Kejohanan Olahraga SMK Munshi Abdullah untuk kali ke-43 bagi tahun 2017 telah berlangsung pada 17 Februari 2017. Kejohanan ini telah berlangsung pada hari Jumaat dari pukul 7.20 pagi sehingga tamat kejohanan iaitu pada pukul 12.30 tengah hari. Kejohanan ini berlangsung di padang sekolah SMK Munshi Abdullah yang dihadiri oleh seluruh warga Munshi Abdullah iaitu murid dan guru tidak ketinggalan kakitangan pejabat dan pekerja swasta.
Objektif kejohanan kali ini adalah untuk memupuk semangat yang padu dalam kalangan guru, murid dan masyarakat setempat. Selain itu, melahirkan warga SMK Munshi Abdullah yang cergas dan cerdas selain mencungkil bakat larian murid dalam Kejohanan Olahraga MSSD di peringkat daerah, negeri dan seterusnya. Objektif lain adalah mendidik murid untuk mematuhi peraturan kejohanan.
Sejak awal pagi lagi, semua warga Munshi berkumpul di Dataran Sihat. Murid-murid telah mendengar motivasi untuk bertanding dengan bersungguh-sungguh yang disampaikan oleh Setiausaha Sukan iaitu Encik Roslizam dan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Kamaruzaman bin Ahmad.Tidak ketinggalan barisan pentadbir lain seperti Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga Penolong Kanan Pendidikan Khas Intergrasi juga semua guru kanan memberikan semangat kepada para peserta untuk bertanding dengan bersungguh-sungguh dan semangat kesukanan.
Acara bermula dengan perbarisan masuk semua ahli rumah sukan didahului oleh pembawa bendera kejohanan, pembaca ikrar kejohanan dan bendera rumah sukan iaitu rumah biru, kuning, hijau dan merah. Yang Dipertua PIBG SMK Munshi Abdullah diiringi oleh Tuan Pengetua telah menerima tabik hormat semua ahli rumah sukan. Walaupun semua persediaan dibuat dalam masa yang singkat namun temasya olahraga kali ini disambut dengan ceria dan meriah.
Sebelum acara kemuncak Kejohanan Olahraga diadakan, acara saringan telah dijalankan selama tiga hari bermula pada hari Isnin sehinggalah hari Rabu. Acara yang dipertandingkan adalah meliputi acara balapan seperti 100 meter, 200 meter, 400 meter,800 meter, 1500 meter, lari 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter semua kategori iaitu Lelaki Kelas Satu, Lelaki Kelas Dua, Lelaki Kelas Tiga, Perempuan Kelas Satu, Perempuan Kelas Dua dan Perempuan Kelas Tiga. Selain itu juga, acara padang juga dipertandingkan seperti lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, merenjam lembing dan melontar peluru semua kelas. Tidak ketinggalan juga larian 100 meter murid Pendidikan Khas dijalankan. Selain acara 100 meter dan 4 x 100 meter, acara lain yang ditunggu-tunggu ialah acara tarik tali akhir iaitu antara rumah biru dan hijau yang akhirnya dimenangi oleh rumah biru.
Upacara penyampaian hadiah dilangsungkan dari semasa ke semasa iaitu setelah tamat sesuatu acara berlangsung pada hari kejohanan. Upacara kemuncak penyampaian hadiah diadakan pada waktu akhir kejohanan iaitu kemenangan rumah hijau sebagai Johan Rumah Sukan untuk tahun 2017. Semoga Kejohanan Olahraga SMK Munshi Abdulllah akan terus diadakan dan dilangsungkan dengan lebih meriah lagi.
........selagi nafas boleh dihembus, selagi itu ada harapan. Selagi mata boleh melihat, selagi telinga boleh mendengar, selagi hati boleh berkata-kata, selagi itu jangan putus asa. Hidup mesti ceria, elakkan stress.....cari keredhaan Allah SWT.......
Tuesday, 2 May 2017
Tuesday, 18 October 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 : MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA
1.Dasar Luar Malaysia adalah berbaik-baik dengan semua negara di dunia ini.
a. Matlamatnya adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara selain memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara daripada diganggu gugat oleh negara lain. Selain itu adalah untuk mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa negara kita dan secara tidak langsung menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan di dunia ini. Matlamat lain adalah untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara kita.
b. Bentuk dasar luar negara kita ialah hubungan bilateral dan multilateral. Hubungan bilateral berlaku apabila negara kita menjalin hubungan secara terus dengan negara lain. Contohnya hubungan negara kita dengan negara Thailang, hubungan Malaysia-Singapura, Malaysia-Britain dan hubungan Malaysia- Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula berlaku apabila negara kita menyertai pertubuhan atau kesatuan negara-negara. Hubungan multilateral ini terjadi apabila negara kita menganggotai ASEAN,OIC,PBB, Komanwel,Negara-negara Selatan dan NAM.
um
c. Perkembangan Dasar Luar Malaysia ada beberapa tahap iaitu tahap pertama semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri yang pertama.Dasar yang dilaksanakan ialah dasar pro-Barat dan anti komunis.Negara kita membuat hubungan dasar luar yang berbaik-baik dengan negara lain seperti negara serantau dan Komanwel, Dasar luar ini dibuat atas beberapa faktor iaitu politik, ekonomi dan sosial.
