SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 : MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA
1.Dasar Luar Malaysia adalah berbaik-baik dengan semua negara di dunia ini.
a. Matlamatnya adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara selain memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara daripada diganggu gugat oleh negara lain. Selain itu adalah untuk mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa negara kita dan secara tidak langsung menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan di dunia ini. Matlamat lain adalah untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara kita.
b. Bentuk dasar luar negara kita ialah hubungan bilateral dan multilateral. Hubungan bilateral berlaku apabila negara kita menjalin hubungan secara terus dengan negara lain. Contohnya hubungan negara kita dengan negara Thailang, hubungan Malaysia-Singapura, Malaysia-Britain dan hubungan Malaysia- Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula berlaku apabila negara kita menyertai pertubuhan atau kesatuan negara-negara. Hubungan multilateral ini terjadi apabila negara kita menganggotai ASEAN,OIC,PBB, Komanwel,Negara-negara Selatan dan NAM.
um
c. Perkembangan Dasar Luar Malaysia ada beberapa tahap iaitu tahap pertama semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri yang pertama.Dasar yang dilaksanakan ialah dasar pro-Barat dan anti komunis.Negara kita membuat hubungan dasar luar yang berbaik-baik dengan negara lain seperti negara serantau dan Komanwel, Dasar luar ini dibuat atas beberapa faktor iaitu politik, ekonomi dan sosial.
Faktor politik iaitu negara tidak membuat hubungan dengan negara komunis kerana ketika itu terdapat ancaman komunis di negara jiran dan dari dalam negara.Selain itu, negara kita memerlukan bantuan negara lain kerana negara kita terdedah dengan ancaman komunis .Oleh itu negara kita menyertai ASA bersama-sama dengan Filipina dan Thailand untuk membanteras komunis selain meminta bantuan daripada tentera Britain, Kanada, Australia dan New Zealand bagi tujuan yang sama.Negara kita menandatangi Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu(AMDA) pada tahun 1956 bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara daripada diserang oleh negara lain. Selain itu, negara kita menyertai MAPHILINDO iaitu bersama-sama dengan Filipina dan Indonesia pada tahun 1962 dan ASEAN pada tahun 1967 bagi memperbaiki hubungan luar dengan negara jiran.
Faktor ekonomi iaitu negara kita bergantung kepada Britian menjaga kepentingan ekonomi negara.Kita mengharapkan negara Barat membeli bahan mentah utama kita iaitu getah dan bijih timah dengan menggunakan paun sterling.Ini juga disebabkan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi negara kita iatu dalam sektor perladangan dan perindustrian.Bagi mengurangkan pergantungan itu, negara kita mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan yang lebih luas iaitu dengan Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan dengan Britain dan terus mencari pasaran baru.
2. Sumbangan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.
a. Politik iaitu negara kita bersama-sama menjaga keamanan dan keselamatan dunia iaitu menghantar pasukan keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan ATM mulai 1991 mengatasi konflik di peringkat antarabangsa di bawah panji PBB. Buktinya, negara kita menghantar pasukan pengaman untuk membantu mencapai kemerdekaan iaitu ke Bosnia dan Namibia. Selain itu negara kita menyertai pasukan pendamai unttuk menamatkan perang saudara contohnya ke Congo/Zaire dan negara kita menghantar pasukai pemerhati ke sempadan Iran-Iraq. Negara kita juga menganggotai Majlis Keselamatan PBB antaranya pada tahun 1965,1989,1999 dan sekarang iaitu 2016. Negara kita juga tegas meminta PBB menyelesaikan konflik di Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Palestin di Kuala Lumpur, menyesesaikan konflik di Syiria seperti yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam persidangan agung PBB kali ke-71 di New York, baru-baru in selain menyuarakan rasa tidak mahu lagi menjadi destinasi negara transit pelarian UNCHR ke negara ketiga. Tan Sri Ghazali Ismail pula membanggakan negara kita apabila menjadi pengerusi perhimpunan agung PBB selain menjadi wakil khas PBB menyelesaikan konflik politik di Myanmar.Sumbangan negara kita juga jelas dalam penyelesaian konflik di Filipina Selatan. Negara kita juga bersama-sama dengan negara jiran membanteras jenayah rentas sempadan. Jadi jelaslah di sini, negara kita terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan keselamatan dunia terjamin.
