Sunday 27 September 2015

Kertas 3-Sejarah SPM 2015                                                                                                                          
Bab 2 Tingkatan 5-Kemunculan dan perkembangan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua                                                                                                                                                              
1.Latar belakang gerakan nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua –Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.Semangat patriotik ini didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara daripada kuasa penjajah.Di Malaysia, penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19 lagi.Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20. Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi. Mereka menjaga kawasan mereka dari dikuasai oleh orang luar seperti yang dilakukan oleh Dol Said di Naning, Haji Abdul Rahman Limbong di Hulu Terangganu, Mat Salleh di Sabah, Linggir dan Rentap di Sarawak , Dato Maharaja Lela di Perak dan Tok Janggut di Kelantan.

2. Maksud nasionalisme adalah perasaan sayang atau cinta akan bangsa dan negara. Perasaan  ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah. Gerakan ini juga akan membebaskan  tanah air daripada cengkaman ekonomi penjajah dan bebas daripada pengaruh kebudayaan asing/Barat.

3.Sebab-sebab/Faktor-faktor penentangan masyarakat tempatan terhadap British ialah dasar penaklukan British oleh masyarakat tempatan di daerah mereka seperti di Naning, Pasir Puteh, Hulu Terangganu, Perak dan Pahang. Dasar ini dilakukan oleh British adalah untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka kerana melalui dasar ini, penguatkuasaan British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, apabila British mengambil alih Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti. Ini menyebab Dol Said tidak setuju dan penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.

Penentangan terhadap British juga disebabkan oleh British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka. Eksploitasi terhadap ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian, saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Sebab lain ialah pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan iaitu British memaksa penduduk menerima sistem pentadbiran Barat misalnya British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka pleh penduduk mesti mendapat kebenaran British. Tanah dikenakan culai dan peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang menetapkan tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.

British juga campur tangan dalam adat resam tempatan dengan memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan. Di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu iaitu amalan menggunakan orang suruhan dan tindakan British ini telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Kesulitan penduduk tempatan kerana mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British sehingga mereka memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan mereka kepada pembesar tempatan dengan memberikan kerjasama dalam menentang British.
Sebab lain penentangan ialah pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap anak buah dan kawasan mereka setelah British menjajah kawasan mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. Pelantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. Penjajahan British  terhadap kawasan pentadbiran mereka menyababkan mereka hilang segala-galanya terutamanya kehilangan kuasa. Keadaan ini mengakibatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka membuat penentangan.

4.Peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Pahang bermula pada tahun 1888 apabila beberapa pembesar telah bersatu melawan penguasaan British. JP Rodger dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama. Pelaksanaan undang-undang British telah ditolak oleh Dato Bahaman kerena bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan. Perubahan yang dibawa oleh British ialah sistem kehakiman,pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasuka polis luar. Undang-undang British ini telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato’Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun bermula pada tahun 1890 iaitu menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua. Pada 1891 pula, Dato’Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Pada tahun 1892, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua dan 1894 pula menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram  Ampai. Akibat tekanan British, pada 1895, Dato’Bahaman berundur ke Kelantan. Dato’ Bahaman dan rakan-rakan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Kelantan dan Terengganu. Dato’Bahaman menetap di Hulu Kelantan sementara Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato’Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau kemudian menetap di Cheing Mai dan diberi wang  sara hidup sebanyak 1000 bath dan penentangan beliau tamat apabila meninggal dunia di Cheing Mai.
Penentangan pemimpin tempatan di Terengganu terhadap British dibuat oleh Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan seorang ulama disebabkan kerana tidak puas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan. Pada Julai dan Ogos 1922, beliau mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan                                                                                                                                                                                              peraturan tanah British. Pada bulan Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III iaitu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam. Keadaan ini membimbangkan British tetapi dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan. Kemarahan penduduk tempatan terhadap British menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata pada Mei 1928 dengan menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya. Kumpulan di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Beliau berjaya ditawan dan dibuang negeri ke Makkah.

Penentangan di Sarawak antaranya dilakukan oleh  Rentap. Rentap ialah pemimpin kaum Iban dan telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang pada tahun 1853. Punca serangan Rentap kerana tindakan James Brooke yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun dan beliau Berjaya mengusir James Brooke. Namun demikian, James Brooke bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan sekali lagi Rentap diserang oleh pasukan James Brooke. Pada tahun 1891, tentera James Brooke Berjaya mengalahkan Rentap menyebabkan Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai. Selepas itu, serangan Rentap semakin lemah.

