MODUL TATABAHASA
SPM
TAHUN
2020
DISUSUN OLEH:
PUAN
SITI ROSNAH BINTI MAT SUM
. PUAN
NORAZIZAH BINTI TALIB
PUAN
SURYANI BINTI DULLAH
PUAN
KHASMINAH BINTI AFFANDI
PUAN
ROKIAH BINTI ABDULLAH
PUAN NAJMIAH BINTI SOIM
PUAN NAJMIAH BINTI SOIM
NAMA :___________________________________________
TINGKATAN :___________________________________________
Pengenalan
Tatabahasa
merupakan satu bahagian yang disoal sama ada dalam peperiksaan PT3 dan SPM.
Perkara penting yang wajar murud-murid tahu ialah kefahaman perkara yang asas
seperti tanda baca, frasa, klausa dan ayat. Latihan perlu dibuat agar murid
dapat menguasai perkara asas itu.
Untuk
soalan Tatabahasa SPM merupakan soalan Kertas Dua iaitu pada nombor 3. Setiap
calon perlu bijak menjawab soalan bahagian ini kerana mempunyai lima pecahan
soalan iaitu:
a.
Membina
ayat
b.
Kemahiran
Sintaksis
c.
Kesalahan
Ejaan dan Kesalahan Penggunaan imbuhan
d.
Kesalahan
Penggunaan Kata/Istilah dan Kesalahan Tatabahasa
e.
Kemahiran
Peribahasa.
Setiap
pecahan soalan mempunyai enam markah dan jumlah keseluruhan markah Soalan Tiga
ini ialah tiga puluh markah. Calon dinasihatkan agar meneliti soalan dan
kehendak soalan sebelum menjawab soalan. Semak jawapan setelah selesai
menjawab.
Selamat
Mencuba.
1.
Frasa
Frasa Nama
[FN]
|
1.
Am:
sekolah,kereta,orang,pokok,haiwan,kerusi,meja
2.
Khas:
Ali, Proton Saga, Restoran Minang,Kedai Rose
3.
Terbitan:
Pe… [pelari,pelukis,penyanyi,peguam,pengacara]
…an [larian, tarian,lukisan,tambahan,idaman]
Ke..an[kementerian,kebajikan,kemalangan,keindahan]
Pe…an[pelarian,pertanian,pelarian,penternakan]
|
Frasa Kerja
[FK]
|
1.
Kata
Kerja Transitif [KKT] –
makan nasi, melukis gambar,menyiram
pokok,
membasuh kereta, menanam pokok,
memegang pen
2.
Kata
Kerja Tak Transitif [KKTT]-
tidur lena, menangis,sangat sedih,
termenung jauh,
menangis, berdiri di pintu, melukis di
kertas lukisan
|
Frasa Adjektif
[FK]
|
putih,merah
jambu,biru,kuning
comel,cantik,
kacak,
rajin,sangat
pandai,amat baik,malas,pandai,
amat
laju, deras,
pendek,
gemuk, kurus,nipis,panjang
|
Frasa Sendi Nama[FS]
|
di
pinggir kampung, ke Ipoh, dari sana,pada dinding,daripada kayu,untuk ibu,
dengan Ali
|
2.
Klausa
Merupakan
rangkai kata perkataan yang mengandungi subjek dan prediket juga berpotensi
untuk menjadi ayat.
a.
Klausa
bebas[boleh berdiri sendiri dan bersifat ayat lengkap
Contoh: kamu
pandai[klausa]
Kamu pandai.[ayat]
b.