b. Sosial - Sumbangan negara kita amat jelas di peringkat global apabila membangitkan Isu Benua Antartika sebagai warisan dunia iaitu sama-sama menjaga dan menjalankan penyelidikan agar benua kita ini tidak mengalami bencana alam akibat pencemaran dan pemanasan global. Selain itu, negara kita menghormati hak asasi manusia dengan menyuarakan secara lantang menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan iaitu orang kulit hitam didikriminasikan oleh orang kulit putih. Isu lain ialah isu Plastein, negara kita menentang pencerobohan Israel di bumi Plastein. Negara kita juga memperjuangkan dunia ini agar bersih dan eko-sistem alam stabil melalui Deklarasi Langkawi. Negara kita bersama-sama dengan negara Komanwel berikrar untuk bekerjasama sama bagi membanteras pencemaran alam yang berlaku di dunia.Selain itu, negara kita tegas dengan isu pemerdagangan manusia di samping lantang bersuara untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Negara kita juga perintis hab-halal bagi semua produk barangan dalam kehidupan seharian manusia seperti perabut dan makanan. Negara kita juga menyertai sukan di peringkat antarabangsa bagi memastikan kita mempunyai hubungan baik dengan banyak negara seperti menyertai sukan olimpik, ASEAN dan Komanwel. Tidak ketinggalan juga, negara kita terlibat dalam menyediakan kemudahan moden dan selesa bagi umat Islam seluruh dunia mengerjakan haji dan umrah iaitu menyediakan kemudahan LRT dan lorong pejalan kaki yang selesa. Baru-baru ini, negara kita menyertai pameran buku antarabangsa di Frankfurt, Jerman bagi memastikan negara kita turut menyumbang menambahkan bilangan buku di pasaran dunia terutamanya buku berunsurkan Islam.
c.Ekonomi - Negara kita perintis produk halal untuk kegunaan umat Islam seluruh dunia dan penganut agama lain dengan menjadikan negara kita hub-halal untuk barangan seperti pakaian, ubatan, perabut dan makanan. Untuk tujuan itu, negara kita menyertai pameran perdagangan di banyak tempat seluruh dunia seperti di Beijing, Dubai, Abu Dhabi, Singapura dan Jerman Barat. Selain itu, negara kita merupakan antara pengeluar utama minyak sawit juga produk berasaskan minyak kelapa sawit seperti bahan pencuci pakaian, syampu, sabun mandi, majerin dan minyak masak ke pasaran dunia terutamanya ke negara Eropah, Arab dan China oleh Felda Global. Negara kita juga membantu negara lain dalam bidang pengeluaran petroleum terutamanya yang dijalankan poleh Petronas di Sri Langka, India dan Sudan. Sudah sekian lama negara kita pengeksport bahan makanan segar terutamanya sayuran, buah-buahan tropika dan ikan ke China, Singapura, Korea, Taiwan, Hong Kong dan Jepun.
........selagi nafas boleh dihembus, selagi itu ada harapan. Selagi mata boleh melihat, selagi telinga boleh mendengar, selagi hati boleh berkata-kata, selagi itu jangan putus asa. Hidup mesti ceria, elakkan stress.....cari keredhaan Allah SWT.......
Tuesday, 18 October 2016
Sunday, 27 September 2015
Kertas 3-Sejarah SPM 2015
Bab 2 Tingkatan 5-Kemunculan dan perkembangan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua
1.Latar belakang gerakan nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua –Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.Semangat patriotik ini didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara daripada kuasa penjajah.Di Malaysia, penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19 lagi.Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20. Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi. Mereka menjaga kawasan mereka dari dikuasai oleh orang luar seperti yang dilakukan oleh Dol Said di Naning, Haji Abdul Rahman Limbong di Hulu Terangganu, Mat Salleh di Sabah, Linggir dan Rentap di Sarawak , Dato Maharaja Lela di Perak dan Tok Janggut di Kelantan.
2. Maksud nasionalisme adalah perasaan sayang atau cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah. Gerakan ini juga akan membebaskan tanah air daripada cengkaman ekonomi penjajah dan bebas daripada pengaruh kebudayaan asing/Barat.
3.Sebab-sebab/Faktor-faktor penentangan masyarakat tempatan terhadap British ialah dasar penaklukan British oleh masyarakat tempatan di daerah mereka seperti di Naning, Pasir Puteh, Hulu Terangganu, Perak dan Pahang. Dasar ini dilakukan oleh British adalah untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka kerana melalui dasar ini, penguatkuasaan British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, apabila British mengambil alih Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti. Ini menyebab Dol Said tidak setuju dan penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.