Penentangan di Kelantan dilakukan oleh Tok Janggut iaitu di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910. British telah memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan. Sebagai pemimpin masyarakat setempat, Tok Janggut membantah pelaksanaan cukai dan enggan membayar cukai  tersebut. Bantahan yang dibuat oeh Tok Janggut tidak dilayan oleh  Pegawai Daerah Pasir Puteh. Pihak polis pula yang diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun 1915, pembesar Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan bersetuju menyerang  Pasir Puteh dan Berjaya mendudukinya. Sebuah kerajaan kemudiannya telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat yang mendarat di Tumpat. Pada Mei 1915, serangan dimulakan di Saring dan Berjaya menumpaskan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya kerana British menggunakan senjata yang lebih moden. Tok Janggut terbunuh dan mayatnya diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung terbalik di pasar sebagai amaran kepada penduduk yang cuba menentang British.

5.Cara/Langkah untuk memupuk semangat patriotisme/nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia adalah melalui kempen kesedaran sama ada di sekolah, media massa seperti di televisyen , laman sesawang dan akhbar agar rakyat bersemangat setia negara yang tinggi. Selain itu, ibu bapa hendaklah berperanan mengasuh anak-anak mereka sejak kecil agar anak sentiasa berkorban untuk bangsa dan negara, memelihara keamanan dan kemakmuranserta hidup harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum. Cara lain adalah dengan melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran  terutamanya   IT agar dapat menjadi tenaga kerja mahir berminda kelas pertama. Cara lain adalah dengan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia, tidak mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada nilai negatif agar menjadi generasi muda yang berwawasan serta sanggup mempertahankan kedaulatan negara. Rakyat Malaysia juga mesti mempunyai agama, patuh pada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti hormat-menghormati dan bekerjasama agar menjadi warganegara yang sempurna rohani dan fizikal seperti kehendak sistem pendidikan negara melalui peranan guru di sekolah.untuk menerapkan nilai tersebut dalam jiwa pelajar. Setiap rakyat juga hendaklah menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan, mengamalkan prinsip Rukun Negara, memahami Jata Negara dan mengibarkan bendera negara terutamanya semasa Hari Kemerdekaan agar sentiasa berjiwa patriotik. Rakyat Malaysia juga hendaklah memberikan sumbangan dalam pembangunan negara dengan sekurang-kurangnya membeli barangan buatan tempatan selain menjadi rakyat yang kreatif dan anovatif. Rakyat Malaysia hendaklah sentiasa menghormati dan menyokong pemimpin negara, perjuangan pemimpin negara dan menyokong skuad sukan negara seperti Harimau Malaya selain mendokong semangat Malaysia  Boleh. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah sentiasa menghayati dan menghargai kemerdekaan negara. Selain itu melalui system pendidikan dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat menanamkan semangat cinta akan negara terutamanya kepada generasi muda hari ini.

6.Rakyat Malaysia menunjukkan semangat nasionalisme mereka dalam hal-hal berkaitan negara terutamanya apabila pencapaian angkasawan pertama negara iaitu Dato’ Dr.Sheikh Muzaffar Shukor dalam misinya ke ISS(International Space Station). Selain itu, apabila atlit negara mencapai kejayaan dalam pelbagai sukan peringkat antarabangsa seperti sukan renang, Pandalela Renong dan Dato’ Lee Chong Wei dalam badminton. Selain itu, rakyat Malaysia bersatu padu menyokong sukan tempatan atas dasar cinta akan negara dan bersama-sama mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Sebagai rakyat Malaysia juga, kita melancong dalam  negara, membeli barangan buatan Malaysia dan berkhidmat dalam negara dengan bersungguh-sungguh dan setia. Selain itu, rakyat Malaysia juga sentiasa mendokong semangat Malaysia Boleh dan memastikan negara aman, hidup bersatu padu dan harmoni walaupun pelbagai kaum dan budaya.Kejayaan rakyat Malaysia juga dapat dilihat dalam membangunkan mercu tanda negara seperti Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, KLCC dan delegasi minyak antarabangsa PETRONAS juga pencapaian  FELDA Global, MISC dan Sime Darby di peringkat antarabangsa melambangkan  semangat cinta akan  negara.

