Tajuk Umum SPM 2014 - Bab 7 Sejarah Tingkatan 5 Kertas Tiga - Demokrasi Berparlimen di Malaysia
Soalan Menganalisis no 3 ( i ) : Perlembagaan Melindungi Kepentingan Rakyat.
Soalan Menganalisis no 3 ( i ) : Perlembagaan Melindungi Kepentingan Rakyat.
a ) Keluhuran perlembagaan
b ) Kepentingan perlembagaan
c ) Pindaan Perlembagaan
a) Keluhuran
Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga.Keluhuran
Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri.Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang
dipertuan Agong,Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.Dengan itu, semua jenis
undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.
Selain
itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan.Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan
dengan Perlembagaan Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang
diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan
Malaysia.Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi
menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
b) Kepentingan Perlembagaan
Perlembagaan
berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah Negara dengan
menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.Perlembagaan membantu dalam menjamin
kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.Setiap pemimpin
memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati
kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan
Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada
sebuah Negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya semangat
patriotismdapat di bentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan
seseorang yang mempunyai kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.
Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan
kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini.Tujuaannya supaya
rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identity
Negara dan bangsa Malaysia.
Perlembagaan
Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini.Setiap
warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama
dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka disisi
undang-undang.
Perlembagaan
Malaysia dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga
dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu danbumiputera Sabah
dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lessen
perniagaan dan perdagangan. Walaubagaimanapun, perlembagaan juga memastikan
Pekara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya
tidak mengabaikan kaum-kaum lain.
Perlembagaan
Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri.Perlembagaan
menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.
Dengan cara ini sistem pentadbiran Negara dapat diselaraskan tanpa sebarang
perbalahan.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan.Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan.Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.
c) Pindaan Perlembagaan
Sejak
tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali.Pindaan ini
bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara
dan melicinkan urusan pentadbiran negara.Perlembagaan perlu dipinda
supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.Pindaan ini juga
menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya
dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
Perlembagaan
juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitive dipersoalkan secara terbuka.Antara
perkara sensiti dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah
pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa
orang Melayu.
Parlimen
telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang
individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang
sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara
ini.Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian
masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Antara
pindaan terbesar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti ( kekebalan )
bagi Yang diPertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan
jenayah.
Pindaan
Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan.Kaedah pertama dengan
persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan Persetujuan
Majlis Raja-Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja
Melayu, kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Pemaisuri
Agong, Raja-raja dan Yang diPertuan Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri.
Kaedah
kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang
Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara pindaan ialah keanggotaan dan
bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah.Seterusnya hak dan kuasa
kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari
Sarawak dan Sabah.
Kaedah
ketiga dengan persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen. Antara
perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.
Kaedah
keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen.Antara pindaan yang
boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan.Dalam perkara
74, parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang
disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam perkara 76, parlimen boleh membuat
undang-undang dalam senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, perjanjian atau
konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana Negara lain.
3 ( ii ) Sistem pilihan
raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada
peringkat negeri atau persekutuan.
i. Fungsi SPR
i. Fungsi SPR
Fungsi SPR ialah
menentukan semapadan-sempadan pilihanraya, menjalankan pendaftaran pemilih dan
mengendalikan pilihan raya sama ada pilihanraya umum atau pilihan raya kecil.
SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh seorang setiausaha yang
berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua pentadbir urus setia.Mereka
dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.Urus Setia SPR diwajibkan mengikuti
panduan dan dasar SPR. Tujuaanya untuk memastikan pilihan raya di jalankan
dengan efektif dan adil.
ii. Pilihan raya umum
Pilihanraya umum di adakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di Sarawak dan Sabah pula di adadakan secara berasingan.
iii. Pilihan Raya Kecil
Pilihan
Raya Kecil di adakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan
parlimen atau Dewan Undangan Negeri.Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan
hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
iv. Proses
Pilihan Raya di Malaysia
Proses
pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan
pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang bertanding
menyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihanraya di buat.Tempoh
berkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja.SPR mengumumkan tempat pengundian dan
tempat pengiraan undi.Pada hari mengundi, pengundi diberikan kertas undi yang
mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih ditempat pengundian.Pembuang
undi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon pihannya pada kertas undi dan
memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.Selepas tamat tempoh pengundian,
pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman
keputusan pilihan raya pada hari tersebut.
v. Syarat-syarat calon Pilihan Raya
Syarat
menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 21
tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu
kesalahan oleh mahkamah.
Seseorang
warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau ahli dewan
undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau
didenda tidak kurang RM 2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh
bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka
harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon
vi. Syarat Pengundi
Seseorang
yang layak mengundi namanya mesti
didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan
Malaysia seseorang warganegara yang berumur 21 tahun bermastautin atau tidak
bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, dewan rakyat atau
dewan undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh mengundi
dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota
pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas
di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai
pengundi.
