atau secara sebahagian seperti yang
dilaksanakan oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad[TNB] dan Syarikat Airod Sdn.
Bhd.
d. Dasar
Hala Tuju Cara Baru
Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah pendekatan
baharu untuk membangunkan kawasan luar bandar.
Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa
melalui penglibatan mereka dalam pelaburan yang dilaksanakan dalam tiga
strategi iaitu dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi kawasan penempatan
yang besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dan ekonomik. Strategi
kedua adalah dengan meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa melaui
program usahawan desa. Strategi yang ketiga ialah pelaksanaan projek
pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
e. Dasar
Peningkatan Daya Pengeluaran Negara[DPDPN]
Matlamat dasar yang diperkenalkan ini adalah untuk mencapai kadar tahap
pertumbuhan ekonomi berterusan walaupun negara
menghadapi pelbagai cabaran. Pembaziran bahan, masa, wang, usaha dan tenaga
akan dielakkan semasa penggunaan sumber tenaga dijalankan. Peningkatan hasil
pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi secara
berterusan dan meningkatkan pendapatan negara. Selain itu,untuk memastikan
penggunaan sumber negara pada tahap
maksimum bagi mengelakkan sebarang
pembaziran di samping memastikan sektor
perindustrian dapat bersaing pada peringkat global. Strategi yang dibuat adalah
membaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi, penggunaan teknologi
terkini dan penerapan nilai dan etika kerja yang murni.
f. Dasar
Kependudukan
Dasar Kependudukan diperkenalkan pada 29 Mac 1984
oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad, bermatlamat untuk mencapai sasaran 70 juta
penduduk menjelang tahun 2100. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang
akan memberikan kesan yang positif seperti bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti
dan peluasan pasaran, kekuatan politik dan keselamatan negara. Ini kerana dasar
ini menitikberatkan kadar pertumbuhan penduduk dengan peningkatan pembangunan
sosioekonomi negara khasnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan,
perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Program ini didasarkan pada unjuran
jumlah penduduk untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan
masalah kepada negara.
No comments:
Post a Comment