Monday 21 January 2019

Bab 8 Tingkatan Lima - Sejarah


BAB 8 TINGKATAN LIMA SEJARAH 3
1.      Jelaskan latar belakang Pembangunan Ekonomi.
Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun oleh Kerajaan Perikatan sejak sebelum merdeka lagi.Permulaannya hanya meliputi kawasan luar bandar sahaja.Dasar Ekonomi Baru[DEB] pula diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima tahun iaitu dari tahun 1970 sehingga 1990.Selepas itu diganti oleh Dasar Pembangunan Nasional untuk menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000. Banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara  bersepadu untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara. Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan melalui dua tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap kedua[1971-1990] adalah juga dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1[RRJP1] yang dilaksanakan semasa DEB dilaksanakan.

2.      Latar belakang Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
Rancangan Pembangunan Lima Tahun mempunyai dua tahap iaitu Tahap Pertama bermula pada tahun 1956 sehinggalah 1970 iaitu Rancangan Malaya Pertama[1956-1960],Rancangan Malaya Kedua[1961-1965] dan Rancangan Malaysia Pertama[1966-1970].Penukaran nama ini ekoran pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dengan penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
Rancangan Pembangunan Tahap Kedua dikenali juga sebagai Rangka Jangka Panjang 1[RRJP1] yang diperkenalkan pada 1971 sehingga 1990 iaitu meliputi Rancangan Malaysia Kedua[1971-1975],Rancangan Malaysia Ketiga[1976-1980],Rancangan Malaysia Keempat[1981-1985] dan Rancangan Malaysia Kelima[1986-1990] Rancangan pembangunan ini dirancang untuk selama lima tahun.

3.      Huraikan peranan agensi berikut
a.       FELDA
Peranan Felda adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan meningkatkan hasil pertanian negara.Selain itu,tanah negara dibuka secara besar-besaran untuk aktiviti pertanian dan sebagai petempatan baharu yang dilengkapi kemudahan asas.Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan ini dan menjadi petani moden.Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah tanaman dagangan untuk dieksport iaitu getah dan kelapa sawit yang juga menjadi komoditi utama negara.
b.      MARA
Mara ditubuhkan untuk menggantikan RIDA, yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 yang bermatlamat untuk membantu bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian.Mara menggunakan beberapa strategi iaitu membantu usahawan bumiputera dan menambah guna tenaga bumiputera selain meningkatkan ekuiti bumiputera.Selain itu, Mara menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera dalam mencapai matlamat Mara.


4.      Terangkan perkembangan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua.
Perkembangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua dimulakan dengan Rancangan Malaysia Kedua iaitu bermula dari tahun 1971-1975 dan merupakan rancangan lima tahun yang pertama dalam Dasar Ekonomi Baru[DEB].Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum,kawasan dan wilayah.Tumpuan diberikan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan.Selain itu, merapatkan jurang ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Program pembangunan kawasan luar bandar sebelum ini diteruskan.
Beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan  Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. Agensi lain ditubuhkan untuk membantu petani, menggalakkan perusahaan perdagangan dan memajukan bandar. Agensi tersebut adalah seperti LPN tahun 1971 untuk menstabilkan harga padi dan LKIM  juga ditubuhkan pada tahun 1971 bagi membangunkan dan memodenkan industri perikanan dan meningkatkan taraf hidup nelayan. UDA ditubuhkan juga pada 1971 untuk membangunkan bandar. PKEN pula untuk menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai.RISDA pula ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah. LLP [1973] untuk membantu golongan petani dalam kegiatan koperasi dan akhir sekali Petronas yang ditubuhkan pada 1974 ditubuhkan adalah untuk memajukan sektor industri dan perniagaan berkaitan dengan petroleum.

Rancangan Malaysia Ketiga[RMK3] [1976-1980]
RMK3 merupakan lanjutan daripada Rancangan Malaysia Kedua. Matlamatnya masih mendokong hasrat DEB dalam usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan dengan meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah seperti KEJORA,KETENGAH,KESEDAR dan DARA dibuat. Tumpuannya adalah untuk penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Agensi pembangunan wilayah meluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baharu.

Rancangan Malaysia Keempat[RMK4] [1981-1985]
RMK4 ditubuhkan masih mendukung hasrat DEB yang dilancarkan ketika dunia mengalami kelembapan ekonomi. Namun,RMK4 meneruskan program pembangunan ekonomi dalam RMK3 dengan memberikan tumpuan kepada perkembangan industri berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi dan keperluan tenaga pekerja mahir. Kerajaan menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia[HICOM] pada akhir tahun 1980 bagi mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, kawasan perusahaan baharu telah dibuka seperti Skudai di Johor, Senawang di Negeri Sembilan serta Menggatal dan Likas di Sabah. Zon Perdagangan Bebas juga diwujudkan seperti di Bayan Lepas dan Sungai Way. Kerajaan juga melancarkan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian. Dasar Pengswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia juga ditubuhkan bagi memajukan lagi perkembangan ekonomi negara. PNB dan ASN ditubuhkan bagi tujuan menyeimbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera. Dasar Pertanian Negara[DPN] turut ditubuhkan untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu. Rancangan pembangunan ini berjaya mencatat peningkatan dalam KDNK dengan kadar 5.8% setahun dan pendapatan perkapita meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.

Rancangan Malaysia Kelima[RMK5] [1986-1990]
RMK5 merupakan rancangan lima tahun yang terakhir untuk mencapai hasrat DEB yang genap 20 tahun pada tahun 1990 dengan cara meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta. Selain itu, melonggarkan syarat pelaburan modal asing untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorentasikan eksport. Kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan dengan memberikan perhatian kepada pembangunan luar bandar. Selain itu,mengutamakan penggunaan tanah dengan lebih cekap untuk pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakkan industri desa seperti kraf tangan.Selain itu juga dengan memberikan kemudahan kredit dan insentif melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.Sektor pelancongan juga menjadi antara perusahaan penting dengan Perbadanan Pelancongan Malaysia[TDC] ditubuhkan bagi menggalakkan industri pelancongan.Tahun Melawat Malaysia dilancarkan pada tahun 1990 bagi menjayakan lagi industri pelancongan Malaysia.Selain itu juga, negara memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan [R&D] untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti.

5.      Dasar Pembangunan Ekonomi
a.       Dasar Pertanian Negara[DPN]
DPN dilancarkan pada 12 Januari 1984. Dasar ini ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian kepada tahap maksimum melalui sumber ekonomi negara yang cekap selain memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dan memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport. Antara strategi DPN adalah menggalakkan pembukaan tanah baru oleh Felda,agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri. Program pembangunan in-situ diwujudkan untuk memulihkan kawsan yang berproduktiviti rendah dan merupakan strategi  meningkatkan produktiviti kawasan pertanian yang telah sedia ada. Projek bersepadu di seluruh negara yang dibuat seperti KEMUBU,Johor Barat, Kelantan Utara dan Selangor Barat. Program ini dibuat adalah untuk menyediakan khidmat sokongan pertanian dan pemasaran,kredit, subsidi dan penyelidikan. Pihak swasta juga  terlibat dalam program pengswastaan  pertanian oleh Kementerian Pertanian.


b.      Dasar Persyarikatan Malaysia[DPM]
Matlamat DPM yang ditubuhkan pada 25 Februari 1983 ini adalah untuk merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan ekonomi.Dasar ini menganggap Malaysia ialah sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh kerajaan dan pihak swasta. Semua kakitangan kerajaan dan swasta yang terlibat ialah pemilik saham dan pekerja dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat ini iaitu Malaysia.Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan swasta ditubuhkan. Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalinkan hubungan perkongsian kepakaran. Pihak swasta pula diperlukan untuk memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan yang maksimum. Pihak kerajaan bertindak memberi perkhidmatan sokongan bagi memudahkan operasi pihak swasta.

c.       Dasar Pengswastaan[DP]
Dasar ini diperkenalkan pada Mac 1983 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahadhir Mohamad. Melalui dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Kesannya, kerajaan  boleh mengalihkan tumpuan untuk membangunkan sektor lain. Tujuan lain adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan atau barangan. Ini kerana, pihak swasta dianggap kebih cekap daripada sektor kerajaan untuk menguruskannya. Dasar Pengswastaan ini diyakini boleh mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal swasta. Unit Perancang Ekonomi[UPE] bertindak sebagai jawatan kuasa pengswastaan  yang memberi garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan  yang ingin menjalankan Dasar Pengswastaan. Dasar ini  boleh dilaksanakan secara sepenuhnya atau secara sebahagian seperti yang dilaksanakan oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad[TNB] dan Syarikat Airod Sdn. Bhd.

d.      Dasar Hala Tuju Cara Baru
Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah pendekatan baharu  untuk membangunkan kawasan luar bandar. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa melalui penglibatan mereka dalam pelaburan yang dilaksanakan dalam tiga strategi iaitu dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi kawasan penempatan yang besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dan ekonomik. Strategi kedua adalah dengan meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa melaui program usahawan desa. Strategi yang ketiga ialah pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.



e.       Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara[DPDPN]
Matlamat dasar yang diperkenalkan  ini adalah untuk mencapai kadar tahap pertumbuhan ekonomi  berterusan walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran. Pembaziran bahan, masa, wang, usaha dan tenaga akan dielakkan semasa penggunaan sumber tenaga dijalankan. Peningkatan hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi secara berterusan dan meningkatkan pendapatan negara. Selain itu,untuk memastikan penggunaan  sumber negara pada tahap maksimum  bagi mengelakkan sebarang pembaziran di samping memastikan  sektor perindustrian dapat bersaing pada peringkat global. Strategi yang dibuat adalah membaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi, penggunaan teknologi terkini dan penerapan nilai dan etika kerja yang murni.

f.       Dasar Kependudukan
Dasar Kependudukan diperkenalkan pada 29 Mac 1984 oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad, bermatlamat untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2100. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang akan memberikan kesan yang positif seperti bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan peluasan pasaran, kekuatan politik dan keselamatan negara. Ini kerana dasar ini menitikberatkan kadar pertumbuhan penduduk dengan peningkatan pembangunan sosioekonomi negara khasnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Program ini didasarkan pada unjuran jumlah penduduk untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara.

6.      Sebagai rakyat Malaysia, sebab anda menyokong penubuhan Dasar Persyarikatan dan Dasar Pengswastaan.
Sebab saya menyokong Dasar Persyarikatan dan Dasar Pengswastaan kerana memberikan banyak manfaat iaitu dengan melibatkan sektor swasta dalam aktiviti membangunkan negara, ini meningkatkan kualiti perkhidmatan dak kecekapan perkhidmatan. Contohnya, penerbangan tambah murah oleh AirAsia. Selain itu, meningkatkan produktiviti pengeluaran seperti pengeluaran barangan elektrik. Kejayaan yang dicapai, boleh menambahkan pendapatan negara melalui cukai yang dikenakan sehingga hasil cukai itu boleh digunakan untuk pembangunan sector yang lain atau memperbaiki kemudahan awam yang rosak. Sebab lain adalah mudah mendapatkan sesuatu perkhidmatan seperti air dan elektrik. Ini akan menjadikan hidup seharian selesa dan cepat menerima perkhidmatan yang diperlukan. Peluang pekerjaan juga bertambah menjadikan rakyat Malaysia dapat menaikkan taraf hidup mereka selain menjadi tumpuan rakyat negara lain untuk bekerja di Malaysia. Penggunaan teknologi yang moden menjadikan negara mampu bersaing dengan negara lain di dunia.

7.      Kesan pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Pengswastaan terhadap pembangunan ekonomi negara.
Kesan daripada kedua-dua dasar tersebut adalah banyak perkhidmatan kerajaan diserahkan kepada sektor swasta untuk diuruskan menjadikan kerajaan dapat menumpukan pembangunan pada sektor lain. Ini juga dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan. Contohnya   pengswastaan Tenaga Nasional Berhad, KTMB dan perkhidmatan pos. Selain itu, pembukaan tanah secara besar-besaran dapat merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Petani menjadi petani moden mengusahakan tanaman dagangan seperti kelapa sawit dan getah sehingga dapat dieksport ke luar negara dan menghasilkan bahan baru berasaskan kelapa sawit seperti minyak sawit, sabun, lilin, biskut dan sebagainya. Sistem pengangkutan dan sistem perhubungan diperbaiki dan ditambah seperti oleh AirAsia dalam sektor penerbangan. Selain itu, pembekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad dan perkhidmatan pos oleh Tenaga Nasional. Rakyat juga berpeluang memiliki saham dalam syarikat.

8.      Sebab Dasar Pertanian Negara[DPN] ditubuhkan.
DPN ditubuhkan untuk mencapai matlamat meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber ekonomi negara. Selain itu, memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dan memulihkan kawasan berproduktiviti rendah melalui program pembangunan in-situ. Seterusnya, memajukan komoditi utama negara yang berpotensi untuk dieksport. Sebab lain adalah untuk menggalakkan pembukaan tanah baru di bawah FELDA dan menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran,kredit,subsidi dan penyelidikan. Selain itu, melibatkan pihak swasta dalam projek pengswastaan pertanian di bawah Kementerian Pertanian.

