BAB 8 TINGKATAN LIMA SEJARAH 3
1. Jelaskan
latar belakang Pembangunan Ekonomi.
Pembangunan ekonomi di
negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun oleh Kerajaan
Perikatan sejak sebelum merdeka lagi.Permulaannya hanya meliputi kawasan luar
bandar sahaja.Dasar Ekonomi Baru[DEB] pula diperkenalkan untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan
melalui Rancangan Pembangunan Lima tahun iaitu dari tahun 1970 sehingga
1990.Selepas itu diganti oleh Dasar Pembangunan Nasional untuk menyambung
hasrat DEB sehingga tahun 2000. Banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan
diwujudkan secara bersepadu untuk
memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara. Rancangan Pembangunan Lima
Tahun telah dilaksanakan melalui dua tahap iaitu tahap pertama dan tahap
kedua.Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap kedua[1971-1990] adalah juga
dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1[RRJP1] yang dilaksanakan
semasa DEB dilaksanakan.
2. Latar
belakang Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
Rancangan Pembangunan
Lima Tahun mempunyai dua tahap iaitu Tahap Pertama bermula pada tahun 1956
sehinggalah 1970 iaitu Rancangan Malaya Pertama[1956-1960],Rancangan Malaya
Kedua[1961-1965] dan Rancangan Malaysia Pertama[1966-1970].Penukaran nama ini
ekoran pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dengan penyertaan Sabah dan Sarawak
ke dalam Malaysia.
Rancangan Pembangunan
Tahap Kedua dikenali juga sebagai Rangka Jangka Panjang 1[RRJP1] yang
diperkenalkan pada 1971 sehingga 1990 iaitu meliputi Rancangan Malaysia
Kedua[1971-1975],Rancangan Malaysia Ketiga[1976-1980],Rancangan Malaysia
Keempat[1981-1985] dan Rancangan Malaysia Kelima[1986-1990] Rancangan
pembangunan ini dirancang untuk selama lima tahun.
3. Huraikan
peranan agensi berikut
a. FELDA
Peranan Felda adalah untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat luar bandar dan meningkatkan hasil pertanian negara.Selain itu,tanah
negara dibuka secara besar-besaran untuk aktiviti pertanian dan sebagai
petempatan baharu yang dilengkapi kemudahan asas.Penduduk luar bandar yang
miskin dipindahkan ke petempatan ini dan menjadi petani moden.Jenis tanaman
yang diberikan tumpuan ialah tanaman dagangan untuk dieksport iaitu getah dan
kelapa sawit yang juga menjadi komoditi utama negara.
b. MARA
Mara ditubuhkan untuk menggantikan RIDA, yang
ditubuhkan pada 1 Mac 1966 yang bermatlamat untuk membantu bumiputera dalam sektor
perdagangan dan perindustrian.Mara menggunakan beberapa strategi iaitu membantu
usahawan bumiputera dan menambah guna tenaga bumiputera selain meningkatkan
ekuiti bumiputera.Selain itu, Mara menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera
dalam mencapai matlamat Mara.
4. Terangkan
perkembangan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua.
Perkembangan
Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua dimulakan dengan Rancangan Malaysia Kedua
iaitu bermula dari tahun 1971-1975 dan merupakan rancangan lima tahun yang
pertama dalam Dasar Ekonomi Baru[DEB].Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan
masalah ekonomi dan sosial antara kaum,kawasan dan wilayah.Tumpuan diberikan terhadap
usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menambahkan pendapatan dan
menyediakan peluang pekerjaan.Selain itu, merapatkan jurang ekonomi dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Program pembangunan
kawasan luar bandar sebelum ini diteruskan.
Beberapa agensi di
bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan
Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. Agensi lain
ditubuhkan untuk membantu petani, menggalakkan perusahaan perdagangan dan
memajukan bandar. Agensi tersebut adalah seperti LPN tahun 1971 untuk
menstabilkan harga padi dan LKIM juga
ditubuhkan pada tahun 1971 bagi membangunkan dan memodenkan industri perikanan
dan meningkatkan taraf hidup nelayan. UDA ditubuhkan juga pada 1971 untuk
membangunkan bandar. PKEN pula untuk menggalakkan perindustrian dan perdagangan
dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan
kedai.RISDA pula ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu pekebun kecil getah
dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah. LLP [1973] untuk membantu
golongan petani dalam kegiatan koperasi dan akhir sekali Petronas yang
ditubuhkan pada 1974 ditubuhkan adalah untuk memajukan sektor industri dan
perniagaan berkaitan dengan petroleum.
Rancangan Malaysia
Ketiga[RMK3] [1976-1980]
RMK3 merupakan lanjutan
daripada Rancangan Malaysia Kedua. Matlamatnya masih mendokong hasrat DEB dalam
usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Pembangunan pertanian
dan perindustrian diteruskan dengan meningkatkan produktiviti, membuka peluang
pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembukaan tanah secara
besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah seperti
KEJORA,KETENGAH,KESEDAR dan DARA dibuat. Tumpuannya adalah untuk penanaman
getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Agensi pembangunan wilayah
meluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar
baharu.
Rancangan Malaysia
Keempat[RMK4] [1981-1985]
RMK4 ditubuhkan masih mendukung
hasrat DEB yang dilancarkan ketika dunia mengalami kelembapan ekonomi. Namun,RMK4
meneruskan program pembangunan ekonomi dalam RMK3 dengan memberikan tumpuan
kepada perkembangan industri berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan
teknologi tinggi dan keperluan tenaga pekerja mahir. Kerajaan menubuhkan
Perbadanan Industri Berat Malaysia[HICOM] pada akhir tahun 1980 bagi mengenal
pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti
yang dikendalikan oleh sektor swasta. Bagi menggiatkan perindustrian dan
menggalakkan pelaburan modal asing, kawasan perusahaan baharu telah dibuka
seperti Skudai di Johor, Senawang di Negeri Sembilan serta Menggatal dan Likas
di Sabah. Zon Perdagangan Bebas juga diwujudkan seperti di Bayan Lepas dan
Sungai Way. Kerajaan juga melancarkan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan
Pelan Induk Perindustrian. Dasar Pengswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia
juga ditubuhkan bagi memajukan lagi perkembangan ekonomi negara. PNB dan ASN
ditubuhkan bagi tujuan menyeimbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian
antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera. Dasar Pertanian
Negara[DPN] turut ditubuhkan untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor
pertanian secara bersepadu. Rancangan pembangunan ini berjaya mencatat
peningkatan dalam KDNK dengan kadar 5.8% setahun dan pendapatan perkapita
meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.
Rancangan Malaysia
Kelima[RMK5] [1986-1990]
RMK5 merupakan
rancangan lima tahun yang terakhir untuk mencapai hasrat DEB yang genap 20
tahun pada tahun 1990 dengan cara meningkatkan sektor perindustrian dengan
melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor
swasta. Selain itu, melonggarkan syarat pelaburan modal asing untuk
meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorentasikan eksport. Kerajaan
berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama
dengan sektor swasta dengan lebih berkesan dengan memberikan perhatian kepada
pembangunan luar bandar. Selain itu,mengutamakan penggunaan tanah dengan lebih
cekap untuk pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakkan industri desa
seperti kraf tangan.Selain itu juga dengan memberikan kemudahan kredit dan
insentif melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan
Amanah Ikhtiar Malaysia.Sektor pelancongan juga menjadi antara perusahaan
penting dengan Perbadanan Pelancongan Malaysia[TDC] ditubuhkan bagi
menggalakkan industri pelancongan.Tahun Melawat Malaysia dilancarkan pada tahun
1990 bagi menjayakan lagi industri pelancongan Malaysia.Selain itu juga, negara
memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan [R&D] untuk meningkatkan
keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti.
5. Dasar
Pembangunan Ekonomi
a. Dasar
Pertanian Negara[DPN]
DPN dilancarkan pada 12 Januari 1984. Dasar ini
ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian
kepada tahap maksimum melalui sumber ekonomi negara yang cekap selain memaksimumkan
pendapatan pekebun kecil dan memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk
dieksport. Antara strategi DPN adalah menggalakkan pembukaan tanah baru oleh
Felda,agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri. Program pembangunan
in-situ diwujudkan untuk memulihkan kawsan yang berproduktiviti rendah dan
merupakan strategi meningkatkan produktiviti
kawasan pertanian yang telah sedia ada. Projek bersepadu di seluruh negara yang
dibuat seperti KEMUBU,Johor Barat, Kelantan Utara dan Selangor Barat. Program
ini dibuat adalah untuk menyediakan khidmat sokongan pertanian dan
pemasaran,kredit, subsidi dan penyelidikan. Pihak swasta juga terlibat dalam program pengswastaan pertanian oleh Kementerian Pertanian.
b. Dasar
Persyarikatan Malaysia[DPM]
Matlamat DPM yang ditubuhkan pada 25 Februari 1983
ini adalah untuk merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan
dalam pembangunan ekonomi.Dasar ini menganggap Malaysia ialah sebuah syarikat
yang dimiliki bersama oleh kerajaan dan pihak swasta. Semua kakitangan kerajaan
dan swasta yang terlibat ialah pemilik saham dan pekerja dipertanggungjawabkan
untuk memajukan syarikat ini iaitu Malaysia.Sebuah panel perunding antara pihak
kerajaan dengan swasta ditubuhkan. Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat
swasta untuk menjalinkan hubungan perkongsian kepakaran. Pihak swasta pula
diperlukan untuk memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan nasional
dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan yang maksimum. Pihak
kerajaan bertindak memberi perkhidmatan sokongan bagi memudahkan operasi pihak
swasta.
c. Dasar
Pengswastaan[DP]
Dasar ini diperkenalkan pada Mac 1983 oleh Perdana
Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahadhir Mohamad. Melalui dasar ini, kerajaan
memindahkan perkhidmatan, perusahaan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor
swasta. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Kesannya, kerajaan boleh mengalihkan
tumpuan untuk membangunkan sektor lain. Tujuan lain adalah untuk meningkatkan produktiviti
dan kualiti perkhidmatan atau barangan. Ini kerana, pihak swasta dianggap kebih
cekap daripada sektor kerajaan untuk menguruskannya. Dasar Pengswastaan ini
diyakini boleh mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal
swasta. Unit Perancang Ekonomi[UPE] bertindak sebagai jawatan kuasa
pengswastaan yang memberi garis panduan kepada
sesebuah kementerian atau jabatan yang
ingin menjalankan Dasar Pengswastaan. Dasar ini
boleh dilaksanakan secara sepenuhnya atau secara sebahagian seperti yang
dilaksanakan oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad[TNB] dan Syarikat Airod Sdn.
Bhd.
d. Dasar
Hala Tuju Cara Baru
Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah pendekatan
baharu untuk membangunkan kawasan luar bandar.
Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa
melalui penglibatan mereka dalam pelaburan yang dilaksanakan dalam tiga
strategi iaitu dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi kawasan penempatan
yang besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dan ekonomik. Strategi
kedua adalah dengan meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa melaui
program usahawan desa. Strategi yang ketiga ialah pelaksanaan projek
pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
e. Dasar
Peningkatan Daya Pengeluaran Negara[DPDPN]
Matlamat dasar yang diperkenalkan ini adalah untuk mencapai kadar tahap
pertumbuhan ekonomi berterusan walaupun negara
menghadapi pelbagai cabaran. Pembaziran bahan, masa, wang, usaha dan tenaga
akan dielakkan semasa penggunaan sumber tenaga dijalankan. Peningkatan hasil
pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi secara
berterusan dan meningkatkan pendapatan negara. Selain itu,untuk memastikan
penggunaan sumber negara pada tahap
maksimum bagi mengelakkan sebarang
pembaziran di samping memastikan sektor
perindustrian dapat bersaing pada peringkat global. Strategi yang dibuat adalah
membaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi, penggunaan teknologi
terkini dan penerapan nilai dan etika kerja yang murni.
f. Dasar
Kependudukan
Dasar Kependudukan diperkenalkan pada 29 Mac 1984
oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad, bermatlamat untuk mencapai sasaran 70 juta
penduduk menjelang tahun 2100. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang
akan memberikan kesan yang positif seperti bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti
dan peluasan pasaran, kekuatan politik dan keselamatan negara. Ini kerana dasar
ini menitikberatkan kadar pertumbuhan penduduk dengan peningkatan pembangunan
sosioekonomi negara khasnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan,
perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Program ini didasarkan pada unjuran
jumlah penduduk untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan
masalah kepada negara.
6. Sebagai
rakyat Malaysia, sebab anda menyokong penubuhan Dasar Persyarikatan dan Dasar
Pengswastaan.
Sebab saya menyokong
Dasar Persyarikatan dan Dasar Pengswastaan kerana memberikan banyak manfaat
iaitu dengan melibatkan sektor swasta dalam aktiviti membangunkan negara, ini
meningkatkan kualiti perkhidmatan dak kecekapan perkhidmatan. Contohnya,
penerbangan tambah murah oleh AirAsia. Selain itu, meningkatkan produktiviti
pengeluaran seperti pengeluaran barangan elektrik. Kejayaan yang dicapai, boleh
menambahkan pendapatan negara melalui cukai yang dikenakan sehingga hasil cukai
itu boleh digunakan untuk pembangunan sector yang lain atau memperbaiki
kemudahan awam yang rosak. Sebab lain adalah mudah mendapatkan sesuatu
perkhidmatan seperti air dan elektrik. Ini akan menjadikan hidup seharian
selesa dan cepat menerima perkhidmatan yang diperlukan. Peluang pekerjaan juga
bertambah menjadikan rakyat Malaysia dapat menaikkan taraf hidup mereka selain
menjadi tumpuan rakyat negara lain untuk bekerja di Malaysia. Penggunaan teknologi
yang moden menjadikan negara mampu bersaing dengan negara lain di dunia.
7. Kesan
pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Pengswastaan terhadap
pembangunan ekonomi negara.
Kesan daripada
kedua-dua dasar tersebut adalah banyak perkhidmatan kerajaan diserahkan kepada sektor
swasta untuk diuruskan menjadikan kerajaan dapat menumpukan pembangunan pada sektor
lain. Ini juga dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan. Contohnya pengswastaan Tenaga Nasional Berhad, KTMB
dan perkhidmatan pos. Selain itu, pembukaan tanah secara besar-besaran dapat
merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Petani menjadi
petani moden mengusahakan tanaman dagangan seperti kelapa sawit dan getah
sehingga dapat dieksport ke luar negara dan menghasilkan bahan baru berasaskan
kelapa sawit seperti minyak sawit, sabun, lilin, biskut dan sebagainya. Sistem
pengangkutan dan sistem perhubungan diperbaiki dan ditambah seperti oleh
AirAsia dalam sektor penerbangan. Selain itu, pembekalan elektrik oleh Tenaga Nasional
Berhad dan perkhidmatan pos oleh Tenaga Nasional. Rakyat juga berpeluang
memiliki saham dalam syarikat.
