Sunday 19 January 2020

PERISTIWA PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN BAB 2 SEJARAH T5

TOKOH PENENTANGAN:

1. NEGERI SEMBILAN - Kawasan Naning,Dol Said,Yam Tuan Antah dan Ddato'Syahbandar

LATIHAN TATABAHASA TINGKATAN


MODUL TATABAHASA
             SPM
TAHUN 2020

DISUSUN OLEH:
    PUAN SITI ROSNAH BINTI MAT SUM
.  PUAN NORAZIZAH BINTI TALIB
    PUAN SURYANI BINTI DULLAH
    PUAN KHASMINAH BINTI AFFANDI
    PUAN ROKIAH BINTI ABDULLAH
  PUAN NAJMIAH BINTI SOIM




NAMA                :___________________________________________
TINGKATAN      :___________________________________________




Pengenalan
Tatabahasa merupakan satu bahagian yang disoal sama ada dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Perkara penting yang wajar murud-murid tahu ialah kefahaman perkara yang asas seperti tanda baca, frasa, klausa dan ayat. Latihan perlu dibuat agar murid dapat menguasai perkara asas itu.
Untuk soalan Tatabahasa SPM merupakan soalan Kertas Dua iaitu pada nombor 3. Setiap calon perlu bijak menjawab soalan bahagian ini kerana mempunyai lima pecahan soalan iaitu:
a.    Membina ayat
b.    Kemahiran Sintaksis
c.    Kesalahan Ejaan dan Kesalahan Penggunaan imbuhan
d.    Kesalahan Penggunaan Kata/Istilah dan Kesalahan Tatabahasa
e.    Kemahiran Peribahasa.

Setiap pecahan soalan mempunyai enam markah dan jumlah keseluruhan markah Soalan Tiga ini ialah tiga puluh markah. Calon dinasihatkan agar meneliti soalan dan kehendak soalan sebelum menjawab soalan. Semak jawapan setelah selesai menjawab.

Selamat Mencuba.



1.    Frasa




Frasa Nama
[FN]

1.    Am:  sekolah,kereta,orang,pokok,haiwan,kerusi,meja
2.    Khas: Ali, Proton Saga, Restoran Minang,Kedai Rose
3.    Terbitan:
Pe…  [pelari,pelukis,penyanyi,peguam,pengacara]
…an   [larian, tarian,lukisan,tambahan,idaman]
Ke..an[kementerian,kebajikan,kemalangan,keindahan]
Pe…an[pelarian,pertanian,pelarian,penternakan]




Frasa Kerja
[FK]

1.    Kata Kerja Transitif [KKT]  
       makan nasi, melukis gambar,menyiram pokok,
       membasuh kereta, menanam pokok, memegang pen  
2.    Kata Kerja Tak Transitif [KKTT]-
        tidur lena, menangis,sangat sedih, termenung jauh,
         menangis, berdiri di pintu, melukis di kertas lukisan




Frasa Adjektif
[FK]

putih,merah jambu,biru,kuning
comel,cantik, kacak,
rajin,sangat pandai,amat baik,malas,pandai,
amat laju, deras,
pendek, gemuk, kurus,nipis,panjang


Frasa Sendi Nama[FS]


di pinggir kampung, ke Ipoh, dari sana,pada dinding,daripada kayu,untuk ibu, dengan Ali



2.    Klausa

Merupakan rangkai kata perkataan yang mengandungi subjek dan prediket juga berpotensi untuk menjadi ayat.
a.    Klausa bebas[boleh berdiri sendiri dan bersifat ayat lengkap
Contoh: kamu pandai[klausa]
              Kamu pandai.[ayat]

b.    Klausa tak bebas[tak boleh berdiri sendiri dan merupakan sebahagian ayat]
Contoh: Ibu membeli kuih untuk kami sekeluarga
            [klausa bebas]           [klausa tak bebas]

              Ayah menanam pokok  di tepi pagar rumah
                [klausa bebas]               [klausa tak bebas]

              Dia sedih setelah mendengar berita kemalangan itu
                                            Klausa tak bebas

Arahan soalan 3a :
Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
SPM 2005
i]          tatasusila
ii]          tatacara
iii]         prasyarat
iv]        prasejarah
v]         dwibahasa
vi]        dwitahunan       