9.      Adakah  Dasar Pertanian Negara[DPN] mencapai matlamatnya.
DPN berjaya mencapai matlamatnya kerana banyak kawasan pertanian baharu berjaya dibuka terutamanya oleh FELDA dan FELCRA. Kawasan FELDA ini bertambah luas dan besar serta lengkap dengan kemudahan asasnya. Pembukaan tanah itu termasuklah pembukaan Kawasan pembangunan wilayah DARA, KEJORA, KESEDAR dan KETENGAH. Kawasan yang terbiar dan di pedalaman berjaya dibuka menjadi Kawasan pertanian dan petempatan moden yang serba canggih seperti FELDA Jengka.Tanaman getah dan kelapa sawit menjadi komoditi eksport utama negara. Kejayaan ini menampilkan ramai petani moden dan usahawan berasaskan pertanian sehingga pendapatan petani dan taraf hidup petani dapat ditingkatkan.Rancangan petempatan FELDA menjadi contoh pembangunan tanah pertanian kepada banyak negara di dunia.
Penglibatan aktif pihak swasta dalam kegiatan pertanian berskala besar dan penggunaan teknologi seperti keluaran sayur-sayuram Cameron Highlands yang dieksport ke Singapura.Pengeluaran bunga orkid juga dieksport ke luar negara. Penggabungan Sime Darby dan Guthrie dilaksanakan dan telah menjadi sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.

10.  Bagaimanakah memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat.
Pembangunan ekonomi dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat contohnya oleh Lembaga Pembangunan Industri Desa[RIDA/MARA] yang telah ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar. Agensi ini juga ditubuhkan untuk memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam perniagaan. FELDA pula berperanan untuk meningkatkaa taraf hidup masyarakat luar bandar.Hal ini bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian. Kawasan tanah baru dibuka secara besar-besaran yang serba lengkap dengan kemudahan infrastruktur. Ini dilakukan adalah untuk mengurangkan jurang pendapatan masyarakat luar bandar dan bandar serta membantu dalam mengurangkan kadar kemiskinan. FAMA pula ditubuhkan untuk membantu petani dapat mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian, justeru dapat meningkatkan pendapatan dan status mereka sebagai petani moden. Mara pula ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan  kaum bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan bagi menyediakan peluang kepada mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi. Sementara itu, Mardi ditubuhkan untuk pemyelidikan dan pembangunan[ R&D]  bagi meningkatkan hasil produktiviti pertanian. Bukan setakat itu sahaja, Program Transformasi Ekonomi menggariskan pelan untuk menggerakkan negara ke arah mencapai status negara maju melalui pertumbuhan ekonomi yang mapan. Tujuannya yang lain adalah untuk menjadikan ekonomi lebih berdaya saing dan bertujuan untuk mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi pada masa depan.

11.  Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini.
Kemajuan dan pemodenan dalam bidang pertanian merupakan salah satu kesan kemajuan ekonomi negara. Perkembangan teknologi menjadikan bidang pertanian menambahkan produktiviti dan berkembang maju dengan penggunaan jentera moden, penggunaan benih yang berkualiti dan Penyelidikan dan Pembangunan; R&D . Kemajuan bidang ekonomi juga membawa kepada perkembangan perindustrian kerana adanya sokongan sektor lain yang sama dimodenkan iaitu pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan k-ekonomi membantu dalam perkembangan perindustrian. Kejayaan ekonomi juga membawa kepada peningkatan pendapatan perkapita negara yang turut diperlihatkan dalam peningkatan hak milik modal saham bumiputera. Ini menunjukkan negara komitment untuk setaraf dengan negara moden dunia. Tambahan pula, negara tidak ada masalah dalam kehidupan seharian rakyatnya, negara aman dan rakyat hidup dengan harmoni. Kemajuan ekonomi juga memberi peluang kepada rakyat negara kita untuk menunjukkan potensi mereka dalam bidang sukan dengan lahirnya jaguh sukan seperti sukan badminton iaitu Datuk Lee Chong Wei, lumba basikal, Azizul Hasni Awang, renang oleh Pandelala Renong  dan dalam sukan tenis oleh Datul Nicol Ann David. Ini kerana negara mampu membiayai jurulatih luar dan latihan di luar negeri di sampingan penggunaan peralatan sukan yang canggih. Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan ICT yang seiring dengan kemajuan dalam bidang pendidikan kerana melalui bidang pendidikanlah lahir modal insan yang berkemahiran dalam pelbagai bidang. Kemudahan infrastruktur negara kita bertaraf dunia dengan adanya KLIA, KLCC, KL Sentral dan sebagainya. Selain itu, perkembangan bandar seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Nusajaya sebagai bandar terancang adalah hasil daripada perkembangan ekonomi.

12.  Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat adalah dengan meningkatkan pendapatan sektor pertanian semua kaum pada tahap maksimum bagi membolehkan sumber ekonomi negara yang cekap dan pengurusan yang berkesan dapat dibuat. Selain itu, memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dan memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport dibuat seperti pembukaan tanah-tanah baru oleh Felda bagi semua kaum. Penglibatan swasta dalam pembangunan negara adalah perlu dengan mengutamakan kepentingan negara seperti perkhidmatan membuat kereta oleh Proton. Berlaku perkongsian kepakaran dalam syarikat dengan sektor swasta mengutamakan kepentingan nasional sementara kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan. Kerajaan memudahkan perkhidmatan , perusahaan dan pelaburan kepada sektor swasta. Ini dapat merapatkan jurang ekonomi luar bandar dan bandar sekali gus dapat membangunkan kawasan luar bandar. Seterusnya, melaksanakan program usahawan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar selain menyediakan kemudahan sosioekonomi untuk semua kaum. Ini dapat menghapuskan dasar berat sebelah dalam komuniti dan memberi peluang ekonomi untuk semua kaum.

13.  Sebab berlaku ketidakseimbangan ekonomi di negara kita.
Ketidakseimbangan ekonomi berlaku di negara kita disebabkan kesan birokrasi British kerana melaksanakan dasar pecah dan perintah . Dasar ini diwujudkan untuk memaksimumkan keuntungan kewangan dan menggalakkan penghijrahan buruh asing seperti dari negara China dan India. Kesannya, berlaku pembentukan masyarakat berbilang bangsa dengan kawasan petempatan dan jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum. Contohnya, orang Melayu menjadi petani di luar bandar sementara buruh India menjadi penoreh di ladang getah sementara buruh Cina berniaga di bandar atau bekerja di lombong bijih timah. Perbezaan jenis pekerjaan dan tempat tinggal ini menyebabkan perpaduan terlalu asing pada zaman penjajahan British dahulu.

Ketidakseimbangan juga berlaku disebabkan oleh British mewujudkan ekonomi duaan atau dwiekonomi. Maksudnya, British telah mewujudkan rangkaian ekonomi dagangan atau komersial di kawasan lombong bijih timah dan di kawasan ladang getah yang kebanyakannya di negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia sementara ekonomi tradisional untuk sara diri di kawasan luar bandar. Pembangunan ekonomi  tidak pesat di pantai timur Senanjung Malaysia menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi berlaku antara kawasan bandar dan luar bandar juga antara pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Tumpuan penduduk sama ada di kawasan perlombongan, petroleum, pentadbiran dan pendidikan menyebabkan terbentuknya bandar seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Miri dan Seremban. Pembentukan bandar baru bertambah pesat apabila bertambahnya tumpuan rakyat di sesuatu tempat dengan kemudahan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan raya, jalan kereta api dan laluan udara. Kebanyakan masyarakat Cina tinggal di kawasan bandar yang lengkap dengan kemudahan asas seperti telefon elektrik, sekolah, bank dan bekalan air sementara orang India di ladang getah dan orang Melayu tinggal di luar bandar. Ini mewujudkan jurang ekonomi dan sosial antara kaum dan antara penduduk.

Bahan mentah yang berterusan menjadikan negara menumpukan perhatian kepada sektor perindustrian yang dimajukan untuk tujuan eksport. Contohnya, kilang kasut, kilang makanan, kilang membina kapal korek yang diusahakan oleh orang Eropah atau orang asing. Masyarakat Melayu dan India terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi.

14.  Maksud DEB.
DEB dilaksanakan pada tahun 1970-1990 melalui Rancangan Lima Tahun iaitu Rancangan Malaysia Kedua, Rancangan Malaysia Ketiga,Rancangan Malaysia Keempat dan Rancangan Malaysia Kelima. DEB adalah sebagai perancangan  pembangunan negara dalam jangka panjang yang diperkenalkan selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Matlamat akhir DEB adalah dapat mencapai perpaduan negara dan intergrasi nasional bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Selain itu, DEB dapat membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan rakyat dengan membuka peluang pekerjaan. DEB juga menghapuskan jurang ekonomi antara kaum dan menghapuskan ekonomi pengenalan kaum. Keadaan ini dikenali sebagai strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Satu lagi adalah mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbagnan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

15.  Matlamat DEB.
Matlamat DEB adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi/sosial antara kaun, kawasan dan wilayah dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Selain itu, menambahkan pendapatan rakyat sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat. Tujuan utamanya adalah menyusun semula ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di negara ini dengan pembasmian kemiskinan dalam kalangan rakyat. Caranya dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Selain itu, menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi dan membentuk perpaduan negara agar dapat membina keutuhan negara dan mencapai kesejahteraan rakyat. Jurang perbezaan ekonomi dirapatkan dan menyusun semula hak milik harta atau ekuiti.
16.  Cara DEB menangani keketidakseimbangan ekonomi.
Caranya adalah dengan menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Salah satunya dengan menambahkan pendapatan penduduk dengan cara menyediakan peluang pekerjaan untuk merapatkan jurang ekonomi. Selain itu, menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi. Pembangunan di kawasan luar bandar diteruskan dengan melaksanakan program pembangunan wilayah untuk membantu petani dan menggalakkan perusahaan dan perdagangan selain membangunkan bandar. Pembangunan tersebut dibantu oleh agensi kerajaan di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah seperti LPN ditubuhkan untuk menstabilkan harga padi. LKIM pula memodenkan industri perikanan dan menaikkan taraf hidup para nelayan. UDA untuk membangunkan kawasan bandar. PETRONAS memajukan industri berasaskan petroleum dan Risda untuk membantu pekebun kecil getah dari penyelidikan dan penanaman semula getah. LPP ditubuhkan untuk membantu petani menceburkan diri dalam koperasi. PKEN ditubuhkan oleh setiap negeri bagi menggalakkan perindustrian, perdagangan dan menyediakan ruang pejabat dan kedai. Oleh itu, program pembangunan pertanian dan perindustrian dapat diteruskan untuk meningkatkan produktiviti, menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Bagi pembangunan wilayah, tanah dibuka secara besar-besaran untuk tujuan menanam getah, kelapa sawit dan pembukaan bandar baru seperti KEJORA, KETENGAH, KESEDAR dan DARA.
Cara lain adalah dengan menumpukan kepada perusahaan berat  berasaskan modal, teknologi tinggi dan guna tenaga kerja mahir. HICOM ditubuhkan untuk mengenal pasti, memulakan, menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti pengeluaran kereta negara iaitu Proton. Cara yang seterusnya adalah dengan membuka kawasan perusahaan baharu seperti di Skudai, Likas, Senawang, Bintulu dan Menggatal bagi menarik pelaburan modal asing ke negara kita. Selain itu, memperkenalkan Zon Perdagangan Bebas seperti di Bayan Lepas dan Sungai Way. Selain itu, melancarkan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia untuk mengenal pasti kelemahan dan struktur perindustrian di negara kita selain melancarkan Pelan Induk Perindustrian dengan menyediakan hala tuju pembangunan industri. Dasar Persyarikatan dan Dasar Pengswastaan juga ditubuhkan untuk melibatkan sektor swasta dalam pembangunan negara bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan meningkatkan produktiviti. Bagi mengimbangkan pemilikan saham atau harta industri, PNB telah ditubuhkan dan ASN dilancarkan. Bagi memodenkan sektor pertanian, Dasar Pertanian Negara ditubuhkan untuk memajukan komoditi negara. Penyelidikan dan Pembangunan juga telah dibuat bagi meningkatkan produktiviti negara. Sektor pelancongan dan industri desa dimajukan bagi menambahkan pendapatan negara dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Ini menjadikan jurang antara kaum dan wilayah berjaya dilakukan dengan KDNK meningkat iaitu hak milik modal saham bumiputera ialah 20.3 peratus, hak milik modal bukan Melayu 46.2 peratus dan saham asing hanya tinggal 33.5 peratus.

