Monday 20 October 2014

Tajuk Umum SPM 2014 - Bab 7 Sejarah Tingkatan 5 Kertas Tiga - Demokrasi Berparlimen di Malaysia


Tajuk Umum SPM 2014 - Bab 7 Sejarah Tingkatan 5 Kertas Tiga - Demokrasi Berparlimen di Malaysia

SEJARAH KERTAS 3 2014
No 2.   Ciri-ciri sistem kerajaan demokrasi berparlimen. (30 markah).

1.PERLEMBAGAAN                                      
Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara.Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara.Terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mempunyai 183 perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.Mempunyai institusi Yang di Pertuan Agung, Parlimen,Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

2.RAJA BERPERLEMBAGAAN
Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.  Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang diPertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama negara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan atas nasihat Pedana Menteri. Yang diPertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
3.KUASA PEMERINTAHAN
Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
4.PILIHAN RAYA
Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

5.PARTI-PARTI POLITIK
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatu dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili orang Melayu, parti MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India.

5.         Kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen dan
            bukti-  buktinya. (10 markah).

        Antara kejayaan Malaysia melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah kesetabilan politik Negara. Di Malaysia terdapat kerjasama berbagai parti politik, contohnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengandungi  gabungan parti UMNO, MCA, MIC , GERAKAN, PBS, dan BERJASA .

       Negara Malaysia juga telah mencapai keamanan Negara. Terdapat kerjasama masyarakat berbilang kaum seperti masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup bersatu padu dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Buktinya mereka hidup saling hormat menghormati  budaya serta agama antara kaum.

        Ekonomi Negara Malaysia kukuh, Pendapatan perkapita penduduk meningkat.  Begitu juga KDNK Negara Malaysia turut meningkat. Keadaan ini menyebabkan ramai pelabur asing yang datang untuk melabur di Malaysia.

         Kejayaan lain demokrasi berparlimen ialah kebebasan bersuara dan bergerak serta memiliki harta dikalangan rakyat Malaysia. Rakyat boleh mengadakan perhimpunan aman untuk menyuarakan pendapat kepada kerajaan. Di Malaysia kita boleh lihat kebebasan bersuara di media massa contoh foram dan debat.

        Hari ini kejayaan kita dibidang pendidikan ialah membentuk sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Buktinya dunia telah mengiktiraf system pendidikan di Malaysia seperti program PISA. Contoh lain Kedatangan pelajar asing di Universiti-universiti di Malaysia, seperti dari China, Jepun dan India.

        Kejayaan seterusnya Malaysia dalam pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah kerjasama  keselamatan di peringkat antara bangsa. Kerjasama tersebut seperti Malaysia menyertai pasukan pengaman di PBB. Kerjasama dengan Negara Amareka Syarikat, Britain, Australia untuk menangani keganasan   ISS  di dunia, Pencerobohan sempadan dan keganasan antara bangsa dan kerjasama INTERPOL dan penggubahan wang haram.

        Akhir sekali kejayaan Malaysia dalam pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah kebajikan rakyat terpelihara. Banyak usaha kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat seperti memberikan bantuan BRIM kepada rakyat, skim baucer buku kepada murid, Kedai  Rakyat 1M, Klinik Rakyat 1M dan sabsidi bja dan racun untuk pertanian.



No 6.   Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan     demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi  cabaran tersebut.              (10 markah).
           
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan system demokrasi berparlimen ialah pengaruh media massa yang menyampaikan maklumat palsu/tidaktepat. Perkembangan dunia tanpa sempadan telah menggalakkan penyebaran maklumat palsu melalui ICT.
Rakyat telah menyalahgunakan kebebasan yang diberi dengan mengadakan demontrasi jalanan apabila tidak berpuas hati terhadap dasar-dasar kerajaan. Pihak tertentu pula mula mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hak raja-raja Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu.
Pencapaian taraf sosio ekonomi yang berbeza di antara kaum turut menyumbang kepada isu-isu perkauman dan peningkatan kadar jenayah serta masalah sosial. Wujudnya perjuangan/tuntutan pihak tertentu yanglebih bersifat perkauman daripada kepentingan rasional.
            Langkah-langkah untuk mengatasinya pula ialah dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Mengambil tindakan mahkamah terhadap penyebaran maklumat palsu. Mengambi ltindakan tegas terhadap individu atau pertubuhan/persatuan yang mempersoalkan isu-isu sensitif. Kawalan terhadap penyalahgunaan ICT. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia melalui pelbagai program anjuran kerajaan atau pihak tertentu. Pengagihan sumber ekonomi yang adil dan saksama antara kaum.


No 7.   Nilai dan iktibar terhadap pengamalan sistem demokrasi berparlimen. (5 markah)

Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan system demokrasi berparlimen adalah,  semangat cinta dan setia kepada raja dan Negara serta patuh kepada pelembagaan/undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara. Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang oleh kerajaan. Mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati dan bertolakansur demi memantapkan system demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan bersama.



MALAYSIA MENGAMALKAN KOSEP PENGASINGAN KUASA IAITU BADAN EKSEKUTIF, BADAN PERUNDANGAN DAN BADAN KEHAKIMAN. JELASKAN
BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Kabinet (Jemaah Menteri)
Jemaah Menteriatau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.

Kementerian
Perdana Menteriatau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebua h atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan social  Negara kita.Pada masa ini terdapat dua puluh enam buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha parlimen d an setia usaha politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berfotfolio dan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
PerkhidmatanAwam
Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
JabatanKerajaan
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

Badan Berkanun
Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Iamempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah lembaga pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Mereka mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Suruhanjaya
Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan memantau disiplin kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

BADAN PERUNDANGAN
Perundangan merujuk kepada undang-undang  yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang.Terdiri daripada Yang di PertuanAgong, Dewan Negara danDewan Rakyat.
Dewan Negara
Merupakan dewan tertinggi dalam system pemerintahan negara. Mempunyai 69 orang ahli, 26 dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang diPertuan Agong terdiri daripada individu yang member sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu. 2 orang pula dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.Ahli Dewan Negara digelar  Senator dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Senator memegang jawatan bagi tempuh 3 tahun dan berumur sekurang-kurangnya  30 tahun. Taraf Senator  sama dengan ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi  Jemaah Menteri.
Dewan Rakyat
Ahlinya dipilih melalui pilihanraya umum. Mempunyai  219  ahli  yang mewakili semua kawasan pilihan diseluruh negara. Tempuh jawatan ialah  5 tahun. Tugasnya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dikenali sebagai Akta, manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen.Yang digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakanOrdinan.

BADAN KEHAKIMAN
Mempunyai  kuasa mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.Menetukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana. Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas mahkamah pula mentafsir perlembagaan negara, mentafsirundang-undang, mengisytiharkanundang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan perundangan atau parlimen.Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hieraki piramid.Melalui system ini individu atau kumpulan yang tidakberpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih  tinggi.

Semua hakim dilantik oleh Yang di PertuanAgong atas nasihat Perdana Menteri.seorang  hakim tidak boleh dipecat tanpa sebarang sebab yang munasabah.Hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam politik.Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dibantu oleh pegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.

2 comments:

  1. mengapa pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dilakukan??

    ReplyDelete