Klausa
tak bebas[tak boleh berdiri sendiri dan merupakan sebahagian ayat]
Contoh: Ibu
membeli kuih untuk kami sekeluarga
[klausa bebas] [klausa tak bebas]
Ayah menanam pokok di tepi pagar rumah
[klausa bebas] [klausa tak bebas]
Dia sedih setelah mendengar
berita kemalangan itu
Klausa tak bebas
Arahan
soalan 3a :
Tuliskan
satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
SPM
2005
i] tatasusila
ii] tatacara
iii] prasyarat
iv]
prasejarah
v]
dwibahasa
vi]
dwitahunan
SPM
2006
i] sabut - serabut
ii] tunjuk - telunjuk
iii] guruh - gemuruh
SPM
2007
i] muka
ii] terkemuka
iii] bersemuka
vi] permukaan
v] mengemukakan
vi] bermuka-muka
SPM
2008
i] suka duka
ii] baik buruk
iii] penat lelah
iv] melayari laman web
v] pembangunan mesra alam
vi] semangat setia kawan
SPM
JUN 2009
i] hiruk-pikuk
ii] selok-belok
iii] lambat-laun
iv] senang-lenang
v] lintang-pukang
vi] kenduri-kendara
SPM
2010
i] kemas
ii] mengemaskan
iii] kekemasan
iv] harga
v] menghargai
vi] penghargaan
SPM
2011
i] cepumas
ii] halaju
iii] jejantas
iv] jenama
v] pawagam
vi]
purata
SPM
2013
i] bilah
ii] jambak
iii] keping
iv] pucuk
v] rawan
vi] utas
SPM
2014
i] putih bersih
ii] bersatu hati
iii] titik permulaan
iv] kenangan manis
v] berpandangan jauh
vi] menenangkan fikiran
SPM
2015
i] jasa baik
ii] kertas kerja
iii] pindah milik
iv] reka bentuk
v] sususn atur
vi] temu bual
SPM
2016
i] bertukar
ii] pertukaran
iii] bertukar-tukar
iv] berkira
v] perkiraan
vi] berkira-kira
SPM
2017
Tulis
satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi tidak
boleh menggunakan perkataan itu sebagai nama khas.
i] langit
ii] langit-langit
iii] tiba
iv] tiba-tiba
v] otak
vi] otak-otak
SPM
2018
Tulis
satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i] garisan penamat
ii] merentas desa
iii] pembesar suara
iv] serangga perosak
v] tapak semaian
vi] ulasan selari
SPM
2019
Tulis
satu ayat bagi setiap perkataan di
bawah untuk menunjukkkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i]
antikarat
ii]
dwitahunan
iii]
jurusolek
iv]
prasekolah
vi]
tatasusila
3b KEMAHIRAN SINTAKSIS
SPM
2005
Tukar
ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
i] Tugas mengisi kemerdekaan negara akan
kita pikul bersama-sama.
ii] Semenjak program kitar semula
dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin
meningkat.
iii] Sebuah gelanggang badminton telah
dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu lepas.
SPM
2006
Cerakinkan
setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
i] Adakah Encik Amran hendak ke Muzium
Negara atau ke Putrajaya?
ii] Pendebat itu petah berhujah dan bijak
mematahkan hujah lawan.
iii] Siswazah yang berpandangan jauh tidak
mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
SPM
2007
Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i] Saya telah menghasilkan beberapa buah
buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.
ii] Setiap petang kamu mesti menyiram
sayur-sayuran di belakang rumah.
iii] Pelatih Program Latihan Khidmat Negara
menjalani latihan intensif selama tiga bulan.
SPM
2008
Nyatakan
pola bagi ayat-ayat di bawah sama ayat tersebut
berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama(FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja(FN
+ FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif(FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN +
FS).
i] Baju sutera ini untuk ibu.
ii] Kuda putih itu berlari pantas.
iii] Sekolah baharu itu sangat cantik
landskapnya.
vi) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan
Malaysia.
v] Penduduk kampung akan bergotong-royong
pada hujung minggu ini.
vi] Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa
Melayu di SMK Seri Murni.
SPM
2009
Kenal
pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat
seperti yang berikut.
i] Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja
restoran tersebut.
ii] Ketinggian Gunung Kinabalu 4014 meter.
iii] Pada setiap petang Sabtu, kami
sekeluarga ke perpustakaan
iv] Taman Tasik Perdana terkenal oleh
landskapnya yang menarik.
v] Murid yang pintar itu bercita-cita
untuk menjadi angkasawan.
vi] Demi membiayai kos pelajaran anak-anak,
ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.