8. Sebab
Dasar Pertanian Negara[DPN] ditubuhkan.
DPN ditubuhkan untuk
mencapai matlamat meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum
dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber ekonomi negara.
Selain itu, memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dan memulihkan kawasan
berproduktiviti rendah melalui program pembangunan in-situ. Seterusnya,
memajukan komoditi utama negara yang berpotensi untuk dieksport. Sebab lain
adalah untuk menggalakkan pembukaan tanah baru di bawah FELDA dan menyediakan
perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran,kredit,subsidi dan
penyelidikan. Selain itu, melibatkan pihak swasta dalam projek pengswastaan
pertanian di bawah Kementerian Pertanian.
9. Adakah Dasar Pertanian Negara[DPN] mencapai
matlamatnya.
DPN berjaya mencapai
matlamatnya kerana banyak kawasan pertanian baharu berjaya dibuka terutamanya
oleh FELDA dan FELCRA. Kawasan FELDA ini bertambah luas dan besar serta lengkap
dengan kemudahan asasnya. Pembukaan tanah itu termasuklah pembukaan Kawasan
pembangunan wilayah DARA, KEJORA, KESEDAR dan KETENGAH. Kawasan yang terbiar
dan di pedalaman berjaya dibuka menjadi Kawasan pertanian dan petempatan moden
yang serba canggih seperti FELDA Jengka.Tanaman getah dan kelapa sawit menjadi
komoditi eksport utama negara. Kejayaan ini menampilkan ramai petani moden dan
usahawan berasaskan pertanian sehingga pendapatan petani dan taraf hidup petani
dapat ditingkatkan.Rancangan petempatan FELDA menjadi contoh pembangunan tanah
pertanian kepada banyak negara di dunia.
Penglibatan aktif pihak
swasta dalam kegiatan pertanian berskala besar dan penggunaan teknologi seperti
keluaran sayur-sayuram Cameron Highlands yang dieksport ke
Singapura.Pengeluaran bunga orkid juga dieksport ke luar negara. Penggabungan
Sime Darby dan Guthrie dilaksanakan dan telah menjadi sebuah syarikat
perladangan terbesar di dunia.
10. Bagaimanakah
memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat.
Pembangunan ekonomi
dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat contohnya oleh Lembaga
Pembangunan Industri Desa[RIDA/MARA] yang telah ditubuhkan untuk membangunkan
masyarakat luar bandar. Agensi ini juga ditubuhkan untuk memberi pinjaman
kepada pengusaha pertanian kecil dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam
perniagaan. FELDA pula berperanan untuk meningkatkaa taraf hidup masyarakat
luar bandar.Hal ini bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian. Kawasan tanah
baru dibuka secara besar-besaran yang serba lengkap dengan kemudahan
infrastruktur. Ini dilakukan adalah untuk mengurangkan jurang pendapatan
masyarakat luar bandar dan bandar serta membantu dalam mengurangkan kadar
kemiskinan. FAMA pula ditubuhkan untuk membantu petani dapat mengatasi masalah
pemasaran hasil pertanian, justeru dapat meningkatkan pendapatan dan status
mereka sebagai petani moden. Mara pula ditubuhkan untuk menggalakkan
penyertaan kaum bumiputera dalam sektor
perusahaan dan perdagangan bagi menyediakan peluang kepada mereka untuk
meningkatkan taraf ekonomi. Sementara itu, Mardi ditubuhkan untuk pemyelidikan
dan pembangunan[ R&D] bagi
meningkatkan hasil produktiviti pertanian. Bukan setakat itu sahaja, Program
Transformasi Ekonomi menggariskan pelan untuk menggerakkan negara ke arah mencapai
status negara maju melalui pertumbuhan ekonomi yang mapan. Tujuannya yang lain
adalah untuk menjadikan ekonomi lebih berdaya saing dan bertujuan untuk mewujudkan
masyarakat berpendapatan tinggi pada masa depan.
11. Kesan
kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini.
Kemajuan dan pemodenan
dalam bidang pertanian merupakan salah satu kesan kemajuan ekonomi negara.
Perkembangan teknologi menjadikan bidang pertanian menambahkan produktiviti dan
berkembang maju dengan penggunaan jentera moden, penggunaan benih yang
berkualiti dan Penyelidikan dan Pembangunan; R&D . Kemajuan bidang ekonomi
juga membawa kepada perkembangan perindustrian kerana adanya sokongan sektor
lain yang sama dimodenkan iaitu pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan
k-ekonomi membantu dalam perkembangan perindustrian. Kejayaan ekonomi juga
membawa kepada peningkatan pendapatan perkapita negara yang turut diperlihatkan
dalam peningkatan hak milik modal saham bumiputera. Ini menunjukkan negara
komitment untuk setaraf dengan negara moden dunia. Tambahan pula, negara tidak
ada masalah dalam kehidupan seharian rakyatnya, negara aman dan rakyat hidup
dengan harmoni. Kemajuan ekonomi juga memberi peluang kepada rakyat negara kita
untuk menunjukkan potensi mereka dalam bidang sukan dengan lahirnya jaguh sukan
seperti sukan badminton iaitu Datuk Lee Chong Wei, lumba basikal, Azizul Hasni
Awang, renang oleh Pandelala Renong dan
dalam sukan tenis oleh Datul Nicol Ann David. Ini kerana negara mampu membiayai
jurulatih luar dan latihan di luar negeri di sampingan penggunaan peralatan
sukan yang canggih. Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan ICT yang
seiring dengan kemajuan dalam bidang pendidikan kerana melalui bidang
pendidikanlah lahir modal insan yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.
Kemudahan infrastruktur negara kita bertaraf dunia dengan adanya KLIA, KLCC, KL
Sentral dan sebagainya. Selain itu, perkembangan bandar seperti Putrajaya,
Cyberjaya dan Nusajaya sebagai bandar terancang adalah hasil daripada
perkembangan ekonomi.
12. Jelaskan
bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan
rakyat.
Dasar pembangunan
ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat adalah dengan
meningkatkan pendapatan sektor pertanian semua kaum pada tahap maksimum bagi
membolehkan sumber ekonomi negara yang cekap dan pengurusan yang berkesan dapat
dibuat. Selain itu, memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dan memajukan
komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport dibuat seperti pembukaan
tanah-tanah baru oleh Felda bagi semua kaum. Penglibatan swasta dalam
pembangunan negara adalah perlu dengan mengutamakan kepentingan negara seperti
perkhidmatan membuat kereta oleh Proton. Berlaku perkongsian kepakaran dalam
syarikat dengan sektor swasta mengutamakan kepentingan nasional sementara
kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan. Kerajaan memudahkan perkhidmatan ,
perusahaan dan pelaburan kepada sektor swasta. Ini dapat merapatkan jurang
ekonomi luar bandar dan bandar sekali gus dapat membangunkan kawasan luar
bandar. Seterusnya, melaksanakan program usahawan untuk meningkatkan pendapatan
penduduk luar bandar selain menyediakan kemudahan sosioekonomi untuk semua
kaum. Ini dapat menghapuskan dasar berat sebelah dalam komuniti dan memberi
peluang ekonomi untuk semua kaum.
13. Sebab
berlaku ketidakseimbangan ekonomi di negara kita.
Ketidakseimbangan
ekonomi berlaku di negara kita disebabkan kesan birokrasi British kerana
melaksanakan dasar pecah dan perintah . Dasar ini diwujudkan untuk
memaksimumkan keuntungan kewangan dan menggalakkan penghijrahan buruh asing
seperti dari negara China dan India. Kesannya, berlaku pembentukan masyarakat
berbilang bangsa dengan kawasan petempatan dan jenis pekerjaan yang berbeza
mengikut kaum. Contohnya, orang Melayu menjadi petani di luar bandar sementara
buruh India menjadi penoreh di ladang getah sementara buruh Cina berniaga di bandar
atau bekerja di lombong bijih timah. Perbezaan jenis pekerjaan dan tempat
tinggal ini menyebabkan perpaduan terlalu asing pada zaman penjajahan British
dahulu.
Ketidakseimbangan juga
berlaku disebabkan oleh British mewujudkan ekonomi duaan atau dwiekonomi.
Maksudnya, British telah mewujudkan rangkaian ekonomi dagangan atau komersial
di kawasan lombong bijih timah dan di kawasan ladang getah yang kebanyakannya
di negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia sementara ekonomi tradisional
untuk sara diri di kawasan luar bandar. Pembangunan ekonomi tidak pesat di pantai timur Senanjung
Malaysia menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi berlaku antara kawasan bandar
dan luar bandar juga antara pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Tumpuan penduduk sama
ada di kawasan perlombongan, petroleum, pentadbiran dan pendidikan menyebabkan
terbentuknya bandar seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Miri dan Seremban.
Pembentukan bandar baru bertambah pesat apabila bertambahnya tumpuan rakyat di
sesuatu tempat dengan kemudahan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan
raya, jalan kereta api dan laluan udara. Kebanyakan masyarakat Cina tinggal di
kawasan bandar yang lengkap dengan kemudahan asas seperti telefon elektrik,
sekolah, bank dan bekalan air sementara orang India di ladang getah dan orang
Melayu tinggal di luar bandar. Ini mewujudkan jurang ekonomi dan sosial antara
kaum dan antara penduduk.
Bahan mentah yang
berterusan menjadikan negara menumpukan perhatian kepada sektor perindustrian
yang dimajukan untuk tujuan eksport. Contohnya, kilang kasut, kilang makanan,
kilang membina kapal korek yang diusahakan oleh orang Eropah atau orang asing.
Masyarakat Melayu dan India terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi.
14. Maksud
DEB.
DEB dilaksanakan pada
tahun 1970-1990 melalui Rancangan Lima Tahun iaitu Rancangan Malaysia Kedua,
Rancangan Malaysia Ketiga,Rancangan Malaysia Keempat dan Rancangan Malaysia
Kelima. DEB adalah sebagai perancangan
pembangunan negara dalam jangka panjang yang diperkenalkan selepas
berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Matlamat akhir DEB adalah dapat mencapai
perpaduan negara dan intergrasi nasional bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Selain
itu, DEB dapat membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan rakyat dengan
membuka peluang pekerjaan. DEB juga menghapuskan jurang ekonomi antara kaum dan
menghapuskan ekonomi pengenalan kaum. Keadaan ini dikenali sebagai strategi
serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum. Satu lagi adalah mempercepat proses penyusunan semula masyarakat
Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbagnan ekonomi supaya dapat mengurang
dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
15. Matlamat
DEB.
Matlamat DEB adalah untuk
menyelesaikan masalah ekonomi/sosial antara kaun, kawasan dan wilayah dengan membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum. Selain itu, menambahkan pendapatan rakyat sekali
gus meningkatkan taraf hidup rakyat. Tujuan utamanya adalah menyusun semula
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di negara ini dengan pembasmian
kemiskinan dalam kalangan rakyat. Caranya dengan menyediakan peluang pekerjaan
dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Selain itu, menghapuskan
identiti kaum mengikut fungsi ekonomi dan membentuk perpaduan negara agar dapat
membina keutuhan negara dan mencapai kesejahteraan rakyat. Jurang perbezaan
ekonomi dirapatkan dan menyusun semula hak milik harta atau ekuiti.
16. Cara
DEB menangani keketidakseimbangan ekonomi.
Caranya adalah dengan
menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah iaitu
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Salah satunya dengan menambahkan
pendapatan penduduk dengan cara menyediakan peluang pekerjaan untuk merapatkan
jurang ekonomi. Selain itu, menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan identiti
kaum mengikut fungsi ekonomi. Pembangunan di kawasan luar bandar diteruskan
dengan melaksanakan program pembangunan wilayah untuk membantu petani dan
menggalakkan perusahaan dan perdagangan selain membangunkan bandar. Pembangunan
tersebut dibantu oleh agensi kerajaan di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan
Wilayah seperti LPN ditubuhkan untuk menstabilkan harga padi. LKIM pula
memodenkan industri perikanan dan menaikkan taraf hidup para nelayan. UDA untuk
membangunkan kawasan bandar. PETRONAS memajukan industri berasaskan petroleum
dan Risda untuk membantu pekebun kecil getah dari penyelidikan dan penanaman
semula getah. LPP ditubuhkan untuk membantu petani menceburkan diri dalam
koperasi. PKEN ditubuhkan oleh setiap negeri bagi menggalakkan perindustrian,
perdagangan dan menyediakan ruang pejabat dan kedai. Oleh itu, program
pembangunan pertanian dan perindustrian dapat diteruskan untuk meningkatkan
produktiviti, menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup
rakyat. Bagi pembangunan wilayah, tanah dibuka secara besar-besaran untuk
tujuan menanam getah, kelapa sawit dan pembukaan bandar baru seperti KEJORA,
KETENGAH, KESEDAR dan DARA.
Cara lain adalah dengan
menumpukan kepada perusahaan berat
berasaskan modal, teknologi tinggi dan guna tenaga kerja mahir. HICOM
ditubuhkan untuk mengenal pasti, memulakan, menguruskan projek industri berat
dengan cekap seperti pengeluaran kereta negara iaitu Proton. Cara yang
seterusnya adalah dengan membuka kawasan perusahaan baharu seperti di Skudai,
Likas, Senawang, Bintulu dan Menggatal bagi menarik pelaburan modal asing ke negara
kita. Selain itu, memperkenalkan Zon Perdagangan Bebas seperti di Bayan Lepas
dan Sungai Way. Selain itu, melancarkan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
untuk mengenal pasti kelemahan dan struktur perindustrian di negara kita selain
melancarkan Pelan Induk Perindustrian dengan menyediakan hala tuju pembangunan industri.
Dasar Persyarikatan dan Dasar Pengswastaan juga ditubuhkan untuk melibatkan sektor
swasta dalam pembangunan negara bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan
meningkatkan produktiviti. Bagi mengimbangkan pemilikan saham atau harta industri,
PNB telah ditubuhkan dan ASN dilancarkan. Bagi memodenkan sektor pertanian,
Dasar Pertanian Negara ditubuhkan untuk memajukan komoditi negara. Penyelidikan
dan Pembangunan juga telah dibuat bagi meningkatkan produktiviti negara. Sektor
pelancongan dan industri desa dimajukan bagi menambahkan pendapatan negara
dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Ini menjadikan jurang antara kaum dan wilayah berjaya
dilakukan dengan KDNK meningkat iaitu hak milik modal saham bumiputera ialah
20.3 peratus, hak milik modal bukan Melayu 46.2 peratus dan saham asing hanya
tinggal 33.5 peratus.
