KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Kerajaan Awal Asia Tenggara
Asia Tenggara wujud dalam dua bentuk iaitu Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara. Kebanyakan kerajaan di Tanah Besar ialah kerajaan agraria dan kepulauan ialah kerajaan maritim. Kerajaan awal di tanah besar Asia Tenggara seperti Kerajaan Sukhotai, Ayuthia dan Funan, Chenla dan Angkor. Kerajaan ini disebut sebagai kerajaan Agraria yang ekonominya berasaskan pertanian, penternakan dan mengutip hasil hutan. Kerajaan kepulauan pula wujud di dua pulau iaitu Kepulauan Indonesia seperti Majapahit, Srivijaya dan Mataram. Sebuah lagi kerajaan kepulauan ialah di Kepulauan Tanah Melayu seperti Gangga Negara, Langkasuka, Kedah Tua atau Lembah Bujang. Kerajaan awal ini wujud sejak abad ke-2 sebelum masiihi hingga ke-7 sebelum masihi.
Bukti wujudnya kerajaan Awal Asia Tenggara ini ialah berbentuk artifak dan sumber bertulis. Yang paling awal ialah kewujudan kerajaan Funan yang dikaitkan dengan adanya jumpaan arca berunsur Hindu dan Buddha yang dipengaruhi oleh langgam Amaravati dari India. Ini menunjukkan sudah ada hubungan perdagangan dengan India. Selain itu ialah wujudnya bukti gendang gangsa di kerajaan awal seperti yang ada di kerajaan yang wujud ketika itu. Contohnya ialah gendang gangsa Dongsong di Tanah Melayu[ Besut, Kota Tinggi, Sungai Tembeling, Batu Buruk],Myanmar, Indonesia dan Thailand seperti yang terdapat di Dongsong, Vietnam. Selain itu ialah jumpaan manik dan tembikar yang menunjukkan wujudnya kerajaan di Asia Tenggara yang melakukan perdagangan dan diplomatik dengan Eropah [Kerajaan Rom], China dan India. Ini menunjukkan sudah ada kemahiran membuat kapal layar dan perahu.
Kerajaan Agraria
Kerajaan Agraria bermula dengan wujudnya petempatan kekal di kawasan tanah subur seperti di lembah sungai, di tepi tasik dan kawasan tanah tinggi yang diteres. Contohnya ialah kerajaan Angkor. Kegiatan ekonomi paling utama dalam Kerajaan Agraria ini berasaskan pertanian seperti padi sawah dan padi huma, lada hitam, jagung, keledek dan pelbagai sayuran dan buah-buahan yang lain. Selain itu, ada penternakan seperti lembu, ayam dan kambing. Mengutip hasil hutan seperti kapur barus, damar dan rotan juga dijalankan di samping sarang burung. Tidak lupa juga dijalankan kegiatan menangkap ikan sebagai sumber protein di sawah padi, sungai atau tasik di samping mendapatkan kulit kura-kura.
Faktor utama wujudnya kerajaan agraria kerana adanya tanah yang subur di lembah sungai atau tasik dan tanah tinggi yang diteres. Di samping itu, terdapatnya sungai seperti Sungai Mekong sebagai sumber air untuk pengairan sawah, alat pengangkutan, mendapatkan bekalan protein dan kegunaan domestik. Malah pemerintah di Angkor membina sistem terusan/ barray untuk mengairi sawah seperti yang dilakukan oleh Raja Indravarman I sehingga mampu mengairi sawah seluas 12.5 juta ekar. Selain sungai, sumber air juga didapati daripada tasik seperti Tasik Ton Le Sap. Iklim di kawasan kerajaan agraria juga sesuai untuk pertanian.
Kerajaan Angkor merupakan kerajaan agraria yang terkenal dan kuat kerana mempunyai Tasik Ton Le Sap dan sumber air dari Sungai Mekong. Pada musim banjir, keluasan tasik akan menjadi besar dan pada musim kemarau keluasan tasik akan mengecil. Terdapat sumber protein utama di tasik ini juga membekalkan kawasan pertanian yang subur sehingga berupaya membekalkan makanan kepada penduduk setempat dan diperdagangkan.