Penentangan terhadap British juga disebabkan oleh British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka. Eksploitasi terhadap ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian, saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Sebab lain ialah pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan iaitu British memaksa penduduk menerima sistem pentadbiran Barat misalnya British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka pleh penduduk mesti mendapat kebenaran British. Tanah dikenakan culai dan peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang menetapkan tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.
British juga campur tangan dalam adat resam tempatan dengan memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan. Di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu iaitu amalan menggunakan orang suruhan dan tindakan British ini telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Kesulitan penduduk tempatan kerana mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British sehingga mereka memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan mereka kepada pembesar tempatan dengan memberikan kerjasama dalam menentang British.
Sebab lain penentangan ialah pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap anak buah dan kawasan mereka setelah British menjajah kawasan mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. Pelantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. Penjajahan British terhadap kawasan pentadbiran mereka menyababkan mereka hilang segala-galanya terutamanya kehilangan kuasa. Keadaan ini mengakibatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka membuat penentangan.
4.Peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Pahang bermula pada tahun 1888 apabila beberapa pembesar telah bersatu melawan penguasaan British. JP Rodger dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama. Pelaksanaan undang-undang British telah ditolak oleh Dato Bahaman kerena bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan. Perubahan yang dibawa oleh British ialah sistem kehakiman,pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasuka polis luar. Undang-undang British ini telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato’Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun bermula pada tahun 1890 iaitu menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua. Pada 1891 pula, Dato’Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Pada tahun 1892, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua dan 1894 pula menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Akibat tekanan British, pada 1895, Dato’Bahaman berundur ke Kelantan. Dato’ Bahaman dan rakan-rakan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Kelantan dan Terengganu. Dato’Bahaman menetap di Hulu Kelantan sementara Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato’Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau kemudian menetap di Cheing Mai dan diberi wang sara hidup sebanyak 1000 bath dan penentangan beliau tamat apabila meninggal dunia di Cheing Mai.
Penentangan pemimpin tempatan di Terengganu terhadap British dibuat oleh Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan seorang ulama disebabkan kerana tidak puas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan. Pada Julai dan Ogos 1922, beliau mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada bulan Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III iaitu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam. Keadaan ini membimbangkan British tetapi dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan. Kemarahan penduduk tempatan terhadap British menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata pada Mei 1928 dengan menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya. Kumpulan di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Beliau berjaya ditawan dan dibuang negeri ke Makkah.
Penentangan di Sarawak antaranya dilakukan oleh Rentap. Rentap ialah pemimpin kaum Iban dan telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang pada tahun 1853. Punca serangan Rentap kerana tindakan James Brooke yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun dan beliau Berjaya mengusir James Brooke. Namun demikian, James Brooke bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan sekali lagi Rentap diserang oleh pasukan James Brooke. Pada tahun 1891, tentera James Brooke Berjaya mengalahkan Rentap menyebabkan Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai. Selepas itu, serangan Rentap semakin lemah.
Penentangan di Kelantan dilakukan oleh Tok Janggut iaitu di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910. British telah memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan. Sebagai pemimpin masyarakat setempat, Tok Janggut membantah pelaksanaan cukai dan enggan membayar cukai tersebut. Bantahan yang dibuat oeh Tok Janggut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Pihak polis pula yang diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun 1915, pembesar Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan Berjaya mendudukinya. Sebuah kerajaan kemudiannya telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat yang mendarat di Tumpat. Pada Mei 1915, serangan dimulakan di Saring dan Berjaya menumpaskan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya kerana British menggunakan senjata yang lebih moden. Tok Janggut terbunuh dan mayatnya diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung terbalik di pasar sebagai amaran kepada penduduk yang cuba menentang British.