17. Dasar
Ekonomi Baru[DEB] dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.
DEB dijalankan menerusi
strategi serampang dua mata iaitu
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Satu lagi ialah
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Bagi memastikan matlamat untuk
menghapuskan kemiskinan dicapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan
kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci
penduduk 1970, didapati kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di negar
kita berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu di bawah RM200 dan kira-kira
86% daripada jumlah penduduk tersebut tinggal di luar bandar. Untuk itu,
kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam seperti
pendidikan, kesihatan, bekalan air da elektrik untuk memperbaiki kehidupan
rakyat. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk
mendapatkan bantuan pemberian subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks,
makanan tambahan untuk kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang akhir
pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan negara pada tahun 1990
ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Bagi memastikan matlamat kedua
DEB dicapai, kerajaan telah memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Untuk itu,
kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan
perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan dan pengangkutan. Strategi yang
dirancang adalah mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan
kedudukan tenaga buruh mengikut kaum menjelang tahun 1990. Selain itu,
mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam
kalangan orang Melayu dan kaum bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan
memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan
ekonomi. Selain itu, meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
miskin di luar bandar.
18. Terangkan
rancangan ekonimi lima tahun dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua dan
Rancangan Malaysia Ketiga bagi menjayakan matlamat DEB.
-Usaha kerajaan untuk
mencapai matlamat DEB melalui rancangan ekonomi lima tahun.
Program pembangunan
kawasan luar bandar diteruskan dengan penubuhan agensi di bawah Kementerian
Tanah dan Kemajuan Wilayah bagi membantu golongan petani, menggalakkan
perkembangan perusahaan, menggalakkan perdagangan dan memajukan bandar. Lembaga
Beras dan Padi Negara[DPN] ditubuhkan pada 1971, adalah untuk menstabilkan
harga padi dan meningkatkan taraf hidup pesawah padi. Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia[LKIM] ditubuhkan pada 1971 adalah untuk membangunkan dan memodenkan
industri perikanan dan meningkatkan taraf hidup nelayan. Perbadanan Pembangunan
Bandar[UDA] yang ditubuhkan pada 1971 adalah untuk membangunkan bandar.
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah[RISDA] ditubuhkan pada 1973 adalah
untuk membantu pekebun kecil dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.
Lembaga Pertubuhan Peladang[LPP] ditubuhkan pada 1973 untuk membantu golongan
petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Petroleum Nasional
Berhad[PETRONAS] pada tahun 1974 adalah untuk memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan
petroleum. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri[PKEN] ditubuhkan untuk
menggalakkan perindustrian dan perdagangan dan meyediakan tapak perindustrian,
perumahan, ruang pejabat dan kedai. Pembukaan tanah secara besar-besaran juga
dibuat di bawah program pembangunan wilayah seperti Lembga Kemajuan Johor Tenggara[KEJORA],
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah[KETENGAH], Lembaga Kemajuan Pahang
Tenggara[DARA] , Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan[KESEDAR] yang ditanam dengan
getah dan kelapa sawit untuk dieksport.
19. Bukti
Rancangan Malaysia Keempat adalah usaha negara untuk memajukan sektor
perindustrian.
Rancangan Malaysia
Keempat menumpukan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal,
penggunaan teknologi tinggi dan keperluan tenaga pekerja mahir. Caranya dengan
menubuhkan Perdagangan Industria Berat Malaysia[HICOM] dengan mengenal pasti,
memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap.Cara yang lain
adalah dengan menggiatkan perindustrian seperti membuka kawasan baharu seperti
di Skudai[Johor], Senawang[Negeri Sembilan],Bintulu[Sarawak] dan Menggatal dan
Likas[Sabah].Selain itu,embuka Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di Bayan
Lepas[Pulau Pinang] dan Sungai Way[Selangor].Kajian Dasar Perindustrian
Malaysia diperkenalkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Sungai Way, di
Selangor. Kajian Dasar Perindustrian adalah untuk mengenal pasti kelemahan
dalam struktur perindustrian negara dan
mengkaji keberkesaan projek perindustrian. Pelan Induk Perindustrian
menyediakan hala tuju pembangunan industry dan strategi pelaksanaannya. Dasar
Pengswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia adalah untuk melibatkan sektor swasta dalam menjana
pembangunan ekonomi. Selain itu,mengurangkan beban kewangan. Permodalan
Nasional Berjhad[PNB] pula ditubuhkan untuk mengimbangi pemilikanharta dan
saham perindustrian bumiputera dengan kaum bukan bumiputera dalam Skim Amanah
Saham Nasional[ASN] yang dilancarkan pada 1981. Dasar Pertanian Negara[DPN]
adalah untuk memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu
dan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.
20. Bukti
pelaksanaan DEB telah mencapai matlamatnya.
-Bukti/kesan/kepentingan/kejayaan/faedah/manfaat/kebaikan
yang dicapai oleh Malaysia hasil Rancangan Pembangunan Lima Tahun @Rangka
Jangka Panjang Pertama[RRJP1]
-Bukti
/Kebaikan/Manfaat Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi
-Bukti ekonomi Malaysia
telah berjaya/meningkat.
Bukti DEB telah
mencapai matlamatnya adalah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat dengan
merapatkan jurang antara kaum dan wilayah, meningkatkan pendapatan dan taraf
hidup petani luar bandar. Pembangunan pertanian dijalankan di kawasan luar bandar.
Pelbagai agensi ditubuhkan untuk memberi bantuan seperti kewangan, subsidi,
pemasaran, baju,khidmat nasihat dan sebagainya. Contohnya penubuhan Lembaga
Beras dan Padi Negara[LPN], Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia[LKIM], dan Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah[RISDA].Pembukaan tanah secara besar-besaran melalui
FELDA. Dengan cara ini, petani mampu memiliki tanah dengan tanaman kelapa sawit
dan getah untuk tujuan eksport. Melalui program pembangunan wilayah pula
ditubuhkan KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR. Kadar kemiskinan penduduk
menurun dan pendapatan perkapita KDNK kaum bumiputera meningkat dari RM21548
pada tahun 1970 kepada RM59155 pada tahun 1990.. Peningkatan hak milik modal
saham bumiputera sebanyak 20-3% berbanding sasaran yang ditetapkan 30%. Hak
milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2% melebihi sasaran
namun berjaya mengurangkan hak milik modal saham orang asing kepada 33.5
peratus. Dasar Pertanian Negara [DPN] ditubuhkan bagi meningkatkan sektor
pertanian, memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dan memajukan komoditi utama
negara. Pembangunan in-situ juga diperkenalkan untuk meningkatkan produktiviti
pertanian dengan melibatkan sektor swasta dalam projek pengswastaan pertanian di bawah Kementerian Pertanian.
Pembangunan in-situ dijayakan dengan memperkenalkan projek-projek pembangunan
pertanian bersepadu dan program lazim kerajaan. Melalui program ini ,
pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan dibuat. Kerajaan juga telah memajukan industrian
pelancongan dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia. Ramai usahawan yang berjaya
dilahirkan terutamanya dalam sektor perindustrian dan perniagaan sehingga negara
kita menjadi tumpuan buruh asing. Kuasa beli rakyat semakin tinggi sekali gus
memajukan sektor perkilangan berteknologi tinggi contoh dalam pembuatan alat
elektronik seperti telefon, televisyen dan industri pemasangan motosikal dan
kereta. Ini melahirkan tenaga kerja mahir. Peningkatan taraf kesihatan dan pendidikan juga bukti kesan kemajuan Dasar Pembangunan
Ekonomi.
21. Cabaran
kerajaan semasa pelaksanaan DEB dan cara-cara/langkah-langkah untuk mengatasi
cabaran tersebut.
a. Cabaran
yang dihadapi oleh kerajaan semasa pelaksanaan DEB adalah terdapatnya jurang kemiskinan
masyarakat berbilang kaum. Kemiskinan masyarakat Melayu lebih tinggi berbanding
kaum lain. Pendapatan kadar kemiskinan Melayu ialah 64% berbanding dengan kaum
Cina 26% dan kaum India 39.2 %. Pendapatan kaum Cina paling tinggi sebanyak
RM394, diikuti kaum India RM204 dan paling rendah Melayu iaitu RM172. Jurang
yang tinggi menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati penduduk tempatan
sebagai peribumi. Jumlah pemilikan harta orang mengikut peratus bumiputera
sangat keciliaitu 4.3% diikuti oleh bumi bumiputera 34.0% dan warga asing
paling tinggi iaitu sebanyak 61.7 %. Jumlah pemilikan harta bumiputera sangat
kecil iaitu 279 diikuti bukan bumiputera 2232 dan warga asing paling tinggi
iaitu sebanyak 4051. Usaha untuk mengurangkan penguasaan orang asing dalam
pemilikan harta di Malaysia dibuat. Cabaran lain adalah perasaan perkauman yang
masih menebal kerana menerima informasi negatif berkaitan DEB.Selain itu, ada
tanggapan yang salah dengan membuat andaian bahawa DEB hanya untuk membantu
orang Melayu selain tanggapan DEB mengambil hak milik kekayaan kaum lain.
Selain itu, tanggapan DEB ialah bantuan yang akan menyebabkan orang Melayu
menjadi semakin lemah, malas dan miskin akibat pergantungan yang berterusan. Ini
menimbulkan suasana yang kurang harmoni antara penduduk pelbagai kaum sehigga
melambatkan proses pelaksanaan program ekonomi.
b. Cara
untuk mengatasi cabaran adalah dengan meningkatkan pendapatan rakyat dan membuka
banyak peluang pekerjaan melalui dasar yang dirangka oleh kerajaan iaitu Dasar
Pengswastaan. Selain itu, memperbanyak pembukaan tanah baharu oleh FELDA dengan
menempatkan rakyat miskin dalam kawasan tanah rancangan untuk menjadi petani
moden. Cara lain adalah dengan mewujudkan pekerjaan dalam pelbagai sektor
seperti pertanian dan peindustrian. Petani dibantu oleh agensi kerajaan dalam
usaha meningkatkan taraf hidup dan produk mereka. Misalnya, pesawah padi oleh
LPN, nelayan dibantu oleh LKIM dan penoreh getah oleh RISDA. Bantuan berupa
subsidi, baja, biji benih berkualiti dan modal selain bantuan kewangan dan
khidmat nasihat. Pemberian bantuan dibuat secara menyeluruh kepada setiap kaum
dalam bentuk modal dan pelaksanaan program melalui agensi tempatan lain seperti
UDA, MARA, MARDI dan Bank Pertanian. Golongan sasar yang dibantu ialah orang
miskin di bandar dan di luar bandar tanpa mengira kaum. Pemimpin pelbagai kaum
sentiasa membuktikan bahawa hasil kejayaan DEB dinikmati oleh semua kaum secara
adil. Kerajaan sentiasa memberikan
maklumat tepat berkaitan DEB melalui media massa seperti media cetak iaitu
akhbar dan majalah juga melalui media elektronik iaitu radio dan televisyen.
22. Adakah
DEB wajar dilaksanakan dan hujah anda untuk menyokongnya.
DEB wajar diteruskan.
Ini kerana pendapatan negara meningkat dan negara bertambah maju. Kadar kemiskinan
rakyat menurun dan banyak peluang pekerjaan disediakan melalui Dasar
Pengswastaaan dan Dasar Pertanian Negara. Peningkatan hak milik modal saham
bumiputera dan bukan bumiputera memberi manfaat kepada semua kaum dalam
meningkatkan taraf hidup . Ini dapat merapatkan jurang taraf hidup antara kaum
serta wilayah contohnya apabila ASN dan ASB diperkenalkan juga menjadikan hak
milik asing dikurangkan. Negara pesat membangun kerana banyak tanah baharu dibuka
melalui FELDA menyebabkan hasil eksport pertanian meningkat seperti getah dan
kelapa sawit. Selain itu, perkembangan perniagaan, perusahaan dan pelaburan
contohnya hasil diwujudkan Pelan Induk Perindustrian Negara dan penubuhan MIDA.
Ini menjadikan produk negara mampu bersaing di pasaran antarabangsa.
23. Pada
pendapat anda,sejauh manakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru[DEB] mampu menjamin
perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Pada pendapat saya,DEB
mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraaan rakyat dengan menyelesaikan masalah
ekonomi dan sosial antara kaum,Kawasan dan wilayah.Selain itu,membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan menambahkan pendapatkan dengan menyediakan
peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi.Selain itu,menghapuskan identiti kaum mengikut
fungsi ekonomi dengan mengadakan program pembangunan kawasan luar bandar yang
diteruskan dengan penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah. MARA
ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu usahawan bumiputera dengan menambah
guna tenaga bumiputera dengan meningkatkan ekuiti bumiputera.
Selain itu, membantu
golongan petani dengan menggalakkan perkembangan perusahaan,perdagangan dan
memajukan bandar. Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara[LPN] dapat
menstabilkan harga padi. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia[LKIM] pula ditubuhkan
bertujuan untuk membangunkan dan memodenkan industri perikanan supaya dapat
meningkatkan taraf hidup nelayan. UDA pula ditubuhkan untuk membangunkan bandar
sementara RISDA ditubuhan untuk membantu
pekebun kecil getah dari segi
penyelidikan dan penanaman semula getah.
Lembaga Pertubuhan
Peladang[LPP] ditubuhkan untuk membantu golongan petani melibatkan diri dalam
kegiatan koperasi. PETRONAS ditubuhkan untuk memajukan sektor perindustrian dan
perniagaan berkaitan dengan petroleum. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pula
utuk menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak
peridustrian, perubahan,ruang pejabat dan kedai.
Selain itu,untuk
memudahkan pembukaan tanah di seluruh negara telah ditubuhkan KEJORA, KETENGAH,
DARA dan KESEDAR. Perbadanan Industri Berat Malaysia atau HICOM ditubuhkan
untuk menguruskan dan memulakan industri berat di Malaysia dengan cekap seperti perusahaan besi dan keluli dan baja
urea. Kawasan perusahaan baru juga ditubuhkan di seluruh negara seperti di
Skudai, Senawang, Bintulu, Menggatal dan
Likas. Sementara zon perdagangan bebas pula diperkenalkan di Bayan Lepas, Pulau
Pinang dan Sungai Way, Selangor.