Soalan 5
Kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi
berparlimen.Bukti keberkesanan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di
negara kita. (10 markah.
Kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah kemajuan ekonomi tercapai dan sektor perindustrian berkembang. Contohnya, Malaysia mempunyai industri berat menghasilkan kereta nasional seperti kereta Proton. Selain itu, pemimpin negara dihormati dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.Kesejahteraan dan keharmonian rakyat dicapai untuk mewujudkan kehidupan yang aman dan bersatu padu. Di samping itu, taraf hidup rakyat meningkat dan kadar kemiskinan menurun. Kemajuan sistem pengangkutan moden dengan rangkaian jalan raya dan lebuh raya. Terdapat juga sistem LRT dan LRT/MRT.Kemajuan perhubungan dan sistem komunikasi dapat diperluas.Pertahanan negara semakin kukuh dan keselamatan rakyat terpelihara.Malaysia menjadi tumpuan pelajar luar melanjutkan pelajaran.
Kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah kemajuan ekonomi tercapai dan sektor perindustrian berkembang. Contohnya, Malaysia mempunyai industri berat menghasilkan kereta nasional seperti kereta Proton. Selain itu, pemimpin negara dihormati dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.Kesejahteraan dan keharmonian rakyat dicapai untuk mewujudkan kehidupan yang aman dan bersatu padu. Di samping itu, taraf hidup rakyat meningkat dan kadar kemiskinan menurun. Kemajuan sistem pengangkutan moden dengan rangkaian jalan raya dan lebuh raya. Terdapat juga sistem LRT dan LRT/MRT.Kemajuan perhubungan dan sistem komunikasi dapat diperluas.Pertahanan negara semakin kukuh dan keselamatan rakyat terpelihara.Malaysia menjadi tumpuan pelajar luar melanjutkan pelajaran.
Soalan 6
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah untuk mengatasi cabaran
tersebut. (10 markah)
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah perbezaan fahaman politik dan mengamalkan politik perkauman. Selain itu, berlaku demonstrasi jalanan dan pelanggaran hak asasi manusia.Cabaran lain yang dihadapi adalah sikap rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara dan pengaruh media cetak/elektronik. Kegiatan jenayah seperti jenayah siber berleluasa di samping berlakunya pengaruh anasir luar.
Langkah untuk mengatasi cabaran adalah dengan menyekat pengaruh negatif daripada media cetak dan elektronik. Selain itu,mengamalkan prinsip Rukun Negara dan mengamalkan sikap bertolak ansur selain menyelesaikan masalah melalui perundingan dan musyawarah.Rakyat juga digalakkan untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia dan menanamkan semangat mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan individu. Mengamalkan semangat patriotisme dan perpaduan juga merupakan langkah mengatasi cabaran tersebut.
Soalan 8
Pengetahuan yang diperoleh ialah
sistem pemerintahan demokrasi berparliman merupakan sistem yang terbaik
kerana memberikan ruang kepada rakyat
untuk membuat keputusan memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus
dan adil agar dapat membentuk kerajaan
yang mantap.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara
pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Harapan saya, saya mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang
berdaulat dan disegani di persada dunia.
Sebab-sebab Pilihan Raya diamalkan di Malaysia
Pilihan raya diamalkan di Malaysia adalah untuk melahirkan taat
setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.Rakyat
terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara. Selain itu, memberi ruang
dan peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin selain memilih pemimpin yang
berkebolehan dan berkualiti. Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan
berpersatuan. Pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya akan berkhidmat dengan
sebaik mungkin kepada rakyat. Kestabilan politik dapat dikekalkan dan secara
tidak langsung ekonomi negara akan berkembang maju.
Kebaikan amalan demokrasi
Kebaikan amalan demokrasi adalah dapat mengekalkan kedaulatan
kerajaan. Selain itu, kerajaan dipilih oleh rakyat dan berpeluang menentukan
kepimpinan negara mengikut acuan sendiri. Ini menunjukkan rakyat terlibat dalam
memilih dan membentuk kerajaan. Kebaikan lain adalah dapat menentukan masa
depan negara dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan.
Kecekapan pentadbiran dan kestabilan negara akan tercapai. Negara akan aman dan
ini memudahkan perancangan kerajaan membangunkan negara dan meningkatkan
kerjasama dalam kelangan masyarakat. Hak rakyat terjamin dan dapat mengekalkan
perkongsian kusa mentadbir negara. Keadaan ini dapat memperkukuh perpaduan
dalam kalangan pemimpin sekali gus perpaduan rakyat tercapai. Keadan ini juga
dapat memajukan negara dan dapat menarik pelabur asing melabur ke negara kita,
contohnya negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah.