5.Cara/Langkah untuk memupuk semangat patriotisme/nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia adalah melalui kempen kesedaran sama ada di sekolah, media massa seperti di televisyen , laman sesawang dan akhbar agar rakyat bersemangat setia negara yang tinggi. Selain itu, ibu bapa hendaklah berperanan mengasuh anak-anak mereka sejak kecil agar anak sentiasa berkorban untuk bangsa dan negara, memelihara keamanan dan kemakmuranserta hidup harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum. Cara lain adalah dengan melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya IT agar dapat menjadi tenaga kerja mahir berminda kelas pertama. Cara lain adalah dengan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia, tidak mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada nilai negatif agar menjadi generasi muda yang berwawasan serta sanggup mempertahankan kedaulatan negara. Rakyat Malaysia juga mesti mempunyai agama, patuh pada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti hormat-menghormati dan bekerjasama agar menjadi warganegara yang sempurna rohani dan fizikal seperti kehendak sistem pendidikan negara melalui peranan guru di sekolah.untuk menerapkan nilai tersebut dalam jiwa pelajar. Setiap rakyat juga hendaklah menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan, mengamalkan prinsip Rukun Negara, memahami Jata Negara dan mengibarkan bendera negara terutamanya semasa Hari Kemerdekaan agar sentiasa berjiwa patriotik. Rakyat Malaysia juga hendaklah memberikan sumbangan dalam pembangunan negara dengan sekurang-kurangnya membeli barangan buatan tempatan selain menjadi rakyat yang kreatif dan anovatif. Rakyat Malaysia hendaklah sentiasa menghormati dan menyokong pemimpin negara, perjuangan pemimpin negara dan menyokong skuad sukan negara seperti Harimau Malaya selain mendokong semangat Malaysia Boleh. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah sentiasa menghayati dan menghargai kemerdekaan negara. Selain itu melalui system pendidikan dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat menanamkan semangat cinta akan negara terutamanya kepada generasi muda hari ini.
6.Rakyat Malaysia menunjukkan semangat nasionalisme mereka dalam hal-hal berkaitan negara terutamanya apabila pencapaian angkasawan pertama negara iaitu Dato’ Dr.Sheikh Muzaffar Shukor dalam misinya ke ISS(International Space Station). Selain itu, apabila atlit negara mencapai kejayaan dalam pelbagai sukan peringkat antarabangsa seperti sukan renang, Pandalela Renong dan Dato’ Lee Chong Wei dalam badminton. Selain itu, rakyat Malaysia bersatu padu menyokong sukan tempatan atas dasar cinta akan negara dan bersama-sama mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Sebagai rakyat Malaysia juga, kita melancong dalam negara, membeli barangan buatan Malaysia dan berkhidmat dalam negara dengan bersungguh-sungguh dan setia. Selain itu, rakyat Malaysia juga sentiasa mendokong semangat Malaysia Boleh dan memastikan negara aman, hidup bersatu padu dan harmoni walaupun pelbagai kaum dan budaya.Kejayaan rakyat Malaysia juga dapat dilihat dalam membangunkan mercu tanda negara seperti Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, KLCC dan delegasi minyak antarabangsa PETRONAS juga pencapaian FELDA Global, MISC dan Sime Darby di peringkat antarabangsa melambangkan semangat cinta akan negara.
7.Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil semangat nasionalisme ialah pasukan Malaysia memenangi sukan di peringkat antarabangsa seperti pasukan hoki, pelayaran dan sukan renang. Selain itu kejayaan membanggakan negara oleh rakyat Malaysia seperti pelayar negara Dato’ Azhar Mansor, Dato’ Maznah Zukifli Berjaya ke Kutub Utara, badminton Dato’ Lee Chong Wei, sukan skuasy Dato’ Nicol David, Mohandas dan Magendran mendaki Gunung Everest menjadi pendorong rakyat Malaysia untuk terus Berjaya di arena antarabangsa. Negara juga berbangga dengan kejayaan Dato’ Sheikh Muzaffar sebagai angkawasan pertama negara. Dato Seri Zetty Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara juga diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pencapaian membanggakan negara oleh pakar sains dan teknologi apabila tenaga pakar negara terlibat dalam Pembinaan LRT di Makkah dan cari gali petroleum di luar negara oleh pasukan pakar PETRONAS.
8.Cara untuk memperkukuh semangat nasionalisme kepada generasi muda hari ini dengan memperkuat jati diri, menghayati sejarah dan pembentukan bangsa dan negara, mengelakkan pertelingkahan antara kaum,sanggup berkorban untuk mempertahakan negara, mengutamakan semangat perpadua/muhibbah. Mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri sendiri, menghindari salah faham/salah sangka negetif,menjayakan konsep Satu Malaysia, mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan, mengamalkan prinsip Rukun Negara, menganjurkan lawatan ke tempat bersejarah, menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni, pelaksanaan Program Khidmat Negara, mengajurkan Sukan Malaysia dua tahun sekali.