17.  Dasar Ekonomi Baru[DEB] dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.
DEB dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu  penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Satu lagi ialah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan dicapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di negar kita berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu di bawah RM200 dan kira-kira 86% daripada jumlah penduduk tersebut tinggal di luar bandar. Untuk itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam seperti pendidikan, kesihatan, bekalan air da elektrik untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan pemberian subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan untuk kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Bagi memastikan matlamat kedua DEB dicapai, kerajaan telah memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Untuk itu, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan dan pengangkutan. Strategi yang dirancang adalah mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut kaum menjelang tahun 1990. Selain itu, mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan kaum bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Selain itu, meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

18.  Terangkan rancangan ekonimi lima tahun dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga bagi menjayakan matlamat DEB.
-Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat DEB melalui rancangan ekonomi lima tahun.

Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan dengan penubuhan agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah bagi membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan perusahaan, menggalakkan perdagangan dan memajukan bandar. Lembaga Beras dan Padi Negara[DPN] ditubuhkan pada 1971, adalah untuk menstabilkan harga padi dan meningkatkan taraf hidup pesawah padi. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia[LKIM] ditubuhkan pada 1971 adalah untuk membangunkan dan memodenkan industri perikanan dan meningkatkan taraf hidup nelayan. Perbadanan Pembangunan Bandar[UDA] yang ditubuhkan pada 1971 adalah untuk membangunkan bandar. Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah[RISDA] ditubuhkan pada 1973 adalah untuk membantu pekebun kecil dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah. Lembaga Pertubuhan Peladang[LPP] ditubuhkan pada 1973 untuk membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Petroleum Nasional Berhad[PETRONAS] pada tahun 1974 adalah untuk memajukan sektor perindustrian  dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri[PKEN] ditubuhkan untuk menggalakkan perindustrian dan perdagangan dan meyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai. Pembukaan tanah secara besar-besaran juga dibuat di bawah program pembangunan wilayah seperti Lembga Kemajuan Johor Tenggara[KEJORA], Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah[KETENGAH], Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara[DARA] , Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan[KESEDAR] yang ditanam dengan getah dan kelapa sawit untuk dieksport.

19.  Bukti Rancangan Malaysia Keempat adalah usaha negara untuk memajukan sektor perindustrian.
Rancangan Malaysia Keempat menumpukan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi tinggi dan keperluan tenaga pekerja mahir. Caranya dengan menubuhkan Perdagangan Industria Berat Malaysia[HICOM] dengan mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap.Cara yang lain adalah dengan menggiatkan perindustrian seperti membuka kawasan baharu seperti di Skudai[Johor], Senawang[Negeri Sembilan],Bintulu[Sarawak] dan Menggatal dan Likas[Sabah].Selain itu,embuka Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di Bayan Lepas[Pulau Pinang] dan Sungai Way[Selangor].Kajian Dasar Perindustrian Malaysia diperkenalkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Sungai Way, di Selangor. Kajian Dasar Perindustrian adalah untuk mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian  negara dan mengkaji keberkesaan projek perindustrian. Pelan Induk Perindustrian menyediakan hala tuju pembangunan industry dan strategi pelaksanaannya. Dasar Pengswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia adalah untuk  melibatkan sektor swasta dalam menjana pembangunan ekonomi. Selain itu,mengurangkan beban kewangan. Permodalan Nasional Berjhad[PNB] pula ditubuhkan untuk mengimbangi pemilikanharta dan saham perindustrian bumiputera dengan kaum bukan bumiputera dalam Skim Amanah Saham Nasional[ASN] yang dilancarkan pada 1981. Dasar Pertanian Negara[DPN] adalah untuk memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.

20.  Bukti pelaksanaan DEB telah mencapai matlamatnya.
-Bukti/kesan/kepentingan/kejayaan/faedah/manfaat/kebaikan yang dicapai oleh Malaysia hasil Rancangan Pembangunan Lima Tahun @Rangka Jangka Panjang Pertama[RRJP1]
-Bukti /Kebaikan/Manfaat Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi
-Bukti ekonomi Malaysia telah berjaya/meningkat.

Bukti DEB telah mencapai matlamatnya adalah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat dengan merapatkan jurang antara kaum dan wilayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup petani luar bandar. Pembangunan pertanian dijalankan di kawasan luar bandar. Pelbagai agensi ditubuhkan untuk memberi bantuan seperti kewangan, subsidi, pemasaran, baju,khidmat nasihat dan sebagainya. Contohnya penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara[LPN], Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia[LKIM], dan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah[RISDA].Pembukaan tanah secara besar-besaran melalui FELDA. Dengan cara ini, petani mampu memiliki tanah dengan tanaman kelapa sawit dan getah untuk tujuan eksport. Melalui program pembangunan wilayah pula ditubuhkan KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR. Kadar kemiskinan penduduk menurun dan pendapatan perkapita KDNK kaum bumiputera meningkat dari RM21548 pada tahun 1970 kepada RM59155 pada tahun 1990.. Peningkatan hak milik modal saham bumiputera sebanyak 20-3% berbanding sasaran yang ditetapkan 30%. Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2% melebihi sasaran namun berjaya mengurangkan hak milik modal saham orang asing kepada 33.5 peratus. Dasar Pertanian Negara [DPN] ditubuhkan bagi meningkatkan sektor pertanian, memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dan memajukan komoditi utama negara. Pembangunan in-situ juga diperkenalkan untuk meningkatkan produktiviti pertanian dengan melibatkan sektor swasta dalam projek pengswastaan  pertanian di bawah Kementerian Pertanian. Pembangunan in-situ dijayakan dengan memperkenalkan projek-projek pembangunan pertanian bersepadu dan program lazim kerajaan. Melalui program ini , pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan dibuat.  Kerajaan juga telah memajukan industrian pelancongan dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia. Ramai usahawan yang berjaya dilahirkan terutamanya dalam sektor perindustrian dan perniagaan sehingga negara kita menjadi tumpuan buruh asing. Kuasa beli rakyat semakin tinggi sekali gus memajukan sektor perkilangan berteknologi tinggi contoh dalam pembuatan alat elektronik seperti telefon, televisyen dan industri pemasangan motosikal dan kereta. Ini melahirkan tenaga kerja mahir. Peningkatan taraf kesihatan dan pendidikan  juga bukti kesan kemajuan Dasar Pembangunan Ekonomi.

21.  Cabaran kerajaan semasa pelaksanaan DEB dan cara-cara/langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
a.       Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan semasa pelaksanaan DEB adalah terdapatnya jurang kemiskinan masyarakat berbilang kaum. Kemiskinan masyarakat Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain. Pendapatan kadar kemiskinan Melayu ialah 64% berbanding dengan kaum Cina 26% dan kaum India 39.2 %. Pendapatan kaum Cina paling tinggi sebanyak RM394, diikuti kaum India RM204 dan paling rendah Melayu iaitu RM172. Jurang yang tinggi menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati penduduk tempatan sebagai peribumi. Jumlah pemilikan harta orang mengikut peratus bumiputera sangat keciliaitu 4.3% diikuti oleh bumi bumiputera 34.0% dan warga asing paling tinggi iaitu sebanyak 61.7 %. Jumlah pemilikan harta bumiputera sangat kecil iaitu 279 diikuti bukan bumiputera 2232 dan warga asing paling tinggi iaitu sebanyak 4051. Usaha untuk mengurangkan penguasaan orang asing dalam pemilikan harta di Malaysia dibuat. Cabaran lain adalah perasaan perkauman yang masih menebal kerana menerima informasi negatif berkaitan DEB.Selain itu, ada tanggapan yang salah dengan membuat andaian bahawa DEB hanya untuk membantu orang Melayu selain tanggapan DEB mengambil hak milik kekayaan kaum lain. Selain itu, tanggapan DEB ialah bantuan yang akan menyebabkan orang Melayu menjadi semakin lemah, malas dan miskin akibat pergantungan yang berterusan. Ini menimbulkan suasana yang kurang harmoni antara penduduk pelbagai kaum sehigga melambatkan proses pelaksanaan program ekonomi.

b.      Cara untuk mengatasi cabaran adalah dengan meningkatkan pendapatan rakyat dan membuka banyak peluang pekerjaan melalui dasar yang dirangka oleh kerajaan iaitu Dasar Pengswastaan. Selain itu, memperbanyak pembukaan tanah baharu oleh FELDA dengan menempatkan rakyat miskin dalam kawasan tanah rancangan untuk menjadi petani moden. Cara lain adalah dengan mewujudkan pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti pertanian dan peindustrian. Petani dibantu oleh agensi kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan produk mereka. Misalnya, pesawah padi oleh LPN, nelayan dibantu oleh LKIM dan penoreh getah oleh RISDA. Bantuan berupa subsidi, baja, biji benih berkualiti dan modal selain bantuan kewangan dan khidmat nasihat. Pemberian bantuan dibuat secara menyeluruh kepada setiap kaum dalam bentuk modal dan pelaksanaan program melalui agensi tempatan lain seperti UDA, MARA, MARDI dan Bank Pertanian. Golongan sasar yang dibantu ialah orang miskin di bandar dan di luar bandar tanpa mengira kaum. Pemimpin pelbagai kaum sentiasa membuktikan bahawa hasil kejayaan DEB dinikmati oleh semua kaum secara adil.  Kerajaan sentiasa memberikan maklumat tepat berkaitan DEB melalui media massa seperti media cetak iaitu akhbar dan majalah juga melalui media elektronik iaitu radio dan televisyen.

22.  Adakah DEB wajar dilaksanakan dan hujah anda untuk menyokongnya.
DEB wajar diteruskan. Ini kerana pendapatan negara meningkat dan negara bertambah maju. Kadar kemiskinan rakyat menurun dan banyak peluang pekerjaan disediakan melalui Dasar Pengswastaaan dan Dasar Pertanian Negara. Peningkatan hak milik modal saham bumiputera dan bukan bumiputera memberi manfaat kepada semua kaum dalam meningkatkan taraf hidup . Ini dapat merapatkan jurang taraf hidup antara kaum serta wilayah contohnya apabila ASN dan ASB diperkenalkan juga menjadikan hak milik asing dikurangkan. Negara pesat membangun kerana banyak tanah baharu dibuka melalui FELDA menyebabkan hasil eksport pertanian meningkat seperti getah dan kelapa sawit. Selain itu, perkembangan perniagaan, perusahaan dan pelaburan contohnya hasil diwujudkan Pelan Induk Perindustrian Negara dan penubuhan MIDA. Ini menjadikan produk negara mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

23.  Pada pendapat anda,sejauh manakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru[DEB] mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Pada pendapat saya,DEB mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraaan rakyat dengan menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum,Kawasan dan wilayah.Selain itu,membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menambahkan pendapatkan dengan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi.Selain  itu,menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi dengan mengadakan program pembangunan kawasan luar bandar yang diteruskan dengan penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah. MARA ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu usahawan bumiputera dengan menambah guna tenaga bumiputera dengan meningkatkan ekuiti bumiputera.
Selain itu, membantu golongan petani dengan menggalakkan perkembangan perusahaan,perdagangan dan memajukan bandar. Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara[LPN] dapat menstabilkan harga padi. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia[LKIM] pula ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan dan memodenkan industri perikanan supaya dapat meningkatkan taraf hidup nelayan. UDA pula ditubuhkan untuk membangunkan bandar sementara RISDA ditubuhan  untuk membantu pekebun kecil getah dari  segi penyelidikan dan penanaman semula getah.
Lembaga Pertubuhan Peladang[LPP] ditubuhkan untuk membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. PETRONAS ditubuhkan untuk memajukan sektor perindustrian dan perniagaan berkaitan dengan petroleum. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pula utuk menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak peridustrian, perubahan,ruang pejabat dan kedai.
Selain itu,untuk memudahkan pembukaan tanah di seluruh negara telah ditubuhkan KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR. Perbadanan Industri Berat Malaysia atau HICOM ditubuhkan untuk menguruskan dan memulakan industri berat di Malaysia dengan cekap  seperti perusahaan besi dan keluli dan baja urea. Kawasan perusahaan baru juga ditubuhkan di seluruh negara seperti di Skudai, Senawang, Bintulu,  Menggatal dan Likas. Sementara zon perdagangan bebas pula diperkenalkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Sungai Way, Selangor.
Selain itu, Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian dibuat bagi mempercepat dan mempermudah pembangunan sektor perindustrian di Malaysia. Dasar Persyarikatan dan Pengswastaan ditubuhkan selain Permodalan Nasional Berhad[PNB] ditubuhkan bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum Bumiputera dengan kaum Bumiputera. Dasar Pertanian Negara[DPN] ditubuhkan untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu. Negara juga menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dengan melancar dan mempromosi Tahun Melawat Malaysia agar rakyat pelbagai kaum bersama-sama membangun negara selain mempelbagaikan sektor pendapatan negara. Penyelidikan dan Pembangunan[R&D] adalah untuk menggalakkan rakyat mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman bagi mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar. Rakyat diberi bantuan pinjaman modal untuk perkembangan industri dan memberi subsidi kepada petani dan usahawan bagi menceburi industri desa.Teknologi canggih disediakan  bagi meningkatkan bilangan pekerja mahir dan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Apabila negara bersatu padu hasil pelbagai program dan strategi yang dibuat, sekali gus dapat meningkatkan kemasukan pelabur asing.Taraf perintis dilaksanakan dan kemudahan prasarana/infrastruktur dimajukan bagi mewujudkan kawasan perindustrian dan mewujudkan bandar di seluruh negara.