SPM 2006
i]          sabut   -           serabut
ii]          tunjuk  -           telunjuk
iii]         guruh   -           gemuruh

SPM 2007
i]          muka
ii]          terkemuka
iii]         bersemuka
vi]        permukaan
v]         mengemukakan
vi]        bermuka-muka

SPM 2008
i]          suka duka
ii]          baik buruk
iii]         penat lelah
iv]        melayari laman web
v]         pembangunan mesra alam
vi]        semangat setia kawan

SPM JUN 2009
i]          hiruk-pikuk
ii]          selok-belok
iii]         lambat-laun
iv]        senang-lenang
v]         lintang-pukang
vi]        kenduri-kendara

SPM 2010
i]          kemas
ii]          mengemaskan
iii]         kekemasan
iv]        harga
v]         menghargai
vi]        penghargaan

SPM 2011
i]          cepumas
ii]          halaju
iii]         jejantas
iv]        jenama
v]         pawagam
vi]        purata

SPM 2013
i]          bilah
ii]          jambak
iii]         keping
iv]        pucuk
v]         rawan
vi]        utas
SPM 2014
i]          putih bersih
ii]          bersatu hati
iii]         titik permulaan
iv]        kenangan manis
v]         berpandangan jauh
vi]        menenangkan fikiran
SPM 2015
i]          jasa baik
ii]          kertas kerja
iii]         pindah milik
iv]        reka bentuk
v]         sususn atur
vi]        temu bual

SPM 2016
i]          bertukar
ii]          pertukaran
iii]         bertukar-tukar
iv]        berkira
v]         perkiraan
vi]        berkira-kira

SPM 2017
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai nama khas.
i]          langit
ii]          langit-langit
iii]         tiba
iv]        tiba-tiba
v]         otak
vi]        otak-otak
SPM 2018
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i]          garisan penamat
ii]          merentas desa
iii]         pembesar suara
iv]        serangga perosak
v]         tapak semaian
vi]        ulasan selari
SPM 2019
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i] antikarat
ii] dwitahunan
iii] jurusolek
iv] prasekolah
vi] tatasusila

3b    KEMAHIRAN SINTAKSIS
SPM 2005
Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
i]          Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.
ii]          Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.
iii]         Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu lepas.

SPM 2006
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
i]          Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?
ii]          Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
iii]         Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

SPM 2007
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i]          Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.
ii]          Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
iii]         Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.

SPM 2008
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ayat tersebut  berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama(FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja(FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif(FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).
i]          Baju sutera ini untuk ibu.
ii]          Kuda putih itu berlari pantas.
iii]         Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
vi)        Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
v]         Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
vi]        Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

SPM 2009
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.
i]          Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
ii]          Ketinggian Gunung Kinabalu 4014 meter.
iii]         Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan
iv]        Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.
v]         Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
vi]        Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.

SPM 2010
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.
i]          Mereka bersenam petang tadi.
ii]          Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
iii]         Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
iv]        Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
v]         Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingat itu.
vi]        Negara kita  mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.

SPM 2011
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpuca daripada kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Hal ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.
SPM 2012
Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
i]          Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.
ii]          Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.
iii]         Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.
SPM 2013
Nyatakan pola ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama[FN + FN], Frasa Nama + Frasa Kerja[FN + FK], Frasa Nama + Frasa Adjektif [FN + FA] atau Frasa Nama + Frasa Sendi[FN + FS].
i]          Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru
ii]          Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.
iii]         Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
iv]        Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan.
v]         Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.

SPM 2014
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek    :    ______________________________________________________________
Predikat  : ________________________________________________________________
i] Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel.
ii] Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang.
iii] Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi menjadi tanggungjawab semua  pihak


SPM 2015
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tungggal tanpa mengubah maksud asalnya.
i] Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada Ogos 1988.
ii] Seorang guru sekolah kami telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
iii] Penduduk taman perumahan itu membersihkan kawasan kediaman mereka untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

SPM 2016
Tukar ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
i] Program Strategi Kecemerlangan SPM anjuran akhbar harian itu dihadiri oleh ramai murid tingkatan lima.
ii] Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan.
iii] Sanak-saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.