SPM
2010
Berdasarkan
ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya
menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang diberikan hendaklah
bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf
condong dalam ayat-ayat yang diberi.
i] Mereka bersenam petang tadi.
ii] Encik
Samad pengurus besar syarikat itu.
iii] Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
iv] Pertandingan akhir Piala Malaysia akan
diadakan di Stadium Bukit Jalil.
v] Kren
digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingat itu.
vi] Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.
SPM
2011
Gabungkan
ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga
ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah
maksud dan struktur asalnya.
Kemarau
ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpuca
daripada kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang.
Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat
ketiadaan air. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu. Jabatan Bekalan Air
terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Hal ini dapat
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.
SPM
2012
Tukar
ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah
maksud asalnya.
i] Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun
persaraan kakitangan kerajaan.
ii] Terletak di Bukit Perdana banglo mewah
berharga RM3 juta itu.
iii] Sungguh menakjubkan pertunjukan udara
yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.
SPM
2013
Nyatakan
pola ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama[FN + FN], Frasa Nama + Frasa Kerja[FN + FK], Frasa Nama + Frasa Adjektif
[FN + FA] atau Frasa Nama + Frasa Sendi[FN + FS].
i]
Bunga mawar itu untuk cikgu saya
sempena sambutan Hari Guru
ii] Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah
itu semenjak lima tahun lalu.
iii] Kerajaan tidak pernah mengabaikan
tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
iv] Blok asrama baharu untuk murid-murid
lelaki masih dalam proses pembinaan.
v] Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan
bergaya ketika membuat persembahan.
SPM
2014
Kenal
pasti dan tulis subjek dan predikat yang
lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek : ______________________________________________________________
Predikat :
________________________________________________________________
i] Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam
Sukan Komanwel.
ii] Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan
sikapnya yang ringan tulang.
iii] Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman
rekreasi menjadi tanggungjawab semua pihak
SPM 2015
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat
tungggal tanpa mengubah maksud asalnya.
i] Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang telah
diisytiharkan sebagai bandar raya pada Ogos 1988.
ii] Seorang guru sekolah kami telah menerima anugerah
tokoh guru peringkat daerah kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
iii] Penduduk taman perumahan itu membersihkan kawasan
kediaman mereka untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
SPM 2016
Tukar ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
i] Program Strategi Kecemerlangan SPM anjuran akhbar
harian itu dihadiri oleh ramai murid tingkatan lima.
ii] Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke
Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan.
iii] Sanak-saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan
berbual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru
ini.
SPM 2017
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut.Nyatakan sama ada
ayat tersebut ayat penyata, ayat Tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
i] Pujuklah anak kecil yang menangis itu dengan penuh
kasih sayang
ii] Murid yang aktif bersukan juga perlu mengutamakan
pencapaian akademik.
iii] Ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka
menyertai rombongan itu?
iv] Hebatnya perbarisan kontijen negara kita dalam
upacara perasmian Sukan Olimpik itu!
v] Harap semua pihak mengambil iktibar daripada kisah
perjuangan tokoh kemerdekaan negara.
vi] Pengisytiharan Rukun Negara disempurnakan oleh DYMM
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970.
SPM 2018
Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i] Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak
perkhemahan di atas bukit itu.
ii]
Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu
lalu di perpustakaan sekolahnya.
iii]
Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi
penjagaan alam sekitar.
SPM
2019
Gabungkan
ayat-ayat dalam petikan di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Pembelajaran abad ke-21 [PAK21] baru
diperkenalkan. PAK21 merupakan satu daripada elemen penting dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. PAK21 menekankan pembelajaran berpusatkan
murid. PAK21 berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan
tentang PAK21 kepada warga pendidik. Warga pendidik lebih bersedia untuk
mengaplikasikan konsep ini di dalam bilik darjah.