9.Keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan dengan memperkukuh pentadbiran kerajaan, mengekalkan perpaduan kaum, memperkukuh semangat nasionalisme, memperkasa jati diri bangsa, perancangan ekonomi/sosial yang berkesan,membela kehidupan rakyat
10.Penentangan pemimpin tempatan gagal kerana tidak bersatu antara pemimpin bersama pemimpin dan rakyat sesame rakyat, bilangan pejuang yang menentang juga sedikit, penentangan bersifat setempat dan tidak mendapat kerjasama pembesar daerah atau wilayah lain, tiada organisasi yang tersusun kerana bilangan anggota yang sedikit menyebabkan perjuangan tidak terancang, strategi pemimpin British lebih berkesan di mana British membina kubu yang lebih kuat, British mendapat bantuan lain seperti India, British mempunyai senjata moden seperti meriam dan bom, manakala pembesar tempatan menggunakan senjata tradisional seperti keris dan tombak,British menggunakan tipu muslihat yang Berjaya memperdaya sultan atau pembesar contohnya dalam Perjanjian Pangkor di Perak dan Perjanjian 1941 di Sarawak.
11.Manfaat/faedah rakyat Malaysia menghayati perjuangan ialah bersemangat patriotisme dalam setiap wargenegara Malaysia, memupuk perpaduan antara kaum, hebat jati diri anak bangsa terutama generasi muda, berwawasan dalam memajukan negara, berdisiplin dalam kehidupan seharian, mematuhi undang-undang negara setiap masa, berilmu pengetahuan menjamin masa depan yang cerah, tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita, semangat bekerjasama antara kaum, sanggup berkorban demi mempertahankan negara, menjaga keamanan dan kedaulatan negara.
12.Kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap British- Dol Said mengalahkan tentera British dalam serangan pertama, menggunakan taktik serangan gerilya, mendapatkan kerjasama pemimpin tempatan, menyebabkan British tidak campur tangan hampir 50 tahun, British menanggung kerugian, Rentap Berjaya mengusir James Brooke di Nangga Skrang, Brooke mengambil masa yang lama mengalahkan Rentap di Bukit Sadok, Syarif Masahor Berjaya menyerang Mukah, Mat Salleh Berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya, SBUB terpaksa berdamai dengan Mat Salleh, SBUB terpaksa berjanji menyerahkan daerah Tambunan, Dato Maharaja Lela Berjaya membunuh JWW Birch, Kapten Innes terbunuh, British terpaksa meminta bantuan tentera dari India/Hong Kong, Datuk Bahaman Berjaya menawan Lubuk Terua.
13.Kesan kepada negara sekiranyaa rakyat tidak memiliki semangat patriotik ialah negara tidak membangun dan kedaulatan/kemerdekaan negara tergugat akibat sikap rakyat itu. Selain itu, politik tidak stabil, hasil ekonomi dieksploitasi oleh kuasa asing sehingga negara mundur dan rakyat hidup miskin. Rasuah berleuasa kerana pemimpin dan rakyat tidak mempunyai nilai intergriti sehingga pekerja menjadi tidak bertanggungjawab dan menjadi pekerja malas sehingga menyebabkan keadaan negara kucar-kacir. Lagilah jika pemimpin dan rakyat tidak bersatu dan negara dipandang rendah di peringkat antarabangsa. Pelabur asing enggan melabur malah memindahkan pelaburan mereka ke negara lain. Ini mengakibatkan berlakunya kemerosotan ekonomi dan inflasi berlaku.
14.Cabaran untuk memperkasa semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan langkah mengatasinya…Cabaran yang dihadapi ialah pengaruh budaya luar yang negatif seperti LGBT, black metal dan punk menyebabkan terhakisnya budaya sendiri dan semangat cinta akan negara. Keadaan menjadi lebih buruk kerana gejala sosial dan penularan gaya hidup negatif seperti bersekedudukan, menagih dadah, lari dari rumah malah terlibat dalam jenayah yang diamalkan oleh mereka menghakis cara hidup yang sihat dan keruntuhan akhlak masyarakat akan datang. Kejadian vandalisme merosakkan kemudahan awam seperti taman kanak-kanak, pondok perhentian bas dan telefon awam menyebabkan imej negara jatuh dan orang lain tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Cabaran lain adalah kurangnya penguasaan ilmu pengetahuandunia dan agama juga kemahiran menyebabkan bertambahnya kadar celik huruf dan risiko penguasaan tenaga kerja luar pada masa akan datang. Cabaran lain adalah kurang pengetahuan sejarah menyebabkan sejarah berulang dan terhakisnya jati diri sebagai wargenegara yang bertanggungjawab.