Selain itu, Kajian
Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian dibuat bagi
mempercepat dan mempermudah pembangunan sektor perindustrian di Malaysia. Dasar
Persyarikatan dan Pengswastaan ditubuhkan selain Permodalan Nasional
Berhad[PNB] ditubuhkan bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian
antara kaum Bumiputera dengan kaum Bumiputera. Dasar Pertanian Negara[DPN]
ditubuhkan untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara
bersepadu. Negara juga menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dengan
melancar dan mempromosi Tahun Melawat Malaysia agar rakyat pelbagai kaum bersama-sama
membangun negara selain mempelbagaikan sektor pendapatan negara. Penyelidikan
dan Pembangunan[R&D] adalah untuk menggalakkan rakyat mengusahakan tanah
terbiar dengan pelbagai jenis tanaman bagi mengelakkan pengangguran di kawasan
luar bandar. Rakyat diberi bantuan pinjaman modal untuk perkembangan industri
dan memberi subsidi kepada petani dan usahawan bagi menceburi industri
desa.Teknologi canggih disediakan bagi
meningkatkan bilangan pekerja mahir dan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Apabila
negara bersatu padu hasil pelbagai program dan strategi yang dibuat, sekali gus
dapat meningkatkan kemasukan pelabur asing.Taraf perintis dilaksanakan dan
kemudahan prasarana/infrastruktur dimajukan bagi mewujudkan kawasan
perindustrian dan mewujudkan bandar di seluruh negara.
24. Sebab
program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan dengan lebih giat dalam DEB.
Program pembangunan kawasan
luar bandar diteruskan dengan lebih giat dalam DEB untuk memberi bantuan
kewangan dan memulihkan kawasan luar bandar. Selain itu, memberikan bantuan
subsidi dan memberikan bantuan pemasaran barangan untuk menggalakkan industri
tempatan. Caranya dengan memperbanyak pasar tani dan penggunaan teknologi
moden. Seterusnya,menyediakan kemudahan asas terutamanya Kawasan rancangan
tanah ekoran pembukaan tanah-tanah baru secara besar-besaran. Sebab lain adalah
mempertingkatkan sistem pendidikan dengan membina lebih banyak institusi pendidikan
dan memberikan kemahiran dan latihan kepada rakyat luar bandar. Selain itu,
mempergiat pembangunan in-situ dengan menggalakkan program 1 Kampung 1 Industri
dalam industri desa IKS. Dengan cara ini, jurang pendapatan dan kehidupan
masyarakat luar bandar dengan bandar dapat dirapatkan kerana kedua-duanya
saling melengkapi dan memerlukan.
25. Mengapakah
usaha meneruskan aspirasi DEB penting kepada negara?
Ini penting untuk
memastikan usaha membasmi kemiskinan berterusan dan menghapuskan semangat
perkauman atau assabiah kepada kaum sendiri. Selain itu, tentulah ingin
membangunkan kawasan luar bandar dengan pertanian moden kerana menyumbang
kepada keperluan sumber makanan dan bahan mentah negara.Ini melibatkan semua
kaum dalam semua bidang ekonomi contohnya dalam bidang pertanian dan
perniagaaan. Sebab lain kerana membangunkan semua wilayah di Malaysia sama ada
di Kawasan bandar atau di luar bandar dengan menggiatkan sektor perindustrian
dan perusahaan ringan sehinggalah berat supaya semua industry diurus dengan
cekap.Secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerja dengan banyak dan
dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat dengan meningkatkan produktiviti
pengeluaran supaya dapat dieksport ke luar negara contohnya berasaskan kelapa
sawit dan getah. Selain itu, meningkatkan industri desa yang berpotensi seperti
pembuatan kraftangan dan berasaskan pertanian seperti kerepek. Secara tidak
langsung dapat merapatkan jurang antara kaum dan wilayah. KDNK dan pendapatan
per kapita meningkat kerana kaum terlibat dalam pembangunan ekonomi negara.
Semua kaum ini jugalah yang akan menikmati hasil pembangunan dan kemudahan asas.
26. Faedah/kebaikan/manfaat
DEB kepada rakyat Malaysia.
Secara
keseluruhannya,DEB menunjukkan kemajuan pada tahap pertama apabila
diperkenalkan pada tahun 1970. Namun perasaan tidak puas hati tercetus.
Pelaksanaan pada tahap kedua berjaya untuk merapatkan jurang antara kaum dan
wilayah.Kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% pada 1970 kepada 17.1% pada
1990.KDNK meningkat daripada RM21548 pada tahun 1970 kepada RM59155 pada tahun
1990. Pendapatan perkapita juga meningkat daripada RM 1109 pada tahun 1970
kepada RM6180 pada tahun 1990.Hak modal saham kaum bumiputera juga meningkat
iaitu daripada 2.4% dari tahun 1970 kepada 20.3% pada tahun 1990.Namun
demikian,peningkatan ini masih di bawah sasaran 30% seperti yang telah
ditetapkan dan hak milik saham bukan bumiputera pula meningkat iaitu daripada
sasaran 40% kepada 46.2% .Peningkatan ini melebihi daripada sasaran yang
ditetapkan.Walau bagaimanapun apabila kedua-dua hak milik modal rakyat Malaysia
ini dicampurkan, jumlahnya berjaya mengurangkan hak milik modal saham orang
asing kepada 33.5%.DEB memberikan faedah kepada semua pihak sama ada kepada
bumiputera dan bukan bumiputera.
27. Perkembangan
pesat ekonomi Malaysia telah berjaya menarik pelabur asing.Jelaskan.
Perkembangan pesat
ekonomi di Malaysia disebabkan kestabilan politik negara kita iaitu tiada
peperangan yang berlaku.Rakyat bebas
bergerak ke mana-mana menyebabkan keamanan dan keharmonian rakyat menarik minat
pelabur asing datang melabur ke Malaysia seperti dari China dan Eropah walupun
tampuk pemerintahan negara kita telah bertukar.Selain itu, sektor perbankan
kukuh dan sektor perkapalan juga maju di samping kemudahan moden disediakan di
semua pelabuhan utama negara seperti di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir
Gudang.Para pelabur juga tertarik melabur di Malaysia disebabkan oleh sistem
pengangkutan yang moden dan maju di negara kita.Pihak kerajaan juga memberikan
galakan dan sokongan dengan mengurangkan karenah birokrasi di samping
pengecualian cukai dibuat. Kerajaan juga telah mewujudkan Zon Perdagangan Bebas
di Bayan Lepas dan Sungai Way.Tambahan pula, negara kita mempunyai bekalan
bahan mentah yang berterusan dan bekalan tenaga buruh.
28. Usaha
untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia dalam era globalisasi yang
mencabar.
Usaha yang boleh dibuat
adalah dengan menanam semangat patriotik yang kukuh dalam kalangan masyarakat
dan sentiasa berfikiran terbuka dan
positif selain berdaya saing. Selain itu, rakyat hendaklah menguasai
pelbagai ilmu pengetahuan bagi membina keyakinan diri dan daya tahan yang
kukuh. Seterusnya berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa megutamakan
perpaduan agar keamanan sentiasa terpelihara. Segala kemajuan dan kejayaan yang
dicapai oleh rakyat negara ini dan kejayaan negara, rakyat hendaklah berasa
bangga akan pencapaian tersebut. Misalnya dalam acara sukan. Segala peraturan
dan undang-undang yang ada hendaklah dipatuhi untuk mengelakkan daripada
menyentuh isu-isu sensitif. Rakyat juga hendaklah bersifat kreatif dan inovatif
selain menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk kemajuan negara.
29. Sejauh
manakah kerajaan berjaya merealisasikan hasrat mewujudkan masyarakat maju dan
saintifik
Sains dan teknologi
menjadi tunjang kemajuan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, pelaksanaan
reformasi dalam pendidikan dengan mengubah suai kurikulum ke arah sains dan
teknologi dilakukan.Salah satunya adalah dengan menaik taraf sekolah vokasional
kepada sekolah teknik dan menjadikan mata pelajaran sains sebagai mata
pelajaran teras. Selain itu, menetapkan nisbah pelajar aliran sains 60% dan
aliran sastera 40%. Dasar Sains dan Teknologi Negara hendaklah dilaksanakan
kerana negara kita mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan
sumber-sumber Sains dan Teknologi. Masyarakat pula berdaya cipta dan
berpandangan jauh kerana dapat memanfaatkan teknologi masa kini dalam kehidupan
seharian dan turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan ternologi
pada masa hadapan. Secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan Sainsa dan
Teknologi yang membentuk satu sistem ekonomi yang cekap teknologinya serta
mampu melakukan penyesuaian. Pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi bergerak
ke arah penggunaan teknologi yang canggih. Keupayaan bidang sains dan teknologi
hendaklah ditingkatkan kerana berkaitan dengan pembangunan sektor
perindustrian. Sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada
barangan elektronik dan tekstil.Peranan agensi penyelidikan pertanian seperti
PORIM, Mardi dan Universiti Putra Malaysia hendaklah diperluas. Selain itu,
Negara mesti mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit,
koko dan lada utama dunia. Projek Multimedia Super Koridor hendaklah diperluas
ke seluruh negara agar dapat meningkatkan industri multimedia. Penyelidikan
berkaitan ICT hendaklah digalakkan selain melahirkan masyarakat yang celik IT.
30. Cabaran
yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Cabaran yang dihadapi
adalah terdapatnya jurang ekonomi antara kaum sehingga menimbulkan sentiment
perkauman yang menebal. Ini juga disebabkan kurangnya penghayatan terhadap
unsur-unsur patriotisme dalam kalangan rakyat sehingga ada yang tidak menyokong
pembangunan kerajaan yang dibuat malah ada menjadikannya isu kontroversi. Cabaran
lain adalah sikap memilih pekerjaan kerana tiada sikap berdaya saing dan kurang
jati diri dalam kalangan rakyat sehingga mudah anasir luar masuk mempengaruhi
rakyat negara ini.Contohnya,LGBT dan budaya Barat yang negatif.Cabaran lain
adalah berlakunya bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.Tentulah keadaan
ini menyebabkan timbulnya keresahan dalam jiwa rakyat sehingga menjejaskan
perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
31. Cara/Langkah
mengatasi masalah perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Cabaran tersebut dapat
diatasi dengan menganjurkan program motivasi dan ceramah dalam kempen yang
diadakan yang melibatkan semua kaum dalam pembangunan negara. Selain itu,
aktiviti kemasyarakatan diadakan seperti gotong-royong dan aktiviti kesukanan
di tempat tinggal atau tempat kerja. Cara lain adalah memantapkan institusi
Pendidikan dengan menyelitkan tentang kepentingan perpaduan bagi menjamin
kesejahteraan rakyat, Infrastruktur atau kemudahan awam hendaklah dibuat dan
diselenggara bagi melengkapkan kehidupan rakyat sama ada di tempat kerja atau
tempat tinggal.Rakyat juga hendaklah menyokong dasar-dasar pembangunan negara
dan kerajaan hendaklah memperkasa pembangunan tersebut di setiap wilayah.
Memperbanyak peluang pekerjaan juga adalah cara untuk mengatasinya kerana dapat
meningkatkan pendapatan keluarga sehingga dapat memantapkan institusi keluarga.
Rakyat hendaklah menceburkan diri dalam perniagaan on-line atau e-dagang bagi
menambahkan pendapatan. Rakyat hendaklah mempunyai semangat daya saing yang
sihat dalam kehidupan seharian sama ada semasa menuntut ilmu, pekerjaan malah
dalam aktiviti sukan.
32. Pada
pendapat anda, mengapakah bidang pertanian masih penting walaupun Malaysia kini
menuju ke arah negara maju.
Sejak dahulu lagi,
Malaysia merupakan negara pertanian dengan nasi sebagai makanan utama penduduk
di samping sayur-sayur, buah-buahan, ikan dan daging bagi meneruskan kehidupan
seharian dan mendapatkan tenaga untuk melibatkan diri dalam sektor
perindustrian. Sebab inilah pertanian
masih penting kepada negara kita. Selain itu, komoditi utama negara
adalah daripada sumber pertanian seperti kelapa sawit malah buah durian, udang
dan ikan antara eksport utama negara ke negara luar seperti ke Singapura, Jepun
dan China. Bidang pertanianlah juga yang membantu ekonomi bumiputera menaikkan
taraf hidup dengan memasarkan sendiri hasil pertanian atau memproses hasil
pertanian menjadi produk Industri Kecil dan Sederhana. Ini akan memperbanyak
usahawan tani dan boleh mengurangkan import barangan makanan luar negara.Malah
para usahawan muda melibatkan diri dalam penghasilan barangan dan pemasaran
barangan halal sehingga Malaysia terkenal sebagai negara hub-halal dunia.Para
usahawan tani dan Menteri pertanian sendiri melawat ke negara pertanian yang
moden dan maju seperti ke China, Jepun dan negara Eropah bagi memantapkan lagi
sektor pertanian negara kita.
33. Kejayaan
Malaysia dalam sektor pertanian. Beri penjelasan anda.
Kejayaan Malaysia dalam
sektor pertanian ialah kemajuan dalam bioteknologi dan penemuan baka dan benih
yang bermutu hasil penyelidikan oleh Mardi, Risda dan Universiti Putra
Malaysia. Selain itu, penggunaan mesin dalam bidang pertanian seperti mesin
menuai padi dan pembajak tanah. Selain itu, menjadikan pertanian sebagai satu industri
dan mengantarabangsakan produk pertanian seperti makanan ringan. Lagipun, negara
kita merupakan pusat pengeluaran herba
dan menjadi pelopor hub halal. Selain itu, mewujudkan satu kampung satu industri
dan menjadikan kawasan pertanian sebagai destinasi pelancongan[
eko-pelancongan]. Penyelidikan R&D dipertingkat melalui agensi kerajaan
seperti Mardi. Kelapa sawit dijadikan bahan api iaitu pengeluaran dan
penggunaan biofuel minyak sawit. Seterusnya, perkembangan teknologi pertanian
seperti hidroponik, fertigasi dan penggunaan baja kompos.
34. Pada
pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu
menjadi negara maju selaras dengan cita-cita Wawasan 2020.
Pada pendapat saya,
Malaysia perlu menjadi maju selaras dengan cita-cita Wawasan 2020 untuk
memajukan ekonomi agar pendapatan rakyat dan pendapatan negara tinggi. Selain
itu, kerajaan dapat mengagihkan ekonomi kepada semua rakyat sehingga rakyat
bersatu padu dan menjamin maruah bangsa dipandang tinggi oleh bangsa lain
selain memujudkan masyarakat yang penyayang yang tentunya dapat menjamin
kestabilan politik.Kemajuan negara kita juga adalah perlu dalam semua aspek
kerana kemajuan dicapai mengikut acuan sendiri dengan menyimbangkan kemajuan
ekonomi dengan kemajuan bersepadu iaitu rohaniah dan nilai-nilai murni yang
baik.Dasar-dasar kerajaan yang dibuat seperti Dasar Bahasa Kebangsaan,Dasar
Kebudayaan Kebangsaan,Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan
Nasional dibuat adalah untuk memjamin rakyat mempunyai semangat perpaduan
kerana perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Sekali gus memperoleh
rakyat yang matang dan berfikiran terbuka selain progresif membina
kecemerlangan diri dan negara.