SPM  2017
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut.Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat Tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
i] Pujuklah anak kecil yang menangis itu dengan penuh kasih sayang
ii] Murid yang aktif bersukan juga perlu mengutamakan pencapaian akademik.
iii] Ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka menyertai rombongan itu?
iv] Hebatnya perbarisan kontijen negara kita dalam upacara perasmian Sukan Olimpik itu!
v] Harap semua pihak mengambil iktibar daripada kisah perjuangan tokoh kemerdekaan negara.
vi] Pengisytiharan Rukun Negara disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970.

SPM 2018
Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
i] Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
ii] Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.
iii] Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.

SPM 2019
Gabungkan ayat-ayat dalam petikan di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
            Pembelajaran abad ke-21 [PAK21] baru diperkenalkan. PAK21 merupakan satu daripada elemen penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. PAK21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid. PAK21 berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan tentang PAK21 kepada warga pendidik. Warga pendidik lebih bersedia untuk mengaplikasikan konsep ini di dalam bilik darjah.

3c  KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu keslahaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
SPM 2005
i] Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
ii] Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
iii] Persatuan belia yang baharu ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.

SPM 2006
i] Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengsyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
ii] Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.
iii] Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

SPM 2007
i] Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa baku.
ii] Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
iii] Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
SPM 2009
i] Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan makanan yang tidak bersih.
ii] Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk melembuti kulitnya.
iii] Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti kaedah pelajaran terkini.

SPM 2010
i] Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuroh daripada para penonton.
ii] Semua peserta ekspidisi meredah hutan itu digalakan supaya memakai stoking tebal untuk menjaga keselamatan.
iii] Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejar ke hospital dengan menggunakan sebuah ambulan.   

SPM 2012
i] Sejarah sesebuah negara hendaklah ditulis dengan berdasarkan fakta dan intreprestasi yang tepat selain diambil kira konteks tempatan.
ii] Pada masa ini harga seunit rumah dibandar-bandar besar terlalu mahal hingga menyukarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memilikinya.
iii] Sebagai sebuah negara multi etnik, Malaysia memerlukan amalan pengongsian budaya dalam kalangan rakyat.



SPM 2013
i] Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan untuk menaik taraf insfrastruktur di kawasan luar bandar.
ii] Mesyuarat ahli jawatan kuasa sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang berbincang aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.
iii] Pihak swasta turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek membangunkan di tempat-tempat rekriasi yang terdapart di negara kita.

SPM 2014
i] Majlis dailog antara guru dengan ibu  bapa akan diadakan dalam masa berdekatan untuk membincangkan masalah disiplin murid.
ii] Kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit untuk persediaan prasarana di kawasan pedalaman.
iii] Demi memastikan keselamatan penumpang, pihak berkuasa sering menjalani pemantauan terhadap bas-bas ekspress terutamanya pada musim perayaan.

SPM 2015
i] Makanan ringan disebabkan kanak-kanak kurang berselera terhadap makanan lain yang lebih berkahsiat untuk tumbesaran.
ii] Kejayaan tranformasi ke arah pertanian komersial turut bergantung kepada daya pemikiran petani dan infrastruktur yang bersedia.
iii] Aktiviti erobik secara beramai-ramai bukan sahaja menyihatkan badan malah dapat eratkan hubungan antara ahli masyarakat.

SPM 2016
i] Daun pokok bunga tanjong pernah digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami sakit kepala,  angkiti mata dan masalah resdung.
ii] Amalan minum air mineral, makan buah-buahan dan bersenam dapat memperbaiki perjalanan darah dalam badan.
iii] Hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesis hidupan laut dan ekopelancongan serta kawasan melindungi burung perlulah dikekalkan.

SPM 2017
i] Kejadian gelongsuran tanah dan banjir lumpur yang merosakkan banyak rumah itu berpunca daripada diterokai hutan yang tidak terkawal.
ii] Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak menghadiri kerlas tiusyen di sekolah daripada membiarkan mereka berkunjung ke kafe siber untuk melayari Internet.ii] Semua jurulatih sukan yang menerima pengtauliahan sebentar tadi dinasihati supaya melaksanakan tanggungjawab dengan berdidikasi dan bersemangat tinggi.
SPM 2008
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahaan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlum menyalin ayat itu semula.
Sebagai masyarakat yang menyintai keamanan dan kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat negara yang di landa bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam memperjuangkan keamanan sejagat.

