Monday 20 October 2014

Tajuk Umum SPM 2014 - Bab 7 Sejarah Tingkatan 5 Kertas Tiga - Demokrasi Berparlimen di Malaysia


Tajuk Umum SPM 2014 - Bab 7 Sejarah Tingkatan 5 Kertas Tiga - Demokrasi Berparlimen di Malaysia

TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara
Malaysia Berdaulat.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.



Aspek
Perincian
Markah

Pengenalan
1. Demokrasi berparlimen di Malaysia

5 markah











Isi dan huraian
2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen.

25 markah
3. Kuasa pemerintahan

30 markah

4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.


10 markah

5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen.

10 markah

6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

10 markah

7. Nilai-nilai murni

5 markah

Kesimpulan

8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil.



5 markah

SKEMA JAWAPAN

1.   Demokrasi berparlimen di Malaysia                           ( 5 markah )

Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-RajaMelayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaanRakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.


4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.  ( 10 markah )

Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen kita seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi undang-undang negara dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara.

Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian negaraIbu bapa haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Semua rakyat haruslah setia kepada raja dan negara.

Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-masing dan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah membina hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga haruslah bersedia menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.










5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen.  @
Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita.  @
    Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen.
   ( 10 markah )

Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah dapat memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan aman. Dalam masa yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan pesat. Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dikekalkanDasar-dasar negara juga dapat diteruskan. Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkanRakyat juga boleh mengemukakan pandangan masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga akan menjadikan perlembagaan sebagai panduan. Di samping itu, hak asasi rakyat terjamin.  Selain itu, taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar bandar serta pedalaman dapat diperkasa.  Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri.





 6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
  ( 10 markah )

Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh mengganggu perpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku. Kalangan generasi muda juga, tiada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundiKebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadap keharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cinta akan negara semakin luntur dalam diri generasi kini. 

Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilai murni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan media massakepada pengguna yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentang tanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yang melanda anak muda seperti penagihan dadah, merempit, pengangguran dan sebagainya perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkan program kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum.




2.      Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung mengikut Perlembagaan Malaysia.
                                                                                                                          ( 25 markah )

Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) merupakan ketua negara dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Selain itu, baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. YDPA berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu.

Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga, mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘ Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita. (ms 168)

1 comment: