Kebaikan
pilihan raya terhadap rakyat dan negara Malaysia. Buktikan
Kebaikan pilihan raya adalah untuk
menjamin kebebasan rakyat dan menyatu padukan rakyat yang berbilang bangsa
selain menjadikan keadaan negara aman dan rakyat dapat hidup sejahtera. Pilihan
raya juga menjamin keselamatan rakyat terpelihara dan kebajikan rakyat
terjaga. Selain itu, kesepakatan dan
pemuafakatan dalam kalangan rakyat memilih pemimpin dalam pilihan raya selain
rakyat dapat memilih pemimpin yang adil dan berwibawa. Secara tidak langsung,
dapat mengekalkan amalan demokrasi dan suara majoriti rakyat dihormati dalam
menentukan kerajaan.
Pengagihan
kuasa dapat melicinkan pentadbiran
kuasa. Jelaskan.
Pengagihan kuasa dapat melicinkan
pentadbiran kerana dapat mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Pusat selain menjadikan negara aman, stabil dan tiada kacau bilau.
Kerajaan Persekutuan menjadi stabil dan disegani. negara yang aman menjamin
keharmonian, wujud sikap toleransi dan bersatu padu selain mengurangkan
perbalahan antara etnik. Percangahan pendapat antara Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Pusat dapat dikurangkan dan secara tidak langsung dapat mengelakkan
pemusatan kuasa. Keadaan ini juga menjadi garis panduan untuk memerintah negara
bagi membentuk kerajaan yang stabil dan adil agar rakyat tidak ditindas. Selain
itu, dapat mengimbangi chek and balance
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Manfaat/Kepentingan/Kelebihan/Faedah
kebebasan asasi dalam memakmurkan rakyat. Buktikan.
Buktinya, rakyat mempunyai hak
menyuarakan pandangan contohnya dalam aktiviti berpersatuan. Ini dapat menjamin
kebebasan bersuara rakyat dan mewujudka keadilan dalam masyarakat. Secara tidak
langsung, akan membentuk masyarakat yang bersatu padu, yang hidup harmoni dan
bertolak ansur antara pelbagai kaum. Ini dapat mewujuskan negara yang aman
damai, stabil dan maju selain memperkaya budaya negara kita ekoran kepelbagaian
agama, bahasa dan kaum di Malaysia.
Kepentingan
rakyat memahami nilai-nilai demokrasi berparlimen.
Kepentingannya, rakyat dapat
mentadbir negara mengikut acuan sendiri dan bertanggungjawab menentukan
pemerintahan sesebuah negara. Rakyat juga berpeluang menyokong, mengekal atau
menukarkan kerajaan melalui saluran yang betul iaitu pilihan raya. Rakyat
menjadi rakyat yang memahami sistem pentadbiran negara malah berbangga menjadi
rakyat sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen. Selain itu, rakyat boleh memilih wakil mereka ke Dewan Rakyat
sekali gus dapat menyuarakan pendapat dan kehendak mereka pada saluran yang
betul. Ini akan menjadikan mereka rakyat yang mementingkan musyawarah,
perpaduan dan toleransi dalam kehidupan sebuah negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen.
Peranan
rakyat Malaysia menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Peranan rakyat Malaysia menjayakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mempertahankan kedaulatan
negara daripada diceroboh dan menjadi rakyat yang menghormati keluruhan
perlembagaan. Ini akan menjadikan rakyat Malaysia cinta akan negara, sentiasa
mengutamakan perpaduan, toleransi dan bersatu padu dalam semua bidang. Peranan
rakyat yang lain adalah menghormati pemimppin yang dipilih dan menyokong
dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Rakyat juga berperanan mamatuhi
segala undang-undang dan sentiasa berpegang teguh dengan nilai sejagat selain
tidak menimbulkan isu-isu sensitif serta mempunyai jati diri yang teguh agar
tidak terpengaruh dengan anasir negatif.
Kejayaan
negara melalui sistem raja berperlembagaan yang memakmurkan negara.
Kejayaan negara ialah perpaduan kaum
dan kestabilan politik dicapai. Keadaan ini akan membantu negara menjadi negara
yang membangun dan maju dalam semua aspek seperti ekonomi dan sosial. Agama
Islam menjadi agama rasmi dan kesucian agama di Malaysia terpelihara bangsa
lain bebas beragama. Negara akan menjadi model kepada negara lain dan menjadi
rujukan dalam sistem pemerintahan raja berperlembagaan. Selain itu, kedudukan
istemewa orang Melayu terjamin dan institusi raja akan menjadi negara menjadi
negara yang unik.Negara akan menjadi tumpuan negara luar sekali gus
meningkatkan jumlah pelancong melancong ke negara kita.
Kesan
demokrasi berparlimen dalam mensejahterakan rakyat Malaysia. Buktikan.
Kesan demokrasi berparlimen dalam
mensejahterakan rakyat Malaysia adalah dapat menjadikan keadaan aman dan dapat
mengelakkan berlakunya perpecahan kaum.Secara tidak langsung, menjamin
kestabilan politik dan rakyat dapat bergerak dengan bebas untuk belajar,
bekerja dan melancong dalam negara. Keadaan ini juga dapat menarik ramai
pelancong asing berkunjung dan dapat menaikkan pendapatan penduduk dan ekonomi
negara hasil bidang pelancongan. Keadaan ini dapat menaikkan imej negara dan
negara kita dapat bersaing di peringkat global dalam semua bidang. Malah, ini
akan menjadikan negara menjadi tumpuan
pelabur asing menanam modal di negara kita.
Cabaran
yang dihadapi oleh Malaysia dalam melaksanakan demokrasi berparlimen dan
langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
Cabaran yang dihadapi ialah rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bahasa dan sistem pendidikan
rendah diasingkan berasaskan kaum. Sosiobudaya rakyat juga berbeza. Selain itu,
terdapat pelbagai parti politik dan terdapat fahaman politik yang berbeza.
Terdapat juga media massa yang meracuni fikiran rakyat di samping media sosial
disalah gunakan untuk menyebarkan perkara negatif.
Langkah untuk mengatasinya adalah
dengan mewujudkan sistem pendidikan yang sama dan penggunaan bahasa yang sama
dalam semua aspek.Media massa dan media sosial hendaklah dipantau dan tindakan
undang-undang hendaklah dibuat terhadap rakyat yang menyalah gunakan kebebasan
bersuara sama ada parti politik atau media. Suara rakyat hendaklah didengari
dan dasar ekonomi hendaklah sama rata untuk semua kaum.
8. Nilai-nilai
murni/patriotisme/iktibar yang diperolehi daripada pemerintahan demokrasi
berparlimen.
Rakyat cinta akan negara dan taat
setia kepada negara. Rakyat juga bebas bersuara dan memilih pemimpin selain
perpaduan dalam sesebuah parti politik, memilih pemimpin dan perpaduan dalam
kalangan rakyat yang pelbagai bangsa, agama dan bahasa tercapai.
Sebagai rakyat, kita hendaklah
bekerjasama dan hidup bersatu padu agar negara menjadi aman, makmur dan menjadi
contoh kepada negara lain.
9. Pengetahuan
yang diperolehi
Pengetahuan yang saya perolehi ialah
negara kita merupakan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan system
raja berpelembagaan. Rakyat bebas memilih, menyokong dan menukar kerajaan
melalui pilihan raya.
Iktibar
kepada diri, bangsa dan negara
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
ialah kita hendaklah cinta akan negara selain mengutamakan permuafakatan dalam
semua aspek kehidupan agar negara menjadi aman dan stabil.
Harapan
untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
Harapan saya, saya mengharapkan negara Malaysia akan terus membangun dan
menjadi negara maju untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020
serta berdaya saing dengan negara yang lain selain menjadi negara yang aman dan
selamat.
No comments:
Post a Comment