Kerajaan Maritim
Kerajaan maritim terletak di kawasan lembah sungai, pesisir pantai dan kepulauan seperti Langkasuka, Kedah Tua, Srivijaya dan Kataha. Perkembangan kerajaan maritim ini bermula dengan perkampungan nelayan sehingga pelabuhan yang menjadi tumpuan orang/ pedagang yang membekalkan bahan dagangan kepada penduduk kawasan lain dan setempat. Perkampungan nelayan ini menjadi pelabuhan pembekal. Jika wujud kerajaan, pelabuhan ini menjadi pelabuhan kerajaan seperti Srivijaya, Kedah Tua dan Champa. Pertambahan bahan mentah sebagai barang dagangan dan kedatangan pedagang dari luar negara menjadikan fungsi pelabuhan ini berubah aktiviti di pelabuhan. Kegiatan eksport dan import berlaku sehingga menjadi pelabuhan entrepot/ antarabangsa.
Faktor yang menyebabkan kerajaan maritim menjadi tumpuan utama ialah kedudukan yang strategik di tengah laluan perdagangan utama Timur- Barat[ China - India] dan terlindung daripada angin monsun. Selain itu, terdapat barang dagangan utama seperti logam [emas dan timah], hasil hutan, hasil dari kerajaan lain, pelabuhan yang ada kemudahan mendapatkan makanan, memperbaiki kapal dan barang dagangan. Faktor lain ialah kerana ada ramai rakyat yang terdiri daripada orang tempatan, pedagang dan orang laut. Ini menjadikan banyak bahasa yang dipertuturkan dalam perhubungan masyarakat maritim. Bahasa Melayu menjadi medium utama perhubungan sehingga digelar lingua franca. Faktor lain kerana masyarakat suka belayar dan meneroka tempat lain dengan adanya kemahiran membuat perahu dan kapal layar.
Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan maritim yang terkenal kerana ada tentera laut yang besar mengawal pelabuhan, keselamatan perdagangan dan kerajaan. Kedudukannya yang strategik menjadikan pelabuhan Srivijaya menjadi tumpuan persingahan pedagang luar seperti dari China dan India.Catatan I-Tsing juga mengatakan pelabuhan Srivijaya dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar.
Kerajaan Kedah Tua/Lembah Bujang juga terkenal sebagai kerajaan maritim yang kuat. Ini kerana adanya pelabuhan entrepot yang memperdagangkan banyak barang dagangan, kedudukan yang strategik kerana terletak di tengah perjalanan perdagangan antara China-India, terlindung daripada tiupan angin Monsun Barat Daya dan adanya Gunung Jerai sebagai tunjuk arah ke pelabuhan.
Saling melengkapi Kerajaan Agraria dan Maritim
Kerajaan Agraria membekalkan kayu[ dari Pegu, Burma] untuk membuat kapal di samping gajah untuk kenderaan raja. Selain itu, kerajaan ini membekalkan bahan mentah seperti hasil hutan, hasil protein, makanan iaitu padi dan buruh/tukang kayu dan tukang batu kepada kerajaan maritim.
Kerajaan Maritim pula membantu kerajaan agraria memperdagangkan bahan mentah ke luar negara dan mendapatkan barangan mewah seperti emas, tekstil, sutera dan tembikar.
........selagi nafas boleh dihembus, selagi itu ada harapan. Selagi mata boleh melihat, selagi telinga boleh mendengar, selagi hati boleh berkata-kata, selagi itu jangan putus asa. Hidup mesti ceria, elakkan stress.....cari keredhaan Allah SWT.......
Saturday, 31 March 2018
Thursday, 17 August 2017
BAB 4 TINGKATAN LIMA[MALAYAN UNION] soalan KBAT
1.Maksud Malayan Union
Kerajaan Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 menggantikan pentabdiran tentera British yang memerintah negara sebaik sahaja pengunduran tentera Jepun di Tanah Melayu. Ciri-cirinya ialah kesemua Negeri-negeri Selat[Pulau Pinang, Singapura dan Melaka], Negeri-negeri Melayu Bersekutu[Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang] dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu[Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Johor] disatukan dalam satu pentadbiran pusat di bawah Pejabat Tanah Jajahan Mahkota British yang diketuai oleh Gabenor. Di peringkat negeri pula diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri. Singapura akan diasingkan sebagai pelabuhan bebas. Penduduknya dikenali sebagai bangsa Malayan Union .