35. Langkah-langkah
yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara.
Langkah-langkah yang
perlu diambil adalah dengan rakyat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
dan menguasai pelbagai kemahiran, misalnya dalam bidang sains dan teknologi
serta IT. Ini membolehkan rakyat
Malaysia berkebolehan mengendalikan peralatan/teknologi moden yang digunakan dalam pembangunan
negara. Selain itu, dapat menjamin keamanan negara dan dapat mengekalkan
kedaulatan negara selain dapat mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum. Seterusnya,
dengan mewujudkan rakyat yang kreatif dan inovatif sekali gus menambahkan
bilangan rakyat berminda kelas pertama dan tenaga mahir dalam pelbagai bidang.
Langkah lain adalah dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan dengan
mengurangkan karenah birokrasi dan jenayah kolar putih sehingga menjadikan negara pilihan para pelabur asing
datang ke negara kita. Kerajaan dan pihak swasta seperti bank hendaklah
memperluas kredit dan insentif melalui Agro Bank/Bank Pertanian Malaysia.Skim
Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.Malaysia juga hendaklah
menggalakkan pembuatan dan pemasaran barangan halal kerana negara kita perintis
barangan hub-halal dunia. Hubungan diplomatik yang erat perlu dijalin oleh
kerajaan bagi memudahkan pertukaran teknologi dengan negara maju selain
memperluas rakan dagang Malaysia.
Langkah lain adalah
dengan memperkasa peranan agensi kerajaan semaksimum mungkin bagi membantu para
petani menjadi petani moden yang berdaya saing seperti yang dilakukan oleh
FELDA,FELCRA dan FAMA.Penyelidikan dan pembangunan hendaklah sentiasa dilakukan
agar segala sektor ekonomi di Malaysia sentiasa kemas kini dan moden setanding
dengan negara lain di dunia.
36. Langkah-langkah
yang perlu diambil bagi mengekalkan kemajuan ekonomi negara.
Langkah-langkahnya ialah
rakyat negara ini berani bersaing dalam memperkenalkan barangan negara dalam
pasaran luar terutamanya dengan meneroka bidang baru. Selain itu, meningkatkan
penyelidikan sama ada menghasilkan
barangan yang berkualiti atau mencari pasaran yang baru. Cara lain adalah
dengan meluaskan hubungan perdagangan dan menambahkan hasil pengeluaran
barangan yang bermutu sama ada dalam pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa
dengan menyertai pameran perdagangan dunia. Contohnya di Abu Dhabi dan Dubai.
Para usahawan hendaklah mengambil peluang menyertai rombongan pemimpin negara
mengadakan lawatan ke luar negara sebagai satu cara mempromosi barangan
tempatan atau mencari peluang mengadakan hubungan dagangan dengan rakan
perniagaan yang baru. Contohnya lawatan Perdana Menteri ke Negara China, London
dan Amerika Syarikat baru-baru ini. Seterusnya, mengadakan pertukaran pegawai
syarikat dan pertukaran teknologi dengan negara luar bagi menjamin negara
mengekalkan kemajuan ekonomi negara. Langkah lain adalah dengan menambah
bilangan tenaga kerja mahir sama ada mengambil tenaga kerja luar atau
menggunakan tenaga kerja rakyat tempatan yang bekerja di luar negara untuk
berkhidmat dalam egnara dengan penawaran insentif pekerjaan yang baik. Kita sebagai rakyat biasa juga boleh membantu
negara mengekalkan kemajuan ekonomi dengan menyokong usaha yang dilakukan oleh
kerajaan atau mengekalkan keamanan dan keharmonian agar pelabur asing berminat
untuk melabur di Malaysia.
37. Usaha-usaha/langkah-langkah
kerajaan untuk memajukan sektor perindustrian negara.
Usaha-usaha yang
dilakukan untuk memajukan sektor perindustrian negara adalah dengan memberikan fokus
kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, teknologi
tinggi dan penggunaan tenaga kerja mahir. Untuk tujuan itu, kerajaan telah
menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia[HICOM pada akhir tahun 1980.
HICOM berperanan untuk mengenal pasti, memula dan menguruskan projek industri berat
negara ini dengan cekap seperti yang diuruskan oleh syarikat swasta. Untuk
menggalakkan pelaburan modal asing masuk melabur di negara kita, kawasan
perusahaan baru telah dibuka contohnya di Likas dan Menggatal di Sabah,
Senawang di Negeri Sembilan, Bintulu di Sarawak dan Skudai di Johor. Selain
itu, usaha lain adalah dengan memperkenalkan Zon Perdagangan Bebas di Bayan
Lepas di Pulau Pinang dan di Sungai Way, Selangor. Kerajaan juga telah
memperkenalkan program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk
Perindustrian untuk memajukan bidang perindustrian. Pelan Induk Perindustrian
ditugaskan untuk menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategik
pelaksanaan perindustriannya. Seterusnya, usaha lain yang dilakukan adalah
dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pemberian lesen
kepada syarikat swasta yang menceburkan dalam sektor perindustrian. Untuk
meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport, syarat
pelaburan modal asing dilonggarkan. Usaha juga dibuat bagi meningkatkan
kecekapan pengurusan agensi kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak swasta agar
lebih berkesan.
38. Rancangan
Pembangunan Ekonomi Negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima
Tahun yang dimulakan pada tahun 1956.
Berdasarkan pemerhatian
anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan Rancangan
Pembangunan Ekonomi yang dirancang oleh pihak kerajaan.
Kejayaan yang dicapai
oleh negara setelah memanfaatkan Rancangan Pembangunan Ekonomi yang dirancang
oleh pihak kerajaan ialah perkembangan ekonomi meningkat kerana berjaya mengurangkan
kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat dan jurang ekonomi antara kaum dan
wilayah berjaya dikecilkan. Selain itu, KDNK meningkat dari RM21548 pada tahun
1970 kepada RM59155 pada tahun 1990. Pendapatan perkapita juga meningkat dari
RM1109 kepada RM6180 pada tahun 1990 dengan hak milik saham rakyat negara ini
mengatasi hak milik saham orang asing kepada 33.5 %. Kemajuan ini dirangsangkan
oleh Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan strategi-strateginya seperti Dasar
Pertanian Negara, Dasar Pengswastaan, Dasar Persyarikatan dan sebagainya.
Secara tidak langsung, peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan gaji pekerja
meningkat. Ini menjadikan taraf hidup rakyat meningkat di samping taraf
pendidikan dan taraf kesihatan dalam kalangan rakyat meningkat. negara juga
menjadi tumpuan para pelabur asing dan pekerja asing. Negara juga menerima
tenaga pakar dari luar sebagai tenaga kerja mahir dan tenaga pengajar untuk
melatih rakyat negara ini menjadi tenaga kerja mahir terutamanya dalam bidang
sains dan teknologi dalam bidang pertanian moden dan perindustrian. Negara kita
juga menjadi pusat kewangan Islam serantau dan pengasas barangan hub-halal
dunia. Pendapatan rakyat yang meningkat menjadikan kuasa membeli rakyat semakin
meningkat dan menjadikan jurang ekonomi bandar dan luar bandar berkurangan dan
jurang ekonomi antara kaum mengecil.
39. Sebagai
warganegara yang patriotik, peranan anda bagi menjayakan Rancangan Pembangunan
Ekonomi Lima Tahun yang dirancang oleh kerajaan.
Peranan saya bagi
menjayakan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun yang dirancang oleh
kerajaan adalah menjadi rakyat yang beragama dan taat kepada agama. Ini
menjadikan diri saya mempunyai nilai-nilai moral kehidupan yang tinggi. Selain
itu, saya cuba menguasai sains dan teknologi serta menguasai ilmu pengetahuan
dengan belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam peperiksaan. Selain itu,
sebagai rakyat yang beragama, berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi, saya
berjaya menangkis ledakan maklumat dalam dunia maya ini dengan mengambil dan
mengamalkan perkara yang positif dalam kehidupan. Ini juga menjadikan diri saya
menjadi seorang yang tabah, kreatif dan inovatif juga berani meneroka bidang
yang baharu dalam kehidupan serba moden ini. Contohnya, menghasilkan ciptaan
dalam IT, reka bentuk perabut, esei malah mengakses diri untuk memajukan
potensi diri dalam bidang seni dan sukan dengan menyertai pelbagai pertandingan
yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Saya juga akan menghormati pemimpin negara pada masa ini dan mengenang jasa
pemimpin negara masa lampau seperti jasa Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock,
Tun H.S.Lee dan ramai lagi negarawan yang mempertahankan negara daripada musuh
luar. Selain itu, saya akan mematuhi undang-undang negara seperti mematuhi peraturan di jalan raya dan
undang-undang siber.
40. Pada
pendapat anda,sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam sektor
ekonomi di peringkat antarabangsa.
a. Bidang
Perindustrian – Kejayaan yang dicapai oleh negara ialah penubuhan perbadanan industri
berat negara atau HICOM yang mengeluarkan pelbagai jenis lori dan kereta buatan
negara selain pengeluaran baja urea. Selain itu, wujudnya kawasan perusahaan
baru yang berkembang pesat hari ini
sehingga wujud bandar utama seperti di Skudai, Senawang, Bintulu dan Shah Alam.
Selain itu, perkembangan pesat Zon Perdagangan Bebas seperti di Sungai Way dan
Bayan Lepas. Sekali gus, pembangunan wilayah pembangunan ekonomi dapat
diperluas ke seluruh negara. Perkembangan ini dipermoden dengan adanya Koridor Raya
Multimedia yang asalnya wujud dari KLIA ke KLCC diperluas sehingga ke seluruh
Lembah Klang dan ke seluruh negara. Ini menjadikan negara kita setanding
kemajuan IT dalam pelbagai aspek kehidupan kesan kemajuan
k-ekonomi,k-masyarakat dan e-dagang.
b. Pertanian
– Malaysia merupakan pengeluar komoditi utama dunia seperti kelapa sawit dan
getah serta tanaman lain hasil kemajuan teknologi pertanian. Selain itu,
memajukan Kawasan luar bandar dalam program in-situ sehingga lahir ramai
usahawan tani dan memajukan industri tani hasil menjadikan pertanian ialah
perniagaan. Pertanian akuakultur dan fertigasi selain bioteknologi dimajukan
sehingga dipasarkan dalam negara dan luar negara.Malaysia juga pelopor
hub-halal dunia dan negara kita terkenal dengan jenama Malaysia BEST.Minyak
kelapa sawit juga digunakan sebagai sumber bahan api iaitu pengeluaran biofuel
minyak sawit.
c. Perlombongan
– Perlombongan petroleum oleh Petronas meluas di luar negara seperti ke Afrika
dan negara Asia Selatan . Selain itu, industri minyak negara berjaya
mengurangkan import minyak dan barangan berasaskan petroleum.
d. Pengangkutan/Perhubungan
– Pelbagai cara pengangkutan darat telah dimodenkan seperti memperluas
penggunaan LRT, MRT dan selain memajukan kereta api. Pengangkutan darat dimajukan
dengan pembinaan lebuh raya yang moden seperti LPT 2 dan SKVE. Industri maritim
juga menjadikan Malaysia tumpuan utama rakyat negara jiran untuk berulang-alik
seperti perkhidmatan feri antarabangsa Malaysia-Indonesia. Selain itu,
pengangkutan udara dengan adanya pengangkutan tambang murah seperti oleh
AirAsia sehingga mendapat pengiktirafan dunia.
e. Pelancongan
– Malaysia merupakan destinasi pelancongan dunia terutamanya menjadi destinasi
bagi pelancong dari Asia Barat dan Eropah. Ini kerana Malaysia menpunyai
pelbagai bandar terkenal, Kawasan pelancongan tanah tinggi seperti Genting
Highlands, pelancongan pulau seperti Pulau Langkawa dan tidak ketinggalan
bandar warisan dunia iaitu Bandaraya Melaka Bersejarah yang diiktiraf oleh
UNESCO.Malaysia juga terkenal sebagai penganjur sukan terkenal dunia seperti
Pertandingan Hoki Dunia dan basikal iaitu Le tour de Langkawi.
41. Pembangunan
sosial juga sangat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara malah
pembangunan sosial dan pembangunan ekonomi saling melengkapi.
Pembangunan sosial
penting dalam pembangunandan perpaduan negara. Ini kerana saling melengkapi
antara pembangunan ekonomi dan sosial. Dasar pembangunan sosial dilaksanakan
dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.