3c
KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN
Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu keslahaan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
SPM
2005
i]
Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam
semula jadinya.
ii]
Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen
sebagai pakar bedah.
iii]
Persatuan belia yang baharu ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan
perpaduan belia semalaysia.
SPM
2006
i]
Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengsyorkan pembinaan sebuah stesen
jana kuasa kecil di situ.
ii]
Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam
beberapa saat sahaja.
iii]
Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat
sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
SPM
2007
i]
Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha
kemasyarakatan bahasa baku.
ii]
Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam
dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
iii]
Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh
puluh peratus dalam jangka masa setahun.
SPM
2009
i]
Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan makanan yang
tidak bersih.
ii]
Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk melembuti kulitnya.
iii]
Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti kaedah
pelajaran terkini.
SPM
2010
i]
Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuroh
daripada para penonton.
ii]
Semua peserta ekspidisi meredah hutan itu digalakan supaya memakai stoking
tebal untuk menjaga keselamatan.
iii]
Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejar ke hospital dengan menggunakan
sebuah ambulan.
SPM
2012
i]
Sejarah sesebuah negara hendaklah ditulis dengan berdasarkan fakta dan
intreprestasi yang tepat selain diambil kira konteks tempatan.
ii]
Pada masa ini harga seunit rumah dibandar-bandar besar terlalu mahal hingga
menyukarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memilikinya.
iii]
Sebagai sebuah negara multi etnik, Malaysia memerlukan amalan pengongsian
budaya dalam kalangan rakyat.
SPM
2013
i]
Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan
untuk menaik taraf insfrastruktur di kawasan luar bandar.
ii]
Mesyuarat ahli jawatan kuasa sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang berbincang
aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.
iii]
Pihak swasta turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek membangunkan di
tempat-tempat rekriasi yang terdapart di negara kita.
SPM
2014
i]
Majlis dailog antara guru dengan ibu
bapa akan diadakan dalam masa berdekatan untuk membincangkan masalah
disiplin murid.
ii]
Kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit untuk persediaan prasarana di
kawasan pedalaman.
iii]
Demi memastikan keselamatan penumpang, pihak berkuasa sering menjalani
pemantauan terhadap bas-bas ekspress terutamanya pada musim perayaan.
SPM
2015
i]
Makanan ringan disebabkan kanak-kanak kurang berselera terhadap makanan lain
yang lebih berkahsiat untuk tumbesaran.
ii]
Kejayaan tranformasi ke arah pertanian komersial turut bergantung kepada daya
pemikiran petani dan infrastruktur yang bersedia.
iii]
Aktiviti erobik secara beramai-ramai bukan sahaja menyihatkan badan malah dapat
eratkan hubungan antara ahli masyarakat.
SPM
2016
i]
Daun pokok bunga tanjong pernah digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami
sakit kepala, angkiti mata dan masalah
resdung.
ii]
Amalan minum air mineral, makan buah-buahan dan bersenam dapat memperbaiki
perjalanan darah dalam badan.
iii]
Hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesis hidupan laut dan
ekopelancongan serta kawasan melindungi burung perlulah dikekalkan.
SPM
2017
i]
Kejadian gelongsuran tanah dan banjir lumpur yang merosakkan banyak rumah itu
berpunca daripada diterokai hutan yang tidak terkawal.
ii]
Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak menghadiri kerlas tiusyen di sekolah
daripada membiarkan mereka berkunjung ke kafe siber untuk melayari Internet.ii]
Semua jurulatih sukan yang menerima pengtauliahan sebentar tadi dinasihati
supaya melaksanakan tanggungjawab dengan berdidikasi dan bersemangat tinggi.
SPM
2008
Dalam
petikan di bawah terdapat tiga kesalahan
ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahaan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlum menyalin ayat itu semula.
Sebagai masyarakat yang menyintai keamanan dan
kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat negara
yang di landa bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam
kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga
dalam memperjuangkan keamanan sejagat.
