Bab 1 :
Apa yang perlu murid ketahui:
Imperialis merupakan penjajah/penakluk iaitu kuasa asing yang datang ke sesebuah negara.
Imperialisme pula ialah penjajahan yang dilakukan oleh imperialis.
Barat ialah negara-negara Eropah yang melakukan penjajahan di negara-negara Asia Tenggara.
Contohnya : Britain di Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia, Burma.
Belanda di Indonsia
Peranchis di Indochina
Sepanyol dan Amerika Syarikat di Filipina
Asia Tenggara merupakan negara-negara serantau yang pernah dijajah oleh kuasa Barat .
Contohnya : Burma mempunyai kayu jati
Malaysia mempunyai biji timah
Filipina mempunyai kelapa dan tebu
Indochina mempunyai padi/pertanian
Indonesia mempunyai biji timah dan kayu jati
Faktor awal kedatangan Negera Barat adalah untuk mendapatkan rempah-ratus.
Faktor imperialisme kemudian berubah:
-Revolusi Perindustrian - berlaku di Eropah dan mereka memerlukan bahan mentah
kosisten dan barangan siap pula memerlukan pasaran luas.
-Bahan Mentah - Keadaan tanah yang subur menjadikan bahan mentah boleh dihasilkan
selain mempunyai biji timah, kelapa dan padi.
-Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun - Orang Barat menganggap
mereka lebih bertamadun dan menganggap penduduk Asia Tenggara tidak bertamadun.
Mereka menyebarkan agama kristain dan budaya Barat menggunakan slogan/motto
Beban Orang Putih[British dan Belanda] dan Tugas menyebarkan tamadun oleh orang
Peranchis.
-Sistem pengangkutan dan sistem perhubungan - Pembukaan Terusan Suez
memendekkan perjalanan ke negara Asia Tenggara, selain selamat dan cepat. Penciptaan
kapal kuasa wap menjadikan muatan lebih banyak banyak dapat dibawa, Selain itu,
telegraf menjadikan perhubungan menjadikan kuasa Barat dapat memberikan arahan
kepada pegawai mereka di negara Asia Tenggara. Ahli perniagaan juga dapat berhubung \ dengan wakil mereka di Asia Tenggara.
- Persaingan kuasa Barat menakluk negara-negara di Asia Tenggara dilakukan selain
sebagai tanda kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.
No comments:
Post a Comment