Rukun Negara telah
diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Ini merupakan ideologi kebagnsaan Negara untuk
menjamin perpaduan. Pembentukan Rukun Negara merupakan kesan peristiwa 13 Mei
1969 yang menyebabkan rusuhan kaum ini mengancam ketentraman, keamanan dan
keselamatan Negara.MAGERAN telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih
pentadbiran Negara dengan menubuhkan Majlis Perundingan Negara untuk
membincangkan isu-isu perpaduan negara. Peranan badan ini adalah untuk
mengembalikan keamanan, melicinkan pentadiran dan megembalikan keharmonian
kaum. Matlamat utama Rukun Negara ialah mengukuhkan perpaduan, memelihara corak
hidup demokt=ratik dan mencipta sebuah masyarakat yang adil. Selain itu
menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan memnima
masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi. Prinsip Rukun Negara
ialah Kepercayaan Kepada Tuhan…
Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah bermula sebelum kemerdekaan lagi iaitu apabila British
memperkenalkan Sistem Ahli. Jawatankuasa Barnes diwujudkan yang membuat laporan
pada tahun 1950 yang mencadangkan semua sekolah vernalular Melayu, Cina dan
Tamil dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah
kebangsaan.Laporan Fenn-Wu telah memperbaiki Laporan Barnes dengan mencadangkan
silolah vernalular Cina dikekalkan walaupun bersetuju dengan system pendidikan
kebangsaan. Ordinan Pendidikan 1952 telah diperkenalkan kemudiannya dengan
mengambil kira andangan kedua-dua laporanterdahulu. Ordinan ini mencadangkan
dua system persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa
Inggeris dan Bajasa Melayu. Bajasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya
terdapat permintaan daripada ibu bapa. Bahasa Melayu diwajibkan di sekolah
Inggeris dan Bahasa Inggeris diwajibkan
di semua sekolah Melayu. Namun mendapat tentangan daripada masyarakat
Cina dan India. Penyata Razak diperkenalkan pada tahun 1956 untuk menyuburkan
semangat perpaduan Negara. Sistem perseklahan yang sama bagi semua penduduk
dengan menyeragamkan kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini
kemudiaannya menjadi Ordinan Pelajaran 1957. Selepas itu Laporan Rahman Talib
ditubuhkan untuk mengasaskan penubuhan sekolah vokasional khas untuk murid yang
lemah. Syor baru dibuat memperbaiki Penyata Razak. Untuk memupuk semangat
perpaduan, sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum
dijadikan sekolah jenis kebangsaan. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di
Sekolah Kebangsaan. Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu dan BM menjadi bahasa pengantar
di semua sekolah menengah. Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah
bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 orang murid Islam dan
bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar di sekolah kebangsaan jika terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang murid Cina dan India. Penyata ini kemudiannya
menjadi Akta Pelajaran 1961. Selepas itu, diperkenalkan pula Kajian Aminuddin
Baki pada tahun 1965 yang memperkenalkan sekolah aneka jurusan iaitu untuk
menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik bagi membolehkan
mereka mempelajari kursus kemahiran melalui mata pelajaran Seni Perusahaan dan
Sains Rumah Tangga sebagai persediaan pasaran kerja. Kemudian diperkenalkan
Jawatankuasa Kabinet 1974 yang mengkaji semula pelaksanaan system pelajara
kebangsaan sedia ad adapt melahirkan
sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh Negara. Untuk itu, Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979 diwujudkan dengan memperkenalkan KBSR, KBSR, 3
M.Penekanan perkembangan diri murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek diberikan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Selain itu,
memebrikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan bagi menentukan hala
tuju system pendidikan di Negara kita dan memupuk integrasi nasional.
42. Dasar-dasar
pembangunan yang berterusan sangat perlu untuk kemajuan negara selaras dengan
perubahan dunia.
Dasar-dasar pembangunan
yang berterusan sangat perlu untuk kemajuan negara selaras dengan perubahan
dunia untuk mewujudkan kesimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dengan pengagihan yang saksama. Selain itu, untuk memastikan
pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan
daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. Seterusnya,
mengurangkan dan akhirnya meghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara
untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedahnya.
Integrasi nasional digalakkan dan diperkukuh untuk mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan antara negeri dan antara kawasan bandar
dengan luar bandar. Selain itu adalah untuk membangunkan masyarakat yang
progresif untuk semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi serta
mempunyai nilai sosial dan kerohanian yang positif. Dengan itu, dapat memajukan
sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta
meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri.
Seterusnya, membantu bumiputera memajukan diri dalam pelbagai bidang yang diceburi
bagi memastikan pembangunan negara akan berterusan.
43. Cabaran
yang dihadapi semasa menjalankan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan langkah
mengatasinya.
a. Cabaran
yang dihadapi ialah sikap masyarakat yang susah untuk menerima pembangunan dan
kemasukan warga asing yang berleluasa menimbulkan ketidakselesaan rakyat negara
ini. Selain itu, kemelesetan ekonomi dunia yang menyebabkan pembangunan negara
tidak dapat dijalankan secara sepenuhnya. Ini diburukkan dengan kejatuhan nilai
mata wang negara dan gejala rasuah dalam kalangan pelaksana pembangunan
menyebabkan kerajaan kerugian. Selain itu, cabaran globalisasi yang merentasi
dunia tanpa sempadan selain jenayah yang berlaku dalam masyarakat menjadikan negara
tidak selamat akibat berlakunya jenayah dalam masyarakat.
b. Langkah-langkah
untuk mengatasi cabaran tersebut.
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut
adalah dengan mengubah pemikiran masyarakat menjadi minda kelas pertama. Kempen
di media massa contohnya di media cetak iaitu di surat khabar dan di media
elektronik misalnya di televisyen dan media sosial tentang hasrat kerajaan
untuk menjalankan pembangunan ekonomi hendaklah dijalankan. Kebanjiran pekerja
asing pula perlu diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang secara berkala dan
berterusan. Aktiviti ekonomi hendaklah dipelbagaikan bagi mengatasi kelembapan
ekonomi yang berlaku dengan membuat keputusan yang bijak contohnya menambat nilai
mata wang negara. Selain itu, mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan
rakyat agar masalah dapat diatasi bersama-sama. Seterusnya, menyelaraskan
segala program di bawah satu badan pengurusan atau agensi supaya tidak berlaku
pertindihan program dan mengelakkan pembaziran daripada berlaku. Kursus dan
seminar hendaklah diadakan bagi meningkatkan kecekapan para pekerja tidak kira
di sector kerajaan dan swasta.
44. Jelaskan
cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kemakmuran ekonomi negara dan
langkah/cara-cara untuk mengatasinya.
a. Cabaran
yang dihadapi oleh negara ialah kekurangan modal kerana pelbagai masalah dalam
negara sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan pelabur luar. Selain
itu,ketidakstabilan nilai mata wang dan kejatuhan pasaran saham. Tambah membebankan
apabila negara terpaksa bersaing dengan negara maju sama ada dalam aspek pengeluaran hasil barang
industri dan pasaran. Cabaran lain adalah kurang teknologi moden kerana masih
bergantung kepada teknologi luar dan tenaga kerja mahir daripada negara lain. Tambahan
pula, kos buruh semakin meningkat menyebabkan kerajaan membawa masuk buruh
asing seperti dari Indonesia, Myanmar, China dan Indochina. Ramai juga pakar
pelbagai bidang warganegara Malaysia berkhidmat di luar negara dan bermastautin
di negara tersebut seperti keengganan pelajar Malaysia berkhidmat untuk negara
selepas habis belajar. Cabaran lain, misalnya dalam sektor pertanian ialah saiz
ladang yang kecil, bergantung kepada buruh ladang luar negara dan biji benih yang kurang bermutu selain keengganan
golongan muda menceburkan diri dalam sektor pertanian.
b. Langkah
mengatasi cabaran yang dihadapai oleh negara adalah dengan adanya rakyat
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan teknologi terkini yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan terutamanya dalam
penyelidikan dan pembangunan seperti sains, teknologi, nano,bioterknologi dan
IT. Selain itu,dalam penghasilan sesuatu produk mestilah mendapatkan pendaftaran
paten barangan yang semestinya produk yang berkualiti. Produk yang dihasilkan
mestilah dipelbagaikan terutamanya produk untuk dieksport.Promosi penjualan
barangan hendaklah dilakukan dan melaksanakan e-dagang. Dalam soal
menyelesaikan tenaga kerja mahir, kerajaan hendaklah memanggil balik rakyat
Malaysia yang bekerja di luar negara dengan menyediakan pekerjaan terlebih
dahulu dan memberikan pelbagai insentif dalam pekerjaan. Selain itu, para
penaja biasiswa hendaklah mengambil tindakan undang-undang kepada para pelajar
mereka yang enggan pula berkhidmat dalam negara. Tenaga kerja yang sedia ada
perlulah diberi latihan dan penghargaan atas khidmat bakti mereka agar bekerja
tetap lama di sesuatu organisani pekerjaan. Pelbagai insentif perlu diberikan sebagai
galakan agar mereka bekerja dengan lebih baik.Kedudukan negara juga hendaklah
dikukuhkan dengan melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap bagi memberikan
keyakinan kepada para pelabur luar untuk melabur di Malaysia di samping
mempermudah syarat pelaburan.Yang paling penting adalah mewujudkan keadaaan
aman dan rakyat yang berjiwa patriotic serta bersatu padu untuk memajukan
negara dan mengatasi cabaran dengan matang dan rasional.
45. Cabaran
yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan ekonomi negara dan cadangkan
langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
a. Cabaran
yang dihadapi untuk memajukan negara ialah persaingan dengan negara industri
terkenal dunia seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan Negara-negara
Eropah.Selain itu juga, negara menghadapi persaingan daripada negara jiran
seperti dari Singapura dan Indonesia kerana faktor demografi dan faktor-faktor
lain yang menyebabkan banyak barangan keluaran negara adalah sama dengan negara
jiran. Selain itu disebabkan oleh pelabur asing yang berpindah melabur ke
negara lain atas sebab-sebab kos pengeluaran meningkat dan sebagainya. Ini juga
disebabkan oleh kadar faedah pinjaman asas yang tinggi dikenakan kepada pelabur
tempatan menyebabkan masalah berlaku.Cabaran lain untuk menjadikan negara
sebagai negara yang maju dalam ekonomi ialah persaingan barangan import dari
luar negara dengan barangan yang sama keluaran tempatan. Keadaan menjadi lebih
buruk apabila kualiti produk keluaran tempatan yang rendah dan tidak menepati
piawaian antarabangsa.
b. Langkah
untuk mengatasi cabaran yang dihadapi adalah dengan meningkatkan kajian dan
pembangunan atau R&D terhadap barangan yang ingin dihasilkan agar lebih
berkualiti dan menepati piawaian antarabangsa. Selain itu, melipatgandakan
usaha mempromosi membeli barangan tempatan melalui semua saluran media seperti media
cetak dan media elektronik termasuklah media sosial. Bagi mengatasi masalah itu
juga, cukai terhadap barangan import hendaklah dinaikkan. Untuk menarik pelabur
luar terus melabur di negara kita, kerajaan hendaklah menyediakan sokongan
pelaburan berkesan misalnya dengan mengadakan MOU dengan kerajaan negeri di
seluruh negara agar kemajuan secara menyeluruh dapat dilaksanakan. Pelbagai
insentif hendaklah ditawarkan kepada pelabur asing misalnya pemberian tarif,
kemudahan asas dan pekerja mahir. Selain itu, pembangunan in-situ hendaklah
dibuat di semua kawasan terutamanya kawasan yang mempunyai bekalan bahan mentah
berterusan agar dapat menghasilkan produk industri yang boleh diketengahkan
seperti makanan dan kraftangan.
46. Berdasarkan
pengetahuan anda, mengapakah negara Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat
antarabangsa.
Pada pandangan saya,
Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat negara antarabangsa kerana keadaan
negara yang stabil sehingga mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni juga
mengamalkan kehidupan yang sederhana walaupun mempunyai penduduk pelbagai kaum
dan agama yang ketara perbezaan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Selain
itu, Rakyat negara kita, ramah mesra, mempunyai nilai kesopanan yang tinggi dan
meghormati tetamu selain mempunyai pegangan agama yang kukuh. Ini menjadikan
rakyat Malaysia senang diurus. Selain itu, negara kita mempunyai para pemimpin
yang berkaliber bukan sahaja dalam pentadbiran negara tetapi dipandang tinggi
di peringkat antarabangsa misalnya dalam Persidangan OIC, Komanwel dan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Selain itu, negara kita mempunyai semangat
kesukarelawan yang tinggi bagi membantu rakyat negara lain yang ditimpa
musibah. Misalnya dalam peristiwa tsunami dan gempa bumi di Sulawesi baru-baru
ini selain Sukarelawan Aman di Palestin dan sempadan negara bergolak di Syiria.
47. Jelaskan
usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam Rancangan
Malaysia Keempat.
Kejayaan yang dilakukan
oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam RMK4 kerana turut mendokong aspirasi
DEB walaupun rancangan ekonomi ini dilancarkan semasa dunia mengalami
kelembapan ekonomi namun rancangan ini tetap meneruskan program pembangunan
ekonomi dalam Malaysia Ketiga.Kemudiannya diteruskan dalam RMK4 dengan
memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan
pelaburan modal, penggunaan teknologi tinggi dan keperluan tenaga kerja
mahir.Semua itu dapat dilaksanakan ekoran penerusan rancangan pembangunan lima
tahun terdahulu.Selain itu, Strategi RMK4 dalam pembangunan sektor
perindustrian ialah penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia/HICOM yang
ditubuhkan pada akhir tahun 1980.
HICOM berperanan
mengenalpasti,memula dan menguruskan projek industry berat dengan cekap seperti
mana dikendalikan oleh sektor swasta.Pembukaan Kawasan perusahaan baru bagi
menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing menjadikan Kawasan
perindustrian baru dibuka seperti di Skudai, Johor, Senawang, Bintulu dan Likas
di Sabah. Selain itu, pengisytiharan Zon Pedagangan Bebas seperti di Bayan
Lepas dan Sungai Way mepercepat kemajuan RMK4.Ekoran daripada itu, Pelancaran
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian dilancarkan
bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian dilaksanakan. Kajian Dasar
Perindustrian Malaysia telah mengenal pasti kelemahan dalam struktur
perindustrian negara. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju
pembangunan perindustriannya dan strategic pelaksanaannya. Pengenalan Dasar
Pengswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia dalam RMK4 bertujuan melibatkan
sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara supaya dapat mengurangkan
bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan. Penubuhan Permodalan Nasional
Berhad[PNB] dan Skim Amanah Saham Bumiputera adalah untuk mengimbangi pemilikan
harta dan saham perindustrian antara kaum Bumiputera dengan kaum bukan
Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 1981.
Strategi seterusnya
adalah dalam pembangunan pertanian iaitu pengenalan Dasar Pertanian Negara[DPN]
yang ditubuhkan pada tahun 1984.DPN dibentuk untuk memoden dan menggiatkan
semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan
perkhidmatan sokongan. Perkembangan dalam RMK4 mencatatkan perkembangan
Keluaran Dalam Negara Kasar[KDNK] pada kadar 5.8% setahun.Pendapatan perkapita
pula meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.
48. Malaysia
telah diiktiraf sebagai sebuah negara dunia ketiga yang paling membangun. Usaha
ke arah merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
Usaha Malaysia
merealisasikan negara menjadi negara yang maju adalah melalui Rancangan
Pembangunan Lima Tahun yang dilaksanakan sejak tahun 1956 iaitu sebelum merdeka
lagi melalui Rancangan Malaya 1 sehinggalah menjadi Rancangan Malaysia Pertama
dan hari ini diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Dalam Rancangan
Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua, iaitu dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang
1, DEB diperkenalkan dan diteruskan oleh Dasar Pembangunan Nasional selepas
1990. Dasar Perindustrian Negara dilaksanakan agar Negara tidak bergantung
kepada dua komoditi utama iaitu getah
dan bijih timah. Pada ketika ini, kereta nasional dikeluarkan iaitu
Proton dan Produa iaitu industri berat negara. Selain itu, usaha lain adalah
dengan meneruskan perdagangan antarabangsa terutamanya dalam menguruskan urusan
eksport-import negara dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor dan
Pelabuhan Barat di Klang. Koridor Ekonomi Malaysia diwujudkan dengan adanya
Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur[ACCER],
Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak[SCORA] dan Wilayah Ekonomi Koridor
Utara[NCER]. Wawasan 2010 juga turut dicetuskan agar negara kita menjadi negara
yang maju menjelang tahun 2020 dan rakyat mempunyai pendapatan tinggi.