SPM
2011
Industri pefileman yang semakin
pesat dan canggih telah mempengaruhi perkembangan sahsiah anak-anak.
Keprihatinan ibubapa amat diperlukan untuk mengawal anak-anak agar tidak
mempengaruhi watak wira dan wira wati dalam filem. Dalam hal ini, mereka perlu
memastikan anak-anak tidak dibawa-bawa dengan watak tersebut dalam kehidupan sehingga
menjejaskan prestasi akedemik.
SPM
2018
Pusat
Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia telah memulakan pelbagai kajian
sainstifik dalam bidang pertanian. Di samping menghasilkan buah-buahan yang
bermutu, hasil kajian ini juga mempunyai nilai komersil. Piawaian rasmi yang
dapat memenuhi kehendak pengguna harus diujudkan untuk memastikan pengguna
mampu nikmati kualiti buah-buahan secara optimum. Selain itu, kawalan mutu bagi
produk asas tani termasuklah keseragaman kualiti juga dapat menggalakan
persaingan sihat dalam pemasaran global.
SPM
2019
i]
Beberapa orang arkitek termashur telah terlibat dalam mereka bentuk Istana
Negara yang menjadi lambing memegahkan negara.
ii]
Untuk mengatasi masalah banjir yang merosakkan infra struktur pihak berkuasa
tempatan telah dalamkan longkang dan membina tebatan.
iii]
Kementerian Kesihatan Malaysia disyorkan kepada semua pengusaha kefeteria
supaya sentiasa menitikberatkan tahap kebersihan premis masing-masing.
3d
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA/ISTILAH DAN KESALAHAN
TATABAHASA
SPM
2005
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
i]
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan
kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
ii]
“Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat
pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
iii]
Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian
pelancong.
SPM
2006
i]
Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik
mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.
ii]
Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan
konsep layan sendiri.
iii]
Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan
martabat mereka.
SPM
2007
i]
Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari
pekerja syarikat tersebut.
ii]
Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba
musim membajak padi.
Iii]
Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat
spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.
SPM
2008
i]
Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa
dimansuhkan kerana masih elum mendapat
keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
ii]
Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bukan dibelanjakan secara berhemah
dan bakinya disimpan di dalam bank.
iii]
Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung
Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.
SPM
2009
I]
Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara mengalami
kerugian dalam jangka masa panjang.
Ii]
Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang
berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.
Iii]
Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam
menjalankan tugas.
SPM
2011
i]
Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama yang
berkuantiti dan diminati oleh orang ramai.
ii]
Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru
mereka tetapkan.
iii]
Istana yang terpaling indah itu ialah tempat sultan tinggal.
SPM
2012
i]
Suasana pembelajaran yang konklusif merupakan faktor yang menentukan sama ada
murid-murid berasa seronok ketika belajar dan sebaliknya.
ii]
Kelas Pendidikan Khas memerlukan jasa pembantu murid kerana kebanyakan
murid-murid istimewa ini perlu diberikan perhatian yang khusus.
iii]
Guru berperanan untuk membentuk generasi yang memahami inspirasi negara dan
seterusnya membawa Malaysia ke mercu kegemilangan di masa depan.
SPM
2013
i]
Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah
diketatkan lagi.
ii]
Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka
pada guru semata-mata.
iii]
Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya dengan
begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata.
SPM
2014
i]
Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai itu amat dikagumi oleh saya.
ii]
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah positif untuk memelihara seni muzik
gambus supaya tidak pupus dimakan zaman.
iii]
Sungai Melaka yang menyusur di tengah-tengah Bandar Raya Melaka di suatu masa
dahulu amat kotor tetapi kini teleh diperindah hingga menjadi daya tarikan
pelancong.
SPM
2015
i]
Pembakaran secara terbuka telah mengakibatkan kuantiti udara merosot di berapa
kawasan.
ii]
Pelbagai insentif-insentif yang menarik disediakan oleh kerajaan demi
menguatkan produktiviti industry kecil dan sederhana.
iii]
Belangkas ialah haiwan prasejarah yang ditimpa kepupusan yang serius malahan
usaha untuk melindungi hairan ini kurang dijalankan.