Faktor politik iaitu negara tidak membuat hubungan dengan negara komunis kerana ketika itu terdapat ancaman komunis di negara jiran dan dari dalam negara.Selain itu, negara kita memerlukan bantuan negara lain kerana negara kita terdedah dengan ancaman komunis .Oleh itu negara kita menyertai ASA bersama-sama dengan Filipina dan Thailand untuk membanteras komunis selain meminta bantuan daripada tentera Britain, Kanada, Australia dan New Zealand bagi tujuan yang sama.Negara kita menandatangi Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu(AMDA) pada tahun 1956 bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara daripada diserang oleh negara lain. Selain itu, negara kita menyertai MAPHILINDO iaitu bersama-sama dengan Filipina dan Indonesia pada tahun 1962 dan ASEAN pada tahun 1967 bagi memperbaiki hubungan luar dengan negara jiran.
Faktor ekonomi iaitu negara kita bergantung kepada Britian menjaga kepentingan ekonomi negara.Kita mengharapkan negara Barat membeli bahan mentah utama kita iaitu getah dan bijih timah dengan menggunakan paun sterling.Ini juga disebabkan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi negara kita iatu dalam sektor perladangan dan perindustrian.Bagi mengurangkan pergantungan itu, negara kita mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan yang lebih luas iaitu dengan Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan dengan Britain dan terus mencari pasaran baru.
2. Sumbangan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.
a. Politik iaitu negara kita bersama-sama menjaga keamanan dan keselamatan dunia iaitu menghantar pasukan keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan ATM mulai 1991 mengatasi konflik di peringkat antarabangsa di bawah panji PBB. Buktinya, negara kita menghantar pasukan pengaman untuk membantu mencapai kemerdekaan iaitu ke Bosnia dan Namibia. Selain itu negara kita menyertai pasukan pendamai unttuk menamatkan perang saudara contohnya ke Congo/Zaire dan negara kita menghantar pasukai pemerhati ke sempadan Iran-Iraq. Negara kita juga menganggotai Majlis Keselamatan PBB antaranya pada tahun 1965,1989,1999 dan sekarang iaitu 2016. Negara kita juga tegas meminta PBB menyelesaikan konflik di Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Palestin di Kuala Lumpur, menyesesaikan konflik di Syiria seperti yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam persidangan agung PBB kali ke-71 di New York, baru-baru in selain menyuarakan rasa tidak mahu lagi menjadi destinasi negara transit pelarian UNCHR ke negara ketiga. Tan Sri Ghazali Ismail pula membanggakan negara kita apabila menjadi pengerusi perhimpunan agung PBB selain menjadi wakil khas PBB menyelesaikan konflik politik di Myanmar.Sumbangan negara kita juga jelas dalam penyelesaian konflik di Filipina Selatan. Negara kita juga bersama-sama dengan negara jiran membanteras jenayah rentas sempadan. Jadi jelaslah di sini, negara kita terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan keselamatan dunia terjamin.
b. Sosial - Sumbangan negara kita amat jelas di peringkat global apabila membangitkan Isu Benua Antartika sebagai warisan dunia iaitu sama-sama menjaga dan menjalankan penyelidikan agar benua kita ini tidak mengalami bencana alam akibat pencemaran dan pemanasan global. Selain itu, negara kita menghormati hak asasi manusia dengan menyuarakan secara lantang menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan iaitu orang kulit hitam didikriminasikan oleh orang kulit putih. Isu lain ialah isu Plastein, negara kita menentang pencerobohan Israel di bumi Plastein. Negara kita juga memperjuangkan dunia ini agar bersih dan eko-sistem alam stabil melalui Deklarasi Langkawi. Negara kita bersama-sama dengan negara Komanwel berikrar untuk bekerjasama sama bagi membanteras pencemaran alam yang berlaku di dunia.Selain itu, negara kita tegas dengan isu pemerdagangan manusia di samping lantang bersuara untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Negara kita juga perintis hab-halal bagi semua produk barangan dalam kehidupan seharian manusia seperti perabut dan makanan. Negara kita juga menyertai sukan di peringkat antarabangsa bagi memastikan kita mempunyai hubungan baik dengan banyak negara seperti menyertai sukan olimpik, ASEAN dan Komanwel. Tidak ketinggalan juga, negara kita terlibat dalam menyediakan kemudahan moden dan selesa bagi umat Islam seluruh dunia mengerjakan haji dan umrah iaitu menyediakan kemudahan LRT dan lorong pejalan kaki yang selesa. Baru-baru ini, negara kita menyertai pameran buku antarabangsa di Frankfurt, Jerman bagi memastikan negara kita turut menyumbang menambahkan bilangan buku di pasaran dunia terutamanya buku berunsurkan Islam.
c.Ekonomi - Negara kita perintis produk halal untuk kegunaan umat Islam seluruh dunia dan penganut agama lain dengan menjadikan negara kita hub-halal untuk barangan seperti pakaian, ubatan, perabut dan makanan. Untuk tujuan itu, negara kita menyertai pameran perdagangan di banyak tempat seluruh dunia seperti di Beijing, Dubai, Abu Dhabi, Singapura dan Jerman Barat. Selain itu, negara kita merupakan antara pengeluar utama minyak sawit juga produk berasaskan minyak kelapa sawit seperti bahan pencuci pakaian, syampu, sabun mandi, majerin dan minyak masak ke pasaran dunia terutamanya ke negara Eropah, Arab dan China oleh Felda Global. Negara kita juga membantu negara lain dalam bidang pengeluaran petroleum terutamanya yang dijalankan poleh Petronas di Sri Langka, India dan Sudan. Sudah sekian lama negara kita pengeksport bahan makanan segar terutamanya sayuran, buah-buahan tropika dan ikan ke China, Singapura, Korea, Taiwan, Hong Kong dan Jepun.

Subscribe to:
Posts (Atom)