Cara-cara demokrasi dapat dikekalkan
Demokrasi dapat dikekalkan dengan mendidik rakyat agar menggunakan
demokrasi dengan betul dan cara yang betul selain mengelakkan campur tangan
asing dalam urusan kerajaan. Kita perlu mengekalkan keharmonian kaum dan amalan
demokrasi yang diamalkan perlulah mengikut acuan sendiri. Secara tidak langsung
dapat memelihara undang-undang dan perlembagaan negara. Amalan demokrasi
hendaklah disuburkan di peringkat sekolah dan seterusnya di IPT. Kepentingan
negara hendaklah diutamakan dan rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.
Kepentingan pengagihan kuasa kepada
tiga pentadbiran
Kepentingannya adalah dapat menjamin
kesejahteraan rakyat dan pengagihan kuasa bagi mengelakkan pemusatan kuasa
berlaku. Ini akan menjadikan pentadbiran akan lebih sistematik dan dapat
mengelakkan salah guna kuasa pentadbiran selain mengelakkan perbalahan dalam
bidang pentadbiran. Secara tidak langsung, berlaku kerjasama dan dapat membantu
pembangunan negara dengan lebih pantas tanpa sebarang masalah besar. Pengagihan
kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas dan mewujudkan kecekapan dalam
pentadbiran. Hak kebebasan rakyat dilindungi dan mengelakkan penindasan
terhadap rakyat.
Peranan anda untuk mengekalkan
sistem demokrasi di negara kita.
Pelajar mesti menghormati hak asasi
rakan yang lain dan patuh pada undang-undang negara. Pelajar juga hendaklah
bekerjasama, bertolak ansur dan saling menghormati dengan rakan yang lain.
Pelajar tidak menyertai pertubuhan haram dan menyertai demonstrasi haram.
Setelah sampai masa berumur 21 tahun, hendaklah mendaftar sebagai pemilih dan
memilih pemimpin yang amanah, berwawasan juga yang mesra rakyat. Pelajar juga
hendaklah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan,
menghormati lambing-lambang negara seperti Rukun Negara, bendera Malaysia dan
lagu Negaraku.
Cabaran yang dihadapi dan
langkah-langkah mengatasi pelaksanaan proses pilihan raya.
Cabaran yang
dihadapi ialah SPR sukar mendaftarkan pengundi-pengundi muda untuk mendaftas sebagai
pemilih dan peratusan keluar mengundi masih rendah dan tidak mencapai sasaran.
Selain itu, banyak isu-isu sensitif dan serangan peribadi ditimbulkan semasa
berkempen yang tentulah menjejaskan hubungan antara kaum dan menjatuhkan maruah
seseorang. Selainan itu, cabaran lain adalah untuk menjamin keselamatan
ketelusan dan keselamatan peti undi supaya tidak berlaku penyelewengan. Ada
juga pengundi yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan untuk
mengundi di banyak tempat.
Langkah-langkah mengatasi yang boleh dibuat ialah kempen kesedaran bergerak mendekati
generasi muda yang layak mengundi tahu tanggungjawab mereka perlu dijalankan
secara agresif di tempat tumpuan golongan muda seperti di IPT dan gedung
membeli-belah. Kempen mengundi di laman sosial, media cetak, media elektronik
malah papan tanda perlu dipergiatkan. Cara lain adalah dengan mengenakan syarat
ketat kempen dan tindakan undang-undang kepada pihak terbabit yang berkempen
menyentuh isu sensitif dan serangan peribadi dilakukan. Untuk menjamin
keselamatan peti undi, bantuan pihak keselamatan seperti pihak polis
diperlukan. Bagi mengelakkan pertindihan pengundi, penggunaan dakwat kekal
hendak diteruskan.
Nilai murni dan iktibar daripada
proses pilihan raya
Rakyat mempunyai semangat patriotic
menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi. Selain itu, melaksanakan tugas
sebagai pengundi dengan rasa tanggungjawab dan amanah. Pegawai yang dilantik
membantu SPR mestilah menjalankan tugas dengan amanah, bertanggungjawab dan
baik. Masyarakat Malaysia haruslah bersatu hati dan bekerjasama untuk
memastikan negara aman. Calon pilihan raya pula mestilah jujur, berwibawa,
berhemah dan bijaksana.
Proses pilihan raya di Malaysia
dijalankan secara telus dan adil. Buktikan.