SPM
2016
i]
Ibu rindu akan anaknya yang meningkatkan pelajaran di negara terbit matahari.
ii]
Dia menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah di tempat yang baharu kerana
belum dapat merapatkan diri dengan penduduk kampung.
iii]
Menteri Kewangan mengingatkan ketua jabatan-jabatan supaya mengamalkan
perbelanjaan berhemat dalam keadaan ekonomi yang tidak tenteram pada masa ini.
SPM
2010
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Sederetan rumah-rumah telah musnah
dalam kebakaran di tapak perumahan tersebut. Anggota pasukan bomba telah
bergegas ke tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mara. Jumlah
kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat ditafsirkan lagi.
SPM
2017
i]
Remaja lepasan SPM boleh membuat pilihan untuk melanjutkan persekolahan sama
ada di institusi pengajian tinggi awam dan di institusi pengajian tinggi
swasta.
ii]
Tindakan mahkamah yang mengisytiharkan muflis untuk pemajuan perumahan itu
telah menyebabkan proses perumahannya tergendala.
iii]
Di samping memohon bantuan negara jiran, pihak Jabatan Alam Sekitar perlu
mengambil lain-lain inisiatif supaya kuantiti udara kita sentiasa berada dalam
indeks pencemaran udara yang sihat.
SPM
2018
i]
Para anggota olahraga yang mengikuti latihan pusat itu perlu menyimpan
barang-barang peribadi mereka di almari yang berkunci.
ii]
Kemahiran bersosial dapat menambahkan hubungan sesame manusia dan membentuk
diri bahawa lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain.
iii]
Kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu diperhebat
untuk meningkatkan perhatian masyarakat tentang hak mereka sebagai pengguna.
SPM
2019
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.
i]
Busana tradisional yang ditontonkan di galeri tersebut mendapat sambutan dari
setiap lapisan masyarakat.
ii]
Bandar Diraja itu dihiasi lampu neon bersempenakan dengan istiadat pelantikan
Raja Muda yang akan diadakan di bulan hadapan.
iii]
Lambakan pendatang asing tanpa izin semakin membimbangkan rakyat kerana mereka
membawa berbagai pengaruh negatif yang boleh melunturkan keharmonian
masyarakat.
3e
:KEMAHIRAN PERIBAHASA
SPM
2005
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.
i]
Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia
yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
ii]
Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak
gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
iii]
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita
berbelanja berlebih-lebihan.
SPM
2006
Baca
dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata
hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka
menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.
Sofea : Yalah, bukan itu sahaja!Media massa pun
sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.
Amir : Jika kita sayang akan bahasa,kita mesti menggunakan
bahasa yang betul pada setiap masa dan
keadaan, kerana……..[1]………………………….
Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang
bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik,
bak kat pepatah………….[2]………………………………
Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media
massa dapat menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan
kerana……………[3]…………………………………..
SPM
2007
Berikan
maksud peribahasa di bawah.
i Bahasa Jiwa Bangsa
ii] Bagai dakwat dengan kertas
iii] Seperti air dalam kolam
SPM
2008
Tuliskan
ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud
dan penggunaannya.
i] Bagai menatang minyak yang penuh
ii] Benih yang baik jatuh ke laut menjadi
pulau
iii] Hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah
SPM
2009
Baca
dialog dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi
tempat kosong dalam dialog tersebut.
Ayah : Syafik, jagalah diri baik-baik ketika
dirantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam
mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu……………………[1]…………
Syafik : Terima kasih ayah.Saya akan sematkan nasihat itu dalam hati saya.
Ayah : Di luar negara nanti, ayah berharap Syafiq
belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini
kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara bak kata peribahasa………….[2]………………
Syafiq : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.