24.  Sebab program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan dengan lebih giat dalam DEB.
Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan dengan lebih giat dalam DEB untuk memberi bantuan kewangan dan memulihkan kawasan luar bandar. Selain itu, memberikan bantuan subsidi dan memberikan bantuan pemasaran barangan untuk menggalakkan industri tempatan. Caranya dengan memperbanyak pasar tani dan penggunaan teknologi moden. Seterusnya,menyediakan kemudahan asas terutamanya Kawasan rancangan tanah ekoran pembukaan tanah-tanah baru secara besar-besaran. Sebab lain adalah mempertingkatkan sistem pendidikan dengan membina lebih banyak institusi pendidikan dan memberikan kemahiran dan latihan kepada rakyat luar bandar. Selain itu, mempergiat pembangunan in-situ dengan menggalakkan program 1 Kampung 1 Industri dalam industri desa IKS. Dengan cara ini, jurang pendapatan dan kehidupan masyarakat luar bandar dengan bandar dapat dirapatkan kerana kedua-duanya saling melengkapi dan memerlukan.

25.  Mengapakah usaha meneruskan aspirasi DEB penting kepada negara?
Ini penting untuk memastikan usaha membasmi kemiskinan berterusan dan menghapuskan semangat perkauman atau assabiah kepada kaum sendiri. Selain itu, tentulah ingin membangunkan kawasan luar bandar dengan pertanian moden kerana menyumbang kepada keperluan sumber makanan dan bahan mentah negara.Ini melibatkan semua kaum dalam semua bidang ekonomi contohnya dalam bidang pertanian dan perniagaaan. Sebab lain kerana membangunkan semua wilayah di Malaysia sama ada di Kawasan bandar atau di luar bandar dengan menggiatkan sektor perindustrian dan perusahaan ringan sehinggalah berat supaya semua industry diurus dengan cekap.Secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerja dengan banyak dan dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat dengan meningkatkan produktiviti pengeluaran supaya dapat dieksport ke luar negara contohnya berasaskan kelapa sawit dan getah. Selain itu, meningkatkan industri desa yang berpotensi seperti pembuatan kraftangan dan berasaskan pertanian seperti kerepek. Secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara kaum dan wilayah. KDNK dan pendapatan per kapita meningkat kerana kaum terlibat dalam pembangunan ekonomi negara. Semua kaum ini jugalah yang akan menikmati hasil pembangunan dan kemudahan asas.

26.  Faedah/kebaikan/manfaat DEB kepada rakyat Malaysia.
Secara keseluruhannya,DEB menunjukkan kemajuan pada tahap pertama apabila diperkenalkan pada tahun 1970. Namun perasaan tidak puas hati tercetus. Pelaksanaan pada tahap kedua berjaya untuk merapatkan jurang antara kaum dan wilayah.Kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% pada 1970 kepada 17.1% pada 1990.KDNK meningkat daripada RM21548 pada tahun 1970 kepada RM59155 pada tahun 1990. Pendapatan perkapita juga meningkat daripada RM 1109 pada tahun 1970 kepada RM6180 pada tahun 1990.Hak modal saham kaum bumiputera juga meningkat iaitu daripada 2.4% dari tahun 1970 kepada 20.3% pada tahun 1990.Namun demikian,peningkatan ini masih di bawah sasaran 30% seperti yang telah ditetapkan dan hak milik saham bukan bumiputera pula meningkat iaitu daripada sasaran 40% kepada 46.2% .Peningkatan ini melebihi daripada sasaran yang ditetapkan.Walau bagaimanapun apabila kedua-dua hak milik modal rakyat Malaysia ini dicampurkan, jumlahnya berjaya mengurangkan hak milik modal saham orang asing kepada 33.5%.DEB memberikan faedah kepada semua pihak sama ada kepada bumiputera dan bukan bumiputera.

27.  Perkembangan pesat ekonomi Malaysia telah berjaya menarik pelabur asing.Jelaskan.

Perkembangan pesat ekonomi di Malaysia disebabkan kestabilan politik negara kita iaitu tiada peperangan yang berlaku.Rakyat  bebas bergerak ke mana-mana menyebabkan keamanan dan keharmonian rakyat menarik minat pelabur asing datang melabur ke Malaysia seperti dari China dan Eropah walupun tampuk pemerintahan negara kita telah bertukar.Selain itu, sektor perbankan kukuh dan sektor perkapalan juga maju di samping kemudahan moden disediakan di semua pelabuhan utama negara seperti di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang.Para pelabur juga tertarik melabur di Malaysia disebabkan oleh sistem pengangkutan yang moden dan maju di negara kita.Pihak kerajaan juga memberikan galakan dan sokongan dengan mengurangkan karenah birokrasi di samping pengecualian cukai dibuat. Kerajaan juga telah mewujudkan Zon Perdagangan Bebas di Bayan Lepas dan Sungai Way.Tambahan pula, negara kita mempunyai bekalan bahan mentah yang berterusan dan bekalan tenaga buruh.

28.  Usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia dalam era globalisasi yang mencabar.
Usaha yang boleh dibuat adalah dengan menanam semangat patriotik yang kukuh dalam kalangan masyarakat dan sentiasa berfikiran terbuka dan  positif selain berdaya saing. Selain itu, rakyat hendaklah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan bagi membina keyakinan diri dan daya tahan yang kukuh. Seterusnya berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa megutamakan perpaduan agar keamanan sentiasa terpelihara. Segala kemajuan dan kejayaan yang dicapai oleh rakyat negara ini dan kejayaan negara, rakyat hendaklah berasa bangga akan pencapaian tersebut. Misalnya dalam acara sukan. Segala peraturan dan undang-undang yang ada hendaklah dipatuhi untuk mengelakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif. Rakyat juga hendaklah bersifat kreatif dan inovatif selain menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk kemajuan negara.

29.  Sejauh manakah kerajaan berjaya merealisasikan hasrat mewujudkan masyarakat maju dan saintifik
Sains dan teknologi menjadi tunjang kemajuan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, pelaksanaan reformasi dalam pendidikan dengan mengubah suai kurikulum ke arah sains dan teknologi dilakukan.Salah satunya adalah dengan menaik taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan menjadikan mata pelajaran sains sebagai mata pelajaran teras. Selain itu, menetapkan nisbah pelajar aliran sains 60% dan aliran sastera 40%. Dasar Sains dan Teknologi Negara hendaklah dilaksanakan kerana negara kita mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber Sains dan Teknologi. Masyarakat pula berdaya cipta dan berpandangan jauh kerana dapat memanfaatkan teknologi masa kini dalam kehidupan seharian dan turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan ternologi pada masa hadapan. Secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan Sainsa dan Teknologi yang membentuk satu sistem ekonomi yang cekap teknologinya serta mampu melakukan penyesuaian. Pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih. Keupayaan bidang sains dan teknologi hendaklah ditingkatkan kerana berkaitan dengan pembangunan sektor perindustrian. Sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektronik dan tekstil.Peranan agensi penyelidikan pertanian seperti PORIM, Mardi dan Universiti Putra Malaysia hendaklah diperluas. Selain itu, Negara mesti mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada utama dunia. Projek Multimedia Super Koridor hendaklah diperluas ke seluruh negara agar dapat meningkatkan industri multimedia. Penyelidikan berkaitan ICT hendaklah digalakkan selain melahirkan masyarakat yang celik IT.

30.  Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Cabaran yang dihadapi adalah terdapatnya jurang ekonomi antara kaum sehingga menimbulkan sentiment perkauman yang menebal. Ini juga disebabkan kurangnya penghayatan terhadap unsur-unsur patriotisme dalam kalangan rakyat sehingga ada yang tidak menyokong pembangunan kerajaan yang dibuat malah ada menjadikannya isu kontroversi. Cabaran lain adalah sikap memilih pekerjaan kerana tiada sikap berdaya saing dan kurang jati diri dalam kalangan rakyat sehingga mudah anasir luar masuk mempengaruhi rakyat negara ini.Contohnya,LGBT dan budaya Barat yang negatif.Cabaran lain adalah berlakunya bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.Tentulah keadaan ini menyebabkan timbulnya keresahan dalam jiwa rakyat sehingga menjejaskan perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

31.  Cara/Langkah mengatasi masalah perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Cabaran tersebut dapat diatasi dengan menganjurkan program motivasi dan ceramah dalam kempen yang diadakan yang melibatkan semua kaum dalam pembangunan negara. Selain itu, aktiviti kemasyarakatan diadakan seperti gotong-royong dan aktiviti kesukanan di tempat tinggal atau tempat kerja. Cara lain adalah memantapkan institusi Pendidikan dengan menyelitkan tentang kepentingan perpaduan bagi menjamin kesejahteraan rakyat, Infrastruktur atau kemudahan awam hendaklah dibuat dan diselenggara bagi melengkapkan kehidupan rakyat sama ada di tempat kerja atau tempat tinggal.Rakyat juga hendaklah menyokong dasar-dasar pembangunan negara dan kerajaan hendaklah memperkasa pembangunan tersebut di setiap wilayah. Memperbanyak peluang pekerjaan juga adalah cara untuk mengatasinya kerana dapat meningkatkan pendapatan keluarga sehingga dapat memantapkan institusi keluarga. Rakyat hendaklah menceburkan diri dalam perniagaan on-line atau e-dagang bagi menambahkan pendapatan. Rakyat hendaklah mempunyai semangat daya saing yang sihat dalam kehidupan seharian sama ada semasa menuntut ilmu, pekerjaan malah dalam aktiviti sukan.

32.  Pada pendapat anda, mengapakah bidang pertanian masih penting walaupun Malaysia kini menuju ke arah negara maju.

Sejak dahulu lagi, Malaysia merupakan negara pertanian dengan nasi sebagai makanan utama penduduk di samping sayur-sayur, buah-buahan, ikan dan daging bagi meneruskan kehidupan seharian dan mendapatkan tenaga untuk melibatkan diri dalam sektor perindustrian. Sebab inilah pertanian  masih penting kepada negara kita. Selain itu, komoditi utama negara adalah daripada sumber pertanian seperti kelapa sawit malah buah durian, udang dan ikan antara eksport utama negara ke negara luar seperti ke Singapura, Jepun dan China. Bidang pertanianlah juga yang membantu ekonomi bumiputera menaikkan taraf hidup dengan memasarkan sendiri hasil pertanian atau memproses hasil pertanian menjadi produk Industri Kecil dan Sederhana. Ini akan memperbanyak usahawan tani dan boleh mengurangkan import barangan makanan luar negara.Malah para usahawan muda melibatkan diri dalam penghasilan barangan dan pemasaran barangan halal sehingga Malaysia terkenal sebagai negara hub-halal dunia.Para usahawan tani dan Menteri pertanian sendiri melawat ke negara pertanian yang moden dan maju seperti ke China, Jepun dan negara Eropah bagi memantapkan lagi sektor pertanian negara kita.


33.  Kejayaan Malaysia dalam sektor pertanian. Beri penjelasan anda.
Kejayaan Malaysia dalam sektor pertanian ialah kemajuan dalam bioteknologi dan penemuan baka dan benih yang bermutu hasil penyelidikan oleh Mardi, Risda dan Universiti Putra Malaysia. Selain itu, penggunaan mesin dalam bidang pertanian seperti mesin menuai padi dan pembajak tanah. Selain itu, menjadikan pertanian sebagai satu industri dan mengantarabangsakan produk pertanian seperti makanan ringan. Lagipun, negara kita  merupakan pusat pengeluaran herba dan menjadi pelopor hub halal. Selain itu, mewujudkan satu kampung satu industri dan menjadikan kawasan pertanian sebagai destinasi pelancongan[ eko-pelancongan]. Penyelidikan R&D dipertingkat melalui agensi kerajaan seperti Mardi. Kelapa sawit dijadikan bahan api iaitu pengeluaran dan penggunaan biofuel minyak sawit. Seterusnya, perkembangan teknologi pertanian seperti hidroponik, fertigasi dan penggunaan baja kompos.

34.  Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia  perlu menjadi negara maju selaras dengan cita-cita Wawasan 2020.
Pada pendapat saya, Malaysia perlu menjadi maju selaras dengan cita-cita Wawasan 2020 untuk memajukan ekonomi agar pendapatan rakyat dan pendapatan negara tinggi. Selain itu, kerajaan dapat mengagihkan ekonomi kepada semua rakyat sehingga rakyat bersatu padu dan menjamin maruah bangsa dipandang tinggi oleh bangsa lain selain memujudkan masyarakat yang penyayang yang tentunya dapat menjamin kestabilan politik.Kemajuan negara kita juga adalah perlu dalam semua aspek kerana kemajuan dicapai mengikut acuan sendiri dengan menyimbangkan kemajuan ekonomi dengan kemajuan bersepadu iaitu rohaniah dan nilai-nilai murni yang baik.Dasar-dasar kerajaan yang dibuat seperti Dasar Bahasa Kebangsaan,Dasar Kebudayaan Kebangsaan,Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional dibuat adalah untuk memjamin rakyat mempunyai semangat perpaduan kerana perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Sekali gus memperoleh rakyat yang matang dan berfikiran terbuka selain progresif membina kecemerlangan diri dan negara.