Buktinya, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)
merupakan sebuah badan bebas yang bertanggungjawab atas perjalanan pilihan raya
dan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan tidak menyebelahi mana-mana
pihak/bebas. SPR mengundang pemerhari luar untuk memantau perjalanan pilihan
raya dan penggunaan kotak lut sinar yang boleh dilihat oleh wakil-wakil
yang bertanding. Selain itu, anggota
keselamatan mengawal keamanan semasa proses pilihan raya selain menjaga dan
mengiringi peti undi ke pusat pengiraan undi. Penggunaan dakwat kekal kepada
pengundi dibuat untuk mengelakkan pengundi dua kali. Daftar pemilih yang
digunakan pula yang terkini dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendaftaran
Negara untuk memastikan sama ada pengundi itu sah/bersih. Individu yang tidak
berkaitan, tidak akan dibenarkan berada di bilik pengiraan undi. Borang
perjumlahan undi setiap calon ditandatangani oleh setiap wakil calon. Pilihan
raya yang dijalankan di Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada badan
dunia sebagai yang terbaik.
Andaikan anda pegawai SPR, cara
menjamin ketelusan system pilihan raya di negara ini.
Caranya ialah saya tidak akan
menerima tekanan daripada mana-mana pihak sama ada parti pemerintah atau parti
pembangkang. Saya juga akan memastikan pilihan raya umum atau pilihan raya
kecil berjalan lancar dengan meminta bantuan daripada pasukan keselamatan
seperti pihak polis. Selain itu, saya akan menjalankan pendaftaran pemilih
secara lebih kerap dengan tempoh masa yang lebih lam dan meletakkan
pegawai-pegawai SPR ditempat tumpuan orang ramai seperti di pasar, pasar raya
dan di IPT. Saya akan memastikan proses pilihan raya berjalan alncar dan aman.
Saya juga akan memastikan semua calon/parti akan berkempen dalam tempoh masa
yang ditetapkan dan rondaan akan dibuat selepas tamat tempoh berkempen. Selain
itu, proses mengira undi akan dibuat secara terbuka dan telus dibantu oleh
pegawai yang dilantik. Calon-calon yang tewas akan diberi kebenaran untuk
membuat petisyen sekiranya tidak berpuas
hati dengan keputusan pilihan raya. Saya juga akan membenarkan pihak NGO,
pemerhati luar negara memantau proses pilihan raya yang dijalankan.
Sistem pilihan raya di Malaysia
berjaya mengekalkan keharmonian sejagat. Buktikan.
Kejayaannya membawa kestabilan
politik sejak pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955 sehinggalah
sekarang. Selain itu, kestabilan politik yang tercapai, membolehkan pembangunan
negara dijalankan dengan lancar dan rakyat hidup bersatu padu, harmoni dan
bertolak ansur. Keadaan ini juga membolehkan pemimpin negara menjalinkan
hubungan diplomatik dan hubungan dua hala dengan negara serantau atau dunia
selain bergerak aktif dalam pertubuhan serantau dan dunia. Buktinya, Malaysia
menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999 selain
menjadi tuan rumah pelbagai persidangan seperti OIC, ASEAN, NAM dan CHOGM.
Secara tidak langsung dapat menarik ramai pelabur melabur di negara kita dalam
pelbagai bidang seperti pertanian dan perindustrian. Contohnya Hitachi, Sony
dan Samsung. Ini menyumbang kepada pendapatan perkapita negara, rakyat
mempelajari kemahiran baharu melalui pendedahan teknologi luar dan peluang
pekerjaan terbuka luas. Akhirnya, negara akan mencapai hasrat menjadi negara maju,
rakyat hidup harmoni dan setia kepada negara.
Kepentingan pilihan raya di Malaysia
Kepentingan pilihan raya di Malaysia
ialah rakyat perlu bertanggungjawab mengambil tahu akan perkembangan politik
semasa negara dan melihatkan diri dalam proses memilih pemimpin. Selain itu,
dapat menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan. Kepentingan lain,
adalah dapat mengekalkan sistem demokrasi berparlimen sehingga sekarang. Rakyat
;bebas memilih dan menentukan sendiri pemimpin selain mempelajari dan memahami
makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Rakyat akan dapat memahami
proses memilih pemimpin dan proses membentuk kerajaan selain menghayati,
menghormati dan mengahargai konsep kebebasan bersuara. Selain itu, melalui
pilihan raya, rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pentadbiran di
peringkat pusat dan negeri dan memberi keadilan kepada semua pihak sama ada
rakyat dan pemimpin.
Pilihan
raya dapat membantu kelicinan
pentadbiran sama ada di peringkat pusat atau negeri. Rakyat akan berasa selamat
dan terjamin sebab kerajaan dipilih sendiri oleh rakyat melalui proses pilihan
raya. Rakyat bebas bersuara mengikut saluran yang betul dan pemimpin
bermuafakat dalam menentukan dasar ekonomi, politik dan sosial. Kepentingan
lain adalah untuk menjamin keadilan kepada rakyat untuk memilih pemimpin dan
menampakkan kerjasama rakyat semasa memilih pemimpin bagi membangunkan negara.
Akhirnya, dapat menjamin keamanan dan keharmonian kaum dan negara.
No comments:
Post a Comment