SPM 2011
            Industri pefileman yang semakin pesat dan canggih telah mempengaruhi perkembangan sahsiah anak-anak. Keprihatinan ibubapa amat diperlukan untuk mengawal anak-anak agar tidak mempengaruhi watak wira dan wira wati dalam filem. Dalam hal ini, mereka perlu memastikan anak-anak tidak dibawa-bawa dengan watak tersebut dalam kehidupan sehingga menjejaskan prestasi akedemik.

SPM 2018
Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia telah memulakan pelbagai kajian sainstifik dalam bidang pertanian. Di samping menghasilkan buah-buahan yang bermutu, hasil kajian ini juga mempunyai nilai komersil. Piawaian rasmi yang dapat memenuhi kehendak pengguna harus diujudkan untuk memastikan pengguna mampu nikmati kualiti buah-buahan secara optimum. Selain itu, kawalan mutu bagi produk asas tani termasuklah keseragaman kualiti juga dapat menggalakan persaingan sihat dalam pemasaran global.
SPM 2019
i] Beberapa orang arkitek termashur telah terlibat dalam mereka bentuk Istana Negara yang menjadi lambing memegahkan negara.
ii] Untuk mengatasi masalah banjir yang merosakkan infra struktur pihak berkuasa tempatan telah dalamkan longkang dan membina tebatan.
iii] Kementerian Kesihatan Malaysia disyorkan kepada semua pengusaha kefeteria supaya sentiasa menitikberatkan tahap kebersihan premis masing-masing.

3d  KESALAHAN PENGGUNAAN KATA/ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA
SPM 2005
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i] Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
ii] “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
iii] Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.
SPM 2006
i] Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.
ii] Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri.
iii] Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka.

SPM 2007
i] Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut.
ii] Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.
Iii] Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

SPM 2008
i] Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih  elum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
ii] Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bukan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.
iii] Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

SPM 2009
I] Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara mengalami kerugian  dalam jangka masa panjang.
Ii] Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.
Iii] Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam menjalankan tugas.

SPM 2011
i] Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama yang berkuantiti dan diminati oleh orang ramai.
ii] Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru mereka tetapkan.
iii] Istana yang terpaling indah itu ialah tempat sultan tinggal.

SPM 2012
i] Suasana pembelajaran yang konklusif merupakan faktor yang menentukan sama ada murid-murid berasa seronok ketika belajar dan sebaliknya.
ii] Kelas Pendidikan Khas memerlukan jasa pembantu murid kerana kebanyakan murid-murid istimewa ini perlu diberikan perhatian yang khusus.
iii] Guru berperanan untuk membentuk generasi yang memahami inspirasi negara dan seterusnya membawa Malaysia ke mercu kegemilangan di masa depan.

SPM 2013
i] Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah diketatkan lagi.
ii] Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka pada guru semata-mata.
iii] Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya dengan begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata.

SPM 2014
i] Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai itu amat dikagumi oleh saya.
ii] Kerajaan telah mengambil langkah-langkah positif untuk memelihara seni muzik gambus supaya tidak pupus dimakan zaman.
iii] Sungai Melaka yang menyusur di tengah-tengah Bandar Raya Melaka di suatu masa dahulu amat kotor tetapi kini teleh diperindah hingga menjadi daya tarikan pelancong.
SPM 2015
i] Pembakaran secara terbuka telah mengakibatkan kuantiti udara merosot di berapa kawasan.
ii] Pelbagai insentif-insentif yang menarik disediakan oleh kerajaan demi menguatkan produktiviti industry kecil dan sederhana.
iii] Belangkas ialah haiwan prasejarah yang ditimpa kepupusan yang serius malahan usaha untuk melindungi hairan ini kurang dijalankan.

SPM 2016
i] Ibu rindu akan anaknya yang meningkatkan pelajaran di negara terbit matahari.
ii] Dia menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah di tempat yang baharu kerana belum dapat merapatkan diri dengan penduduk kampung.
iii] Menteri Kewangan mengingatkan ketua jabatan-jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat dalam keadaan ekonomi yang tidak tenteram pada masa ini.