35.  Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara.
Langkah-langkah yang perlu diambil adalah dengan rakyat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menguasai pelbagai kemahiran, misalnya dalam bidang sains dan teknologi serta IT. Ini membolehkan rakyat  Malaysia berkebolehan mengendalikan peralatan/teknologi  moden yang digunakan dalam pembangunan negara. Selain itu, dapat menjamin keamanan negara dan dapat mengekalkan kedaulatan negara selain dapat mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum. Seterusnya, dengan mewujudkan rakyat yang kreatif dan inovatif sekali gus menambahkan bilangan rakyat berminda kelas pertama dan tenaga mahir dalam pelbagai bidang. Langkah lain adalah dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan dengan mengurangkan karenah birokrasi dan jenayah kolar putih sehingga  menjadikan negara pilihan para pelabur asing datang ke negara kita. Kerajaan dan pihak swasta seperti bank hendaklah memperluas kredit dan insentif melalui Agro Bank/Bank Pertanian Malaysia.Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.Malaysia juga hendaklah menggalakkan pembuatan dan pemasaran barangan halal kerana negara kita perintis barangan hub-halal dunia. Hubungan diplomatik yang erat perlu dijalin oleh kerajaan bagi memudahkan pertukaran teknologi dengan negara maju selain memperluas rakan dagang Malaysia.
Langkah lain adalah dengan memperkasa peranan agensi kerajaan semaksimum mungkin bagi membantu para petani menjadi petani moden yang berdaya saing seperti yang dilakukan oleh FELDA,FELCRA dan FAMA.Penyelidikan dan pembangunan hendaklah sentiasa dilakukan agar segala sektor ekonomi di Malaysia sentiasa kemas kini dan moden setanding dengan negara lain di dunia.

36.  Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengekalkan kemajuan ekonomi negara.
Langkah-langkahnya ialah rakyat negara ini berani bersaing dalam memperkenalkan barangan negara dalam pasaran luar terutamanya dengan meneroka bidang baru. Selain itu, meningkatkan penyelidikan  sama ada menghasilkan barangan yang berkualiti atau mencari pasaran yang baru. Cara lain adalah dengan meluaskan hubungan perdagangan dan menambahkan hasil pengeluaran barangan yang bermutu sama ada dalam pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa dengan menyertai pameran perdagangan dunia. Contohnya di Abu Dhabi dan Dubai. Para usahawan hendaklah mengambil peluang menyertai rombongan pemimpin negara mengadakan lawatan ke luar negara sebagai satu cara mempromosi barangan tempatan atau mencari peluang mengadakan hubungan dagangan dengan rakan perniagaan yang baru. Contohnya lawatan Perdana Menteri ke Negara China, London dan Amerika Syarikat baru-baru ini. Seterusnya, mengadakan pertukaran pegawai syarikat dan pertukaran teknologi dengan negara luar bagi menjamin negara mengekalkan kemajuan ekonomi negara. Langkah lain adalah dengan menambah bilangan tenaga kerja mahir sama ada mengambil tenaga kerja luar atau menggunakan tenaga kerja rakyat tempatan yang bekerja di luar negara untuk berkhidmat dalam egnara dengan penawaran insentif pekerjaan yang baik.  Kita sebagai rakyat biasa juga boleh membantu negara mengekalkan kemajuan ekonomi dengan menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan atau mengekalkan keamanan dan keharmonian agar pelabur asing berminat untuk melabur di Malaysia.

37.  Usaha-usaha/langkah-langkah kerajaan untuk memajukan sektor perindustrian negara.
Usaha-usaha yang dilakukan untuk memajukan sektor perindustrian negara adalah dengan memberikan fokus kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, teknologi tinggi dan penggunaan tenaga kerja mahir. Untuk tujuan itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia[HICOM pada akhir tahun 1980. HICOM berperanan untuk mengenal pasti, memula dan menguruskan projek industri berat negara ini dengan cekap seperti yang diuruskan oleh syarikat swasta. Untuk menggalakkan pelaburan modal asing masuk melabur di negara kita, kawasan perusahaan baru telah dibuka contohnya di Likas dan Menggatal di Sabah, Senawang di Negeri Sembilan, Bintulu di Sarawak dan Skudai di Johor. Selain itu, usaha lain adalah dengan memperkenalkan Zon Perdagangan Bebas di Bayan Lepas di Pulau Pinang dan di Sungai Way, Selangor. Kerajaan juga telah memperkenalkan program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian untuk memajukan bidang perindustrian. Pelan Induk Perindustrian ditugaskan untuk menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategik pelaksanaan perindustriannya. Seterusnya, usaha lain yang dilakukan adalah dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pemberian lesen kepada syarikat swasta yang menceburkan dalam sektor perindustrian. Untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan. Usaha juga dibuat bagi meningkatkan kecekapan pengurusan agensi kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak swasta agar lebih berkesan.

38.  Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dimulakan pada tahun 1956.
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan Rancangan Pembangunan Ekonomi yang dirancang oleh pihak kerajaan.

Kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan Rancangan Pembangunan Ekonomi yang dirancang oleh pihak kerajaan ialah perkembangan ekonomi meningkat kerana berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat dan jurang ekonomi antara kaum dan wilayah berjaya dikecilkan. Selain itu, KDNK meningkat dari RM21548 pada tahun 1970 kepada RM59155 pada tahun 1990. Pendapatan perkapita juga meningkat dari RM1109 kepada RM6180 pada tahun 1990 dengan hak milik saham rakyat negara ini mengatasi hak milik saham orang asing kepada 33.5 %. Kemajuan ini dirangsangkan oleh Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan strategi-strateginya seperti Dasar Pertanian Negara, Dasar Pengswastaan, Dasar Persyarikatan dan sebagainya. Secara tidak langsung, peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan gaji pekerja meningkat. Ini menjadikan taraf hidup rakyat meningkat di samping taraf pendidikan dan taraf kesihatan dalam kalangan rakyat meningkat. negara juga menjadi tumpuan para pelabur asing dan pekerja asing. Negara juga menerima tenaga pakar dari luar sebagai tenaga kerja mahir dan tenaga pengajar untuk melatih rakyat negara ini menjadi tenaga kerja mahir terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dalam bidang pertanian moden dan perindustrian. Negara kita juga menjadi pusat kewangan Islam serantau dan pengasas barangan hub-halal dunia. Pendapatan rakyat yang meningkat menjadikan kuasa membeli rakyat semakin meningkat dan menjadikan jurang ekonomi bandar dan luar bandar berkurangan dan jurang ekonomi antara kaum mengecil.

39.  Sebagai warganegara yang patriotik, peranan anda bagi menjayakan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun yang dirancang oleh kerajaan.

Peranan saya bagi menjayakan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun yang dirancang oleh kerajaan adalah menjadi rakyat yang beragama dan taat kepada agama. Ini menjadikan diri saya mempunyai nilai-nilai moral kehidupan yang tinggi. Selain itu, saya cuba menguasai sains dan teknologi serta menguasai ilmu pengetahuan dengan belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam peperiksaan. Selain itu, sebagai rakyat yang beragama, berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi, saya berjaya menangkis ledakan maklumat dalam dunia maya ini dengan mengambil dan mengamalkan perkara yang positif dalam kehidupan. Ini juga menjadikan diri saya menjadi seorang yang tabah, kreatif dan inovatif juga berani meneroka bidang yang baharu dalam kehidupan serba moden ini. Contohnya, menghasilkan ciptaan dalam IT, reka bentuk perabut, esei malah mengakses diri untuk memajukan potensi diri dalam bidang seni dan sukan dengan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Saya juga akan menghormati pemimpin negara pada masa ini dan mengenang jasa pemimpin negara masa lampau seperti jasa Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun H.S.Lee dan ramai lagi negarawan yang mempertahankan negara daripada musuh luar. Selain itu, saya akan mematuhi undang-undang negara seperti   mematuhi peraturan di jalan raya dan undang-undang siber.

40.  Pada pendapat anda,sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa.

a.       Bidang Perindustrian – Kejayaan yang dicapai oleh negara ialah penubuhan perbadanan industri berat negara atau HICOM yang mengeluarkan pelbagai jenis lori dan kereta buatan negara selain pengeluaran baja urea. Selain itu, wujudnya kawasan perusahaan baru  yang berkembang pesat hari ini sehingga wujud bandar utama seperti di Skudai, Senawang, Bintulu dan Shah Alam. Selain itu, perkembangan pesat Zon Perdagangan Bebas seperti di Sungai Way dan Bayan Lepas. Sekali gus, pembangunan wilayah pembangunan ekonomi dapat diperluas ke seluruh negara. Perkembangan ini dipermoden dengan adanya Koridor Raya Multimedia yang asalnya wujud dari KLIA ke KLCC diperluas sehingga ke seluruh Lembah Klang dan ke seluruh negara. Ini menjadikan negara kita setanding kemajuan IT dalam pelbagai aspek kehidupan kesan kemajuan k-ekonomi,k-masyarakat dan e-dagang.

b.      Pertanian – Malaysia merupakan pengeluar komoditi utama dunia seperti kelapa sawit dan getah serta tanaman lain hasil kemajuan teknologi pertanian. Selain itu, memajukan Kawasan luar bandar dalam program in-situ sehingga lahir ramai usahawan tani dan memajukan industri tani hasil menjadikan pertanian ialah perniagaan. Pertanian akuakultur dan fertigasi selain bioteknologi dimajukan sehingga dipasarkan dalam negara dan luar negara.Malaysia juga pelopor hub-halal dunia dan negara kita terkenal dengan jenama Malaysia BEST.Minyak kelapa sawit juga digunakan sebagai sumber bahan api iaitu pengeluaran biofuel minyak sawit.
c.       Perlombongan – Perlombongan petroleum oleh Petronas meluas di luar negara seperti ke Afrika dan negara Asia Selatan . Selain itu, industri minyak negara berjaya mengurangkan import minyak dan barangan berasaskan petroleum.
d.      Pengangkutan/Perhubungan – Pelbagai cara pengangkutan darat telah dimodenkan seperti memperluas penggunaan LRT, MRT dan selain memajukan kereta api. Pengangkutan darat dimajukan dengan pembinaan lebuh raya yang moden seperti LPT 2 dan SKVE. Industri maritim juga menjadikan Malaysia tumpuan utama rakyat negara jiran untuk berulang-alik seperti perkhidmatan feri antarabangsa Malaysia-Indonesia. Selain itu, pengangkutan udara dengan adanya pengangkutan tambang murah seperti oleh AirAsia sehingga mendapat pengiktirafan dunia.
e.       Pelancongan – Malaysia merupakan destinasi pelancongan dunia terutamanya menjadi destinasi bagi pelancong dari Asia Barat dan Eropah. Ini kerana Malaysia menpunyai pelbagai bandar terkenal, Kawasan pelancongan tanah tinggi seperti Genting Highlands, pelancongan pulau seperti Pulau Langkawa dan tidak ketinggalan bandar warisan dunia iaitu Bandaraya Melaka Bersejarah yang diiktiraf oleh UNESCO.Malaysia juga terkenal sebagai penganjur sukan terkenal dunia seperti Pertandingan Hoki Dunia dan basikal iaitu Le tour de Langkawi.