2. Ciri-ciri Malayan Union
-Semua negeri disatukan di bawah pentadbiran terus dari London yang diketuai oleh Gabenor yang dilantik oleh Ratu England. Setiap negeri menerima seorang Pesuruhjaya Negeri sebagai ketua pentadbir. Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli dalam Majlis Raja-raja Melayu yang membincangkan adat istiadat dan soal agama Islam sahaja.Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union telah ditubuhkan. Singapura diasingkan sebagai pelabuhan bebas sementara warganegaranya adalah sama rata dengan prinsip jus soli.
3. Apa yang terjadi jika kepada bangsa dan negara sekiranya Malayan Union[MU] terlaksana?
Sekiranya Malayan Union masih dilaksanakan, negara kita akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota dengan diketuai oleh Gabenor di peringkat pemerintahan pusat dan negeri diketuai oleh
Pesuruhjaya Negeri.Undang-undang diluluskan oleh Parlimen British dan terlaksana di negara kita.Oleh hal yang demikian, kedaulatan Raja Melayu akan terjejas kerana sistem beraja dengan sendirinya akan terhapus dan raja akan hilang tahta dan kuasa memerintah negeri dan rakyat. Ini menyebabkan Raja-Raja Melayu hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu dan pemerintah negara ini. Jika ada pun, raja hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam.
Warisan tamadun juga akan terancam kerana kita tiada kebudayaan kebangsaan.Budaya yang ada akan terpinggir dan kurang diamalkan kerana dipengaruhi oleh budaya Barat.Tulisan Jawi akan terhapus dan agama Islam bukan menjadi agama rasmi negara selain bahasa Melayu tidak menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.Negara juga akan menjadi tidak stabil kerana dibanjiri oleh rakyat negara lain terutamanya tanah jajahan British yang lain akan menjadi warganegara Tanah Melayu.Contohnya dari Kanada,Australia dan India.Kepelbagaian rakyat negara lain yang menjadi rakyat ini menjadikan rakyat mementingkan semangat perkauman yang kental dan boleh berlaku pertumpahan darah jika masalah perbezaan antara bangsa tidak ditangani dengan cepat.Wujud masalah perkauman yang ketara dan jurang ekonomi antara kaum semakin melebar.
4.Cara untuk melahirkan generasi yang mampu mengukuhkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia pada masa hadapan.
Cara adalah dengan memantapkan Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan Integrasi nasional iaitu dengan menghormati Perlembagaan Malaysai dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.Pelbagai aktiviti kokurikulum peringkat sekolah dilaksanakan untuk memupuk semangat perpaduan seperti 1Murid 1Sukan, sukan tahunan, perkhemahan dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.Semasa menjalankan aktiviti ini, tentulah kita peka terhadap sensitiviti kaum yang lain.Selain itu, kita mestilah menerima kepelbagaian budaya rakyat dan menghormatinya. Sesuatu perayaan kaum yang lain juga boleh disambut bersama sebagai cara menyemarakkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum.
Cara lain adalah dengan memperkukuh semangat patriotik misalnya dengan mengamalkan Rukun Negara dan memantapkan jati diri.Kita juga hendaklah menghormati lambang-lambang negara kita seperti bendera dan lagu kebangsaan negara.Mendaulatkan bahasa kebangsaan juga merupakan cara untuk melahirkan generasi yang mampu mengukuhkan pembinaan negara dan bangsa iaiu dengan membudayakan amalan membaca fan menjayakan Bulan Bahasa. Selain itu, mengangkat martabat bahasa Melayu di peringakat antarabangsa.
5.Tindakan yang sepatutnya kita ambil sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan percubaan pelaksanaan MU tidak berulang lagi.
Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita hendaklah bersatu untuk berada dalam sebuah negara dengan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara. Raja adalah lambang taat setia kita sebagai rakyat dan mestilah menghormati sistem raja berpelembagaan. Selain itu, kita menghormati undang-undang negara dengan cara melaksanakannya dalam kehidupan.Contohnya, memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal di jalan raya dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Kita juga hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemimpin untuk menjayakan sesuatu pembangunan negara. Contohnya, menyokong kempen Belilah Barang Buatan Malaysia dengan membeli dan menggunakan barangan keluaran tempatan dalam kehidupan seharian seperti pakaian dan makanan. Selain itu, kita hendaklah menghormati agama pelbagai bangsa yang ada. Ini kerana rakyat yang beragama akan melakukan perkara yang dituntut oleh agama dan tidak melakukan perkara yang salah. Adat budaya kaum lain juga hendaklah dihormati agar tidak berlaku ketidaksefahaman antara kaum.Contohnya, membuka kasut sebelum masuk rumah atau rumah ibadat.Rakyat negara ini juga hendaklah meletakkan agama sebagai garis panduan utama dalam kehidupan.