SPM 2010
            Dalam  petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
            Sederetan rumah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak perumahan tersebut. Anggota pasukan bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mara. Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat ditafsirkan lagi.
SPM 2017
i] Remaja lepasan SPM boleh membuat pilihan untuk melanjutkan persekolahan sama ada di institusi pengajian tinggi awam dan di institusi pengajian tinggi swasta.
ii] Tindakan mahkamah yang mengisytiharkan muflis untuk pemajuan perumahan itu telah menyebabkan proses perumahannya tergendala.
iii] Di samping memohon bantuan negara jiran, pihak Jabatan Alam Sekitar perlu mengambil lain-lain inisiatif supaya kuantiti udara kita sentiasa berada dalam indeks pencemaran udara yang sihat.
SPM 2018
i] Para anggota olahraga yang mengikuti latihan pusat itu perlu menyimpan barang-barang peribadi mereka di almari yang berkunci.
ii] Kemahiran bersosial dapat menambahkan hubungan sesame manusia dan membentuk diri bahawa lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain.
iii] Kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu diperhebat untuk meningkatkan perhatian masyarakat tentang hak mereka sebagai pengguna.

SPM 2019
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
i] Busana tradisional yang ditontonkan di galeri tersebut mendapat sambutan dari setiap lapisan masyarakat.
ii] Bandar Diraja itu dihiasi lampu neon bersempenakan dengan istiadat pelantikan Raja Muda yang akan diadakan di bulan hadapan.
iii] Lambakan pendatang asing tanpa izin semakin membimbangkan rakyat kerana mereka membawa berbagai pengaruh negatif yang boleh melunturkan keharmonian masyarakat.

3e :KEMAHIRAN PERIBAHASA
SPM 2005
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
i] Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
ii] Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
iii] Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
SPM 2006
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir    : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.
Sofea  : Yalah, bukan itu sahaja!Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.
Amir    : Jika kita sayang akan bahasa,kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa    dan keadaan, kerana……..[1]………………………….
Sofea  : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kat pepatah………….[2]………………………………
Amir    : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana……………[3]…………………………………..

SPM 2007
Berikan maksud peribahasa di bawah.
i           Bahasa Jiwa Bangsa
ii]          Bagai dakwat dengan kertas
iii]         Seperti air dalam kolam

SPM 2008
Tuliskan ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
i]          Bagai menatang minyak yang penuh
ii]          Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
iii]         Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

SPM 2009
Baca dialog dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
Ayah    : Syafik, jagalah diri baik-baik ketika dirantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu……………………[1]…………
Syafik  : Terima kasih ayah.Saya akan  sematkan nasihat itu dalam hati saya.
Ayah    : Di luar negara nanti, ayah berharap Syafiq belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara bak kata peribahasa………….[2]………………
Syafiq  : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.
Ayah    : Satu lagi,jika ada peluang, jelajahlah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya kerana……..[3]…………………
SPM 2010
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
            Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai…..[1]……………………
            Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana…..[2]…. .Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalalm melaksanakan pelbagai program untuk meningkakan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana………[3]……..

SPM 2011
Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengana maksud peribahasa tersebut.
I]          Pasangan yang sepadan
Ii]         Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
Iii]         Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

SPM 2012
Berikan maksud peribahasa di bawah.
i           Membaca jambatan ilmu
ii]          Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
iii]         Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

SPM 2013
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
i]          Sengaja mencari susah atau bahaya
ii]          Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
iii]         Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga.

SPM 2014
Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.
i]          Menurut sahaja kehendak orang lain.
ii]          Segala keperrluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.
iii]         Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.

SPM 2015
Berikan satu peribahasa yang sama maksud atau hamper sama maksud dengan peribahasa di bawah.
i]          Seperti embun di hujung rumput
ii]          Bagai pinang dibelah dua
iii]         Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

SPM 2016
Berikan maksud  peribahasa yang berikut
i]          Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
ii]          Indah khabar daripada rupa
iii]         Alah bisa tegal biasa

2017
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam dialog tersebut.
Dr. Hameed : Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura kerana silap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran.
Rajesh             : Betul tu Dr. Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malahan kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kewangan kepada jiran-jiran yang susah.
Mei Lin            : Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan kerana jiram-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan itu.
Rajesh             : Saya setuju dengan pendapat Mei Ling itu.

SPM 2018
Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut.
i] Gagak pulang ke benua
ii] Alang-alang mandi biar basah
iii] Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

SPM 2019
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat-ayat tersebut.
i] Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh.
ii] Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dengan berpendapatan lumayan masih berhasrat untuk bekerja di negara sendiri.
Iii] Penceramah itu mengingatkan kami supaya jangan sesekali melupakan jasa ibu bapa setelah mendapat kejayaan dan kesenangan hidup.

