Sunday 19 January 2020

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

TOPIK : PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

               Gerakan spontan oleh masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan rakyat daripada diceroboh dan dikuasai oleh kuasa luar yang bermula pada awal kedatangan British ke Tanah Melayu.
Contoh gerakan penentangan oleh Mat Salleh, Dol Said, Rentap dan Dato Maharaja Lela.

Faktor/Sebab Penentangan:
 1. Dasar Penaklukan British - untuk mengukuhkan kedudukan politik British agar menjadi luas dan 
     kawasan itu terikat dengan perintah dan peraturannya. Contoh di Naning, menjadi tanah jajahan
     British dan dikenakan ufti yang memaksa Penghulu Dol Said menentang British.
2.Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan - dilakukan dengan perjanjian yang dimeterai dengan
   pemimpin tempatan. Contoh, saudagar NNS dibenarkan menjalankan perlombongan dan 
   perdagangan bijih timah yang menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.
3.Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan seperti sistem cukai,undang-undang
   dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil maksimum seperti di Terengganu. Tanah yang dibuka
   mesti mendapat kebenaran British dan dikenakan cukai tanah yang bertentangan dengan amalan 
   tradisii.
4.Campur tangan British dalam adat resam tempatan yang bertentangan dengan budaya tempatan  
   seperti J.W.W.Birch di Perak iaitu amalan orang suruhan.
5.Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh terhadap anak buah dan kawasan setelah 
   kuasa dalam pentadbiran, undang-undang,sosial dan ekonomi yang diberi oleh sultan telah diambil 
   oleh British.
6.Kesulitan Penduduk Tempatan kerana dipaksa mengikut sistem birokrasi British seperti undang-
  undang British sehingga kesetiaan terhadap pembesar terhakis.

No comments:

Post a Comment