6. Persiapan yang perlu dilakukan untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan.
Kestabilan politik dalam negara dan melaksanakan pentadbiran yang sistematik merupakan persiapan mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. Ini kerana politik negara kita kukuh dan sebarang perbuatan menganggu gugat kestabilan politik boleh ditangkis dengan baik.Pemimpin dan rakyat saling bekerjasama memastikan kedaulatan terjamin. Rakyat negara kita sudah pandai memilih pemimpin yang berwibawa memerintah negara dan perpaduan dalam kalangan pemimpin pelbagai kaum sentiasa diwujudkan.
Sistem pendidikan yang ada juga berjaya melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang seperti IT sekali gus dapat melahirkan generasi muda yang berwawasan dan menyediakan modal insan yang sanggup berkorban untuk negara.
7.Sebab orang Melayu berjaya menghapuskan/menentang penubuhan Malayan Union.
Orang Melayu bersatu padu dan bekerjasama untuk menentang penubuhan Malayan Union sama ada oleh Raja-raja Melayu dan rakyat secara sederhana iaitu dengan mengadakan rapat umum,menyuarakan bantahan di akhbar seperti Utusan Melayu,berkongres juga berani menyuarakan bantahan semasa kedatangan ahli Parllimen British; L.D.Gammans dan David Reese William.Pendekatan politik secara sederhana ini telah menambat hati British membubarkan Malayan Union.Tambahan pula, perjuangan orang Melayu ini telah mendapat sokongan daripada bekas pegawai-pegawai British yang pernah bertugas di Tanah Melayu seperti R.O Wistedt dan Sir Cecil Clementi juga sokongan para pegawai British yang sedang bertugas seperti Sir Edward Gent dan Sir Malcom MacDonald.
Selain itu, keupayaan orang Melayu memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu mereka menolak Malayan Union diketuai oleh pemimpin yang berwibawa dan pemimpin yang berfikir sebelum bertindak seperti Dato' Onn Jaapar.Mereka telah bekerjasama menentang Malayan Union tembahan pula Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu[PBB] yang tidak menggalakkan penjajahan aru, sebaliknya berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan telah memberikan semangat baru kepada orang Melayu untuk terus menentang Malayan Union.
8.Sebagai pemimpin masyarakat, cara anda untuk mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk
Semangat perpaduan dapat dikukuhkan melalui aktiviti gotong-royong yang dirancang di kampung atau taman perumahan seperti dalam rewang semasa kenduri-kendara atau semasa membersihkan kawasan kampung/taman perumahan/sekolah/pejabat.Selain itu, amalan kunjung- mengunjungi disemarakkan terutamanya semasa musim perayaan atau menziarahi penduduk yang uzur atau sakit. Amalan Rumah Terbuka selalu dibuat bagi memberi ruang pemimpin bertemu rakyat untuk beramah mesra selain sesama penduduk dapat berjumpa untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.
Amalan lain yang boleh dibuat ialah saya akan mengadakan Rukun Tetangga, membina rumah atau membaiki rumah penduduk di kawasan saya sebagai satu cara menyuburkan semangat perpaduan. Sebagai pemimpin juga saya menggalakkan masyarakat setempat untuk bertukar-tukar mempelajari budaya pelbagai kaum yang ada dalam sesuatu kampung atau taman perumahan agar dapat menambahkan pengetahuan penduduk tentang kaum lain dan mengelakkan masalah akibat salah faham antara kaum.
9.Sebab perpaduan sukar dikecapi dalam masyarakat berbilang kaum
Perpaduan menjadi agenda utama negara kerana rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap kaum mempunyai latar belakang sosio budaya dan sosioekonomi yang berbeza juga pengalaman Sejarah yang berlainan. Mereka juga mengamalkan bahasa, adat dan kepercayaan yang berbeza.Segala perbezaan ini perlu diatasi agar perpaduan dikecapi bagi membantu negara tidak mempunyai masalah ekoran perbezaan pelbagai kaum.