Ayah : Satu lagi,jika ada peluang, jelajahlah negara
orang dan timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya kerana……..[3]…………………
SPM
2010
Isi
tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Sekolah merupakan institusi formal
yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai
matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan
murid-murid di samping bekerjasama bagai…..[1]……………………
Selain itu, mereka perlulah berusaha
dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana…..[2]…. .Sebagaimana
yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru
dengan ibu bapa dalalm melaksanakan pelbagai program untuk meningkakan prestasi
murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah
diperoleh kerana………[3]……..
SPM
2011
Baca
maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengana maksud peribahasa tersebut.
I] Pasangan yang sepadan
Ii] Sesuatu yang tidak akan terjadi jika
satu pihak sahaja yang melakukannya.
Iii] Orang yang merantau akhirnya kembali ke
tempat asal.
SPM
2012
Berikan
maksud peribahasa di bawah.
i Membaca jambatan ilmu
ii] Sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain.
iii] Bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat.
SPM
2013
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.
i] Sengaja mencari susah atau bahaya
ii] Sesuatu yang sudah pasti diperoleh
atau dimiliki.
iii] Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan
mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga.
SPM
2014
Berikan
peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.
i] Menurut sahaja kehendak orang lain.
ii] Segala keperrluan sudah ada, hanya
menanti masa untuk melakukannya.
iii] Orang yang bertuah mendapat keuntungan
atau rezeki dari mana-mana sahaja.
SPM
2015
Berikan
satu peribahasa yang sama maksud atau hamper sama maksud dengan peribahasa di
bawah.
i] Seperti embun di hujung rumput
ii] Bagai pinang dibelah dua
iii] Masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak
SPM
2016
Berikan
maksud peribahasa yang berikut
i] Di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan
ii] Indah khabar daripada rupa
iii] Alah bisa tegal biasa
2017
Baca
dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Dr.
Hameed : Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap
berpura-pura kerana silap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran.
Rajesh : Betul tu Dr. Hameed. Kita bukan
sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malahan kita hendaklah sentiasa menghulurkan
bantuan kewangan kepada jiran-jiran yang susah.
Mei
Lin : Selain itu, kita
seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan kerana
jiram-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan
itu.
Rajesh : Saya setuju dengan pendapat Mei
Ling itu.
SPM
2018
Nyatakan
peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut.
i]
Gagak pulang ke benua
ii]
Alang-alang mandi biar basah
iii]
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
SPM
2019
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat-ayat tersebut.
i]
Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu membuat persediaan awal
bagi menghadapi musim tengkujuh.
ii]
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dengan berpendapatan lumayan masih
berhasrat untuk bekerja di negara sendiri.
Iii]
Penceramah itu mengingatkan kami supaya jangan sesekali melupakan jasa ibu bapa
setelah mendapat kejayaan dan kesenangan hidup.
LATIHAN
TATABAHASA – Tentukan kesalahan dalam ayat
1.
Sidang
akhbar itu memperkatakan tentang konsert yang diadakan semalam.[ ]
2.
Murid
itu dikehendaki menulis semula karangan itu.[
]
3.
Kerajaan
diminta untuk membatalkan dengan serta-merta kenaikan harga minyak masak.[ ]
4.
Pihak
pentadbir sekolah membuat keputusan berdasarkan pada bukti-buti yang
dikemukakan.[ ]
5.
Kehidupan
keluarga miskin itu, bersandarkan daripada ihsan orng ramai.[ ]
6.
Maklumat
ini berlandaskan kepada statistik yang dikeluarkan pada tahun 2007.[ ]
7.
Pada
setiap hujung minggu, Sani akan balik kampung untuk menziarahi ibu
bapanya.[ ]
8.
Majlis
Anugerah Kecemerlangan itu akan berlangsung bulan hadapan.[ ]
9.
Mereka
berjumpa pengetua pada waktu rehat.[ ]
10.
Laporan
itu akan disediakan oleh kami dalam masa seminggu.[ ]
11.