41.  Pembangunan sosial juga sangat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara malah pembangunan sosial dan pembangunan ekonomi saling melengkapi.
Pembangunan sosial penting dalam pembangunandan perpaduan negara. Ini kerana saling melengkapi antara pembangunan ekonomi dan sosial. Dasar pembangunan sosial dilaksanakan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Ini merupakan ideologi kebagnsaan Negara untuk menjamin perpaduan. Pembentukan Rukun Negara merupakan kesan peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan rusuhan kaum ini mengancam ketentraman, keamanan dan keselamatan Negara.MAGERAN telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih pentadbiran Negara dengan menubuhkan Majlis Perundingan Negara untuk membincangkan isu-isu perpaduan negara. Peranan badan ini adalah untuk mengembalikan keamanan, melicinkan pentadiran dan megembalikan keharmonian kaum. Matlamat utama Rukun Negara ialah mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokt=ratik dan mencipta sebuah masyarakat yang adil. Selain itu menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan memnima masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi. Prinsip Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan…

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum kemerdekaan lagi iaitu apabila British memperkenalkan Sistem Ahli. Jawatankuasa Barnes diwujudkan yang membuat laporan pada tahun 1950 yang mencadangkan semua sekolah vernalular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan.Laporan Fenn-Wu telah memperbaiki Laporan Barnes dengan mencadangkan silolah vernalular Cina dikekalkan walaupun bersetuju dengan system pendidikan kebangsaan. Ordinan Pendidikan 1952 telah diperkenalkan kemudiannya dengan mengambil kira andangan kedua-dua laporanterdahulu. Ordinan ini mencadangkan dua system persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dan Bajasa Melayu. Bajasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya terdapat permintaan daripada ibu bapa. Bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris diwajibkan  di semua sekolah Melayu. Namun mendapat tentangan daripada masyarakat Cina dan India. Penyata Razak diperkenalkan pada tahun 1956 untuk menyuburkan semangat perpaduan Negara. Sistem perseklahan yang sama bagi semua penduduk dengan menyeragamkan kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini kemudiaannya menjadi Ordinan Pelajaran 1957. Selepas itu Laporan Rahman Talib ditubuhkan untuk mengasaskan penubuhan sekolah vokasional khas untuk murid yang lemah. Syor baru dibuat memperbaiki Penyata Razak. Untuk memupuk semangat perpaduan, sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu dan BM menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menengah. Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 orang murid Islam dan bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar di sekolah kebangsaan jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid Cina dan India. Penyata ini kemudiannya menjadi Akta Pelajaran 1961. Selepas itu, diperkenalkan pula Kajian Aminuddin Baki pada tahun 1965 yang memperkenalkan sekolah aneka jurusan iaitu untuk menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik bagi membolehkan mereka mempelajari kursus kemahiran melalui mata pelajaran Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga sebagai persediaan pasaran kerja. Kemudian diperkenalkan Jawatankuasa Kabinet 1974 yang mengkaji semula pelaksanaan system pelajara kebangsaan  sedia ad adapt melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh Negara. Untuk itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 diwujudkan dengan memperkenalkan KBSR, KBSR, 3 M.Penekanan perkembangan diri murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek diberikan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Selain itu, memebrikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan bagi menentukan hala tuju system pendidikan di Negara kita dan memupuk integrasi nasional.  

42.  Dasar-dasar pembangunan yang berterusan sangat perlu untuk kemajuan negara selaras dengan perubahan dunia.
Dasar-dasar pembangunan yang berterusan sangat perlu untuk kemajuan negara selaras dengan perubahan dunia untuk mewujudkan kesimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. Selain itu, untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. Seterusnya, mengurangkan dan akhirnya meghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedahnya. Integrasi nasional digalakkan dan diperkukuh untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan antara negeri dan antara kawasan bandar dengan luar bandar. Selain itu adalah untuk membangunkan masyarakat yang progresif untuk semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi serta mempunyai nilai sosial dan kerohanian yang positif. Dengan itu, dapat memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri. Seterusnya, membantu bumiputera memajukan diri dalam pelbagai bidang yang diceburi bagi memastikan pembangunan negara akan berterusan.
43.  Cabaran yang dihadapi semasa menjalankan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan langkah mengatasinya.
a.       Cabaran yang dihadapi ialah sikap masyarakat yang susah untuk menerima pembangunan dan kemasukan warga asing yang berleluasa menimbulkan ketidakselesaan rakyat negara ini. Selain itu, kemelesetan ekonomi dunia yang menyebabkan pembangunan negara tidak dapat dijalankan secara sepenuhnya. Ini diburukkan dengan kejatuhan nilai mata wang negara dan gejala rasuah dalam kalangan pelaksana pembangunan menyebabkan kerajaan kerugian. Selain itu, cabaran globalisasi yang merentasi dunia tanpa sempadan selain jenayah yang berlaku dalam masyarakat menjadikan negara tidak selamat akibat berlakunya jenayah dalam masyarakat. 
b.      Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut adalah dengan mengubah pemikiran masyarakat menjadi minda kelas pertama. Kempen di media massa contohnya di media cetak iaitu di surat khabar dan di media elektronik misalnya di televisyen dan media sosial tentang hasrat kerajaan untuk menjalankan pembangunan ekonomi hendaklah dijalankan. Kebanjiran pekerja asing pula perlu diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang secara berkala dan berterusan. Aktiviti ekonomi hendaklah dipelbagaikan bagi mengatasi kelembapan ekonomi yang berlaku dengan membuat keputusan yang bijak contohnya menambat nilai mata wang negara. Selain itu, mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat agar masalah dapat diatasi bersama-sama. Seterusnya, menyelaraskan segala program di bawah satu badan pengurusan atau agensi supaya tidak berlaku pertindihan program dan mengelakkan pembaziran daripada berlaku. Kursus dan seminar hendaklah diadakan bagi meningkatkan kecekapan para pekerja tidak kira di sector kerajaan dan swasta.                

44.  Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kemakmuran ekonomi negara dan langkah/cara-cara untuk mengatasinya.

a.       Cabaran yang dihadapi oleh negara ialah kekurangan modal kerana pelbagai masalah dalam negara sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan pelabur luar. Selain itu,ketidakstabilan nilai mata wang dan kejatuhan pasaran saham. Tambah membebankan apabila negara terpaksa bersaing dengan negara maju  sama ada dalam aspek pengeluaran hasil barang industri dan pasaran. Cabaran lain adalah kurang teknologi moden kerana masih bergantung kepada teknologi luar dan tenaga kerja mahir daripada negara lain. Tambahan pula, kos buruh semakin meningkat menyebabkan kerajaan membawa masuk buruh asing seperti dari Indonesia, Myanmar, China dan Indochina. Ramai juga pakar pelbagai bidang warganegara Malaysia berkhidmat di luar negara dan bermastautin di negara tersebut seperti keengganan pelajar Malaysia berkhidmat untuk negara selepas habis belajar. Cabaran lain, misalnya dalam sektor pertanian ialah saiz ladang yang kecil, bergantung kepada buruh ladang luar negara dan biji  benih yang kurang bermutu selain keengganan golongan muda menceburkan diri dalam sektor pertanian.

b.      Langkah mengatasi cabaran yang dihadapai oleh negara adalah dengan adanya rakyat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan teknologi terkini yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan seperti sains, teknologi, nano,bioterknologi dan IT. Selain itu,dalam penghasilan sesuatu produk mestilah mendapatkan pendaftaran paten barangan yang semestinya produk yang berkualiti. Produk yang dihasilkan mestilah dipelbagaikan terutamanya produk untuk dieksport.Promosi penjualan barangan hendaklah dilakukan dan melaksanakan e-dagang. Dalam soal menyelesaikan tenaga kerja mahir, kerajaan hendaklah memanggil balik rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dengan menyediakan pekerjaan terlebih dahulu dan memberikan pelbagai insentif dalam pekerjaan. Selain itu, para penaja biasiswa hendaklah mengambil tindakan undang-undang kepada para pelajar mereka yang enggan pula berkhidmat dalam negara. Tenaga kerja yang sedia ada perlulah diberi latihan dan penghargaan atas khidmat bakti mereka agar bekerja tetap lama di sesuatu organisani pekerjaan. Pelbagai insentif perlu diberikan sebagai galakan agar mereka bekerja dengan lebih baik.Kedudukan negara juga hendaklah dikukuhkan dengan melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap bagi memberikan keyakinan kepada para pelabur luar untuk melabur di Malaysia di samping mempermudah syarat pelaburan.Yang paling penting adalah mewujudkan keadaaan aman dan rakyat yang berjiwa patriotic serta bersatu padu untuk memajukan negara dan mengatasi cabaran dengan matang dan rasional.

45.  Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan ekonomi negara dan cadangkan langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

a.       Cabaran yang dihadapi untuk memajukan negara ialah persaingan dengan negara industri terkenal dunia seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan Negara-negara Eropah.Selain itu juga, negara menghadapi persaingan daripada negara jiran seperti dari Singapura dan Indonesia kerana faktor demografi dan faktor-faktor lain yang menyebabkan banyak barangan keluaran negara adalah sama dengan negara jiran. Selain itu disebabkan oleh pelabur asing yang berpindah melabur ke negara lain atas sebab-sebab kos pengeluaran meningkat dan sebagainya. Ini juga disebabkan oleh kadar faedah pinjaman asas yang tinggi dikenakan kepada pelabur tempatan menyebabkan masalah berlaku.Cabaran lain untuk menjadikan negara sebagai negara yang maju dalam ekonomi ialah persaingan barangan import dari luar negara dengan barangan yang sama keluaran tempatan. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kualiti produk keluaran tempatan yang rendah dan tidak menepati piawaian antarabangsa.

b.      Langkah untuk mengatasi cabaran yang dihadapi adalah dengan meningkatkan kajian dan pembangunan atau R&D terhadap barangan yang ingin dihasilkan agar lebih berkualiti dan menepati piawaian antarabangsa. Selain itu, melipatgandakan usaha mempromosi membeli barangan tempatan melalui semua saluran media seperti media cetak dan media elektronik termasuklah media sosial. Bagi mengatasi masalah itu juga, cukai terhadap barangan import hendaklah dinaikkan. Untuk menarik pelabur luar terus melabur di negara kita, kerajaan hendaklah menyediakan sokongan pelaburan berkesan misalnya dengan mengadakan MOU dengan kerajaan negeri di seluruh negara agar kemajuan secara menyeluruh dapat dilaksanakan. Pelbagai insentif hendaklah ditawarkan kepada pelabur asing misalnya pemberian tarif, kemudahan asas dan pekerja mahir. Selain itu, pembangunan in-situ hendaklah dibuat di semua kawasan terutamanya kawasan yang mempunyai bekalan bahan mentah berterusan agar dapat menghasilkan produk industri yang boleh diketengahkan seperti makanan dan kraftangan.

46.  Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah negara Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.
Pada pandangan saya, Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat negara antarabangsa kerana keadaan negara yang stabil sehingga mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni juga mengamalkan kehidupan yang sederhana walaupun mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama yang ketara perbezaan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Selain itu, Rakyat negara kita, ramah mesra, mempunyai nilai kesopanan yang tinggi dan meghormati tetamu selain mempunyai pegangan agama yang kukuh. Ini menjadikan rakyat Malaysia senang diurus. Selain itu, negara kita mempunyai para pemimpin yang berkaliber bukan sahaja dalam pentadbiran negara tetapi dipandang tinggi di peringkat antarabangsa misalnya dalam Persidangan OIC, Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Selain itu, negara kita mempunyai semangat kesukarelawan yang tinggi bagi membantu rakyat negara lain yang ditimpa musibah. Misalnya dalam peristiwa tsunami dan gempa bumi di Sulawesi baru-baru ini selain Sukarelawan Aman di Palestin dan sempadan negara bergolak di Syiria.

47.  Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam Rancangan Malaysia Keempat.
Kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam RMK4 kerana turut mendokong aspirasi DEB walaupun rancangan ekonomi ini dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi namun rancangan ini tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Malaysia Ketiga.Kemudiannya diteruskan dalam RMK4 dengan memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi tinggi dan keperluan tenaga kerja mahir.Semua itu dapat dilaksanakan ekoran penerusan rancangan pembangunan lima tahun terdahulu.Selain itu, Strategi RMK4 dalam pembangunan sektor perindustrian ialah penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia/HICOM yang ditubuhkan pada akhir tahun 1980.
HICOM berperanan mengenalpasti,memula dan menguruskan projek industry berat dengan cekap seperti mana dikendalikan oleh sektor swasta.Pembukaan Kawasan perusahaan baru bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing menjadikan Kawasan perindustrian baru dibuka seperti di Skudai, Johor, Senawang, Bintulu dan Likas di Sabah. Selain itu, pengisytiharan Zon Pedagangan Bebas seperti di Bayan Lepas dan Sungai Way mepercepat kemajuan RMK4.Ekoran daripada itu, Pelancaran Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian dilancarkan bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian dilaksanakan. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia telah mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan perindustriannya dan strategic pelaksanaannya. Pengenalan Dasar Pengswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia dalam RMK4 bertujuan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara supaya dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan. Penubuhan Permodalan Nasional Berhad[PNB] dan Skim Amanah Saham Bumiputera adalah untuk mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum Bumiputera dengan kaum bukan Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 1981.
Strategi seterusnya adalah dalam pembangunan pertanian iaitu pengenalan Dasar Pertanian Negara[DPN] yang ditubuhkan pada tahun 1984.DPN dibentuk untuk memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan. Perkembangan dalam RMK4 mencatatkan perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar[KDNK] pada kadar 5.8% setahun.Pendapatan perkapita pula meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.

