Friday 2 April 2021

  SEJARAH KSSM T5 

BAB 1 : KEDAULATAN NEGARA

    Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan sejak zaman tamadun Yunani lagi.Kedaulatan dimaksudkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas dan mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara. Negara kita jelas mempunyai kedaulatan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka seterusnya kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Maksud kedaulatan;

1.Bahasa Yunani - supernuus/superanus[agung/tertinggi] yang bebas dan merdeka

2. Bahasa Inggeris - sovereignty[mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan]

3. Bahasa Arab - Daulah[kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan]

4.Bahasa Melayu - kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara.


Pandangan tokoh:

1.Aristotle[Yunani] - mempunyai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara yang terikat oleh undang-undang.

2. Ibnu Khaldun - kekuataan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya yang diiringi semangat beragama.

3.Jean Bodin[Peranchis] - kuasa tertinggi dalam sesebuah negara yang bersifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dn melaksanakannya,

4. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj - dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

5. Tun Dr.Mohamed Salleh Abas - asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negara tanpa telunjuk asing.


Jenis Kedaulatan;

1. Kedaulatan tradisional - sistem berkuasa mutlak yang menguasi sepenuhnya segala urusan negara yang wujud sejak tamadun awal manusia. Di Malaysia, kedaulatan berpaksikan pada kedaulatan Raja-raja Melayu.

2.Kedaulatan moden - idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Peranchis yang berkaitan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan.Selepas itu, nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa dan gabungan negeri seperti Persekutuan Tanah Melayu[PTM].

3. Kedaulatan Undang-undang - kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi untuk menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat dan menjadikan negara aman, stabil dan makmur. Badan Kehakiman diwujudkan dan menjadi prinsip keempat Rukun Negara.

4. Kedaulatan Antarabangsa - pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu[PBB] terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.


Ciri negara yang berdaulat:

1.Mempunyai pemerintahan - untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi yang teratur. YDAgung ialah Ketua Utama Negara dan Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri.

2. Mempunyai sempadan - negara berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei yang diakui oelh masyarakat antarabangsa; PBB.

3. Mempunyai Perundangan -asas peraturan negara untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara.

4.Mempunyai Rakyat - rakyat penduduk sesebuah negara yang terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah walaupun mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan adat resam namun disatukan satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara dan identiti nasional yang sama.

Kepentingan Mewujudkan Negara berdaulat:

1. Keberkesanan pentadbiran - negara menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan  pihak luar oleh Jemaah Menteri dan kementerian juga kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

2.Kemakmuran ekonomi - pelbagai usaha dibuat untuk memaju dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan melalui dasar pembangunan ekonomi negara.

3. Kesejahteraan sosial - generasi berilmu dan berkemahiran dilahirkan melalui pendidikan yang membolehkan mereka memberikan sumbangan untuk membangunkan negara di samping memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

4.Kecemerlangan hubungan luar negara - hubungan dibentuk melalui dasar luar negara untuk menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain pada peringkat hubungan serantau dan antarabangsa.

Langkah mempertahankan kedaulatan :

1. Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi- oleh pemerintah dan rakyat dalam pelbagai usaha dan program memajukan ekonomi.

a..Pemerintah - mewujudkan pentadbiran yang cekap dan mengelakkan rasuah. Agihan sumber kekayaan diagihkan secara adil dan melaksanakan undang-undang negara.

b.Rakyat - setia kepada raja dan negara dan menyokong segala usaha dan dasar kerajaan untuk kestabilan politik serta mematuhi undang-undang negara.

2.Mengekalkan perpaduan kaum

3.Memupuk patriotisme

4.Mengukuhkan pertahanan negara




No comments:

Post a Comment