7.Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil semangat nasionalisme ialah pasukan Malaysia memenangi sukan di peringkat antarabangsa seperti pasukan hoki, pelayaran dan sukan renang. Selain itu kejayaan membanggakan negara oleh rakyat Malaysia seperti pelayar negara Dato’ Azhar Mansor, Dato’ Maznah Zukifli Berjaya ke Kutub Utara, badminton Dato’ Lee Chong Wei, sukan skuasy Dato’ Nicol David, Mohandas dan Magendran mendaki Gunung Everest menjadi pendorong rakyat Malaysia untuk terus Berjaya di arena antarabangsa. Negara juga berbangga dengan kejayaan Dato’ Sheikh Muzaffar sebagai angkawasan pertama negara. Dato Seri Zetty Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara juga diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pencapaian membanggakan negara oleh pakar sains dan teknologi apabila tenaga pakar negara terlibat dalam Pembinaan LRT di Makkah dan cari gali petroleum di luar negara oleh pasukan pakar PETRONAS.

8.Cara untuk memperkukuh semangat nasionalisme kepada generasi muda hari ini dengan memperkuat jati diri, menghayati sejarah dan pembentukan bangsa dan negara, mengelakkan pertelingkahan antara kaum,sanggup berkorban untuk mempertahakan negara, mengutamakan semangat perpadua/muhibbah. Mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri sendiri, menghindari salah faham/salah sangka negetif,menjayakan konsep Satu Malaysia, mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan, mengamalkan prinsip Rukun Negara, menganjurkan lawatan ke tempat bersejarah, menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni, pelaksanaan Program Khidmat Negara, mengajurkan Sukan Malaysia dua tahun sekali.

9.Keamanan dan  keharmonian negara dapat dikekalkan dengan memperkukuh pentadbiran kerajaan, mengekalkan perpaduan kaum, memperkukuh semangat nasionalisme, memperkasa jati diri bangsa, perancangan ekonomi/sosial yang berkesan,membela kehidupan rakyat

10.Penentangan pemimpin tempatan gagal kerana tidak bersatu antara pemimpin bersama pemimpin dan rakyat sesame rakyat, bilangan pejuang yang menentang  juga sedikit, penentangan bersifat setempat dan tidak mendapat kerjasama pembesar daerah atau wilayah lain, tiada organisasi yang  tersusun kerana bilangan anggota yang sedikit menyebabkan perjuangan tidak terancang, strategi pemimpin British lebih berkesan di mana British membina kubu yang lebih kuat, British mendapat bantuan lain seperti India, British mempunyai senjata moden seperti meriam dan bom, manakala pembesar tempatan menggunakan senjata tradisional seperti keris dan tombak,British menggunakan tipu muslihat yang Berjaya memperdaya sultan atau pembesar contohnya dalam Perjanjian Pangkor di Perak dan Perjanjian 1941 di Sarawak.

11.Manfaat/faedah rakyat Malaysia menghayati perjuangan ialah bersemangat patriotisme dalam setiap wargenegara Malaysia, memupuk perpaduan antara kaum, hebat jati diri anak bangsa terutama generasi muda, berwawasan dalam memajukan negara, berdisiplin dalam kehidupan seharian, mematuhi undang-undang  negara setiap masa, berilmu pengetahuan menjamin masa depan yang  cerah, tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita, semangat bekerjasama antara kaum, sanggup berkorban demi mempertahankan negara, menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

12.Kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap British- Dol Said mengalahkan tentera British dalam serangan pertama, menggunakan taktik serangan gerilya, mendapatkan kerjasama pemimpin tempatan, menyebabkan British tidak campur tangan hampir 50 tahun, British menanggung kerugian, Rentap Berjaya mengusir James Brooke di Nangga Skrang, Brooke mengambil masa yang lama mengalahkan Rentap di Bukit Sadok, Syarif Masahor Berjaya menyerang Mukah, Mat Salleh Berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya, SBUB terpaksa berdamai dengan Mat Salleh, SBUB terpaksa berjanji menyerahkan daerah Tambunan, Dato Maharaja Lela Berjaya membunuh JWW Birch, Kapten Innes terbunuh, British terpaksa meminta bantuan tentera dari India/Hong Kong, Datuk Bahaman Berjaya menawan Lubuk Terua.