Pembangunan modal insan dibangunkan dengan mengutamakan rakyat berpendidikan
melalui pembangunan sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi
melahirkan modal insan melalui Islam Hadhari.
49. Langkah
untuk meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa.
Langkah yang
dilaksanakan bagi meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa ialah negara
kita bergiat aktif dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dengan
menganggotai ASEAN, OIC, Komenwel dan
PBB malah kita terkenal sebagai negara Anggota Keselamatan PBB. Selain itu, negara
kita terlibat menghantar tentera di bawah panji-panji United Nation di negara
bergolak seperti di Plastein, Iran dan Iraq. Malah negara terlibat dalam
menyertai misi kemanusiaan seperti di Acheh, Australia, Palestin, Syria,
Kemboja, Filipina dan Palu di Sulawesi. Negara juga meningkatkan keupayaan
untuk bersaing dengan negara maju terutamananya dalam era globalisasi. Pada
ketika ini, kita perlu menguasai kemahiran teknologi tinggi dan teknologi
maklumat supaya kita tidak ketinggalan. Para pemimpin negara juga menyertai
forum dan seminar antarabangsa bagi memastikan suara Malaysia didengari di
pentas dunia seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita di Persidangan
Agung PBB. Nama negara juga harum di mata dunia dalam ekonomi iaitu negara
menjadi pengasas barangan halal dunia/hub-halal dan menyertai banyak
persidangan dan pameran barangan antarabangsa seperti di Dubai dan Abu Dhabi.
Walaupun negara kita kecil, namun keupayaan mengeluarkan kenderaan buatan
tempatan seperti kereta Proton dan lori HICOM menjadikan negara kita dipandang
oleh negara lain. Selain itu, kita juga meningkatkan pelaburan di luar negara
seperti yang dilakukan oleh PETRONAS, FELDA GLOBAL dan Tabung Haji contohnya
dalam sektor perladangan di Indonesia, industri minyak di Afrika dan
penternakan lembu di Australia dan New Zealand. Pergabungan dua syarikat
terbesar negara iaitu Guthrie dan Sime Darby membuatkan negara kita mempunyai
syarikat perladangan yang terbesar di dunia. Bagi memantapkan kemajuan negara
dalam segenap sektor, kita hendaklah menyokong segala usaha negara dengan
memastikan keadaan negara aman dan harmoni juga stabil. Rakyat negara ini juga
perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, berkemahiran dalam sains dan
teknologi tanpa meninggal nilai moral yang tinggi dan menjadi rakyat yang ada
agama.
50. Usaha
Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pengenalan pelbagai dasar pembangunan yang diperkenalkan.
Usaha yang dilakukan
adalah dengan memperkenalkan DEB yang matlamat utamanya adalah untuk membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Caranya
adalah dengan menyediakan peluang pekerjaan agar dapat merapatkan jurang
ekonomi. Selain itu dengan memperkenalkan pula Dasar Pembangunan Nasional untuk
memperkukuh kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui
pembangunan bandar dan luar bandar. Ini akan menjadikan negara sebagai negara
yang maju dan dapat mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral dan kualiti
kehidupan rakyat. Seterusnya mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil. Usaha
lain kerajaan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat adalah dengan
memperkenalkan Dasar Wawasan Negara dengan menggabungkan objektif Dasar Ekonomi
Baru dan Dasar Pembangunan Nasional, berpandukan kepada cabaran strategik
Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.Usaha lain adalah dengan memperkenalkan
Dasar Transformasi Negara bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5% atau lebih dan pembaharuan ekonomi
yang bersifat strategik dan pembangunan modal insan dapat dicapai.
51. Globalisasi
boleh membawa ancaman ketidakseimbangan ekonomi dan perpaduan jika tidak
diatasi dengan bijak. Cadangan anda untuk mengatasinya.
Cara untuk mengatasi
cabaran globalisasi adalah dengan menjadi orang yang berilmu pengetahuan dunia
dan akhirat bagi menangkis segala masalah yang timbul serta dapat membezakan
perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Selain itu, kita perlu
menguasai kemahiran ICT dan menguasai teknologi dalam dunia telekomunikasi
moden agar menjadi kreatif dan inovatif di samping dapat menangkis sebarang
maklumat yang tidak benar berkenaan negara kita sama ada ketidakseimbangan
dalam ekonomi atau yang merosakkan perpaduan kaum yang ada. Seterusnya, setia
kepada negara dengan mempunyai semangat cinta akan negara dan mempunyai jati
diri yang kukuh agar dapat membezakan unsur positif dengan unsur negatif.
Amalan hidup bersatu padu dan bertoleransi juga dapat melahirkan seorang
warganegara yang kukuh pegangan jati dirinya tanpa dapat digugat oleh unsur
yang tidak baik dalam kehidupan seharian sebaliknya menyokong usaha kerajaan
untuk membangunkan negara agar dapat berdaya saing dalam era globalisasi ini.
52. Kewibawaan
pemimpin negara memberi kejayaan kepada negara.
Pemimpin yang berwibawa
amat penting bagi sesebuah negara agar dapat membebaskan negara daripada
cengkaman anasir luar seperti yang dibuktikan oleh Tunku Abdul Rahman yang
mula-mula memperjuangkan kemerdekaan setelah menang dalam pilihan raya Majlis
Perundangan Persekutuan. Seterusnya, baginda telah berjaya membangunkan negara
menjadi negara yang berdikari dengan memperkenalkan Rancangan Malaya Pertama
.Pembangunan negara diteruskan oleh Perdana Menteri yang seterusnya seperti Tun
Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir
Mohammad. Perdana Menteri yang kedua meneruskan agenda membangunkan negara
sehingga digelar Bapa Pembangunan Negara. Antaranya adalah rancangan
pembangunan melalui Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan menyusun semula
masyarakat dan mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum. Kejayaan Perdana
Menteri yang terdahulu masih kekal sehingga ke hari ini seperti penubuhan FELDA
dan RIDA yang kemudiannya menjadi MARA. Agensi kerajaan yang ditubuhkan sejak
dahulu masih ada meneruskan pembangunan Negara seperti LPP, Mardi, FELCRA,
LKIM, UPE, PEN, Risda, MIDA, PNB, ASN, Petronas, HICOM dan sebagainya. Malah
kawasan perindustrian juga masih beroperasi sehingga hari ini seperti Senawang,
Likas, Seremban, Menggatal dan Bintulu. Malah masih ada Kawasan Zon Bebas Cukai
di Bayan Lepas dan Sungai Way. Keadaan politik negara yang stabil membantu
pembangunan negara juga dapat membangunkan modal insan sebagai aset terpenting
untuk memacu negara ke hadapan walaupun kita bertukar tampuk pemerintahan.
53. Usaha
anda sebagai warganegara yang patriotik untuk menyumbang kepada kemajuan
ekonomi negara.
Sumbangan saya sebagai
warganegara yang berjiwa patriotik adalah dengan mengutamakan barangan tempatan
dalam kehidupan seharian dengan membeli dan menggunakan barangan buatan
tempatan. Contohnya, pakaian dan makanan. Selain itu, saya akan mempromosikan
barangan Malaysia kepada kawan-kawan saya dan keluarga saya dan saya akan
melibatkan diri dalam e-dagang iaitu menjalankan perniagaan secara talian
menjual barangan buatan anak tempatan. Wang yang saya perolehi akan saya simpan
dalam tabung amanah saham seperti ASW, ASM dan ASB. Saya juga akan berjimat
cermat dalam membelanjakan wang yang saya ada agar tabungan saya bertambah
banyak secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara. Saya juga akan
menghormati undang-undang dan hidup bersatu padu bagi menghargai keamanan
dengan menggelakkan diri terlibat dalam sebarang bentuk demonstrasi.
54. Nilai-nilai
murni memacu kemajuan pembangunan ekonomi negara.
Pembangunan ekonomi negara
kita beleh dicapai kerana rakyat negara ini berdikari, rajin berusaha dan tidak
berputus asa dalam mengusahakan hasil pertanian dan perusahaan. Malah, ramai
rakyat Malaysia yang mampu menghasilkan inovasi baru yang kreatif kerana mereka
berani meneroka bidang baru juga berani menghadapi cabaran. Tentulah mereka
mempunyai semangat yang tinggi untuk menzahirkan cita-cita yang ingin memajukan
diri, bangsa dan negara. Sikap tolerasi dalam kehidupan seharian menjadikan
keamanan dan keharmonian menjana kehidupan berjaya dalam bidang yang diceburi.
Rakyat sentiasa mementingkan ilmu pengetahuan dan boleh menerima perubahan
dalam kehidupan mereka sebagai petani atau pekerja industri. Malah proaktif
menjayakan dasar pembangunan ekonomi. Kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara
kita juga menyedarkan kita tentang kepentingan hidup yang bersatu padu dan
bekerjasama dalam semua aspek kehidupan kerana negara kita mempunyai penduduk
yang berlainan bangsa.
55. Nilai
yang perlu ada pada generasi hari ini bagi melahirkan masyarakat yang maju dan
sejahtera.
Nilai yang perlu ada
pada generasi hari ini bagi melahirkan msyarakat yang maju dan sejahtera adalah
menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi hari ini dengan sering
bertolak ansur dan saling menyantuni antara satu sama lain dalam kehidupan
seharian memandangkan kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa. Selain itu,
sebagai jiran yang baik, kita perlu membantu mereka yang miskin dan berkongsi
kekayaan bersama agar tidak timbul isu sensitif dan salah faham dalam kehidupan
seharian. Di samping itu, sentiasa bergotong-royong bagi memupuk semangat
saling bekerjasama dan menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan
dengan hati yang terbuka. Sebagai generasi muda, jadilah generasi yang berilmu
pengetahuan tinggi dan berkemahiran agar mampu berdaya saing pada masa depan.
Sebagai rakyat Malaysia, gunakanlah barangan tempatan dan berbangga dengan
barangan keluaran Malaysia.
56. Ikhtibar
yang diperoleh daripada pelaksanaan DEB.
Iktibar yang diperoleh
ialah DEB merupakan dasar keprihatinan kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan
bagi semua kaum yang wajar diberi
perhatian. Ini juga kerana DEB dapat menjamin kehidupan rakyat yang makmur dan
dapat mencapai perpaduan dan kesejahteraan. Jadi, kita hendaklah mengambil
iktibar akan perubahan yang berlaku. Rakyat hendaklah berusaha dengan gigih
melalui peluang yang diberikan oleh kerajaan dangan mengerjakan tanah yang
diberi seperti oleh FELDA dan FELCRA supaya taraf hidup dapat ditingkatkan bagi
menambah baik kehidupan. Secara tidak langsung, dapat mampu melahirkan bangsa
Malaysia yang bersatu dan berdaya saing. Ini membuktikan kewibawaan pemimpin
negara untuk mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi negara.
57. Ikhtibar
yang dapat diambil daripada usaha kerajaan membangunkan ekonomi Malaysia.
Iktibarnya ialah kita
mesti bijak untuk menangani masalah yang dihadapi dan berfikiran jauh untuk
memajukan diri dengan meraih sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran
bagi menjamin kita menjadi generasi yang berdaya saing dan bakal guna tenaga
yang mahir. Selain itu, kita hendaklah bijak merebut peluang yang ada
disediakan oleh pihak kerajaan dan sentiasa berfikiran positif dalam setiap
dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga
hendaklah bersyukur terhadap kekayaan negara seperti sumber semula jadi yang
dimiliki dan hasil pertanian yang diusahakan oleh para petani. Akhir sekali,
rakyat negara kita pelbagai bangsa dan ini dianggap unik oleh negara lain
kerana kita boleh hidup bertoleransi tanpa ada prejudia terhadap kaum lain.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan bertindak secara
positif agar kemajuan negara dapat dinikmati oleh semua rakyat secara adil.
58. Ikhtibar
yang diperoleh berdasarkan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan di negara
kita.
DEB yang dilaksanakan
oleh kerajaan banyak mengubah landskap pembangunan negara menjadikan negara
kita lebih berdaya saing kerana seluruh rakyat negara bekerjasama tidak
mengenal bangsa dan agama. Seharusnya, sebagai generasi selepas merdeka ini,
kita hendaklah meneruskan usaha pembangunan yang dijalankan sejak dahulu untuk
memajukan ekonomi negara malah dapat menaikkan taraf hidup. Setiap rakyat juga
hendaklah menyokong segala dasar dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh
kerajaan agar negara mencapai matlamat negara maju mengikut acuan sendiri.
Sebagai rakyat juga, kita hendaklah bersedia untuk menerima pembaharuan dan
bekerja keras untuk membantu agar negara terus maju mencapai target. Sikap
tekun, rajin berusaha dan tidak mengenal putus asa generasi terdahulu
seharusnya dicontohi oleh setiap rakyat negara ini agar generasi sekarang juga
terkenal dengan segala sikap yang baik itu demi kemajuan negara standing dengan
negara lain di dunia.
59. Rumusan
daripada pelaksanaan DEB
a.Pengetahuan yang
diperoleh
b.Nilai patriotisme
c.Harapan untuk
menjadikan negara dan bangsa Malaysia maju.
DEB dilaksanakan dalam
rancangan ekonomi lima tahunyang bermula pada tahun 1970-1990. DEB berjaya
mengurangkan kemiskinan rakyat dan membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara
pertanian dan perindustrian. Ini membuktikan kebijaksanaan dan keprihatinan
pemimpin yang sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kemiskinan rakyat.
Rakyat yang cinta akan tanah air sanggup bekerjasa menjayakan program
pembangunan agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan. Rakyat beruntung
kerana mempunyai pemimpin yang berjiwa besar dan berwawasan supaya dapat
melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang membawa kemakmuran kepada rakyat. Semoga
negara akan kekal aman dan harmoni serta mampu berdaya saing.
60. Rumusan
a.Pengetahuan yang
diperoleh
b.Nilai patriotisme
c.Harapan untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi
Pengetahuan yang
diperoleh ialah Malaysia ialah sebuah negara yang menjalankan rancangan
pembangunan ekonomi dari negara sebelum merdeka dengan Rancangan Malaya
sehinggalah ke hari ini iaitu Rancangan Malaysia yang kesebelas.Pelbagai dasar
telah dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional,
Dasar Pertanian Negara dan Dasar Pengswastaan untuk menjadikan negara boleh
menjadi negara yang boleh berdiri sendiri dan maju.