Perpaduan juga sukar dicapai disebabkan oleh pola penempatan penduduk pelbagai kaum yang berbeza. Keadaan ini menjadi semakin sukar jika setiap kaum itu mempunyai ideologi politik yang berbeza berdasarkan penubuhan parti politik mengikut kaum. Ini kerana akan muncul persepsi negatif dan prejudis terhadap kaum lain sehingga menyebabkan kurang sikap bertoleransi dan menghormati disebabkan taksub akan kaum sendiri. Keadaan akan bertambah buruk ekoran penularan berita yang tidak bertapis melalui aplikasi media sosial seperti wassup, telegram,twitter dan facebook.
10. Nilai
Bagi menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama, setiap rakyat di negara ini sentiasalah hormati-menghormati akan budaya dan sensitiviti kaum lain memandangkan negara kita dianggap unik atas kepelbagaian kaum, budaya dan agama.Jangan sesekali menimbulkan pertikaian atau menyentuh sensitiviti kaum lain sehingga menimbulkan rasa kurang senang kaum lain. Ketaatan kepada pemerintah dan menghormati akan lambang-lambang negar sewajarnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia bagi menjamin negara dalam keadaan aman dan harmoni.
11.Nilai
Nilai bekerjasama dan bersatu padu yang ada dalam diri seluruh rakyat Malaysia membolehkan kedaulatan negara dapat dipertahankan sehingga negara kita menjadi aman dan terjamin keselamatannya. Selain itu, kita saling menghormati agama, bahasa dan budaya kawan dan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Secara tidak langsung, semangat muhibah dan bertolak ansur dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja.
12. Pengajaran/Iktibar
Kita hendaklah bersatu padu dan bekerjasama mempertahankan negara daripada sebarang pencerobohan asing seperti IS dan Daesh agar keamanan dan keselamatan negara dapat dipertahankan menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia rasa selamat untuk bergerak ke mana sahaja tanpa rasa takut. Contohnya, ke sekolah untuk menuntut ilmu agar menjadi generasi muda yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berwawasan. Selain itu, kita hendaklah rajin berusaha untuk mempertingkatkan ilmu sama ada dunia dan akhirat agar menjadi rakyat yang baik. Segala tuntutan agama dan norma rakyat Malaysia hendaklah diikuti agar kita semua dapat hidup dalam keadaan harmonis dan selesa.
Kita juga hendaklah saling menghormati antara satu sama lain agar tidak timbul konflik antara kawan, jiran, ahli masyarakat sehingga menimbulkan pergaduhan dan sebagainya.Kita juga hendaklah menghormati pemimpin negara dan menyokong pembangunan yang dibuat seperti membeli barangan tempatan. Rasa cinta akan negara dan setia akan negara amat penting dan perlu ada dalam setiap diri kita agar kita dapat menangkis sebarang berita negatif yang disebarkan. Kita juga hendaklah bijak berfikir dan bertindak terhadap sebarang maklumat terutamanya daripada media sosial seperti wassup dan telegram agar dapat menimbangkan sama ada maklumat tersebut positif atau negatif.
13.Kesimpulan
Pengetahuan yang saya peroleh ialah Malayan Union merupakan satu sistem pemerintahan yang pernah dilaksanakan di negara ini dan telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kerana mendapat bantahan daripada majoriti penduduk.
Nilai murni yang diperoleh ialah perpaduan amat penting untuk menjamin keamanan dan keharmonian negara agar pembangunan negara dapat dilaksanakan tanpa ada masalah dan menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk cinta akan negara dan mematuhi undang-undang bagi menjamin ketenteraman awam tidak diganggu gugat. Kita juga hendaklah bijak menyelesaikan masalah dan tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan kita seharian.
Harapan untuk masa depan ialah negara kita akan terus membangun sehingga kita mencapai matlamat dalam Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri dan kemajuan bersepadu dapat dicapai sehingga negara kita menjadi contoh kepada negara lain dan disegani.
14.Rumusan
Antara pengetahuan yang saya perolehi adalah pentingnya semangat perpaduan antara rakyat dan pemimpin untuk menjamin kedaulatan negara diperolehi. Kita juga dapat mengetahui tentang proses pemerintahan negara semasa penjajahan British dan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Generasi muda hari ini perlu menghargai jasa dan usaha pemimpin negara terdahulu dalam menyatupadukan penduduk menentang penjajahan. Kita hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negara hari ini. Saya berharap agar kedaulatan dan perpaduan negara sentiasa dalam tahap terbaik agar kemerdekaan negara dipertahankan selain dapat membantu membangunkan negara menjadi negara maju secara kemajuan bersepadu dalam Wawasan 2020.

Subscribe to:
Posts (Atom)