a. Tahap Pertama -
Masyarakat menentang penjajah secara terbuka namun bersifat setempat dan
tidak berorganisasi. Malah isu-isu yang diperjuangkan ialah isu-isu kebudayaan, adama dan hak
peribumi. Gerakan ini dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat dan Asia Barat
hanya menekankan kesedaran politik bukan tindakan politik/peperangan. Masyarakat hanya
menuntut hak mereka dikembalikan dan taraf hidup diperbaiki. Mereka tidak mahu merdeka
dengan segera. Perjuangan mereka gagal kerana bersifat sederhana.
b. Tahap Kedua -
Gerakan masyarakat lebih radikal dan berorganisasi yang dipimpin oleh golongan berpendidikan
dan berpengetahuan luas dlam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat dan mereka
dapat menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah dan kesannya terhadap
bangsa dan negara mereka.malah matlamat perjuangan mereka jelas iaitu ingin kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.
2. Perkembangan Nasional Mengikut negara
i. FILIPINA
Tahap 1 - Jose Rizal melakukan gerakan dakyah yang disokong oleh golongan pertengahan
berpendidikan barat. Mereka mahu Filipina menjadi wilayah Sepanyol, bangsa
Filipina diberi hak yang sama diperoleh oleh bangsa Sepanyol dan bebas bersua-
ra. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendesak Sepanyol melakukan
pembaharuan politik, ekonomi dan politik. Tindakan Sepanyol adalah menangkap
Jose Rizal, dibuang ke Dapitan, Mindanao dan dikenakan hukuman mati.
Tahap 2 - Andress Bonifacio menubuhkah Katipunan dan matlamatnya jelas iaitu ingin
kemerdekaan melalui revolusi dan menyatukan bangsa Filipina. Revolusi bersenjata
gagal dan dia dihukum mati oleh Emillio Aguinaldo yang juga telah bekerjasama
dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol. Dia juga gagal setelah ditangkap oleh
Amerika Syarikat kerana melakukan revolusi dan mengisytiharkan kemerdekaan
Filipina namun tidak diiktiraf oleh Amerika. Akhirnya, Filipina dikuasai Amerika dan
membernarkan penubuhan parti politik yang sederhana. Sergio Osmena dilantik ketuai
Dewan Perhimpunan apabila Parti Nasional menang pilihan raya 1907.
ii.INDONESIA
Tahap 1 -Isunya pendidikan untuk mengubah nasib rakyat. Tokohnya Raden Adjeng Kartini
mahu memajukan pendidikan golongan wanita. Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang
dan Penulisan Seorang Puteri Jawa mendedahkan penindasan Belanda dan kemunduran
rakyat Indonesia.
Perjuangan Muhammadiyah ditubuhkan untuk menyebarkan Islam sebenar bagi
menentang sekuralisme Barat dan agama kristian dengan membina banyak klinik,
sekolah dan masjid.
Tahap 2-Gerakan lebih radikal oleh parti politik seperti Parti Komunis Indonesia/PKI,Parti
Nasional Indonesia/PNI diketuai oleh Soekarno dan Sarekat Islam.Kejayaan PNI
mempengaruhi rakyat menyebabkan Belanda menangkap Soekarno dan pemimpin yang lain.
iii.INDO-CHINA
Tahap 1 - Golongan bangsawan dan pegawai golongan Mandrin memperjuangkan pemulihan
pemerintahan beraja, golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan
pendidikan barat oleh Phan Boi Chau yang mengetuai revolusi[gagal] dan tubuhkan
Viat Nam Quang Phu Hoi[pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah - gagal - dipenjara dan VNQPH diharamkan Peranchis.
Tahap 2 -Gerakan radikal dibuat oleh Viet Nam Quoc Dang/VNQDD[pemimpinnya ditangkap,
Nguyen Thai Hic dibunuh] dan Parti Komunis Vietnam/PKV[Ho Chi Minh lari ke Hong Kong.
Gerakan kembali sederhana oleh Maharaja Bao Dai.
iv.BURMA
Tahap 1 - Gerakan oleh sami Buddha,tubuhkan Persatuan Belia Buddha untuk mengekalkan
tradisi Buddha dan memajukan pendidikan rakyat. Menjadikan Isu Kasut untuk menaik-
kan semangat nasionalisme. Tahun 1916, U Ba Pe. Mereka menubuhkan Kesatuan-
kesatuan Burma,1920 yang lebih radikal.
Gerakan lain oleh golongan elit berpendidikan Barat.
Tahap 2 - Gerakan muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford menyatakan Burma masih belum
bersedia memerintah sendiri.
-Revolusi Pelajar menuntut penubuhan sebuah universiti,tahun 1920.
-Gerakan Sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Sameteggi mencetuskan
Pemberontakan Saya San diketuai Saya San,bekas pongyi dan pemimpin Tharawaddy.
-Liga Anti pemisahan anggap pemisahan dengan India akan lambatkan kemerdekaan.
-Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 - Burma berkerajaan sendiri.
-Golongan Thakin,siswazah universiti menubuhkan Parti Dobama Asiayone 1935 mahu
menuntut kemerdekaan. Pemimpinnya,Aung San,Kyaw Nein dan U Nu gelar diri sebagai
'Tuan'
-Dr.Ba Maw menang pilihan raya 1937 dan menjadi Perdana Menteri 1.
v.THAILAND
Tahap 1 -Isu penentangan ialah kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat
diraja dan raja berkuasa mutlak.Isu lain,lahirnya golongan intelek berpendidikan barat
yang tahu fahaman liberal,sistem demokrasi dan raja berpelembagaan. Selain itu, isu
kelemahan sistem pemerintahan dan sifat boros Raja Vajiravudh.
-Nai Pridi Panomyang dan Field Marshall Phibul Songram menubuh Parti Rakyat.
Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja berkuasa multak.
Tahap 2 - Isu penentangan adalah rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh
kapitalis Barat dan orang Cina. Perdana Menteri,Phibul Songram telah meluluskan
undang-undang menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi orang Cina. Sekolah Cina
dan akhbar Cina dibubarkan.Peribumi digalakkan menceburi ekonomi dan hanya
penganut Buddha sahaja memegang jawatan tinggi kerajaan.
-1939,Siam ditukar menjadi Thailand/tanah bebas.
-Mendapatkan semula wilayahnya di IndiChina dan Tanah Melayu semasa Perang Dunia 2
No comments:
Post a Comment