13.Kesan kepada negara sekiranyaa rakyat tidak memiliki semangat patriotik ialah negara tidak membangun dan kedaulatan/kemerdekaan negara tergugat akibat sikap rakyat itu. Selain itu, politik tidak stabil, hasil ekonomi dieksploitasi oleh kuasa asing sehingga negara mundur dan rakyat hidup miskin. Rasuah berleuasa kerana pemimpin dan rakyat tidak mempunyai  nilai intergriti sehingga pekerja menjadi tidak bertanggungjawab dan menjadi pekerja malas sehingga menyebabkan keadaan negara kucar-kacir. Lagilah jika pemimpin dan rakyat tidak bersatu dan negara dipandang rendah di peringkat antarabangsa. Pelabur asing enggan melabur malah memindahkan pelaburan mereka ke negara lain. Ini mengakibatkan berlakunya kemerosotan ekonomi dan inflasi berlaku.

14.Cabaran untuk memperkasa semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan langkah mengatasinya…Cabaran  yang dihadapi ialah pengaruh budaya luar yang negatif seperti LGBT, black metal dan punk menyebabkan terhakisnya budaya sendiri dan semangat cinta akan  negara. Keadaan menjadi lebih buruk kerana gejala sosial dan penularan gaya hidup  negatif seperti bersekedudukan, menagih dadah,  lari dari rumah malah terlibat dalam jenayah yang diamalkan oleh mereka menghakis cara hidup yang  sihat dan keruntuhan akhlak masyarakat akan datang. Kejadian vandalisme merosakkan kemudahan awam  seperti taman kanak-kanak, pondok perhentian bas dan telefon awam  menyebabkan imej negara jatuh dan orang lain tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Cabaran lain adalah kurangnya penguasaan ilmu pengetahuandunia dan agama juga kemahiran menyebabkan bertambahnya kadar celik huruf dan risiko penguasaan tenaga kerja luar pada masa akan datang. Cabaran lain adalah kurang pengetahuan sejarah  menyebabkan sejarah berulang  dan terhakisnya jati diri sebagai wargenegara yang bertanggungjawab.

Langkah mengatasi cabaran – Sentiasa mengadakan kempen kesedaran mencintai negara dan pengamalan prinsip Rukun Negara di media massa tumpuan generasi muda seperti televisyen, papan  tanda elektronik, wassup, facebook, twitter juga di akhbar. Selain itu menerapkan dalam mata pelajaran Sejarah, Sivik dan Kewargenegaraan malah menjadi perkara utama yang dibangkitkan dalam perhimpunan  rasmi di sekolah dan intitusi pendidikan yang lain. Lawatan sambil belajar untuk menghayati perjuangan para nasionalis hendaklah diadakan seperti ke Memorial Tun Abdul  Razak dan Muzium Negara selain mengadakan pameran berkaitan sejarah negara. Cara lain dengan adanya Program Khidmat Negara dapat memperkukuh jati diri dan menjayakan konsep 1Malaysia. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa hendaklah sering dibuat dan perlu program pembersihan jiwa oleh para kaunselor kepada generasi muda yang ditangkap dalam  usaha pemulihan mereka. Ibu bapa juga hendaklah dipanggil sama sebagai langkah pencegahan budaya negatif bertambah serius.

13.Nilai dan ikhtibar - Nilai tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian dan berusaha gigih untuk mengatasinya.  Selain itu menanam semangat setia negara yang  tinggi dan sanggup berkorban demi negara dan bangsa demi mendaulatkan negara dan bangsa Malaysai. Nilai  lain adalah  semangat bekerjasama dengan rakyat sentiasa diperkukuh dan sentiasa mengamalkan semangat mushawarah dalam mengatasi masalah/konflik yang timbul agar keputusan sebulat suara dapat dicapai. Selain itu, berani mengemukakan idea/pendapat demi kebaikan bersama dan sentiasa berfikiran rasional bagi menjamin tindakan yang  tepat diambil juga bersikap terbuka dalam menerima kebaikan dari luar serta berkongsi maklumat untuk meningkatkan kemajuan sama ada diri atau demi kemajuan negara tercinta.

Iktibar yang diperoleh daripada perjuangan untuk mengukuhkan kedaulatan bangsa ialah semangat cinta akan negara supaya negara tidak dijajah dan berjuang menegakkan kedaulatan negara agar maruah bangsa dan negara sentiasa dipertahankan. Kita juga hendaklah taat kepada pemimpin agar kestabilan politik terjamin dan setia dan sedia berkorban untuk negara. Kita juga hendaklah berdisiplin agar tidak melanggar undang-undang dan  tidak mementingkan diri sendiri agar keamanan sentiasa dikekal dan perpaduan kaum dapat dipertahankan. Secara tidak langsung, kita mempertahankan hak kita demi masa depan bangsa dan berkeyakinan diri tinggi supaya mencapai hasrat negara. Paling utama, kita hendaklah mempunyai ilmu sama ada ilmu dunia dan agama serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian agar menjadi wargenegara yang berpengetahuan tinggi menghadapi dunia globalisasi, dunia  tanpa sempadan.