Pingat
itu akan disampaikan oleh beta.[ ]
12.
Maklumat
itu hamba peroleh daripada surat khabar semalam.[ ]
13.
Hadiah
itu akan diterima oleh anda esok.[ ]
14.
Kursus
itu hendaklah dijalani oleh awak sebagai syarat pengesahan jawatan.[ ]
15.
Majllis
makan malam itu mestilah kalian sertai.[
]
16.
Latihan
itu telah mereka jalani pada minggu lepas.[
]
17.
Semua
keperluan untuk mengikuti kelas itu telah dia sediakan.[ ]
18.
Pencuri
itu telah pihak polis tangkap.[ ]
19.
Gambar
itu saya akan lekatkan pada dinding.[ ]
20.
“Pertandingan
itu kamu mesti sertai,”kata ibu kepada Sarah.
21.
Novel
itu telah kalian baca?[ ]
22.
Nenek
membekalkan Julia pisang goreng.[ ]
23.
Pak
Hashim mengandangkan lembu pada waktu senja.[
]
24.
Mereka
memasuki buku itu ke dalam almari.[ ]
25.
Kakak
membuatkan secawan kopi untuk ayah.[ ]
26.
Pelayan
itu mengambilkan saya makanan.
27.
Reza
menuliskan surat untuk neneknya.[ ]
28.
Pisang
goreng dibekali oleh nenek kepada Julia.[
]
29.
Lembu
dikandangkan oleh Pak Hashim pada waktu senja.[
]
30.
Buku
itu dimasuki oleh mereka ke dalam almari.[
]
Kesalahan
Penggunaan Kata Majmuk [Pemajmukan]
1.
Saputangan-saputangan
itu dibeli oleh ibu di pasar malam.
2.
Suasana
di dalam dewan itu sunyi-sepi semasa peperiksaan berlangsung.
3.
Keretapi
ke Seremban penuh sesak dengan penumpang.
4.
Taman
Mini Asean mempamerkan pelbagai rekabentuk rumah dari negara-negara jiran.
5.
Jawatan
Perdana Menteri di negara itu diambilalih oleh ketua parti yang berhaluan kiri.
6.
Lukisan
pelukis berlatarbelakangkan dengan kehidupan laut.
7.
Semua
menteri besar akan mengadakan mesyuarat tergempar hujung minggu ini.
8.
Kita
perlulah mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak kecil lagi.
9.
Pesuruh
jaya negara itu dapat menyesuaikan diri
di negara ini.
10.
Peraturan
memakai tanda nama telah dikuat kuasakan oleh pihak sekolah.
11.
Wartawan
yang terkenal itu telah menemuramah tokoh korporat yang bermasalah itu.
12.
Duka
cita dimaklumkan bahawa esok semua pelajar tidak dibenarkan keluar rehat.
13.
Banyak
mata-mata pelajaran yang diambil oleh pelajar sekolah itu tidak mencapai tahap
yang memuaskan.
14.
Sayur-mayur
di kedai itu amat segar dan murah.
15.
Tulang
sup di Restoran Azizi itu sedap betul.
Jawapannya ??
ReplyDeleteYe, di mana jawapannya?
ReplyDeleteBoleh kongsi jawapannya. Yq
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIKGU. MOHON SHARE BERSAMA-SAMA ANK MURID SAYA YA.
ReplyDeleteterima kasih cikgu........Mohon untuk kongsikan bersama dengan anak murid didikan saya.
ReplyDeleteterima kasih, cikgu. mohon dikongsikan bahan ini dengan murid saya. didoakan semoga cikgu sentiasa sihat dan murah rezeki
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteCikgu nak jawapannya bole?
ReplyDeletemohon share kepada murid-murid ya cikgu. terima kasih semoga urusan cikgu dipermudahkan.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
ReplyDeleteterima kasih cikgu. nak jawapannya boleh ke?
ReplyDeleteCool and that i have a keen offer: Where To Loan For House Renovation house renos
ReplyDelete