Langkah mengatasi cabaran – Sentiasa mengadakan kempen kesedaran mencintai negara dan pengamalan prinsip Rukun Negara di media massa tumpuan generasi muda seperti televisyen, papan tanda elektronik, wassup, facebook, twitter juga di akhbar. Selain itu menerapkan dalam mata pelajaran Sejarah, Sivik dan Kewargenegaraan malah menjadi perkara utama yang dibangkitkan dalam perhimpunan rasmi di sekolah dan intitusi pendidikan yang lain. Lawatan sambil belajar untuk menghayati perjuangan para nasionalis hendaklah diadakan seperti ke Memorial Tun Abdul Razak dan Muzium Negara selain mengadakan pameran berkaitan sejarah negara. Cara lain dengan adanya Program Khidmat Negara dapat memperkukuh jati diri dan menjayakan konsep 1Malaysia. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa hendaklah sering dibuat dan perlu program pembersihan jiwa oleh para kaunselor kepada generasi muda yang ditangkap dalam usaha pemulihan mereka. Ibu bapa juga hendaklah dipanggil sama sebagai langkah pencegahan budaya negatif bertambah serius.
13.Nilai dan ikhtibar - Nilai tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian dan berusaha gigih untuk mengatasinya. Selain itu menanam semangat setia negara yang tinggi dan sanggup berkorban demi negara dan bangsa demi mendaulatkan negara dan bangsa Malaysai. Nilai lain adalah semangat bekerjasama dengan rakyat sentiasa diperkukuh dan sentiasa mengamalkan semangat mushawarah dalam mengatasi masalah/konflik yang timbul agar keputusan sebulat suara dapat dicapai. Selain itu, berani mengemukakan idea/pendapat demi kebaikan bersama dan sentiasa berfikiran rasional bagi menjamin tindakan yang tepat diambil juga bersikap terbuka dalam menerima kebaikan dari luar serta berkongsi maklumat untuk meningkatkan kemajuan sama ada diri atau demi kemajuan negara tercinta.
Iktibar yang diperoleh daripada perjuangan untuk mengukuhkan kedaulatan bangsa ialah semangat cinta akan negara supaya negara tidak dijajah dan berjuang menegakkan kedaulatan negara agar maruah bangsa dan negara sentiasa dipertahankan. Kita juga hendaklah taat kepada pemimpin agar kestabilan politik terjamin dan setia dan sedia berkorban untuk negara. Kita juga hendaklah berdisiplin agar tidak melanggar undang-undang dan tidak mementingkan diri sendiri agar keamanan sentiasa dikekal dan perpaduan kaum dapat dipertahankan. Secara tidak langsung, kita mempertahankan hak kita demi masa depan bangsa dan berkeyakinan diri tinggi supaya mencapai hasrat negara. Paling utama, kita hendaklah mempunyai ilmu sama ada ilmu dunia dan agama serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian agar menjadi wargenegara yang berpengetahuan tinggi menghadapi dunia globalisasi, dunia tanpa sempadan.
14.a.Pengetahuan yang diperoleh-Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hasil perjuangan tokoh tempatan terdahulu. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Berjaya kerana wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang berbilang bangsa. Pada abad ke-19 dan 20, menetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakang bangkit menentang penjajah. Berlaku perubahan pentadbiran penjajah yang mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan.
b.i.Nilai-nilai murni-Semangat kerjasama antara kaum telah berjaya menjayakan Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Keberanian tokoh-tokoh nasionalis tanah air memperjuangkan maruah dan kedaulatan bangsa daripada penjajahan seterusnya berani mempertahankan negara. Kita juga berusaha membangunkan negara.
ii.Unsur patriotisme-Kita perlu mempunyai semangat cinta akan negara dan kita juga perlu berkorban apa sahaja demi mempertahankan tanah air tercinta.
d.Harapan- Harapan saya agar Malaysia menjadi sebuah negara yang maju hasil perpaduan dan kerjasama erat antara kaum di Malaysia. Di samping itu, para pemimpin perlu berusaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, maju dan berperanan penting dalam arus pembangunan dunai. Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai, makmur dan rakyat hidup bersatu padu. Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Subscribe to:
Posts (Atom)