Oleh itu, sebagai
rakyat Malaysia yang cinta akan negara hendaklah bersama-sama membangunkan negara
dan mempertahankan kedaulatan negara agar pembangunan yang ingin dicapai
terlaksana.
Adalah diharapkan
negara kita berjaya memacu ekonomi yang dapat memberikan keselesaan hidup
kepada rakyat dan menjadikan negara kita sebuah negara yang maju secara
bersepadu dan berpendapatan tinggi.
61. Kesimpulan
keseluruhan isi yang dibincangkan
a.Pengetahuan yang
diperoleh
b.Ikhtibar kepada
diri,bangsa dan negara
c.Harapan untuk masa
depan Malaysia yang lebih cemerlang.
Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai pembangunan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Misalnya, DEB yang telah berjaya merapatkan jurang ekonomi antara kaum dan
wilayah. Jadi, rakyat hendaklah gigih berusaha dan bekerjasama untuk memajukan negara
dalam pelbagai bidang dan semua kaum hendaklah bersatu padu dan bertolak ansur
agar keamanan dan keharmonian sentiasa terjaga. Untuk itu, diharapkan semua
rakyat Malaysia mementingkan pendidikan agar menjadi rakyat yang celik ilmu dan
berkemahiran. Rakyat juga perlu berkongsi secara bijak dalam semua aspek
kehidupan dan sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup.
62. Rumusan
a.Pengetahuan yang
diperoleh
b.Ikhtibar kepada diri,
bangsa dan negara
c.Harapan untuk masa
depan Malaysia yang lebih cemerlang.
Saya dapat mengetahui
tentang Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional bagi membangunkan negara
kita iaitu melalui rancangan pembangunan lima tahun yang diperkenalkan sejak
sebelum merdeka sehinggalah hari ini;iaitu Rancangan Malaya dan Rancangan
Malaysia Kesebelas.
Sebagai ikhtibar, kita
perlulah mengamalkan nilai bekerjasama dan saling membantu bagi menjayakan
segala dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Saya berharap negara
kita dapat mencapai matlamat pembangunan negara sehingga menjadi negara yang
maju melalui pemerintahan yang stabil dan berwawasan agar setanding dengan
negara lain di dunia.
63. Cinta
akan negara Setia
untuk negara
Menjaga nama baik negara Sanggup berkorban
untuk negara
Berani berjuang Bersemangat
kental
Sanggup mempertahankan
maruah negara Bijak merancang
strategi
Mengekalkan kedaulatan negara Mengambil iktibar peristiwa
lalu
Negara kita
tanggungjawab kita Menghargai
kemerdekaan negara kita
Sepakat dalam
perjuangan Ketabahan
menghadapi cabaran
Mempertahankan hak
bangsa Bersyukur
dengan kemerdekaan negara
Berbangga sebagai
rakyat Malaysia Berbangga
dengan asset negara
Berpegang teguh kepada
nilai sejagat Menyokong
perubahan kepada kebaikan
Menghormati keluruhan
perlembagaan Menghormati
kedaulatan negara
Mematuhi peraturan Bangga
akan kejayaan negara
Bangga dengan keunikan negara Menyanjung warisan bangsa
Bersemangat kekitaan Menghormati
lambing-lambang negara
Kekayaan negara
dinikmati bersama Menghargai
perjuangan tokoh
Menghormati raja dan pemimpin
negara Sedia berubah kea rah
kemajuan
Toleransi dalam
menghadapi konflik Menyokong
dasar-dasar kerajaan
Menolak amalan rasuah Menolak
kepentingan peribadi
Sedia berunding
menyelesaikan masalah Bangga
sebagai rakyat Malaysia
Bangga dengan kepelbagaian
bahasa dan budaya negara
Nilai
Bekerjasama Bekerja
keras
Berani meneroka Berfikiran
kreatif dan inovatif
Berdikari Berwawasan
Berilmu pengetahuan Jati diri
yang kukuh
Bekerja keras Berminda
terbuka
Setia kepada peminpin Bijak mengamalkan
peluang
Isi Kandungan
Bil
|
Tajuk
|
m/s
|
1.
|
Jelaskan latar belakang
Pembangunan Ekonomi
|
1
|
2.
|
Latar belakang Rancangan
Pembangunan 5 tahun
|
1
|
3.
|
Huraikan peranan agensi berikut
a.
FELDA
b.
MARA
|
1
1
|
4.
|
Terangkan
perkembangan Rancangan Pembangunan 5 Tahun Tahap Kedua/RRJP1
a.
RMK2
b.
RMK3
c.
RMK4
d.
RMK5
|
2
2
2-3
3
|
5.
|
Dasar
Pembangunan Ekonomi
a.
Dasar Pertanian Negara [DPN]
b.
Dasar Persyarikatan Malaysia[DPM]
c.
Dasar Pengswastaan[DP]
d.
Dasar Hala Tuju Cara Baru
e.
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran
Negara [DPDPN]
f.
Dasar Kependudukan
|
3
4
4
4
5
5
|
6.
|
Sebagai
rakyat Malaysia,sebab anda menyokong penubuhan Dasar Persyarikatan dan Dasar
Pengswastaan.
|
5
|
7.
|
Kesan
Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Pengswastaan terhadap pembangunan
ekonomi negara.
|
5-6
|
8.
|
Sebab
Dasar Pertanian Negara[DPN] ditubuhkan
|
6
|
9.
|
Adakah
DPN mencapai matlamatnya
|
6
|
10.
|
Bagaimanakah
memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat
|
6
|
11.
|
Kesan
kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini
|
6-7
|
12.
|
Jelaskan
bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan
kesejahteraan rakyat
|
7-8
|
13.
|
Sebab
berlaku ketidakseimbangan ekonomi di negara kita
|
8
|
14.
|
Maksud
DEB
|
9
|
15.
|
Matlamat
DEB
|
9
|
16.
|
Cara
DEB menangani ketidakseimbangan ekonomi
|
9-10
|
17.
|
DEB
dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat
|
10-11
|
18.
|
Terangkan
rancangan ekonomi 5 tahun dalam pelaksanaan RMK2 dan RMK3 bagi menjayakan
matlamat DEB/
Usaha
Kerajaan untuk mencapai matlamat DEB melalui rancangan ekonomi lima tahun.
|
11
|
19.
|
Bukti
RMK4 adalah usaha negara untuk memajukan sektor perindustrian.
|
11-12
|
20
|
Bukti
pelaksanaan DEB telah mencapai
matlamatnya/Bukit yang dicapai oleh Malaysia hasil Rancangan Pembangunan lima
Tahun@RRJP1/Kebaikan Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi/Bukti ekonomi Malaysia
telah berjaya.
|
12-13
|
21.
|
Cabaran
kerajaaan semasa pelaksanaan DEB dan cara-cara/langkah-langkah untuk
mengatasi masalah tersebut
|
13-14
|
22.
|
Adakah
DEB wajar dilaksanakan dan hujah anda untuk menyokongnya
|
14
|
23.
|
Pada
pendapat anda,sejauh manakan kejayaan DEB mampu menjamin perpaduan dan
kesejahteraan rakyat
|
14-15
|
24.
|
Sebab
program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan dengan lebih giat dalam
DEB
|
15
|
25.
|
Mengapakah
usaha meneruskan aspirasi DEB penting kepada negara
|
15-16
|
26.
|
Faedah/kebaikan/manfaat
DEB kepada rakyat Malaysia
|
16
|
27.
|
Perkembangan
pesat ekonomi Malaysia telah berjaya menarik pelabur asing. Jelaskan
|
16-17
|
28.
|
Usaha
untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia dalam era globalisasi yang
mencabar.
|
17
|
29.
|
Sejauh
manakah kerajaan berjaya merealisasikan hasrat mewujudkan masyarakat maju dan
saintifik
|
17
|
30.
|
Cabaran
yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan
rakyat.
|
17-18
|
31.
|
Cara/langkah
mengatasi masalah perpaduan dan kesejahtraaan rakyat
|
18
|
32.
|
Pada
pendapat anda, mengapakah bidang pertanian masih penting walaupun Malaysia
kini menuju ke arah negara yang maju.
|
18
|
33.
|
Kejayaan
Malaysia dalam sektor pertanian. Beri penjelasan anda.
|
19
|
34.
|
Pada
pendapat anda,mengapakah Malaysia perlu menjadi negara yang maju selaras
dengan cita-cita Wawasan 2020.
|
19
|
35.
|
Langkah-langkah
yang diambil oleh Malaysia dalam usaha
memajukan ekonomi negara.
|
19-20
|
36.
|
Langkah-langkah
yang perlu diambil bagi mengekalkan
kemajuan ekonomi negara.
|
20
|
37.
|
Usaha-usaha/langkah-langkah
kerajaan untuk memajukan sektor perindustrian negara.
|
20-21
|
38.
|
Rancangan
Pembangunan Ekonomi Negara kita dilaksanakan melalui rancangan pembangunan
lima tahun yang dimulakan pada tahun
1956. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara
setelah memanfaatkan rancangan pembangunan ekonomi yang dirancang oleh pihak
kerajaan.
|
21
|
39.
|
Sebagai
warganegara yang patriotik, peranan anda bagi menjayakan rancangan
pembangunan ekonomi lima tahun yang dirancang oleh kerajaan.
|
21-22
|
40.
|
Pada
pendapat anda, sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam sektor
ekonomi di peringkat antarabangsa.
|
22-23
|
41.
|
Pembangunan
sosial juga amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara malah
pembangunan sosial dan pembangunan ekonomi saling melengkapi.
|
23-24
|
42.
|
Dasar-dasar
pembangunan yang berterusan sangat perlu untuk pembangunan negara selaras
dengan perubahan dunia.
|
24
|
43.
|
Cabaran
yang dihadapi semasa menjalankan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan langkah
mengatasinya.
|
24-25
|
44.
|
Jelaskan
cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kemakmuran ekonomi negara
dan langkah/cara-cara untuk mengatasinya.
|
25-26
|
45.
|
Cabaran
yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan ekonomi negara dan
cadangkan/langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
|
26-27
|
46.
|
Berdasarkan
pengetahuan anda, mengapakah negara Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat
antarabangsa.
|
27
|
47.
|
Jelaskan
usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam RMK4
|
27-28
|
48.
|
Malaysia
telah diiktiraf sebagai sebuah negara dunia ketiga yang paling membangun.
Usaha ke arah merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
|
28
|
49.
|
Langkah
untuk meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa.
|
28
|
50.
|
Usaha
kerajaan Malaysia untuk menaikkan taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pengenalan pelbagai dasar pembangunan yang diperkenalkan.
|
29
|
51.
|
Globalisasi
boleh membawa ancaman dalam ketidakseimbangan ekonomi dan perpaduan jika
tidak diatasi dengan bijak. Cadangan anda untuk mengatasinya.
|
29-30
|
52.
|
Kewibawaan
pemimpin negara memberi kejayaan kepada negara.
|
30
|
53.
|
Usaha
anda sebagai warganegara yang patriotik untuk menyumbang kepada kemajuan
ekonomi negara.
|
30-31
|
54.
|
Nilai-nilai
murni memacu kemajuan pembangunan ekonomi negara.
|
31
|
55.
|
Nilai
yang perlu ada pada generasi hari ini bagi melahirkan masyarakat yang maju
dan sejahtera
|
31
|
56.
|
Ikhtibar
yang diperoleh daripada pelaksanaan DEB
|
31
|
57.
|
Ikhtibar
yang dapat diambil daripada usaha kerajaan membangunkan ekonomi Malaysia
|
32
|
58.
|
Iktibar
yang diperoleh berdasarkan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan di negara
kita.
|
32
|
59.
|
Rumusan
daripada pelaksanaan DEB
a.
Pengetahuan yang diperoleh
b.
Nilai patriotisme
c.
Harapan untuk menjadikan negara dan
bangsa Malaysia maju
|
32
|
60.
|
Rumusan
a.
Pengetahuan yang diperoleh
b.
Nilai patriotisme
c.
Harapan untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju dan perpendapatan tinggi
|
33
|
61.
|
Kesimpulan
keseluruhan isi yang dibincangkan
a.
Pengetahuan yang diperoleh
b.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang
lebih cemerlang
|
33
|
62
|
Rumusan
a.
Pengetahuan yang diperoleh
b.
Ikhtibar yang diperoleh kepada diri,
bangsa dan negara
c.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang
lebih cemerlang
|
33
|
63.
|
Unsur
patriotisme dan nilai murni
|
34
|
64.
|
Jelaskan
Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju
|
35-36
|
65.
|
Hubungkaitkan
pembangunan ekonomi negara dalam mencetuskan idea Wawasan 2020
|
36-37
|
66.
|
HICOM
|
37
|
67.
|
PETRONAS
|
37
|
68.
|
Kelemahan/kekurangan/kegagalan/kekangan
DEB@DEB gagal mencapai matlamat. Beri ulasan anda.
|
38
|
69.
|
Kesan/akibat
jika ekonomi Malaysia mundur/kesan negatif jika ekonomi Malaysia tidak kukuh
|
38
|
70.
|
Cabaran/masalah/rintangan/ancaman
bagi Malaysia untuk mengukuhkan/memajukan ekonomi negara
|
38
|
71.
|
Kejayaan
DEB bersifat menyeluruh dalam membangunkan Malaysia. Ulas pernyataan berikut.
|
39-40
|
72.
|
Sejauh
manakah DEB berjaya mencapai matlamat perpaduan dan intergrasi nasional.
|
40
|
73.
|
DEB
telah mewujudkan pengagihan ekonomi yang adil untuk semua kaum dan
wilayah.Buktikan.
|
40-41
|
74.
|
Pelaksanaan
DEB telah berjaya membawa kepada perubahan dalam aspek sosioekonomi golongan
bumiputera. Beri ulasan anda.
|
41-42
|
75.
|
Bagaimanakah
DEB/Program-program dalam RRJP1 berjaya ‘menyusun semula masyarakat’ atau
mewujudkan perpaduan antara kaum.
|
42-43
|
76.
|
Rancangan
Pembangunan Ekonomi telah berjaya memberikan kesejahteraan/kemakmuran hidup
kepada rakyat. Berikan ulasan anda.
|
43
|
77.
|
Aspirasi
DEB menjadi tunjang kepada penggubalan dasar pembangunan ekonomi masa kini.
Ulas pernyataan tersebut.
|
44-45
|
78.
|
Sejauhmanakah
pembangunan sosioekonomi penting dalam mensejahterakan masyarakat dan negara.
|
45-46
|
No comments:
Post a Comment