48.  Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara dunia ketiga yang paling membangun. Usaha ke arah merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Usaha Malaysia merealisasikan negara menjadi negara yang maju adalah melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dilaksanakan sejak tahun 1956 iaitu sebelum merdeka lagi melalui Rancangan Malaya 1 sehinggalah menjadi Rancangan Malaysia Pertama dan hari ini diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua, iaitu dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang 1, DEB diperkenalkan dan diteruskan oleh Dasar Pembangunan Nasional selepas 1990. Dasar Perindustrian Negara dilaksanakan agar Negara tidak bergantung kepada dua komoditi utama iaitu getah  dan bijih timah. Pada ketika ini, kereta nasional dikeluarkan iaitu Proton dan Produa iaitu industri berat negara. Selain itu, usaha lain adalah dengan meneruskan perdagangan antarabangsa terutamanya dalam menguruskan urusan eksport-import negara dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor dan Pelabuhan Barat di Klang. Koridor Ekonomi Malaysia diwujudkan dengan adanya Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur[ACCER], Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak[SCORA] dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara[NCER]. Wawasan 2010 juga turut dicetuskan agar negara kita menjadi negara yang maju menjelang tahun 2020 dan rakyat mempunyai pendapatan tinggi. Pembangunan modal insan dibangunkan dengan mengutamakan rakyat berpendidikan melalui pembangunan sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi melahirkan modal insan melalui Islam Hadhari.

49.  Langkah untuk meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa.
Langkah yang dilaksanakan bagi meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa ialah negara kita bergiat aktif dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dengan menganggotai  ASEAN, OIC, Komenwel dan PBB malah kita terkenal sebagai negara Anggota Keselamatan PBB. Selain itu, negara kita terlibat menghantar tentera di bawah panji-panji United Nation di negara bergolak seperti di Plastein, Iran dan Iraq. Malah negara terlibat dalam menyertai misi kemanusiaan seperti di Acheh, Australia, Palestin, Syria, Kemboja, Filipina dan Palu di Sulawesi. Negara juga meningkatkan keupayaan untuk bersaing dengan negara maju terutamananya dalam era globalisasi. Pada ketika ini, kita perlu menguasai kemahiran teknologi tinggi dan teknologi maklumat supaya kita tidak ketinggalan. Para pemimpin negara juga menyertai forum dan seminar antarabangsa bagi memastikan suara Malaysia didengari di pentas dunia seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita di Persidangan Agung PBB. Nama negara juga harum di mata dunia dalam ekonomi iaitu negara menjadi pengasas barangan halal dunia/hub-halal dan menyertai banyak persidangan dan pameran barangan antarabangsa seperti di Dubai dan Abu Dhabi. Walaupun negara kita kecil, namun keupayaan mengeluarkan kenderaan buatan tempatan seperti kereta Proton dan lori HICOM menjadikan negara kita dipandang oleh negara lain. Selain itu, kita juga meningkatkan pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh PETRONAS, FELDA GLOBAL dan Tabung Haji contohnya dalam sektor perladangan di Indonesia, industri minyak di Afrika dan penternakan lembu di Australia dan New Zealand. Pergabungan dua syarikat terbesar negara iaitu Guthrie dan Sime Darby membuatkan negara kita mempunyai syarikat perladangan yang terbesar di dunia. Bagi memantapkan kemajuan negara dalam segenap sektor, kita hendaklah menyokong segala usaha negara dengan memastikan keadaan negara aman dan harmoni juga stabil. Rakyat negara ini juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, berkemahiran dalam sains dan teknologi tanpa meninggal nilai moral yang tinggi dan menjadi rakyat yang ada agama.

50.  Usaha Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pengenalan pelbagai dasar pembangunan yang diperkenalkan.
Usaha yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan DEB yang matlamat utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Caranya adalah dengan menyediakan peluang pekerjaan agar dapat merapatkan jurang ekonomi. Selain itu dengan memperkenalkan pula Dasar Pembangunan Nasional untuk memperkukuh kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan luar bandar. Ini akan menjadikan negara sebagai negara yang maju dan dapat mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral dan kualiti kehidupan rakyat. Seterusnya mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil. Usaha lain kerajaan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat adalah dengan memperkenalkan Dasar Wawasan Negara dengan menggabungkan objektif Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional, berpandukan kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.Usaha lain adalah dengan memperkenalkan Dasar Transformasi Negara bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5% atau lebih dan pembaharuan ekonomi yang bersifat strategik dan pembangunan modal insan dapat dicapai.

51.  Globalisasi boleh membawa ancaman ketidakseimbangan ekonomi dan perpaduan jika tidak diatasi dengan bijak. Cadangan anda untuk mengatasinya.
Cara untuk mengatasi cabaran globalisasi adalah dengan menjadi orang yang berilmu pengetahuan dunia dan akhirat bagi menangkis segala masalah yang timbul serta dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Selain itu, kita perlu menguasai kemahiran ICT dan menguasai teknologi dalam dunia telekomunikasi moden agar menjadi kreatif dan inovatif di samping dapat menangkis sebarang maklumat yang tidak benar berkenaan negara kita sama ada ketidakseimbangan dalam ekonomi atau yang merosakkan perpaduan kaum yang ada. Seterusnya, setia kepada negara dengan mempunyai semangat cinta akan negara dan mempunyai jati diri yang kukuh agar dapat membezakan unsur positif dengan unsur negatif. Amalan hidup bersatu padu dan bertoleransi juga dapat melahirkan seorang warganegara yang kukuh pegangan jati dirinya tanpa dapat digugat oleh unsur yang tidak baik dalam kehidupan seharian sebaliknya menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan negara agar dapat berdaya saing dalam era globalisasi ini.

52.  Kewibawaan pemimpin negara memberi kejayaan kepada negara.
Pemimpin yang berwibawa amat penting bagi sesebuah negara agar dapat membebaskan negara daripada cengkaman anasir luar seperti yang dibuktikan oleh Tunku Abdul Rahman yang mula-mula memperjuangkan kemerdekaan setelah menang dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan. Seterusnya, baginda telah berjaya membangunkan negara menjadi negara yang berdikari dengan memperkenalkan Rancangan Malaya Pertama .Pembangunan negara diteruskan oleh Perdana Menteri yang seterusnya seperti Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Perdana Menteri yang kedua meneruskan agenda membangunkan negara sehingga digelar Bapa Pembangunan Negara. Antaranya adalah rancangan pembangunan melalui Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum. Kejayaan Perdana Menteri yang terdahulu masih kekal sehingga ke hari ini seperti penubuhan FELDA dan RIDA yang kemudiannya menjadi MARA. Agensi kerajaan yang ditubuhkan sejak dahulu masih ada meneruskan pembangunan Negara seperti LPP, Mardi, FELCRA, LKIM, UPE, PEN, Risda, MIDA, PNB, ASN, Petronas, HICOM dan sebagainya. Malah kawasan perindustrian juga masih beroperasi sehingga hari ini seperti Senawang, Likas, Seremban, Menggatal dan Bintulu. Malah masih ada Kawasan Zon Bebas Cukai di Bayan Lepas dan Sungai Way. Keadaan politik negara yang stabil membantu pembangunan negara juga dapat membangunkan modal insan sebagai aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan walaupun kita bertukar tampuk pemerintahan.

53.  Usaha anda sebagai warganegara yang patriotik untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
Sumbangan saya sebagai warganegara yang berjiwa patriotik adalah dengan mengutamakan barangan tempatan dalam kehidupan seharian dengan membeli dan menggunakan barangan buatan tempatan. Contohnya, pakaian dan makanan. Selain itu, saya akan mempromosikan barangan Malaysia kepada kawan-kawan saya dan keluarga saya dan saya akan melibatkan diri dalam e-dagang iaitu menjalankan perniagaan secara talian menjual barangan buatan anak tempatan. Wang yang saya perolehi akan saya simpan dalam tabung amanah saham seperti ASW, ASM dan ASB. Saya juga akan berjimat cermat dalam membelanjakan wang yang saya ada agar tabungan saya bertambah banyak secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara. Saya juga akan menghormati undang-undang dan hidup bersatu padu bagi menghargai keamanan dengan menggelakkan diri terlibat dalam sebarang bentuk demonstrasi.
54.  Nilai-nilai murni memacu kemajuan pembangunan ekonomi negara.
Pembangunan ekonomi negara kita beleh dicapai kerana rakyat negara ini berdikari, rajin berusaha dan tidak berputus asa dalam mengusahakan hasil pertanian dan perusahaan. Malah, ramai rakyat Malaysia yang mampu menghasilkan inovasi baru yang kreatif kerana mereka berani meneroka bidang baru juga berani menghadapi cabaran. Tentulah mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk menzahirkan cita-cita yang ingin memajukan diri, bangsa dan negara. Sikap tolerasi dalam kehidupan seharian menjadikan keamanan dan keharmonian menjana kehidupan berjaya dalam bidang yang diceburi. Rakyat sentiasa mementingkan ilmu pengetahuan dan boleh menerima perubahan dalam kehidupan mereka sebagai petani atau pekerja industri. Malah proaktif menjayakan dasar pembangunan ekonomi. Kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara kita juga menyedarkan kita tentang kepentingan hidup yang bersatu padu dan bekerjasama dalam semua aspek kehidupan kerana negara kita mempunyai penduduk yang berlainan bangsa.

55.  Nilai yang perlu ada pada generasi hari ini bagi melahirkan masyarakat yang maju dan sejahtera.
Nilai yang perlu ada pada generasi hari ini bagi melahirkan msyarakat yang maju dan sejahtera adalah menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi hari ini dengan sering bertolak ansur dan saling menyantuni antara satu sama lain dalam kehidupan seharian memandangkan kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa. Selain itu, sebagai jiran yang baik, kita perlu membantu mereka yang miskin dan berkongsi kekayaan bersama agar tidak timbul isu sensitif dan salah faham dalam kehidupan seharian. Di samping itu, sentiasa bergotong-royong bagi memupuk semangat saling bekerjasama dan menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan hati yang terbuka. Sebagai generasi muda, jadilah generasi yang berilmu pengetahuan tinggi dan berkemahiran agar mampu berdaya saing pada masa depan. Sebagai rakyat Malaysia, gunakanlah barangan tempatan dan berbangga dengan barangan keluaran Malaysia.

56.  Ikhtibar yang diperoleh daripada pelaksanaan DEB.
Iktibar yang diperoleh ialah DEB merupakan dasar keprihatinan kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan bagi  semua kaum yang wajar diberi perhatian. Ini juga kerana DEB dapat menjamin kehidupan rakyat yang makmur dan dapat mencapai perpaduan dan kesejahteraan. Jadi, kita hendaklah mengambil iktibar akan perubahan yang berlaku. Rakyat hendaklah berusaha dengan gigih melalui peluang yang diberikan oleh kerajaan dangan mengerjakan tanah yang diberi seperti oleh FELDA dan FELCRA supaya taraf hidup dapat ditingkatkan bagi menambah baik kehidupan. Secara tidak langsung, dapat mampu melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dan berdaya saing. Ini membuktikan kewibawaan pemimpin negara untuk mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi negara.


57.  Ikhtibar yang dapat diambil daripada usaha kerajaan membangunkan ekonomi Malaysia.
Iktibarnya ialah kita mesti bijak untuk menangani masalah yang dihadapi dan berfikiran jauh untuk memajukan diri dengan meraih sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjamin kita menjadi generasi yang berdaya saing dan bakal guna tenaga yang mahir. Selain itu, kita hendaklah bijak merebut peluang yang ada disediakan oleh pihak kerajaan dan sentiasa berfikiran positif dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga hendaklah bersyukur terhadap kekayaan negara seperti sumber semula jadi yang dimiliki dan hasil pertanian yang diusahakan oleh para petani. Akhir sekali, rakyat negara kita pelbagai bangsa dan ini dianggap unik oleh negara lain kerana kita boleh hidup bertoleransi tanpa ada prejudia terhadap kaum lain. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan bertindak secara positif agar kemajuan negara dapat dinikmati oleh semua rakyat secara adil.

58.  Ikhtibar yang diperoleh berdasarkan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan di negara kita.
DEB yang dilaksanakan oleh kerajaan banyak mengubah landskap pembangunan negara menjadikan negara kita lebih berdaya saing kerana seluruh rakyat negara bekerjasama tidak mengenal bangsa dan agama. Seharusnya, sebagai generasi selepas merdeka ini, kita hendaklah meneruskan usaha pembangunan yang dijalankan sejak dahulu untuk memajukan ekonomi negara malah dapat menaikkan taraf hidup. Setiap rakyat juga hendaklah menyokong segala dasar dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan agar negara mencapai matlamat negara maju mengikut acuan sendiri. Sebagai rakyat juga, kita hendaklah bersedia untuk menerima pembaharuan dan bekerja keras untuk membantu agar negara terus maju mencapai target. Sikap tekun, rajin berusaha dan tidak mengenal putus asa generasi terdahulu seharusnya dicontohi oleh setiap rakyat negara ini agar generasi sekarang juga terkenal dengan segala sikap yang baik itu demi kemajuan negara standing dengan negara lain di dunia.