LATIHAN TATABAHASA – Tentukan kesalahan dalam ayat
1.    Sidang akhbar itu memperkatakan tentang konsert yang diadakan semalam.[  ]
2.    Murid itu dikehendaki menulis semula karangan itu.[  ]
3.    Kerajaan diminta untuk membatalkan dengan serta-merta kenaikan harga minyak masak.[  ]
4.    Pihak pentadbir sekolah membuat keputusan berdasarkan pada bukti-buti yang dikemukakan.[  ]
5.    Kehidupan keluarga miskin itu, bersandarkan daripada ihsan orng ramai.[  ]
6.    Maklumat ini berlandaskan kepada statistik yang dikeluarkan pada tahun 2007.[  ]
7.    Pada setiap hujung minggu, Sani akan balik kampung untuk menziarahi ibu bapanya.[  ]
8.    Majlis Anugerah Kecemerlangan itu akan berlangsung bulan hadapan.[  ]
9.    Mereka berjumpa pengetua pada waktu rehat.[  ]
10.  Laporan itu akan disediakan oleh kami dalam masa seminggu.[  ]
11.  Pingat itu akan disampaikan oleh beta.[  ]
12.  Maklumat itu hamba peroleh daripada surat khabar semalam.[  ]
13.  Hadiah itu akan diterima oleh anda esok.[  ]
14.  Kursus itu hendaklah dijalani oleh awak sebagai syarat pengesahan jawatan.[  ]
15.  Majllis makan malam itu mestilah kalian sertai.[  ]
16.  Latihan itu telah mereka jalani pada minggu lepas.[  ]
17.  Semua keperluan untuk mengikuti kelas itu telah dia sediakan.[  ]
18.  Pencuri itu telah pihak polis tangkap.[  ]
19.  Gambar itu saya akan lekatkan pada dinding.[  ]
20.  “Pertandingan itu kamu mesti sertai,”kata ibu kepada Sarah.
21.  Novel itu telah kalian baca?[  ]
22.  Nenek membekalkan Julia pisang goreng.[  ]
23.  Pak Hashim mengandangkan lembu pada waktu senja.[  ]
24.  Mereka memasuki buku itu ke dalam almari.[  ]
25.  Kakak membuatkan secawan kopi untuk ayah.[  ]
26.  Pelayan itu mengambilkan saya makanan.
27.  Reza menuliskan surat untuk neneknya.[  ]
28.  Pisang goreng dibekali oleh nenek kepada Julia.[  ]
29.  Lembu dikandangkan oleh Pak Hashim pada waktu senja.[  ]
30.  Buku itu dimasuki oleh mereka ke dalam almari.[  ]



Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk [Pemajmukan]

1.    Saputangan-saputangan itu dibeli oleh ibu di pasar malam.
2.    Suasana di dalam dewan itu sunyi-sepi semasa peperiksaan berlangsung.
3.    Keretapi ke Seremban penuh sesak dengan penumpang.
4.    Taman Mini Asean mempamerkan pelbagai rekabentuk rumah dari negara-negara jiran.
5.    Jawatan Perdana Menteri di negara itu diambilalih oleh ketua parti yang berhaluan kiri.
6.    Lukisan pelukis berlatarbelakangkan dengan kehidupan laut.
7.    Semua menteri besar akan mengadakan mesyuarat tergempar hujung minggu ini.
8.    Kita perlulah mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak kecil lagi.
9.    Pesuruh jaya  negara itu dapat menyesuaikan diri di negara ini.
10.  Peraturan memakai tanda nama telah dikuat kuasakan oleh pihak sekolah.
11.  Wartawan yang terkenal itu telah menemuramah tokoh korporat yang bermasalah itu.
12.  Duka cita dimaklumkan bahawa esok semua pelajar tidak dibenarkan keluar rehat.
13.  Banyak mata-mata pelajaran yang diambil oleh pelajar sekolah itu tidak mencapai tahap yang memuaskan.
14.  Sayur-mayur di kedai itu amat segar dan murah.
15.  Tulang sup di Restoran Azizi itu sedap betul.