14.a.Pengetahuan yang diperoleh-Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hasil perjuangan tokoh tempatan terdahulu. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Berjaya kerana wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang berbilang bangsa. Pada abad ke-19 dan 20, menetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakang bangkit menentang penjajah. Berlaku perubahan pentadbiran penjajah yang mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan.

b.i.Nilai-nilai murni-Semangat kerjasama antara kaum telah berjaya menjayakan Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Keberanian tokoh-tokoh nasionalis tanah air memperjuangkan maruah dan kedaulatan bangsa daripada penjajahan seterusnya berani mempertahankan negara. Kita juga berusaha membangunkan negara.

ii.Unsur patriotisme-Kita perlu mempunyai semangat cinta akan negara dan  kita juga perlu berkorban apa sahaja demi mempertahankan tanah air tercinta.
d.Harapan- Harapan saya agar Malaysia menjadi sebuah negara yang maju hasil perpaduan dan kerjasama erat antara kaum di Malaysia. Di samping itu, para pemimpin perlu berusaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, maju dan berperanan penting dalam arus pembangunan dunai. Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai, makmur dan rakyat hidup bersatu padu. Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Tuesday 11 August 2015

Bab 9 Tingkatan 5 : Malaysia----antarabangsa

1.Menyertai pertubuhan seperti:
   -PBB(Bank Dunia/UNCHR/UNESCO/WHO/FAO...)
   -Komanwel
   -ASA...MAPHLINDO...ASEAN
   -OIC
   -NAM
   -Negara-negara Selatan

2. Menuju negara maju dan berdaya saing dengan negara lain di dunia
   -Globalisasi
   -K-masyarakat
   -K-ekonomi



Bab 9 - Dasar Luar Malaysia
 Faktor dasar luar:
1.Faktor Sejarah
2.Faktor Geografi
3.Faktor Demografi
4.Faktor Ekonomi

Jenis  hubungan luar negara:
1. Bilateral - hubungan antara negara dengan negara lain(Malaysia-Singapura)
2. Multilateral - hubungan negara dalam pertubuhan serantau/dunia (PBB,OIC,NAM,ASEAN)

Tahap Dasar Luar:
1.Tahap Pertama (Tunku Abdul Rahman Putra) -Pro Barat(bergantung dengan negara Britain,Perjanjian Pertahanan/AMDA,bergantung dengan ekonomi) dan anti komunis.

2. Tahap Kedua(Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak) -Berbaik-baik dengan negara lain(Britain mengurangkan perhatian ke Asia Tenggara/Malaysia,tumpukan hubungan Britain-Eropah) dan berkecuali.

3. Tahap Ketiga(Tun Dr. Mahathir Mohamed)- meneruskan hubungan baik Tahap Kedua, Dasar Pandang Ke Timur(China/Korea/Jepun) dan hubungan dua hala(terutamanya ekonomi)

Bab 8..Perpaduan Kaum di Malaysia.

Bab 8-Perpaduan kaum di Malaysia
 1. Sukan
 2.  Bahasa Melayu bahasa rasmi
 3.Kebudayaan kebangsaan

Kebaikan perpaduan:
1. Negara akan stabil, pentadbiran dapat dilaksanakan tanpa ada masalah perkauman
2. Negara akan mudah diurus apabila rakyat mempunyai sikap bersatu padu
3. Ekonomi negara meningkat, negara akan membangun, pelabur luar akan datang melabur ke negara
    Malaysia.
4. Rakyat melakukan aktiviti  harian tanpa rasa takut - bekerja/belajar/meancong
5. Rakyat negara lain menjadikan perpaduan pelbagai kaum sebagai contoh
6. Keadaaan negara aman tenteram dan harmoni.
7..........

Kesan/Akibat jika perpaduan tiada/luntur:
1. Negara tidak aman dan kucar-kacir
2. Negara sukar diurus
3. Rakyat saling tidak mempercayai antara perbagai kaum
4. Ekonomi negara merundum,
5. Pembangunan negara perlahan dan terbantut.
6. Negara tidak dilawati rakyat negara lain termasuk para pelajar/pelancong/pelabur.