59.  Rumusan daripada pelaksanaan DEB
a.Pengetahuan yang diperoleh
b.Nilai patriotisme
c.Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia maju.
DEB dilaksanakan dalam rancangan ekonomi lima tahunyang bermula pada tahun 1970-1990. DEB berjaya mengurangkan kemiskinan rakyat dan membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian dan perindustrian. Ini membuktikan kebijaksanaan dan keprihatinan pemimpin yang sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kemiskinan rakyat. Rakyat yang cinta akan tanah air sanggup bekerjasa menjayakan program pembangunan agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan. Rakyat beruntung kerana mempunyai pemimpin yang berjiwa besar dan berwawasan supaya dapat melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang membawa kemakmuran kepada rakyat. Semoga negara akan kekal aman dan harmoni serta mampu berdaya saing.


60.  Rumusan
a.Pengetahuan yang diperoleh
b.Nilai patriotisme
c.Harapan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi

Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia ialah sebuah negara yang menjalankan rancangan pembangunan ekonomi dari negara sebelum merdeka dengan Rancangan Malaya sehinggalah ke hari ini iaitu Rancangan Malaysia yang kesebelas.Pelbagai dasar telah dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara dan Dasar Pengswastaan untuk menjadikan negara boleh menjadi negara yang boleh berdiri sendiri dan maju.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara hendaklah bersama-sama membangunkan negara dan mempertahankan kedaulatan negara agar pembangunan yang ingin dicapai terlaksana.
Adalah diharapkan negara kita berjaya memacu ekonomi yang dapat memberikan keselesaan hidup kepada rakyat dan menjadikan negara kita sebuah negara yang maju secara bersepadu dan berpendapatan tinggi.

61.  Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan
a.Pengetahuan yang diperoleh
b.Ikhtibar kepada diri,bangsa dan negara
c.Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai pembangunan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Misalnya, DEB yang telah berjaya merapatkan jurang ekonomi antara kaum dan wilayah. Jadi, rakyat hendaklah gigih berusaha dan bekerjasama untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang dan semua kaum hendaklah bersatu padu dan bertolak ansur agar keamanan dan keharmonian sentiasa terjaga. Untuk itu, diharapkan semua rakyat Malaysia mementingkan pendidikan agar menjadi rakyat yang celik ilmu dan berkemahiran. Rakyat juga perlu berkongsi secara bijak dalam semua aspek kehidupan dan sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup.

62.  Rumusan
a.Pengetahuan yang diperoleh
b.Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negara
c.Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

Saya dapat mengetahui tentang Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional bagi membangunkan negara kita iaitu melalui rancangan pembangunan lima tahun yang diperkenalkan sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini;iaitu Rancangan Malaya dan Rancangan Malaysia Kesebelas.
Sebagai ikhtibar, kita perlulah mengamalkan nilai bekerjasama dan saling membantu bagi menjayakan segala dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Saya berharap negara kita dapat mencapai matlamat pembangunan negara sehingga menjadi negara yang maju melalui pemerintahan yang stabil dan berwawasan agar setanding dengan negara lain di dunia.

63.  Cinta akan negara                                           Setia untuk negara
Menjaga nama baik negara                              Sanggup berkorban untuk negara
Berani berjuang                                               Bersemangat kental
Sanggup mempertahankan maruah negara      Bijak merancang strategi
Mengekalkan kedaulatan negara                     Mengambil iktibar peristiwa lalu
Negara kita tanggungjawab kita                     Menghargai kemerdekaan negara kita
Sepakat dalam perjuangan                              Ketabahan menghadapi cabaran
Mempertahankan hak bangsa                          Bersyukur dengan kemerdekaan negara
Berbangga sebagai rakyat Malaysia                Berbangga dengan asset negara
Berpegang teguh kepada nilai sejagat             Menyokong perubahan kepada kebaikan
Menghormati keluruhan perlembagaan           Menghormati kedaulatan negara
Mematuhi peraturan                                        Bangga akan kejayaan negara
Bangga dengan keunikan negara                    Menyanjung warisan bangsa
Bersemangat kekitaan                                     Menghormati lambing-lambang negara
Kekayaan negara dinikmati bersama              Menghargai perjuangan tokoh
Menghormati raja dan pemimpin negara         Sedia berubah kea rah kemajuan
Toleransi dalam menghadapi konflik              Menyokong dasar-dasar kerajaan
Menolak amalan rasuah                                   Menolak kepentingan peribadi
Sedia berunding menyelesaikan masalah        Bangga sebagai rakyat Malaysia
Bangga dengan kepelbagaian bahasa dan budaya negara


Nilai
Bekerjasama                                                    Bekerja keras
Berani meneroka                                             Berfikiran kreatif dan inovatif
Berdikari                                                         Berwawasan
Berilmu pengetahuan                                      Jati diri yang kukuh
Bekerja keras                                                   Berminda terbuka
Setia kepada peminpin                                    Bijak mengamalkan peluang
















Isi Kandungan
Bil
Tajuk
m/s
1.
Jelaskan latar belakang Pembangunan Ekonomi
1
2.
Latar belakang Rancangan Pembangunan 5 tahun
1
3.


Huraikan peranan agensi berikut
a.       FELDA
b.      MARA

1
1
4.





Terangkan perkembangan Rancangan Pembangunan 5 Tahun Tahap Kedua/RRJP1
a.       RMK2
b.      RMK3
c.       RMK4
d.      RMK5


2
2
2-3
3
5.






Dasar Pembangunan Ekonomi
a.       Dasar Pertanian Negara [DPN]
b.      Dasar Persyarikatan Malaysia[DPM]
c.       Dasar Pengswastaan[DP]
d.      Dasar Hala Tuju Cara Baru
e.       Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara [DPDPN]
f.       Dasar Kependudukan

3
4
4
4
5
5
6.

Sebagai rakyat Malaysia,sebab anda menyokong penubuhan Dasar Persyarikatan dan Dasar Pengswastaan.

5
7.
Kesan Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Pengswastaan terhadap pembangunan ekonomi negara.

5-6
8.
Sebab Dasar Pertanian Negara[DPN] ditubuhkan
6
9.
Adakah DPN mencapai matlamatnya
6
10.
Bagaimanakah memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat

6
11.
Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini
6-7
12.
Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat

7-8
13.
Sebab berlaku ketidakseimbangan ekonomi di negara kita
8
14.
Maksud DEB
9
15.
Matlamat DEB
9
16.
Cara DEB menangani ketidakseimbangan ekonomi
9-10
17.
DEB dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat
10-11

18.
Terangkan rancangan ekonomi 5 tahun dalam pelaksanaan RMK2 dan RMK3 bagi menjayakan matlamat DEB/
Usaha Kerajaan untuk mencapai matlamat DEB melalui rancangan ekonomi lima tahun.

11
19.
Bukti RMK4 adalah usaha negara untuk memajukan sektor perindustrian.
11-12
20
Bukti pelaksanaan DEB  telah mencapai matlamatnya/Bukit yang dicapai oleh Malaysia hasil Rancangan Pembangunan lima Tahun@RRJP1/Kebaikan Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi/Bukti ekonomi Malaysia telah berjaya.
12-13
21.
Cabaran kerajaaan semasa pelaksanaan DEB dan cara-cara/langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut
13-14
22.
Adakah DEB wajar dilaksanakan dan hujah anda untuk menyokongnya
14
23.
Pada pendapat anda,sejauh manakan kejayaan DEB mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat
14-15
24.
Sebab program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan dengan lebih giat dalam DEB
15
25.
Mengapakah usaha meneruskan aspirasi DEB penting kepada negara
15-16
26.
Faedah/kebaikan/manfaat DEB kepada rakyat Malaysia
16
27.
Perkembangan pesat ekonomi Malaysia telah berjaya menarik pelabur asing. Jelaskan
16-17
28.
Usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia dalam era globalisasi yang mencabar.
17
29.
Sejauh manakah kerajaan berjaya merealisasikan hasrat mewujudkan masyarakat maju dan saintifik
17
30.
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
17-18
31.
Cara/langkah mengatasi masalah perpaduan dan kesejahtraaan rakyat
18
32.
Pada pendapat anda, mengapakah bidang pertanian masih penting walaupun Malaysia kini menuju ke arah negara yang maju.
18
33.
Kejayaan Malaysia dalam sektor pertanian. Beri penjelasan anda.
19
34.
Pada pendapat anda,mengapakah Malaysia perlu menjadi negara yang maju selaras dengan cita-cita Wawasan 2020.
19
35.
Langkah-langkah yang  diambil oleh Malaysia dalam usaha memajukan ekonomi negara.
19-20
36.
Langkah-langkah yang perlu diambil  bagi mengekalkan kemajuan ekonomi negara.
20
37.
Usaha-usaha/langkah-langkah kerajaan untuk memajukan sektor perindustrian negara.
20-21
38.
Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara kita dilaksanakan melalui rancangan pembangunan lima tahun yang dimulakan pada  tahun 1956. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan rancangan pembangunan ekonomi yang dirancang oleh pihak kerajaan.
21
39.
Sebagai warganegara yang patriotik, peranan anda bagi menjayakan rancangan pembangunan ekonomi lima tahun yang dirancang oleh kerajaan.
21-22
40.
Pada pendapat anda, sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa.
22-23
41.
Pembangunan sosial juga amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara malah pembangunan sosial dan pembangunan ekonomi saling melengkapi.
23-24
42.
Dasar-dasar pembangunan yang berterusan sangat perlu untuk pembangunan negara selaras dengan perubahan dunia.
24

43.
Cabaran yang dihadapi semasa menjalankan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan langkah mengatasinya.
24-25
44.
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kemakmuran ekonomi negara dan langkah/cara-cara untuk mengatasinya.
25-26
45.
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan ekonomi negara dan cadangkan/langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

26-27
46.
Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah negara Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.
27
47.
Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam RMK4
27-28
48.
Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara dunia ketiga yang paling membangun. Usaha ke arah merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
28
49.
Langkah untuk meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa.
28
50.
Usaha kerajaan Malaysia untuk menaikkan taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pengenalan pelbagai dasar pembangunan yang diperkenalkan.
29
51.
Globalisasi boleh membawa ancaman dalam ketidakseimbangan ekonomi dan perpaduan jika tidak diatasi dengan bijak. Cadangan anda untuk mengatasinya.
29-30
52.
Kewibawaan pemimpin negara memberi kejayaan kepada negara.
30
53.
Usaha anda sebagai warganegara yang patriotik untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
30-31
54.
Nilai-nilai murni memacu kemajuan pembangunan ekonomi negara.
31
55.
Nilai yang perlu ada pada generasi hari ini bagi melahirkan masyarakat yang maju dan sejahtera
31
56.
Ikhtibar yang diperoleh daripada pelaksanaan DEB
31
57.
Ikhtibar yang dapat diambil daripada usaha kerajaan membangunkan ekonomi Malaysia
32
58.
Iktibar yang diperoleh berdasarkan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan di negara kita.
32
59.
Rumusan daripada pelaksanaan DEB
a.       Pengetahuan yang diperoleh
b.      Nilai patriotisme
c.       Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia maju
32
60.
Rumusan
a.       Pengetahuan yang diperoleh
b.      Nilai patriotisme
c.       Harapan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan perpendapatan tinggi
33
61.
Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan
a.       Pengetahuan yang diperoleh
b.      Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c.       Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
33
62
Rumusan
a.       Pengetahuan yang diperoleh
b.      Ikhtibar yang diperoleh kepada diri, bangsa dan negara
c.       Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
33
63.
Unsur patriotisme dan nilai murni
34
64.
Jelaskan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju
35-36
65.
Hubungkaitkan pembangunan ekonomi negara dalam mencetuskan idea Wawasan 2020
36-37
66.
HICOM
37
67.
PETRONAS
37
68.
Kelemahan/kekurangan/kegagalan/kekangan DEB@DEB gagal mencapai matlamat. Beri ulasan anda.
38
69.
Kesan/akibat jika ekonomi Malaysia mundur/kesan negatif jika ekonomi Malaysia tidak kukuh
38
70.
Cabaran/masalah/rintangan/ancaman bagi Malaysia untuk mengukuhkan/memajukan ekonomi negara
38
71.
Kejayaan DEB bersifat menyeluruh dalam membangunkan Malaysia. Ulas pernyataan berikut.
39-40
72.
Sejauh manakah DEB berjaya mencapai matlamat perpaduan dan intergrasi nasional.
40
73.
DEB telah mewujudkan pengagihan ekonomi yang adil untuk semua kaum dan wilayah.Buktikan.
40-41
74.
Pelaksanaan DEB telah berjaya membawa kepada perubahan dalam aspek sosioekonomi golongan bumiputera. Beri ulasan anda.
41-42
75.
Bagaimanakah DEB/Program-program dalam RRJP1 berjaya ‘menyusun semula masyarakat’ atau mewujudkan perpaduan antara kaum.
42-43
76.
Rancangan Pembangunan Ekonomi telah berjaya memberikan kesejahteraan/kemakmuran hidup kepada rakyat. Berikan ulasan anda.
43
77.
Aspirasi DEB menjadi tunjang kepada penggubalan dasar pembangunan ekonomi masa kini. Ulas pernyataan tersebut.
44-45
78.
Sejauhmanakah pembangunan sosioekonomi penting dalam mensejahterakan masyarakat dan negara.
45-46